asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Thursday, July 30, 2009

hiba

hari ini ana terima satu mesej dari sorang sahabat maya...sampaikan ana rasa hina sangat diri ini di hadapan ALLAH...siapalah ana?
mesejnya berbunyi begini...


~ Kalau dulu sebelum buat usaha masturat ni, memang tak tahu apa-apa mengenainya,tak suka pun dengan usaha tabligh ni, sekarang ni dah jatuh cinta dengan usaha ni…kalau tak dapat keluar masturat,rasa sedihnya..ialah nak charge bateri iman yang tengah lemah ni…harap-harap nisab 3hari masturat dapat dibentuk di marhalahku bulan ramadhan ni…teringin nak keluar waktu bulan ramadhan..camnela rasanyanyer erk…J

~ Kala dulu tak terfikir akan memakai purdah @ full hijab, sekarang ni Allah permudahkan untuk melakukannya, rata-rata kengkawan lain bila Allah pilih dalam usaha dakwah tabligh ni, mereka dapat amal purdahnya, walhal dahulunya biasa-biasa aje..Alhamdulillah,seronok rasanya..walaupun terdapat cerita lucu di sebalik pemakaian purdah,terutama melihat bebudak yang seakan pelik,agaknya tengok kami yang bertutup ni cam zorro erk, tak kisahla..tapi memang rasa aman tenteram bila memakainya, rasa terpelihara,susah untuk diungkap dengan kata2,hanya mereka yang memakainya sahaja dapat merasainya…mudahan Allah kekalkannya..

~ Kalau dulu suka angan-angan anak jadi doktor, guru, pensyarah, ada ijazah, sekarang ni keutamaannya nak anak jadi hafiz-hafizah, alim-alimah daei-daeiyah,kerja dunia tu kemudian selepas berjaya menjadi hafiz dan alim…kan bagus kalau hafiz kerja jurutera, hafizah kerja doktor sakin puan,erm…bestkan gitu.. itupun fardhu kifayahkan…seronok tengok anak-anak kecil dah dapat hafal surah2 pendek, hafal yassin, sambil main2 mulut baca ayat quran, kan bagusnya..sejuk je hati mak ayah yang melahirkan, tak tahula pula kalu ada mak ayah bangga melihat anak menyanyi lagu zaman sekarang sambil anak menari2..oh tidak, harap2 anak2ku tak seperti itu..ni pun targetku bila anak 10 tahun nak hantar sekolah tahfiz..dan anak2ku pun menunjukkan minatnya..Alhamdulillah,mudah2an Allah perkenankan..

~ Kalau dulu nak suami sembahyang berjemaah di rumah, dengan isteri dan anak-anak, iyelah cam ustaz ustazah cakap masa belajar, sekarang ni, wajib suami sembahyang di masjid, melainkan ada keuzuran yang tidak dapat dielakkan..anak lelakiku pun bila dah mumayyiz nanti, nak ajar dan suruh dia sembahyang di masjid, supaya dia ada rasa cinta pada rumah Allah, kalau ikut suami berjemaah di rumah, alamatla masjid surau kosongla erk..

~ Kalau dulu tak ada majlis ilmu seperti majlis Taklem ni di dalam rumah, sekarang dapat istiqomah setiap hari, sekurang-kurangnya majlis ini dapat mengumpulkan kami sekeluarga dan muzakarah ilmu agama..walaupun suami selalu tak dapat berada dalam majlis ini, yang pasti anak-anak dapat ikut majlis ini, mudahan dengan ilmu yang mereka dengar dapat melembutkan hati mereka dan melahirkan cinta mereka pada agama…

~ Kalau dulu suka tengok rumah yang banyak perhiasan, pasti cantikkan, sekarang ni rumahku di hias sekadar yang perlu sahaja…Alhamdulillah, kerja rumah pun cepat untuk dibereskan..rumahku pun dibuat untuk target terima jemaah masturat dan untuk keselesaan mereka..kalau tiada aral melintang memang rumahku sentiasa sedia untuk menerima jemaah masturat ni..selalu terfikir macam manalah mereka yang punya rumah yang besar dan perhiasan yang banyak, nak membersihkan rumah mereka,mesti makan masa nak melakukannyakan..

