asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Tuesday, February 21, 2012

_random..?

in the name of Allah.

assalamualaikum wbt

hmm.

terasa ingin menulis.

tapi apa ya?

hati terasa sesuatu.

tapi apa ya?

memandangkan mood agak x berapa cool.

tapi kenapa ya?

perlu mencari puncanya.

tapi apa ya?

apa ya?

apa?

***

saya suka bila hati kencang saat mendengar/membaca kisah-kisah para sahabat. kencang untuk lebih mencontohi.

sepenuhnya itu tidak mustahil, tapi perlu pengorbanan yang lebih. malah, mungkin lebih dari kemampuan. oh. sanggup? *aamiin*

sepertinya kisah sahabat yang punya sifat ithar yang tinggi. oh. saya jadi kagum. mata bersinar-sinar seperti spongebob makan krabi patty. pergh. besarnya cinta mereka pada sesama saudara!

kisah melayan tetamu. memberi makan tetamu. sanggup padam lampu supaya tidak kelihatan bahawa mereka tidak ikut makan. hanya tetamu yang makan, dengan tujuan supaya tetamu kenyang. walhal, hanya makanan itu yang ada pada masa itu. oh!

sekarang bagaimana? pergh. beli makanan masuk dalam plastik hitam supaya orang x tau itu makanan. nanti kena minta!

PERGH. *sentapsendiri*

--_--"

law kana bainana..

kalau boleh saya nak jadi pokok. atau rumput (tapi sakit kena pijak manusia..errr) atau batu, atau anything. sebab tidak buat dosa. tidak akan di hisab.

seperti fikirnya hazrat Abu Bakar as-Siddiq r.a., salah seorang sahabat yang dijanji syurga juga masih takut untuk berbuat dosa. terasa bebeno.

malah beliau mengorbankan seluruh hartanya masa perang Tabuk. oh.

'apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?'

'aku tinggalkan Allah swt dan RasulNya untuk mereka.'

see..!

besar sungguh cinta mereka pada agama. kefahaman mereka seperti kefahaman Nabi. korban mereka melebihi kemampuan mereka. Allahuakbar.

mereka berlumba untuk menderma. hazrat 'Umar r.a. mahu mengalahkan hazrat Abu Bakar r.a.. ternyata dia tidak dapat menandingi hazrat Abu Bakar r.a. sebab dia hanya ambil separuh daripada hartanya. SEPARUH tuan-tuan. itupun jumlah yang sudah cukup besar.

orang sekarang, kalau ada RM100, guna separuh untuk agama tinggal RM50 untuk family. cukup untuk beli beras, garam, telur, dan mungkin gandum. x ada ikan, ayam, daging..

mampooo?

sekarang apa? manusia berlumba-lumba mengumpul harta. cerita bab zakat harta entah ke mana. oh, nauzubillah min zalik. semoga dijauhkan inshaAllah. aamiin.


***

kenapa saya macam ni?

saya pun x tahu.

maafkan saya kalau ada yang marah, terasa, benci.. oh, saya tidak berniat. cuma hati saya sepertinya..hmm..

apa ya?

entahlah.

sekadar ingin menaip. mungkin.





wassalam..

p/s: jangan sentap-sentap baya. aha.


Friday, February 17, 2012

_bertemu cinta..

in the name of Allah

assalamualaikum wbt :)

cinta itu indah.

alhamdulillah. Allah beri saya kekuatan mencintai hamba-hambaNya.

nikmat sekali!

***

#cintaku

saat ini ta'lim dijalankan. tiba-tiba Imran, 15, (si adik) minta diri kejap ke dapur, rupanya nasi sudah masak. dia matikan gasnya.

dalam pada itu, adi, 11 (jugak si adik), tiba-tiba duduk merapat dan pegang kedua-dua lutut saya. kening saya meninggi menunjukkan satu persoalan timbul di benak saya. dia faham dan mula menjawab.

'supaya setan nda ikut masuk dalam ta'lim..'

dia dan saya senyum sampai nampak gigi. imran pun muncul semula, kemudian ta'lim disambung seperti biasa.

***

#cintaku2

pukul 10pm (kot? or lebih?) kami sedang menonton televisyen, channel 114, TValhijrah.

tengok katun. tajuknya 'Muhammad the last Prophet'.

sempena Maulid Rasulullah saw, TValhijrah menayangkan katun ini. siuk!

masa itu, adi sudah tidur. cuma saya dan imran sahaja. dan mulalh perbualan kami.

'aik, mana muka Rasulullah saw?' <--- selawat penuh jo. ehe.

'mana boleh lukis muka Nabi saw, tidak dibenarkan tau. begitu jugak para sahabat r.a.' <--- berusaha menjadi contoh baik, padahal seorang yang sangat jahat. aha. (sayalah tuh! --_--")

'oh...kesian dorang di siksa kan...'


'tapi masuk syurga..'


'iya, untung!'


'mestilah!'

dan kami fokus sekali lagi. adi terbangun dari tidur, dan mula bertanyakan banyak soalan pasai katun tersebut. apa itu perang Badar? siapa yang mati? syahid tuh sebab berperang, kan?

oke. saya menjawab dengan muka sentap dan bersemangat. aha.



***

#cintaku3

hari ini, Jumaat, 24 Rabiul awal 1433 H, 17 Feb 2012.

adi berlari masuk ke rumah dengan tenang. dan dari luar saya terdengar salam. saya kool saja. mesti ada sesuatu berlaku. adi sesungguhnya suka menyampaikan berita sensasi.

