asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 30, 2008

eXaM.....




semoga sahabat2 semua sedia untuk menghadapi peperiksaan mendatang....=)

doakan kejayaan untuk semua....

Friday, October 24, 2008

Abi Burdah r.a pernah melihat Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf keliling Ka’bah. Lelaki tersebut sedang ,mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.” Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?” Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafanya (yakni ketika ibunya melahirkannya).”
(sanad sahih: al-Bukhari)

“Salam sayang buat ibunda tercinta….
Salam kasih buatmu insan teristimewa….
Salam manis dari anak manja…
Anakmu ini ingin meluahkan rasa cinta padamu walau agak telat untuk ana berubah…

Saat ini aku sendirian……aku tatap wajah mak yang tengah tidur nyenyak, sedap mak tidur. Tapi aku tak boleh tidur……….aku kena jaga mak jugak…Dua minggu mak terbaring di hospital…hati ni rasa pilu jak…dalam dua minggu itu juga aku yang jaga mak siang malam. Cuma terkadang aku ganti dengan kazenku atas sebab2 tertentu. Itu pun mak tak sudi aku balik rumah.aduh, pedih rasa hati...

Mak berkeras nak balik rumah.nak sangat dok di rumah even penyakit mak agak parah jugak…doctor kata baik buat pembedahan dan buang bahagian yang infected. Tapi malang mak ni degil sangat…n terkadang aku termenung kejap, aku juga degil macam mak.hmm mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan??? Ok, mak tetap suruh kitorang kuarkan dia dari spital tue.nak jadi anak dengar cakap, trus jak buat.daripada mak marah2 tak tentu pasal.tapi sampai sekarang aku jugak yang rasa bersalah yang teramat sangat…

Mak dalam keadaan tenat.darah asyik kuar jak.ntahlah, berketul-ketul pulak tu…aku ni bukanlah bodoh sangat tapi aku tau keadaan tak normal. Satu kampong heboh mak sakit tenat, suma nak datang berziarah..sakit jugak hati bila ada yang datang tym mak nak rehat2.tapi mak kata tamu tak boleh tolak, mesti layan baik2.dah sakit tapi masih nak layan orang. Adeh, aku pun tak paham..

‘mak…dah siap ni…jomlah makan…jom???’
‘malas mau makan, kau makanlah sendiri…’
‘Eh, orang masak untuk mak,mana boleh aku yang makan.mak, makanlah..nanti mak tiada tenaga…ya?’
‘sinilah kau suap aku…’

Mak memang malas makan n malas berjalan…ntah kenapa. Aku taulah aku masak tak pro macam mak, tapi aku usaha jugak..aku tak salahkan mak, aku yang tak pandai pujuk. Bila aku mengantuk aku baring di sebelah mak…bau mak memang sedap, best sangat. Rasa manja sangat dalam dakapan mak..hehe. mak selalu tegur, macam budak-budak aku ni tapi aku tak kisah. Memang aku budak-budak depan mak.

Hari ni aku rasa gerun, hati aku memang rasa tak sedap sangat. Makcik sebelah mak dah lama berkampung di rumah ni..rumah pun selalu sesak dengan orang…apa ni???
hei!!! Mak sihatlah…!!! Mak tak apa2…!! Apsal korang datang datang macam mak ni teruk sangat sakitnya??? Please give her a break…and she breaks for……………….

Mak kata tak dapat bernafas lancar. Pergerakannya pun terbatas, dari sini aku nampak mak lemah sangat. Kenapa ni mak? Apa yang tak kena?

Malam tu mak tak dapat baring dan mak kena duduk if nak bernafas baik2. Aku sanggup jadi tempat mak bersandar, bagi mak baring di bahu aku dan aku menangis tengok mak macam tu…mak suruh aku diam, jangan menangis. Aku tetap menangis jugak…….tapi aku kecilkan suara, aku sembunyikan segala kepedihan hati ni buat mak gembira. Malam itu aku tak tidur, aku asyik pikirkan keadaan mak. Aku diam jak. Ketenangan aku hilang seketika…

Aku sibuk melayan sepupu2 yang betandang ke rumah..aku Cuma dapat tengok mak dari jauh. Asyik2 makcik2 jak yang duduk sebelah mak yang terbaring tenat tu. Aku pun nak. Tapi diorang kata sekejap and sekejap and sekejap.