~Kalau dulu waktu berkerjaya..susah nak jaga pergaulan dan percakapan, kalau nak berbincang kena berinteraksi plak dengan lelaki, ..ish..ish..silap hari bulan boleh jatuh cinta kat laki orang..ni pengalamanku masa kerja dulu lakan…sekarang ni, Alhamdulillah, duduk dalam 4 penjuru rumah ni, terpelihara semuanya..memangla tempat terbaik untuk wanita di dalam rumah..kan..

~ Yang ni yang best sekali, kalau dulu tak merasa nak melancong luar negara, iyelah bukan senang nak berjalan negara orang kalau takde budget yang cukup, mana nak tuju, bukan ada saudara marapun, tapi bila buat usaha masturat ni, Alhamdulillah, Allah beri peluang pada kami yang bekerjaya suri rumah ni, dapat pergi ke negara orang, siapa sangka makcik-makcik yang duduk kampong , tak reti bahasa omputeh tapi dapat pergi ke Je


>>>> sampai sekarang ana rasa nak nangis jek bila baca..akankah ia terjadi pada insan lemah dan jahil ini???

an admired song



forgive me
today upon a bus i saw a girl
with golden hair
and wished i was as fair
when suddenly she rose to leave
i saw her hobble down the aisle
she had one leg and wore a crutch
but as she passed she smiled
oh GOD forgive me when i whine, when i whine
i have two legs the world is mine

i stopped to buy, to buy some candy
the lad who sold it
had such charm
i talked with him
he seemed so glad
if i were late, it'd do no harm
and as i left he said to me
'i thank you you've been so kind'
'you see..' he said 'i'm blind'
oh GOD forgive me when i whine, when i whine
i have two eyes the world is mine

i saw a child with eyes of blue
he stood and watches the others play
he did not know what to do
i stop a moment and then I said
‘why don’t you join the others dear?’
he looked ahead without a word
and then i knew he couldn’t hear
oh GOD forgive me when i whine
i have two ears the world is mine

with feet to take me where i'd go
with eyes to see the sunset's glow
with ears to hear what i know
oh GOD forgive me when i whine, when i whine
i've been blessed indeed, the world is mine...

Wednesday, July 29, 2009

majlis taklim mingguan masturat


Pengisian Majlis Taklim Mingguan Masturat
Entri kali ini nak cerita pasal program taklim mingguan masturat. untuk pengetahuan, program ini kita buat di dalam rumah, rumah plak bukan sebarang rumah, rumah ini adalah rumah yang telah diputuskan oleh syura. Jadi tiap2 minggu program ini akan dijalankan di rumah yang sama.

Siapa yang boleh hadir di dalam majlis ini...?
Sesiapa sahaja boleh hadir ( perempuan sahaja) , boleh ajak jiran tetangga, kengkawan kita, anak perempuan kita, adik atau kakak perempuan kita, cuma pastikan kehadiran itu bersama mahram bagi mengelakkan fitnah, memandangkan usaha masturat ini sangat halus dan tertutup, sebaik2nye untuk masturat datang bersama suami,tetapi klu suami tiada, maka blehla datang sendiri..tetapi setahu diri ini, seandainya rumah taklim itu jauh,makan masa 15 minit utk dtg,maka orang lama kata kita tak perlu datang..semuanya utk mengelakkan fitnah wanita itu dalam perjalanan atau dikhuatiri mendatangkan bahaya..sebab usaha ni begitu menjaga kaum wanitanya..

Pakaian untuk program...
Pastikan pakaian menutup aurat. Memandangkan majlis ini majlis untuk membesarkan Allah Taala dan mengingatiNya, maka kita kenalah elak pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, pakaian yang terang even jubah sekalipun sekiranya pakaian tu ala-ala mak datin, maka elakkanla, pakaian yang terbaik ialah pakaian yang gelap ataupun berwarna hitam..
lagi satu elakkan pakai perhiasan seperti cincin dan gelang tangan..kerana ini juga boleh menyebabkan orang lain hilang tawajjuh...nanti orang bukan tawajjuh kat program tapi tawajjuh kat barang perhiasan kita...so kena jagala bab2 tuh,ok...

