asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Sunday, July 27, 2008

ZuHuD terHadAP DuNia

melihat seseorang itu pakaiannya agak lusuh. di tangannya ada tasbih. mulutnya kumat-kamit...mungkin dia berzikir. selalu saja duduk di serambi masjid. perbualannya tidak lain hanya menyatakan kecintaannya kepada akhirat.

mungkin mereka ini ini dikatakan sufi? atau orang yang kurang siuman? bermacam-macam andaian sama ada itu benar atau tidak, kita belum pasti. tetapi apa yang boleh dibayangkan secara zahirnya bahawa mereka berusaha untuk hidup ala kadar...apa yang penting adalah amalan mereka di sisi ALLAH SWT...

apabila kita menyentuh persoalan ini maka suka sekali kita menjelaskan pengertian sebenar 'zuhud' itu. Ia berhubung rapat dalam kehidupan darrpada apa yang dipaparkan tadi. namun apakah sebenarnya atau cara yang betul untuk menampilkan zuhud???

melalui kitab-kitab tasawwuf bahawa zuhud itu adalah cara hidup yang dipilih oleh orang2 yang cenderung mendekati ALLAH SWT atau zuhud bererti kurang kemahuan tentang sesuatu. dalam istilah pula ada beberapa pengertian yang dikemukakan:

  • benci pada dunia dan berpaling daripadanya
  • membuang kesenangan dunia untuk mencapai kesenangan di akhirat
  • hati tidak memperdulikan kekosongan tangan (hidup yang tidak kaya tidak pula miskin papa kedana)
  • membelanjakan apa yang dimiliki dan tidak mengharapkan apa yang didapati (dimiliki)
  • tidak menyesal atas apa yang tidak ada dan tidak gembira dengan apa yang ada (kekayaan; kerana ia bisa melalaikan namun bukan bereti tidak bersyukur)

Sabda Rasulullah saw:

"zuhud di dunia tidak dengan mengharamkan yang halal dan tidak membuang harta, tetapi zuhud di dunia ialah bahawa engkau lebih percaya kepada apa yang ada di pegangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu dan apabila engkau kena bahaya dunia, engkau lebih senang dia (bahaya) kekal padamu supaya engkau dapat ganjarannya."

(Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibn Majah)

maka zuhud lah kerana ALLAH SWT...insya Allah...

Friday, July 25, 2008

KeTeNAnGAn

wajah-wajah riang...(adik2ku sayang)

bahagianya mereka.senyum yang tiada salahnya. Ya ALLAH betapa ana rindu senyum dan tawa itu...

berpijak di bumi baru bagi ana ini,hati ana agak berkecamuk juga.rasanya tiada yang lebih istimewa jika dibanding dengan ketenangan di sana...walau masalah membalun ana namun ana tetap tenang di sisi roh insan tersayang...

dalam terik sang suria menyengat kulit ana...hmmm...rasa baju dah basah lencun dengan toksik yang meresap keluar dari kalenjar peluh ana... kaki melangkah menuju rumah ALLAH,hati ana rasa ada benda yang perlu ana sempurnakan. sepatutnya waktu ini ana bersama kak ina...round2 KK,centre point orang kata...tapi ana gelarnya 'cruel palace'..haha jahat pulak.tapi ada sebab kenapa ana cakap macam tu...ana tak suka dengan suasana sesak dan orang2 sekeliling yang...sendiri mau ingatlah...hehex payah mau describe lebih lanjut,nanti banyak dosa pulak...

"aku mau balik"

respon ringkas aku ajukan pada soalan kak ina

"tauka macam mana mau balik?"

"ndakpa aku boleh survive sendiri.boleh tanya orang jugak."

agak kurang ajar jawapan ana tu pada kak ina,satu2nya kakak yang banyak ana banyak pengajaran secara langsung ataupun tidak. sungguh waktu itu ana hanya fikir nak balik...hati ana meronta nak pulang ke U...kejam jugak ana tapi itulah ana dalam keadaan yang terdesak...ana cuma nak larikan diri dari susana bandar yang menyakitkan hati,mata dan merosakkan pikiran ana...pada fikiran ana,lebih baik tidur di masjid dari buang masa di pusat bandar macam tu.hati ana tak tenang langsung...hmmm..padanlah ana terus balik melulu.maaf kak ina,ana meragut kepercayaan kak ina saat itu.

penatnya ya Rabbi...ana terpaksa jalan dari luar pagar UMS sampai ke masjid sebab ana salah naik bas...huhu padan muka ana.dengan kudrat dan kekuatan serta keyakinan ana pada Qadar ILLAHI,terus jua ana melangkah dalam sengatan panasnya matahari...

hati bagai di curahkan air sejuk bersuhu 0'C (hehe) bila tiba di perkarangan masjid.inilah destinasi terbaik untuk ana menyendiri...hanya ada ana Allah dan makhluk ciptaanNYA di sekeliling ana...melihat damainya suasana hati ana luluh sendiri,betapa Agungnya Engkau ya Allah...

bagi ana ini cabarannya.kampung ana menetap jauh dari 'pusat ketenangan' nie.sukar untuk digambarkan keadaannya namun memang satu dugaan bagi ana sebagai sorang gadis biasa.