Maghrib tu mak dah tak bercakap, kenapa? Aduh aku pun bingung. Mak diam sepanjang baringnya. Nafas mak tiba2 sesak, mak pun bernafas perlahan sangat. Aku duduk sebelah mak dengan cucuran airmata…..makcik sebelah kanan dan kiri kata jangan nangis, sebut Laailahaillallah…..aduh, aku tetap menangis jugak. Datang sorang lelaki berjubah putih, berkopiah dan berjanggut. Dalam bisikan hatiku, sapa pulak ni??? Dia datang dekat mak….

‘Insya ALLAH jam 7 dia jalan nie…’

Hah!!!!!!!!
Tidak!!!!
Mustahil!!!!

Aku makin sebak, mak……………kenapa ni??? Makcik2 sume halang aku dari duduk sebelah mak sebab aku asyik nangis jak…tapi…………….

Tepat pukul tujuh mak diam selamanya…
aku pun terus diam, aku tak dapat terima kenyataan ini……….
mak dah berhadapan dengan sakaratul maut………..
mak dah pergi jauh dari aku…………
aku peluk bapa, and pastu aku duduk dalam dapur…aku diam dalam tangisan….. MAK………………………………………..!!!!!!!
aku meraung dalam hati, aku taknak bapa tambah sedih….
aku tengok pula adik2 yang tak tau apa2….
rasa bahu ni berat, tanggungjawab aku makin berat……

Aku kucup dahi mak, dan ucapkan selamat tinggal buat insan yang sangat mengasihiku….
Kasih ini mustahil terganti
Insan yang beriku kehidupan
Yang beriku kebahagiaan
Yang cintai aku kerana sayang mendalam
Dan
Walau aku khianat, mak tetap sayang……………………………………..

Aku sayang mak………..al fatihah……………”






Tertanam naluri keibuan
Amat mendalam di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu dibahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakap ibu penuh girang
Masih kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Bertapa ku merindu lembutnya belaian ibu
Membawa ku ke syurga
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Diwajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakap ibu penuh girang
Masih kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhtah dikau di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa ku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawa ku ke syurga
Bersemi
Belaian kasih sayang
yang berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan
Anak-anakmu
Oh ibu…

Wednesday, October 22, 2008

MaLu???

Orang sekarang selalu salah ertikan sifat malu ini. Ada yang rasa meluat dengan orang yang pemalu, ada yang terjatuh hati hanya kerana sifat malu dan ada pula yang buat tak endah saja dengan sifat ini. Tapi betulkah kita faham sifat malu ni? Malu kita kerana apa?
Kita lihat situasi2 ini sebagai analogi malu zaman sekarang;

- Terasa malu mau jawab soalan cikgu di depan, sebab takut salah kena ejek pulak……(inikah malu?)
- Seorang gadis yang tersipu-sipu sebab ada seorang pemuda sedang memerhatinya daripada jauh……(inikah malu?)
- Malu untuk bertanya soalan sedangkan memang tak tau pun hal itu……(inikah malu?)
- Malu temankan ibu bapa ke Bandar, nanti orang kata anak mak pulak……(inikah malu?)

Cuba kita imbas balik adakah kita tergolong dalam mana2 situasi di atas ataupun yang sewaktu dengannya…malu itu baik tapi biarlah malu itu kena pada tempatnya. Ungkapan ini memang satu yang biasa kita dengar dan betulkah kita malu pada keadaan yang sepatutnya??? Meh bincang hal malu pada perspektif yang sepatutnya kita amalkan…

Dalam islam, malu itu dikaitkan dengan iman seseorang…if kita rasa kita ni beriman, adakah kita punya rasa malu??? Malu merupakan sifat dan akhlak yang mulia dan terpuji. Ia mendorong seseorang untuk menjauhkan diri manusia daripada perkara buruk dan menghalang dari cuai menunaikan mereka yang berhak.

Seperti sabda Nabi saw;
“ Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman.” (Riwayat al-Bukhari)

Malu dapat menyekat seseorang untuk melakukan maksiat. Malu ini bertindak seperti iman juga, di mana iman ini menghalang seseorang mukmin dengan maksiat. Maka sifat malu diiktiraf satu cabang iman, kerana ini mendorong seseorang untuk melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Secara mudahnya, apabila lahir pemberhentian daripada melakukan maksiat disebabkan kerana malu, maka ia adalah cabang iman.

Betapa mulianya sifat malu ini hingga Rasulullah sendiri berkali-kali menyebut tentang malu. Baginda menjadikan malu sebagai sifat istimewa dalam diri seseorang.