Anak-anak..
Pastikan kalu suami kita ada, maka sebaiknya anak tu kita letakkan bersama suami, terutama anak-anak lelaki. sebab ia akan mengganggu program. tapi seandainya nak datang dgn anak2, kita siapla apa yang patut cam bawala makanan seperti biskutke,mainan atau buku2 bagi mereka ni diam..

Pengisian Program...
Ini contoh program yang dibuat di Perth:

10.45 pagi : Taklim awal ( baca kitab Fadhail Amal )
11.00 pagi : Taklim Kitabi sama macam atas.
11.15 pagi : Taklim Muntakhab Hadith
11.30 pagi : Fadhilat Majlis & Muzakarah 6 Perkara
( Sebulan atau dua bulan sekali ada bayan ( ceramah ) oleh pihak lelaki)
12 tgh : Tamat
(seboleh-bolehnya elakkan menjamu jemaah supaya tiada yang duduk dan bercerita mengenai duniawi yang menghilangkan keberkatan majlis tadi, sekadar air kosong dibolehkan)

Program ini bukan seperti kuliah-kuliah / usrah yang biasa kita lihat di masjid atau tv atau majlis yang lain, yang boleh di buat dengan gaya santai dan bergelak ketawa. program ini lebih kepada mujahadah nafsu untuk dengar dengan penuh tumpuan, perhatian dan tidak boleh bercakap dan bergelak ketawa.

Aik?? itu je programnye, takdeke program lain? cam tak best jerk....
Persoalan yang biasa di tanya..hehe
Iya...itulah program yang dinamakan Majlis Taklim Mingguan Masturat. Memang program ini statik..itulah yang diperkatakan setiap minggu..

Kenapa buat benda yang sama?
Memandangkan majlis ini lebih kepada majlis iman dan amal, jadi kita nak bawalah sifat malaikat dalam diri kita . Taat dan patuh.. jadi sebagaimana yang telah diputuskan oleh syura mengenai program ini, maka kita kena terima dan taat padanya...setiap apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat pasti ada kebaikannya..
lagipun tujuan program ini adalah untuk kita datangkan keinginan dan keghairahan dalam beramal, contohnya fadhilat solah, bila kita baca mengenai kelebihan solah ni maka kita akan rasa keinginan untuk menjaga solah di awal waktu, sebab kita tahu ganjaran dan kelebihan solah itu..begitu juga dengan muzakarah 6 Perkara. kena lagi dan lagi kita cakap supaya kesannya datang dalam diri kita..

Apa dia 6 Perkara tuh?
6 Perkara tu adalah merupakan sifat para sahabat, yang mana ia bukanla maksud kesempurnaan agama, tapi seandainye kita dapat amalkan 6 sifat ini, insyaAllah kita dapat amalkan keseluruhan agama dengan mudah..

1. Yakin dengan sebenar yakin akan kalimah Lailaha illallah,Muhammadur rasulullah.
2. Solat kyusuk dan khuduk.
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram Muslimin
5. Ikhlas niat.
6. Dakwah dan Tabligh

InsyaAllah, perinciannya akan di beritahu di masa akan datang..
Harapanku pada ibu2 di luar sana supaya dapat melapangkan masa untuk hadir dalam majlis yang mulia ini...segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahan diri ini..so, sebarang kekurangan dan ketidakfahaman bolehla diajukan untuk kebaikan bersama..

Monday, July 13, 2009

PM rai 200000 jemaah tabligh

NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.

Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.

''Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini. Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya," kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.

Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura' Malaysia.

Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan. Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.

Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu. Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah 'berkampung' di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.

Ijtimak yang berakhir esok turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.

Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.

