asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Tuesday, September 21, 2010

_kehidupan kini..

in the name of Allah..

assalamualaikum

alhamdulillah wa syukurillah..

masih lagi diberikan nyawa dan masa untuk sentiasa bertaubat insyaAllah...amien...amien ya Rabb...

good life starts with good practices...apa dia good practices baya? insyaAllah, all the amalan fardhu and addition with your own effort...and good practices comes with a package of faithful and loyalty in the person itself...

haa.mencarut jer bahasa inggeris.hihi.paham2 sendiri lah,ada makna gak tuh.huhu

insyaAllah,ana sudah bertemu dengan seseorang.siapalah seseorang yang malang tuh,dan malangnya dia yang nak memalangkan diri bertemu ana..hehe hais...no komen...bila dah official,ana bincang lebih dalam...hoho~

kisah lainnya..kini hidup musafir (layak ke jadi musafir nih? hehe) menumpang di kolej jururawat sungai petani, dan sambung praktikal di sini HSAH sampailah ke hujung bulan oktober...dan exam pada bulan november,insyaAllah =) doakan ana diberkati Allah..huhu

la ni ana dok kat wad perubatan perempuan,aras 6 Kenanga 8.hihi sapa dekat2 sini datanglah melawat ek.haha.sini banyak...nope bukan banyak,tapi ramai...ramai pelatih...huuuu..

pelatih x-ray ada, JTMP ada, fisio ada, jururawat (wajib ada), MA (kami) ada, HO ada...macam2 ada...hehehe dari diploma sampailah ke ijazah dan ke master..pHD jek takdak..rasanyalah..huhu

working with them is like a funny things going around here.you know.the word PELATIH.sometimes,ana pun jadi blank..haha..but as usual,practice makes perfect ryt?then kami kena practice sehabis baik punya kat sini.patient dont give a damn,they'll let u do anything but dont molest them lah.its HARAM.huhu

ana paling rapat pun ngan HO dan jururawat pelatih...because kitorang semua pelatih.and at times,ana pulak kena mengajar dan di ajar habis2.haha.balance jugaklah.HO,they are good when they ask,but not very good when they follow nothing to do anything.bila ada MO,depa gelabah.kami macam tunggul pun ada.haha.adei,samalah kami.bila ada CI,kami mencarut..depa gelak.haha.best belajar ngan HO,sebab depa banyak tau,tapi practice more on skills.as we are oppositely different with them.huhu.kami kena mintak ajar ngan depa,pasal banyak benda on medical n medicine.and surely kami kongsi2.huhu.depa akan mintak tolong baik punya senyum,sampai depa kata,THANKS arr dik..hihi..they are good human being.but most of them are chinese and indian..mana p budak2 islam?hihi...maybe khuruj fisabilillah kot?amien ya Rabb! =)

huhu.ana tertarik dengan kehidupan HO.yelah.busy mengalahkan PM! hihi.ngamlah ayat tuh.and ada gak HO yang ana jumpa,sampai mintak tolong kami jaga patient dia (yg baru masuk) sebab dia nak p Solat sat..huhu baguslah HO nih..sanggup kena teriak dek MO,daripada dapat dosa.hihi and its a SHE.hekhek.dekat sini,HO kena clerk new case,full examination on patient.kami pun apa lagi,menyebok gak kat situ nak wat ECG lah,vital sign lah..hoo..best.MO datang,done2 jek HO tuh balik dari solat.huhu.and the MO is a chinese women.ngaaa...kami pun belajar something dengan HO sebab dia buat full physical examination.sebab macik tuh macam bell's palsy tapi bukan.half of her face could not be moved.huhu ana pun ngok gak medic nih.hihi.

ana dah assist MO wat IFC kot..intrafemoral catheter.utk cuci darah for ESRF(patient tu lah).and best gak wat tuh.hmm for who do understand what i say,alhamdulillah..huhu..and ana dah gak assist wat IJC,intrajugular catheter.hemodialysis.sedih.teringat ngan Muhammad Ammar,anak ahlia azharjaafar. T_T may Allah bless him and his family.

ok2.dah lah tuh.asyik citer bab medic jek,best sangat ke?banyak lagi ana kena belajar bab ilmu agama.adui.terasa diri hamba hina betul.hmm.doakan ana dapat taufik from ar-Rahim.amien.=) sepatutnya seorang hamba meletakkan anatomy tubuhnya seperti gambar di bawah,insyaAllah...