azan asar berkumandang,waktunya untuk bersiap bertemu denganNYA.namun parah juga bila ana sedar ana tak dapat turut serta jamaah asar dan tahiyatul masjid di sini.masalah perempuan betul....bukan satu keluhan tapi pasrah.petang itu ana tidur senyenyaknya berbantalkan lengan di tingkat satu masjid UMS.akibat lelah yang teramat sangat an,waktu asar itu jua ana santap.aduh...ana dah tak dapat tahan ngantuk dan penat ana...

tidur ana untuk rehat.memang lebih nikmat berbanding tidur beralas tilam empuk di hostel...inilah istimewanya.sungguh tahap ketenangan itu ana saja yang dapat describe untuk diri ana sendiri.ana terjaga saat perjumpaan EKSAH bermula..baru ana teringat,ana datang masjid ni ada satu tujuan.ada hal yang perlu ana buat,tapi kenapa ana boleh lupa ya??hmm khusyuk sangat nak ke masjid sampai lupa tujuan sebenar.astaghfirullahaladzim...

meeting selesai...santapan berjemaah dan ikatan ukhwah dikukuhkan.alhamdulillah ana dapat satu pengajaran hari ini...

'tiap-tiap satu kejadian itu ada makna tersendiri dan asbab musabab yang rasional...ALLAH menguji hambaNYA tepat dengan kemampuan hambaNYA itu...'

tapi...ana masih rasa asing di bumi UMS ini...rindu ana pada mereka di sana semakin menggunung...

wallahu'alamu

Thursday, July 24, 2008

fAktOR peROSak DalAM StruKTur NeGAra ISLAM

  • percakaran politik dan sikap fanatik selain perebutan kuasa dan pangkat
  • perselisihan dalam soal furu' agama dan mazhab serta suka berdebat hal-hal remeh
  • tenggelam dalam pelbagai bentuk kemewahan dan hanyut dengan keseronokan dan syahwat khususnya di kalangan pemimpin
  • abaian ilmu berbentuk praktikal dan dunia (sains dan teknologi) serta pembaziran masa dalam falsafah yang berbentuk teori dan fantasi
  • para pemimpin leka dengan kuasa dan lupa melihat perkembangan bangsa.bangsa lain terkehadapan dan boleh serang islam bila2 masa
  • terpesona dengan helah musuh,cara hidup musuh dan seterusnya meniru budaya hidup mereka

ALLAHUAKHBAR.....mana ummat yang di sayangi Nabi SAW?? sedarkah kita bahawa kita mengecewakan Baginda SAW?? mari bangkit ke jalan ILLAHI,deen yang satu...tadbir negara dengan cara Nabi bkan yahudi!!! wallahu'alamu...

Wednesday, July 23, 2008


al-irfaan...sumber pedoman dari labuan...
rindu ngan suasana surau kat KML,kat cni masjid je besar tpi tak di imarahkan sgt..mungkin atas faktor lokasinya yang agak jauh tapi kalau insan benar2 beriman itu bukan alasan yang kukuh....aku jarang ke surau nur E-man di cni...ntah mungkin belum biasa lagi kot?? huhuhuhu insya Allah aku try jadi insan yang ikhlas...hehe

nukilanku

pertemuan ibarat satu perpisahan
bezanya cuma senda dan tangis
yang mendamba kasih perlukan pedoman
yang mencari harta perlukan bimbingan
kasihnya Rabbi bukan pada zahir
segalanya terungkap tiba saatnya nanti
siapa pun kita di mana pun kita
tetap jua tunduk padaNYA
para hati yang tawadduk membingkis rindu
menyanjung agungnya kebesaran Tuhannya
mencari damai ukhrawi
dalam rentetan hidup pertembungan waktu
tiada yang sia-sia untuk akhirat
dijanjikan syurga pada ketaqwaan
jahannam untuk yang lalai terleka
sungguh di mana pun melangkah
pertemuan iti pasti ada
perpisahan bukan penentu
tika nyawa di hujung hembusan nafas
urusan kini untuk DIA
segalanya kita yang pilih
usahakan hidayat bayan-bayan perjuangan
jihad,syahid satu rebutan
yang terpilih itu bertuah
cuma harapan
harapan dan keyakinan
cinta Tuhan itu pada hambaNYA
cuma perlu iman pada ad-deen NYA
benarlah kata mereka
iman itu pokok pangkal segala keimanan
maka ikhlaslah hati pada cinta itu
ketentuan pasti ada jua
wallahu'alamu

uhibbuka fillah

insan bergelar wanita
impian itu hanya rumahtangga
bahagia letaknya pada cinta
kasihnya ILAHI kepastian abadi
indahnya sayang kerana ukhrawi
moleknya dunia pimpinan suami
kaulah inspirasi untuk kehidupan
bila mana kau punya cinta
untuk cinta yang mencinta
salam kasih penuh syahdu
duhai amir yang ku damba
demi ad-deen kau berjuang
hanya padaNYA kita sujud
tahajjud berjemaah satu kemestian
bagi kita yang menginginkan
cinta hakiki,kebahagiaan abadi...

_salamun'alaik..

ini 1st post aku....ndaktau mau cakap apa lagi...hehe tapi insyaALLAH bnyk gak ku buat entry nanti.bukan apa kat cni free ba login..haha

salam ukhwah fillah buat insan yang baca ma 1st entry k...huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...