Baginda sendiri pernah bersabda;
Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak. Akhlak islam adalah malu.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dan Baginda juga bersabda;
“Malu tidak datang melainkan (membawa) kebaikan.” (Riwayat Al Bukhari)

Maka ringkasnya, keadaan malu di atas itu tak di iktiraf pun sebagai malu yang sepatutnya. Kita harus berfikir dalam sedalam-dalamnya sebelum kata kita malu akan sesuatu. Dalam asas islam, orang mukmin pertama sekali perlu manjaga perkara2 syariat dalam hidupnya. Maka malu ini dapat menahan seseorang dari melakukan perkara mungkar dan mengaibkan menurut syarak meskipun pada pandangan manusia perkara tersebut bukanlah aib pun. Contoh mudah apa yang terjadi sekarang nilah, pergaulan bebas antara bukan muhrim (lelaki dan wanita). Ada sesetengah orang merasakan ini perkara biasa namun kita sedia maklum pada agama ianya perbuatan mungkar dan haram. Juga dalam situasi di mana seseorang yang malu untuk menegur sahabatnya daripada melakukan kemungkaran sedangkan Allah menyuruh kita amar makruf nahi mungkar…dan ini tidak di anggap malu dalam skop agama islam. Bahkan kita di anggap pengecut dan lemah, indeed.




Malu ini terangkum dalam 4 ungkapan.

Daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a., beliau berkata: Sabda Rasulullah s.a.w;
“Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu” kami bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami pemalu Alhamdulillah.” Sabda Nabi: “Bukan begitu (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah kamu menjaga kepala dan segala pancainderanya1, perut dan anggotanya2. Ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak3. Sesiapa yang inginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasaan dunia.4 Oleh itu sesiapa yang melakukan perkara tersebut, dia telah malu terhadap Allah dengan benar-benar malu. (Riwayat at-Tirmizi)
_________________________________________________________________________
1-Iaitu minda, mata, telinga, hidung dan lidah.
2-Iaitu kemaluan, tangan, kaki dan hati.
3-Badan yang hancur dan tulang belulang yang kering.

Di sini jelas Rasulullah menerangkan kepada kita hakikat malu sebenar dalam rupa paras yang unggul dan mithali. Ia merangkumi semua pancaindera yang zahir mahupun yang batin. Apatah lagi jika sensitivity iman mampu menguasai perlakuan seseorang muslim untuk meyempurnakan sifat malu dalam dirinya.

1.Menjaga kepala dan pancainderanya.

- Malu dapat direalisasikan dengan menjaga kepala daripada digunakan kepada perkara yang bukan berupa ketaatan kepada Allah. Janganlah bongkak atas kelebihan denganNya. Menjaga keseluruhan kepala juga bermaksud lidah, mata dan telinga daripada perkara maksiat. Ia juga merangkumi minda dan pemikiran seseorang. Sucikan fikiran dan anggota tubuh agar jauh dari murkaNya…

2.Menjaga perut dan anggotanya.

- Jagalah perut anda daripada dipenuhi dengan perkara yang haram. Zaman sekarang ni kita sukar sangta nak membezakan mana satu halal dan yang mana satu haram. Main bedal jak, adeh… tapi di sini bukan pada makanan semata. Rasulullah menyebut perkataan perut, adakalanya dengan maksud segala perkara yang batin lawan kepada perkara yang zahir. Dan adakalanya juga dengan maksud sisitem penghadaman manusia dan yang berkaitan dengannya. Perut juga menurut bangsa Arab merujuk kepada hati dan kemaluan. Hatta apapun maksud perut ini, dalam saat sekarang kita harus berhati-hati dan bijak memilih makanan kerana makanan yang membina tenaga untuk seluruh tubuh bertindak menjalankan kerja masing2, maka makanan ini amat penting untuk di nilai mutunya untuk dijadikan sebahagian daripada badan kita ni. Pandai2lah ya…

3.Mengingati mati dan jasad yang hancur.

- Ini boleh membuatkan kita untuk sentiasa berfikir akan tujuan sebenar kita bertapak di bumi sementara ini. Dengan mengingati mati juga boleh membuatkan kita menjadi seorang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya kematian saja sudah cukup untuk menjamin orang yang berakal terdorong untuk memperbaiki diri sendiri agar tidak lagi leka dengan dunia yang sangat menggoda manusia melakukan maksiat.

4.Meninggalkan perhiasan dunia.

