asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Tuesday, November 29, 2011

_akhirnya..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :)

subhanallah alhamdulillah laa ilahaillallah Allahuakbar..

tahun 1433H..alhamdulillah..tahniah semua..pasang azam terbaekk punya..selamat tahun baru hijrah..masih belum terlambat kan?hehehe :D asif..busy2..

banyak mau bercerita..maka bersedialah wahai pembaca setia (uhuk3..kalau adalah :P)

***

cherita Sg. Sedim..

sampai jugak hamba ke sungai sedim.yang nda pernah terfikir pun mau pi..sebab nda tau ada tempat tuh di Kedah ni..err..maaf ya..hehe

rumet saya, Fauziah Binti Ramidin, yang sangat suka travel tuh yang bagi kenal..dan sayangnya, beliau nda dapat join sekali trip ke sana..sedih sob3.. T_T

cherita sungai sedim menarik jugak..dapat naik Tree Top Walk, yang tinggi lebih kurang 26 meter dari aras hutan. dapat nampak puncak pokok yang pendek2. hehe. pokok yang tinggi xdapat lah yob..huhu then dapat main air sungai yang SANGAT SEJUK. Allah..besar nikmatMu pada manusia, namun manusia sering lupa (sayalah tu..isk3)


pintu gerbang bagi tempat itu..Tree Top Walk, Sungai Sedim.

maka bermulalah ekspidisi menjelajah hutan simpan..haha


melangkah dengan penuh semangat! hehe


nah..cantik kan pemandangan..tenang jak..hee :)


perjalanan yang panjang..


ini paras tertinggi..ditulis dalam MM sebab nombor nampak besar, grand sket kali? haha


pandangan dari atas...di ambil oleh diri saya yang nda-pro, menggunakan camera henpon J20i.haha tapi tetap, Allah bagi cantik!


and this is what i call art,using Canon D1100EOS. hmm. D3100, sabar lah. dunia semua tuh! hoho~

datanglah ke sini kalau anda ingin bertenang dan mengamati pemandangan hutan yang sejuk dan banyak oksigen. hehe. paling penting, dapat rapatkan ukhuwwah antara kami sahabat..alhamdulillah! :)

***
cherita 1433H..

kami telah dijemput untuk mengimarahkan majlis sambutan maal hijrah 1433H di Kediaman Menteri Besar Kedah. pergh. skema betui majlis..ingat yang simple2 jak..sempoi..rupanya sangat2lah besar majlis tuh..huhuhu

-dilarang pakai jubah- <--- pelik tapi benar..haha. jadinya berbaju kurunglah sekalian gadis2 rupawan (ahaks! :P)

Sultan Kedah datang tepat pada waktunya seperti dalam buku aturcara majlis..pukul 9pagi. alhamdulillah..bagus2 :)

ceramahnya best jugak.sempoi..xskema..sambil keluar pelat kodiang lagi..kasaq sket katanya..tapi baguihlah..semoga Allah buka hatinya untuk buat usaha agama..amin3..

ceritanya yang x lapuk dek zaman..kisah kasih sayang muhajirin dan ansar..terharu rasa..dan kisah manusia sekarang sungguh jauh berbeza dengan dua kaum yang bertemu kerana Allah..dush! dush! dush! terasa ambe. hehe

jadi..mari berubah kepada yang lebih baik daripada yang semalam, inshaAllah! fighting! ^_^

SALAM MAAL HIJRAH 1433H SAHABAT SEKALIAN

***

cherita Pen. Peg. Perubatan

hari ini kami semua, kumpulan 23 semester 6 tahun 2011, dapat name tag baru berwarna hitam(name-tag staff punyer.huhu dapat awal dan free.hehehehe)

dan alhamdulillah..semua lulus untuk semester ini..PNGK tertinggi seluruh semenanjung (kolej KKM) adalah calon daripada kolej kami, 3.78..alhamdulillah...tapi yang paling tinggi tuh orang hindu..hmm..xpa2..

saya...err...saya...err...haha biarlah rahsia! :D

best2..x lama lagi keja..dan tanggungjawab bertambah..ohhhh!

***

cherita hadiah!

dalam hari ini, saya dapat tiga (3) buah hadiah daripada insan2 yang sayang saya!(perasan.hehehehe)

dan saya sangat bahagia..yalah..jarang2 dapat hadiah, sekali sekala dapat ni seronok sangat! haha. nampak sangat x friendly mana saya ni. haha. :P


jeng3! pashmina coklat.hihi


rantai! :)


blok jubin berhias (suka hati jak bagi nama.haha)

***

mashaAllah! hati ini sungguh terkesima..jazakillahu khairan kathiran wahai sahabat-sahabatku..atas segala kasih dan sayang yang anda berikan selama ini..xda hadiah pun saya nda kisah (tapi kalau ada, SANGAT dialu-alukan.haha)

T_T

terharu sungguh!

trimas trimas trimas!

nda lama lagi bakal berpisah dengan semua orang..duh! macam mana ni? hmm..bersedia..mari bersedia..

setelah tiga tahun bersama..dengan jalinan yang terbina..Allah..beratnya..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..begitulah juga hidup ini..setelah dimulakan dengan kelahiran, akan berakhir dengan kematian..