klik gambar if mo nampak jelas.hihi =)

may Allah bless..penat menaip.nak p rest2 before menghadap ngan empunya diri ini,the Creator.insyaAllah...=))

wassalam


Sunday, September 19, 2010

Isu Pembakaran Al-Quran Kaitan Ramadhan antara Kita dan Barat


Di dalam kesibukan Umat Islam menyambut Ramadhan dan Syawal maka ketika itu juga Amerika Syarikat dan Barat cuba mengambil kesempatan menghasut bagi mengujudkan satu lagi perang baru melawan Islam. Ianya melalui penghinaan terhadap Al-Quran dengan slogan “Burn A Quranday 11/9/2010”. Mengikut sesetengah pandangan beberapa orang pengkaji politik Timur Tengah bahawa dalang di sebalik pembakaran Al-Quran adalah Zionis Yahudi. Miski pun slogan ini di utarakan oleh Pederi Evangelist dari Gainesville, Terry Jones dari Dove World Outreach Center.

Mengikut pandangan seorang penulis Perancis terkemuka, Thierry Meyssan mengatakan bahawa “Pemimpin-pemimpin Barat tidak takut kepada Islam kerana Barat memerlukan peperangan sebagaimana manusia memerlukan udara untuk bernafas”. Katanya lagi bahawa “Kenyataan Presiden Barack Obama mengenai peningkatan hubungan baik dengan Dunia Islam adalah sesuatu yang dirancang.” Kenyataan itu semata-mata untuk mengelabui Dunia Islam agar penentangan terhadap Islam melalui Islamophobia meningkat di Barat. Buktinya bebrapa hari sebelum slogan “Burn A Quranday 11/9/2010” dilaungkan, Conselor German, Angel Merkel telah menganugerahkan anugerah khusus untuk kartunis yang menghina Nabi Muhammad saw.


Malah sesetengah pemimpin Amerika sendiri menghina Islam di dalam kenyataan mereka terkini. Ada sesetengah vetren perang Amerika seperti Leftenan Jenderal William Boykin Mantan Angkatan Darat, mengatakan bahawa Islam di Amerika merugikan Amerika sendiri. Mereka juga menilai Al-Quran dan syariah adalah satu Doktrin Sosial yang membawa kepada “Politik Totalitarian”. Malah bagi mereka perancangan memerangi Islam perlu dibuat sebagaimana mereka memerangi Kominis suatu waktu dahulu. ( Sumber Dengan Olahan Dari :Chicago Breaking News ,The Washington Times : Arrahmah.Com)

Komentar :
Di Barat dan Amerika :

Ketika Ramadhan yang lalu, Umat Islam seluroh dunia berpuasa dan dalam waktu yang sama kita disibukan dengan Al-Quran, bukan sahaja di Dunia Islam malah di Barat dan Amerika Syarikat juga suasana bacaan Al-Quran bergema di masjid-masjid dan juga di “Islamic Centres” yang mana sudah cukup untuk menarik mereka-mereka yang dahaga kepada hidayat untuk datang kepada Islam. Ini terbukti di Kanada bagaimana wanita muda yang bukan Islam ikut sama-sama berpuasa dan berbuka dengan masyarakat Islam di sana dan akhirnya tertarik kepada Islam.

Ianya bukan setakat menambah kadar peratus bilangan orang-orang Islam malah sudah cukup merubah suasana kepada suasana yang lebih Islamik. Kita juga dapati ketika bulan Ramadhan, ada Sinagong, Yahudi yang disewakan kepada masyarakat Islam setempat untuk acara solat Terawikh serta aktiviti bulan Ramadhan.

Selain itu, masjid-masjid dan “Islamic Centres” memberi ruang kepada tetamu yang bukan Islam untuk berkunjung serta menerangkan keindahan Islam. Maknanya usaha-usaha dakwah telah ditingkatkan secara tidak lansung dan hasilnya ramai yang meminati Islam serta memeluk Islam.

Penghayatan Islam melalui Ramadhan sudah cukup untuk merubah suasana di temapat mereka. Malah apa sahaja slogan yang menentang Islam tidak sedikit pun menggugat mereka.
Di Malaysia Bumi Bertuah :

Di tempat kita pula terbalik, antara Ogos/September sahaja sejumlah 27 bayi luar nikah dibuang. Ini berlaku di bulan Ramadhan. Sejumlah mereka-mereka yang ditangkap khalwat pada malam Kemerdekaan juga berbetulan malam ke 21 Ramadhan begitu ramai yang kebanyakkannya adalah pelajar IPT. Itu belum lagi yang hadir di Pub,Kaorake dan Kelab Malam serta yang makan di warong mamak di siang hari. Malah paling dasyat, pembunuhan trajis pun berlaku di bulan Ramadhan di tempat kita.