- Pernyataan di atas bukanlah bermaksud Islam sama sekali mengharamkan perhiasan dunia yang telah dikeluarkan oleh Allah kepada para hambaNya. Namun ia bermaksud perhiasan yang diambil secara haram atau digunakan untuk tujuan haram.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda-benda yang baik lagi halaldari rezeki yang dikurniakanNya?” katakanlah: “semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beiman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula hanya tetentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatau dengan Allah sedangkan Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (al-‘Araf: 32 & 33)


Maka kita harus bijak membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Maksud di sini adalah mensyukuri kurniaan Allah dan tidak melakukan perkara yang haram dilakukan di samping tidak pula berlebihan dalam perkara yang harus. Kita perlu sentiasa memuji Allah atas anugerah dan nikamt yang dikurniaNya pada kita. Dan kita perlulah sentiasa mengingati akhirat bahawa kita akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Jelas dan nyata malu dalam islam itu sangat berbeza dengan malu yang diwar-warkan oleh manusia. Ini pembelajaran serta pemerhatian ana selama kehidupan dan pengalaman sendiri. Malu jangan disalah ertikan kerana pada agama konsep malu ini perlu dititikberatkan.

Sesungguhnya, dalam islam, orang yang pemalu itu merupakan antara manusia yang paling kuat kekangannya. Paling gagah berani membela kebenaran. Dia tidak gentar terhadap cercaan orang yang mencela dalam memperjuangkan kebenaran.


Wallahu’alamu….ana Cuma menyampaikan apa yang ana pelajari. Dan tidak semestinya apa yang ana sampaikan ini ana amalkan sepenuhnya kerana ini cuma peringatan buat kita semua hamba yang sentiasa leka dan lalai…dan kerana kesedaran ini ana cuba menyampaikan sesuatu dan harapannya semoga ini berguna buat semua yang membaca dan kita dapat improve from time to time to be better than before.
(rujukan; ISMA)

Sunday, October 12, 2008

iSlaHku


ini kitab yang ana suka baca...ia membangkit semangat ana untuk buat ibadah lebih dari biasa...kadang2 hingga airmata ini bercucuran kerana merenung dalam dosa2 lalu yang selalu menghantui ana...wallahualamu....banyak pengajaran yang ana perolehi hingga terkadang rasa diri ni langsung tak layak pun dapat nikmat Allah yang tiada tandingnya...inilah buku motivasi ana, kitab yang sedikit sebanyak boleh ana guna untuk didik cahaya mata nanti...pengisian dari kitab ini sangat berguna sebab banyak pedoman dan teladan yang perlu kita tahu untuk jadikan dorongan besar dalam beribadah pada Ilahi...namun bukan sekadar kerana sebuah kitab, tapi atas kesedaran akan tanggungjawab dan kewajipan pada Allah SWT. ikhlas kerana Allah barulah dapat rasa manisnya ibadah itu....diceritakan dalam kitab ini, tentang solat nafil, bahawasanya alim ulama' dan para tahfiz sendiri solat nafil hingga beratus-ratus kali...bagaimana pula dengan kita? hinggakan ada ulama yang solat isyak dan subuh dengan wudu' yang sama...ya Allah subhanallah...betapa agungnya Allah...hingga begitu sekali hambanya taat padaNya...betapa besar kuasa yang dimilikiNya...dan menampakkan betapa kerdilnya kita di sisi Allah..apatah lagi kita yang sukar sekali nak istiqomah dalam ibadah...ana sendiri mengaku, ana kadang2 malas...inilah insan lemah, seperti ana yang tersangat lemah ini...Allah masih memberi peluang taubat, namun pernahkah kita ingin hargai setiap saat yang diberiNya??? apa yang kita lakukan dalam sesaat itu??? walhal semuanya dikira,semuanya ditimbang tara di hari kemudian...ya Allah selamatkan ana dari ahzab yang Engkau janjikan pada insan yang lalai dan leka terhadap dunia fana ini....Engkau sajalah penyelamat Agung dunia akhirat...

Thursday, October 9, 2008

beNarKaH isLaM meNinDas WaNitA???

tadi baru jak habis kuliah TITAS.ana tertarik pada satu tajuk yang bercerita tentang keistimewaan wanita...hmmm ia bukan tajuk yang spesifik tapi pensyarah ana membincangkan topik ini dengan lanjut untuk buka mata semua orang bahawasanya islam amat memuliakan wanita...
sebelum mengatakan lebih lanjut hal ini, ana juga ingin mempersoalkan, adakah islam sahaja yang tindas wanita? (pada pandangan umumlah)...kita berbalik pada perundangan tamadun terdahulu yang mungkin dapat buka mata kita tentang kedudukan wanita dalam masyarakat tertentu.