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.." - Quran.

T_T

(fikir mati hilang manisnya dunia. urgh. sentap!)

Allah..sungguh Engkau Maha Mengetahui..semoga ukhuwwah yang terbina selama ini memberi manfaat kepada kami, kepada saya khususnya! semoga Engkau ampunkan dosa-dosa kami dan permudahkan kami berjaya dunia akhirat..amin amin amin..

akhirnya..kami sudah boleh bergraduasi. (sebenarnya nda mau ikut majlis itu.hehe niat terpasang indah sudah ni..ermm)

gadis2 kumpulan 23, kakak dan adik2 junior..saya bakal rindu kamu semua! :')

tsk..

hmm...inshaAllah esok pulak...saya bakal menghadiri kursus pra-perkahwinan, yang dijalankan di kolej. niat saya cuma mau mencukupkan kuota peserta yang tidak cukup..tapi bila dfikirkan balik..HE HE HE..bagus jugak ambil awal2. jimat bah..pakej student, RM50. di sabah mahal bahhhhhh... :D

inshaAllah..doakan semoga Allah permudahkan urusan kami pada hari esok..jazakallahu khairan in advance!


bah..penat sudah saya ni menaip..mau bersedia untuk hari esok.yeah! <--- terlebih semangat pulak. haha. adios.





wassalam..



p/s: entry ini telah diedit..harap dimaafkan..manusia itu pelupa..huhu sayalah tuh, isk3.


Saturday, November 19, 2011

_dewasakah..?

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :)

dunia sementara, akhirat selamanya.
rancanglah kehidupan sebaiknya, agar tidak kau kesali di akhir cherita.
inshaAllah.

menanti debaran result final tahun akhir. semoga LULUS + CEMERLANG. amin. minggutension sudah berlalu. rupanya terkesan dengan exam! wargh..pancung diri sendiri kan bagus.

=.="


-apa perasaan anda menjadi Super Senior?-

nothing. emptiness. seriously!

ya..macam biasa, hidup seperti roda. bakal meninggalkan liku-liku berbeza yang dilalui. jika berpatah balik, menghabiskan minyak kereta. ye dok? haha

ok. habis jak exam, saya merasa kebiasaan yang berlaku. tiada apa-apa. sekadar exam dah habis. itu saja.

haha. empty you.


selamat tinggal name tag merah (super senior?)
-_-"
-bakal berkerja-

ya. saya bakal menjinjing tanggungjawab yang hebat. mampukah diri ini? oh...

"laayukallifullahu nafsan illa wus'aha" - Quran.

mashaAllah! inshaAllah..mari husnus zhon kepada Allah. segalanya pasti baik-baik saja. bakal menempuh kehidupan yang penuh emosi dan memerlukan kerahan fizikal yang tinggi. Allah..kuatkan hati hamba. amin.


fighting! =D

-menanti sesuatu-

dan apakah sesuatu itu? hoho. biarlah terbuku di hati gelap ini. hurmmmm...heee~


*senyum*

*****

mari bersenyum sentiasa. kalau termasam muka, maaf dimohon diri tidak terasa. terkadang beku, mudah pecah namun masih dipelihara. semoga difahami ertikata kehilangan yang menoda. hingga jiwa raga kalut ribut damai dicipta.

selamatlah wahai kehidupan yang mendatang.

*****


semakin terasa berusia. dewasakah saya? hoho. masih terasa cute kot? ^___^ (ketawa guling2, mematikan hati yaw!!!)

jangan lupa tingkat amal sekaligus iman. lemah beno diri ini. doakan saya. jazakallah.



wassalam..

Sunday, November 6, 2011

_salam aidiladha 1432H..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar :')

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :')

beraya diperantauan, seperti biasa.

Alhamdulillah..merasakan lagi keindahan Aidiladha 1432H, pada hari ini..penuh keberkatan..penuh kesyukuran..penuh kesyahduan..

T_T

sekadar ingin mengucapkan..Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini, 10 Dzulhijjah 1432H..bersamaan 6 November 2011 :)


(klik untuk besarkan, tak beso mana pun,hee)

semoga kita mendalami erti Qurban sebenar..Qurban fisabilillah inshaAllah..

semoga pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ismail a.s dan Siti Hajar r.ha menjadikan kita lebih bersemangat dan Josh! :D inshaAllah..besar pengorbanan mereka, sehingga menjadi sejarah, dan kita masih meraikannya sehingga kini..sehingga akhirnya inshaAllah..

jika ingin dibandingkan..kerdilnya diri dengan hati yang hina. astaghfirullah. :'(




wassalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...