Sumber: Utusan Malaysia

(dipaste lagi...http;//ahliahnizam.blogspot.com)

Sunday, July 12, 2009

hari ini last.....pasti hiba


ijtimak yang berlangsung selama 4hari di nilai, N.9 bakal berakhir pada hari ini insya Allah...walaupun ana tidak tahu serba serbi perkara yang berlaku tapi ana insya-Allah akan sentiasa up-to-date dengan kazkuzari ijtimak ini (if masih ada internetlah..huhu)...

keadaan semasa nak tangguh pasti sayu...pasti berbuku di hati taknak stop ijtimak tapi...ini tujuan dakwah besaran, untuk khidmat ke tempat lain...untuk sampaikan agama Allah dengan cara Nabi saw...dengan penuh keikhlasan...atas dasar redha Allah dan keimanan pada-Nya...dan kerana itu satu ikatan terbina kukuh....

dalam satu jemaah, negara berbeza...pangkat darjat bukan ukuran...warna kulit juga tak sama...tapi pakai baju yang sama, amalan yang sama (sunnah) dan panduan yang sama (al quran)...adat dan budaya tidak menghalang untuk menjalinkan silaturrahim...memberi keistimewaan pada orang lain lebih dari diri sendiri...itulah ikatan namanya! huhu...semoga Allah memberi rahmat dan semoga dengan asbab ijtimak kali ini, islam tersebar ke seluruh dunia....agar kita semua dapat jumpa di akhirat dengan wajah manis indah tersenyum kerana agama yang satu ini....amiin...

subhanallah...
indahnya ISLAM...
indahnya agama-Mu ya Allah...
indahnya kerja ini...
semuanya indah...
ana ingin menjadi hamba yang turut tersenyum bersama mereka di akhirat nanti...=)

100000 jemaah tabligh tawan nilai

NILAI – Lautan manusia. Begitulah suasana yang boleh digambarkan apabila kira-kira 100,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia membanjiri Kuarters Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini sempena Ijtimak Dunia 2009 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.Bilangan jemaah yang hadir dijangka meningkat kerana ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia juga akan hadir sepanjang tiga hari program tersebut.Bagi tujuan itu, pihak penganjur telah membelanjakan RM2 juta untuk menyediakan 10 khemah besar yang setiap satu boleh menempatkan 10,000 hingga 11,000 jemaah.Selain itu, sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk penyediaan makanan dan minuman yang diuruskan oleh 1,500 tukang masak yang juga dari kalangan ahli tabligh sendiri.

Sumber: Harian Kosmo

(juga dipetik dari http://ahliahnizam.blogspot.com)

solat jumaat paling besar di Malaysia

NILAI 10 Julai - Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 200,000 jemaah menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran ratusan ribu jemaah itu merupakan sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia yang hadir sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung selama tiga hari berhampiran masjid berkenaan.

Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.

Mohamad dalam ucapan ringkasnya sebelum khutbah Jumaat berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah tabligh ke negeri ini yang berhimpun dengan satu entiti untuk menyebarkan syiar Islam.

''Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama jemaah Tabligh dan berharap perhimpunan ini akan dapat meneruskan dakwah Islam kepada seluruh umat.

''Malaysia sebuah negara yang aman dan mengamalkan sikap terbuka dalam soal agama. Perhimpunan ini adalah bukti bahawa kebebasan untuk berdakwah, tidak seperti negara lain yang tidak bebas untuk menjalankan penyebaran agama Islam," katanya.

Mohamad berkata, solat Jumaat yang berlangsung di sini dengan kehadiran jemaah lebih 200,000 orang merupakan terbesar di Malaysia sekali gus menunjukkan kekuatan umat Islam sejagat.

Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia ini menghimpunkan jemaah daripada China, India, Pakistan, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya. Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi ijtimak mendapati ratusan ribu umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat Jumaat dan keadaan menjadi sesak apabila mereka beredar meninggal masjid untuk kembali ke khemah yang disediakan berhampiran masjid berkenaan.

Kehadiran jemaah tabligh ini juga antara lain melibatkan aktiviti keagamaan seperti perbincangan, syarahan dan pengajian ilmu.

Dalam pada itu Ali @ Ma Jian Ming, 24, seorang jemaah China dari wilayah Ninsha berkata, dia akan berada di ijtimak ini selama 10 hari dan hadir bersama-sama 200 jemaah tabligh dari negaranya. Syamsuri Tumirin, 24, jemaah dari Jawa Timur, Indonesia pula menjelaskan, perhimpunan ini mendidik dan mengajar beliau menjadi seorang muslim yang memahami ajaran Islam.

Oleh: Mohammad Yasir Jaafar
Sumber: Utusan Malaysia

(dipaste daripada http://ahliahnizam.blogspot.com)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...