PERUNDANGAN INGGERIS

- dalam tamadun Inggeris, undang2 yang digubal pada tahun 1805M menyatakan bahawa:
  • suami diharuskan menjual isteri dengan harga minima 6 sen sahaja. tapi kemudiannya undang2 ini dimansuhkan.

- dalam tamadun Perancis, Sivil Perancis (code napoleon) perkara 217 mencatatkan bahawa:

  • perempuan yang telah berkahwin harus mendapat kebenaran bertulis daripada suami apabila ingin melakukan sesuatu perkara.

PERUNDANGAN GREEK

- wanita dikurung dalam rumah, tidak diberi peluang langsung untuk belajar dan dihina malah dianggap khadam yang najis.

- wanita boleh di jual beli seperti barang dagangan, tidak punya hak untuk membantah. tiada hak lain kecuali minum, makan, tempat tinggal dan pakaian.

- dalam kemuncak tamadun Greek, wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki. model-model perempuan bogel (astaghfirullah..ini fakta ya) dipopularkan hingga menyebabkan keruntuhan moral dan mengakibatkan keruntuhan tamadun ini.


PERUNDANGAN YAHUDI

Talmud (tafsiran taurat) mencatatkan bahawa:

- "tidak boleh seorang wanita yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati suaminya melakukan hubungan seks/sulit dengan wanita lain walaupun di dalam rumahnya sendiri. ini dianggap satu dosa bagi agama mereka"

lihatlah kedudukan wanita dalam beberapa tamadun yang ana boleh berikan di sini. sangat berbeza dan bertentangan dengan islam. wanita dari perspektif pelbagai tamadun tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. wanita lagaknya menjadi bahan yang dicipta untuk memenuhi kehendak lelaki. mereka tidak mempunyai hak untuk memiliki seperti golongan lelaki pada masa itu dan dalam agama tertentu.

amat berbeza perspektif islam terhadap kaum wanita yakni muslimah. ana bangga menjadi ukhti yang beragama islam dan mencintai agama kerana betapa wanita amat dihargai, dihormati serta disayangi.bermula dari perutusan Nabi SAW yang menganjurkan suruhan Allah yang menyatakan bahawa semua manusia adalah sama taraf. namun dalam beberapa perkara wanita diberi kelebihan khusus. contohnya islam meletakkan wanita khususnya para ummi ke suatu tempat yang lebih mulia berbanding seorang walid di mana kedudukan ummi adalah 3:1 berbanding walid. sebagaimana yang disebut dalam hadith Rasulullah yang masyur ini "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." jelas dan nyata wanita amat dikasihi. dalam perkahwinan pula, wanita punya banyak keistimewaan yang sangat setimpal dengan keadaan rohani wanita yang bersifat lemah lembut dan ingin dikasihi serta perhatian dari suaminya. contoh mudah adalah dalam keadaan bila mana dalam satu rumah tangga itu, suami dan isteri mempunyai pekerjaan masing2. dalam islam, hasil gaji daripada pihak isteri adalah diharamkan sama sekali untuk si suami menggunakannya kecuali dengan keizinan isterinya...ini untuk menjaga kebajikan si isteri dan menampakkan bahawa dalam rumah tangga, suami yang wajib memberi nafkah untuk keluarga, bukannya isteri dan ini juga memuliakan pihak kaum wanita. dan yang istimewanya, pihak isteri boleh menggunakan duit suami walaupun tanpa keizinan suaminya kerana itu adalah nafkah dalam islam.



begitulah lebih kurang keistimewaan wanita. bukan ingin terlalu memuji wanita di dunia ini, namun jika wanita itu faham akan kelebihan yang diberikan Allah, tentu dia faham kenapa Allah mensyariatkan fiqh wanita yang wajib dipatuhi jika ingin lebih disayangi oleh Allah SWT serta orang2 yang beriman di sekeliling dunia. itulah wanita dalam pandangan islam. ana bukan ingin memburukkan tamadun lain namun ini kenyataan dan fakta dunia di mana seluruh dunia menganggapnya sejarah silam, tapi jika didalami dengan lebih lanjut, tanpa yang silam tiadalah yang masa kini. cuba fikir2kan bukan sejenak tapi biar berjenak-jenak...hehehe


maka sayangi diri anda bagi wanita dan sayangi wanita bagi para lelaki yang baca post ana ini..


wallhu'alamu...

