asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Friday, August 20, 2010

_adab ramadhan..

in the name of Allah..

insyaALLAH hari ini nak kongsi fa cai sket..hehe maaflah agak terlambat..dah 10 ramadhan baru nak post..huhu

Adab-adab puasa Ramadhan

1. Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.
Nabi saw bersabda;
"Makanlah sahur, sesungguhnya pada sahur itu ada berkat." (Riwayat Bukhari)

Zaid Bin Thabit pula menceritakan,
"Kami pernah bersahur bersama Nabi saw, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh)." Kemudian Zaid Bin Thabit disoal, "Berapa lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan dan solat Subuh)?" Berkata Zaid. " Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Riwayat Bukhari)

2. Bersikap dermawan.
Abdullah Ibn Abbas melaporkan,
"Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan di bulan Ramadhan." (Riwayat Bukhari)

3. Bertadarus al-Quran secara konsisten.
Abdullah Ibn Abbas melaporkan,
"Jibril menemui Nabi saw pada setiap malam Ramadhan untuk bertadarus al-Quran, dan Rasulullah saw ketika itu lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat dari angin yang berhembus." (Riwayat Bukhari)

4. Melaksanakan solat tarawih.
Nabi saw berkata,
"Sesiapa yang menghidupkan malam-malam Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

dari Aisyah r.ha, katanya:
"Sesungguhnya Rasulullah pada suatu malam solat di masjid, lalu para sahabat solat baginda. Kemudian, baginda solat pada malam berikutnya (malam keuda) dengan diikuti para sahabat yang lebih ramai. Kemudian, para sahabat berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat, tetapi Rasulullah saw tidak keluar. Lalu pada keesokan baginda berkata, 'Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kalian lakukan dan tidak ada yang mencegahku keluar keluar kepada kalian kecuali aku khuatir akan diwaijbkan pada kalian dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan.' " (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Aisyah r.ha berkata,
"Adalah Rasulullah saw mengamalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan sehingga baginda wafat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Mengawal nafsu, mengelokkan perangai dan memelihara lidah.
Nabi berkata,
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum." (Riwayat Bukhari)

7. Menggalakkan keluarga beramal soleh.
Aisyah r.ha melaporkan,
"Sesungguhnya Nabi saw apabila memasuki sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan, benar-benar menghidupkan malam bagi beribadah dan membangunkan isteri-isteri baginda supaya beribadah dan baginda menguatkan ikatan sarungnya (iaitu tidak menggauli isteri-isteri baginda)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

(dipetik dan dicilok daripada buku yang bertajuk adab ramadan...semoga ada manfaatnya)

Serba sedikit yang boleh dikongsi dalam bulan mulia ini, jika ada kesilapan harap ditegur dan dimaafkan.empunya diri ini insan biasa2 aja dan baru belajar, sila beri tunjuk ajar insyaALLAH...sama-sama kita menghidupkan bulan keberkatan ini, insyaAllah...semoga dipermudahkan olehNya...jom cari redha Allah! insyaALLAH! :)



betapa empunya diri mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...dan betapa empunya diri meminta belas bahawa Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir...Allahu'alam bi sawab~

renung-renungkan dan selamat beramal! ( ----> macham kenal jek ayat nih kan? ehe :p )

wassalam..

Wednesday, August 11, 2010

_feel blessed..

in the name of Allah..

subhanallah alhamdulillah laailahaillallah allahuakbar

allahurobbi...segala puji hanya buatMu ya Robb, Tuhan yang maha satu...



segala kesyukuran ana panjatkan kepadaMu ya Allah...atas nikmat ramadhan ke 21 kepada diri yang hina dan jijik ini...ALHAMDULLILAH!

tersenyum lebar ana menyambut bulan mulia...sapa yang tak hepi kan?huuhuu masih diberi peluang untuk menggandakan ibadah dan masih diberi peluang untuk ikram lebih2 (terutama time iftar) pada saudari2 yang lain...alhamdulillah!

semoga ramadhan kali ini ana tak sia-siakan dengan benda tak berpaedah, dan semoga ana lebih istiqomah dan kuat untuk menjalani ibadah puasa dalam tenggang waktu praktikal di Unit Kesihatan Sekolah dan Klinik Ibu dan Anak, insyaALLAH...may Allah bless~

tangisan dalam pujian rasa sebak dan terharu
tangisan dalam kegembiraan mendambakan kebahagiaan dalam ramadhan
tangisan syahdu berpuasa di perantauan (lagi)
tangisan bakal beraya di dorm syawal ini

terciptalah satu tangisan dalaman yang hebat menutupi ego yang terjunjung...hohoho...segan deh nak nangis depan geng2,tak rock lah ----> erk?

permulaan ramadhan adalah rahmat...(al hadis,fadhilat ramadhan)...maka rebutlah peluang ini, insyaAllah rahmat Allah kepada semua yang menginginkannya. pintalah rahmat Allah di mana jua anda berada, hatta dalam toilet sekalipun (dengan membaca doa b4 and after entering the toilet and covering your head with towel (or anything that can cover the head)..insyaALLAH, rahmat Allah mencurah-curah ke dalam buku amalan...huhuhu

bersahur dengan rumet2 di bilik, dengan penuh rasa hepi menjamah santapan berupa kurma, susu fernleaf kuat dan biskut kering...huhuhu...ija makan nasi semalam punya dengan ikan masin berkuah air putih...nampak dhaif sangat, tapi bagi kitorang, itu biasa aja...bahkan sedap...alhamdulillah kenyang bila makan ramai2, insyaAllah...hihihi~

bulan ramadhan ana hepi sangat, sebab semalam dapat join jemaah taraweh di surau kat bawah, imam adik2 sem 2..huhu semoga Allah beri rahmat, amien ya Robb...bahkan permulaannya adalah rahmat bukan?

kepada semua ummat yang beragama islam, jangan pernah wujudkan alasan untuk ponteng puasa, kecuali yang dibenarkan cuti oleh BOS besar kita, Allah SWT...hehe...termasuk ana bila 'sahabat baik' menyapa...dengan harapan dia akan menyapa pada hujung2 bulan, ataupun janganlah sapa dulu skang ni, pun boleh..amat dialukan..hohoho..

may Allah bless all the mosleem who fasting dalam bulan ramadhan dengan ikhlas untuk mendapatkan rahmatNya...insyaAllah~

wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...