Apa yang kita dapat rumuskan bahawa Ramadhan di tempat kita tidak cukup merubah dan menabah suasana ketakwaan yang sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan. Bayangkalah bagaimana pula bulan selain Ramadhan.

Sama-samalah kita renungkan. Wallahualam.

dikopi n pes dari al-alostari

Monday, September 13, 2010

_aidilfitri 1431H..

in the name of Allah..

assalamualaikum...

alhamdulillah..allahuakbar..

ramadhan telah berlalu dan syawwal menjelma kembali..subhanallah, terima kasih ya Allah~

walaupun syawal ini ana sekali lagi ndak balik raya (sob3..T_T), namun dapat jugak ana merasa ketupat dan rendang di awal pagi raya (sebagai ganti burasak dan ayam likku')..like wanna cry out loud for the cherish and the sadness..

menumpang di rumah nenek kepada sahabat sekelas, naseb bek kami ramai budak sabah.so xdalah kekok sangat.depa pun ok jek,kami dilayan bagaikan puteri..ahakz~

malam raya dalam suasana kampung yang betul2 kampung, orang sibuk men mercun (ana men bunga api jek ngan ija, jubi, kak wendy dan aca) hoho...dan ana surrender awal, huhu..mo pekak telinga dengar bunyi mercun depa..huhu

pagi raya, dah kena kejut oleh ija pukul3a.m...rupanya dia nak PU (bahasa med,hehe) laa..ija kena siap awal,dia nak terbang ke sabah...jeles T_T..dan tinggallah kami berempat merempat lagi dan lagi..

solat sunat raya di masjid Jitra (ana tak sempat glance nama masjid,tanya makcik pun dia taktau ngaaa)..sebak masa takbir dilaungkan.teringat zaman2 solat sunat raya ngan mak dulu,huhuhu...allahu robbi...

selesai solat sunat raya kami konvoi p beraya di rumah pak su pakcik (tok kawan)..makanlah rendang ngan nasi beriyani..huhu..sodap gak..perjalanan kami berakhir lewat malam sebab mak kawan nih nak habiskan rumah2 yang berbaki, sok depa dah nak balik perak...kami pun ikutlah seperti anak itik membontoti ibu itik..ngaaa~


on the way p umah pak su,sempat lagik snap..adesh!
nih purdah lukisan,hekhek



ini kuih yang cute..saja ambik sikit,nanti ambik banyak tak habis~



hehe..ni gambar ana bersama makcik dan anaknya,
dan geng2 sabah yang menumpang kasih bersama (kecuali ija)

cabaran beraya di rumah orang adalah menjaga aurat..jangan dedah sedikit pun..alhamdulillah,misi berjaya jugak..hehe rasa bersyukur...lau kat bilik nih rileks jek,dorm pompuan yang disekelilingnya rumah banglo yang kenkadang jek datuk2 tuh mai tengok rumah depa..hehe so,aman~

..dan..
jazakumullahu khairan kathiran..(betul ke ayat tuh?hehe) to all the family members of my kawan...terima kaseh yer..may Allah bless you all, dan balas budi baik kamoo..insyaAllah..salam aidilfitri..

dan to readers,ignore mana yang patut,huhu..eid mubarak,may Allah bless you all..

wassalam..



Wednesday, September 8, 2010

_salam aidilfitri dari aya dan suami..

in the name of Allah..

dunia rasa kelabu, hate this feeling
hati serabut, making the soul cry for itself
kusam dan durja, who knows better
perit dijiwa, like a bee cant find the way home

so much in sadness, deeply hurt, saket

.....nak balik

sapa nak kejut bapa, abang, imran ngan adi bangun subuh?
sapa nak iron baju dierang pagi raya nanti?
sapa nak siapkan sarapan?
sapa yang bersiap paling lambat nak p solat sunat raya?
sapa paling anggun antara berlima nanti?
sapa jer yang pakai tudung nanti?
sapa yang hidang lauk kat rumah makcik nanti?
sapa yang gelak tawanya paling kuat di rumah nanti?
sapa orang pertama nak salam abang?
sapa?sapa?sapa?


and the question never answered
for the girl still get blocked here
she never wants this
but the girl accept everything Allah gave
who is she to judge or fight?
may Allah bless you...

salam aidilfitri dari aya dan suami...
0opssz! belum nikah lagi...!!!
ampun dan maaf dipinta atas kekasaran dan kesilapan diri,
sesungguhnya ana insan kerdil lagi jahil...
semoga bahagia di samping keluarga tersayang...
ingat sentiasa amar ma'ruf wal nahi munkar
(hati dah serabut tatau apa mau cakap)
may Allah bless in this syawal...amien

wassalam~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...