Wednesday, October 8, 2008

AdIK


ana punya sorang adik angkat...dia agak manja, n terus terang ana katakan ana baru sekali jumpa dengan dia...entah macam mana ana bisa rapat dengan dia ni...huhu budaknya baik dan sangat minat pada agama...impian yang dia pegang memang satu yang ana jua ingin capai dalam hidup ana...mendirikan baitul muslim dalam family tercinta...ana jua punya impian sama dengannya.cuma ana tak ingin perbesarkan hal ini depannya, nanti lain pulak dia pikir.hmmmm sayangnya ana pada dia...memandangkan ana jua tidak punya adik perempuan, maka apa salahnya ana anggap dia pula jadi adik perempuan ana...huhu
ana gelarkan dia dengan nama simplenya, dila...kami mula rapat pun kerana ana dulu bekas fasi waktu MPPB d KML...tempoh perkenalan kami pun masih muda lagi, baru kenal tapi rasa macam dah bertahun bersama. walhal jumpa pun baru sekali...inilah ukhwah namanya, tak kenal pada rupa janji hati mengatakan iya pada agama kita bersatu..huhu jiwang pulak...
ana banyak muhasabah dan muhasarawak diri dengan dila...budak ni dari sarawak hehe.alim jugak, pandai dan agak nakal...suka usik ana...hehe tapi itulah syifa' kedukaan dan penghubung silaturrahim antara ana dan dila...
pendek kata ni dah jadi kamcing jugaklah, cumanya kamcing jauh di mata. namun di alam nyata kami tetap saudara seagama dan sehaluan. perjuangan kami hanya kerana Allah dan itulah yang membuatkan ana lebih sayang pada budak yang baru masuk 18tahun ni.beza umur tidaklah jauh tapi dia memang perlu kasih sayang dari seseorang...harap apa yang ana kongsi padanya itu memadai untuk bagi ketenangan padanya walau cuma untuk sekelip mata...
insya Allah mudah2an ukhwah ini diberkatiNya dan semoga apa yang kami perbualkan dalam sms dapat jadi satu pemangkin untuk kami teruskan perjuangan...fisabilillah...
Allahuakhbar...

aL fAtiHAh

semoga Allah merahmati allahyarhamah kak Siti Aisyah binti Bakri...pemergian yang masih dirasai oleh ahli keluarga dan para sahabat sangat hiba. sungguhpun ana tidak kenal dengan arwah, namun ketika majlis tahlil, ana bisa menitiskan air mata melihat betapa pilu hati para sahabat arwah teresak-esak...teringat satu ketika dahulu ana juga mengalami perasaan yang sama...sayu suara imam menbaca tahlil arwah diikuti para jemaah di surau Nur E-man, kampung E...

adapun begitu, ana mengambil pengajaran atas pemergian arwah yang betul2 mengejut dan sangat menyedihkan. ana cuba berfikir panjang bagaimana pula keadaan ana ketika sakaratul maut nanti? dapatkah ana mengucap kalimah toiyyibah untuk terakhir kali di dunia ini? subhanallah...pilu hati terasa hingga menitis air hangat ke pipi.

ana berpesan pada diri sendiri...utamakan agama, keluarga dan sahabat...perbanyakkan amalan saat Allah masih memberi kesempatan untuk taubat. sungguhpun ketika ini ana menaip, Allah maha barkuasa untuk menjemput ana sekarang juga. tiap detik harus di kira betapa ia amat berharga.dan apa pula pengisiannya? adakah dengan kerja amal atau sia-sia? Allahuakhbar...

umat zaman kini kurang minat untuk berkata perihal kematian...walhal, kullu nafsin za iqatul maut (al anbiyaa':35)...rugi benar jika kita takut untuk mati...kerana mati itu sesuatu yang pasti dan tidak kira siapa pun kita...sedangkan kekasih Allah juga merasai betapa peritnya mati, sakitnya sakaratul maut...apatah lagi kita insan biasa yang bergelumangkan dosa? masihkah kita ingin dihantui dosa semalam andai hari ini ajal mendatang? astaghfirullah...ucapan itu satu kebiasaan dan kadang2 jadi mainan...ya Allah ikhlaskan hati ini dalam setiap tutur kata yang terlafazkan...ana hamba lemah ya Kareem..



mati itu kepastian..dan adalah sunat jika kita sentiasa mengingati mati...bersedialah andai maut di hadapan kita...kalimah laailahaillallah bukan dihafal tapi lahir dari mulut hamba yang ikhlas...cintai Ilahi, cintai mati...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...