'assalamualaikum.'

sudah di jawab.

'baya, baya. selipar imran hilang di curi.'


'aik, sekali lagi?'


'iya...kata imran beli selipar jepun seja lah nanti.'


'bah. iyalah.'


'dua kali suda selipar imran di curi di masjid.'


'jadi, doa, minta sama Allah supaya selipar tu dijumpa nanti.'


'iya..macam dulu seliparku hilang. sekali aku doa minta balek sama Allah, terus aku jumpa balik seliparku di masjid. hehehe.'


'alhamdulillah!'


###


siapa yang bagi kita makanan? Allah.
siapa yang bagi kita kesihatan? Allah.
siapa yang bagi kita duit? Allah.
siapa yang bagi hidup kita? Allah.
siapa yang bagi mati kita? Allah.

jadi, mesti yakin pada Allah. hanya pada Allah. dan saya cinta Allah, dan Allah beri saya cinta kepada kamu, cintaku!


:)

saya temukan rasa cinta itu bukan dalam TV, bukan dalam rumah, bukan dalam peti sejuk (eh?) tapi saya bertemu cinta dalam agama yang dicintai.

mengajar adik-adik untuk mencintai agama bukan sesuatu yang mudah. dugaan di sana-sini.  keduniaan ada di mana-mana. setan pun berterabur merata memegang janji meraka pada Tuhan. oh.

sedang setan pegang janjinya pada Allah, kita bagaimana? setiap hari sebut kalimah syahadah itu merupakan satu janji dan menjadi amanah kepada kita. inshaAllah. siapkan diri untuk akhirat.

^^

bertemu cinta dalam agama, sungguh indah dan nikmat! hati mula lebur dengan janji-janji Allah, melted in His love, of course!

salam jumaat penuh barokah. mari mencintai Allah dan hambaNya yang cinta padaNya serta kekasihNya.

aamiin.

mencintai sesama manusia itu perlu. terutama sang keluarga, cintailah!


berusaha dengan tabligh (menyampaikan)
bersabar dengan doa (senjata mukmin)
berserah kepada Allah swt (yaqin)



wassalam.

p/s: jangan sentap-sentap.


Monday, February 13, 2012

_flashback dan pandangan saya..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt

;)

tiba2 TER-flashback kisah-kisah lama masa masih menuntut di kolej. ehe.

rindu, ada jugak. dengan sahabat2 semua.

saya bukanlah golongan manusia yang digemari ramai. sebab saya ni garang orangnya. strict SIKIT. haha. itu di kalangan kaum adam sajalah. KOT? (mana tau ada kaum hawa yang turut tidak menggemari saya, haha. wallahu'alam. mari bersangka baik! yosh!)


yeah, just STOP.

lucu..

bila terkenang zaman2 saya josh gila. tengok lelaki pun x sudi. apalagi mau becakap, haha. sanggup pandang dinding. aha. kemudian Allah uji. dengan hadirnya seorang insan yang ingin bersahabat, seperti adik saya rasakan. tapi dia merasakan sebaliknya.

astaghfirullah..

runtuh hati saya tatkala saya menghadap denganNya buat kesekian kalinya. menuntun taubat. hati yang mudah lupa, di uji sedemikian rupa. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. ryt?

dan..

kemudian itu, kembali kepada keadaan yang sepatutnya. malah joshnya bertambah2..

saya kalau tidak, maka tidak. tiada tapi. kalau suka, terlalu suka. tiada tapi. memang agak teruk. dan saya bertemu dengan rakan-rakan yang agamanya bagus dan juga disukai semua orang. i mean, SEMUA. ehe. jeles? tidak juga, sebab saya memang macam tuh. haha. EGO bebeno!

akhirnya, saya beransur-ansur berlembut. dan mengatakan kepada diri sendiri..

"kau sendiri tidak faham, begitu juga mereka. maka doakan mereka dan dirimu supaya Allah beri kefahaman dalam beragama.."

Allah T_T

semoga Allah SWT beri faham. aamiin.

tapi bukanlah saya terus mesra bagai dengan depa. still, kalau salah itu tetap salah. haha. dan sememangnya saya kurang sahabat lelaki, berbanding perempuan. dan saya tidak cool dalam persahabatan melebih-lebih sebegitu. bagi saya biar berpada-pada. gurauan ada batasannya. kalau sekadar perbincangan yang tidak mendatangkan fitnah, yah silakan saja. :)

mungkin ada yang berpandangan lain. dari kita jugak mo jadikan persahabatan tuh macam mana kan? ukhuwwah fillah katanya. hmm.. lelaki perempuan tetap ada batasnya. kan Allah swt yang pegang hati? jika di uji dan tersungkur? Allahuakbar. jadi pasal itulah kena jaga, SEMUANYA. dari segi perbualan, perbuatan..pokoknya semuanyalah (semenjak tengok muvi HSD tu, gue jadi indonesia gitu lho. hehe).

kerana wanita itu FITNAH TERBESAR. astaghfirullah.

ini cuma pandangan saya yang lemah. saya memang lemah. lemah iman. :(


'kadang-kadang kita ego, tapi kita tidak sedar.'

selalu cek. hati ni bermasalah ni, perlu di rawat sebetulnya dan secepatnya! hmm..semoga tidak ego kepada Allah swt. nanti rugi di akhirat kelak. percayalah!

dan saya mintak maaf kiranya saya pernah menyinggung perasaan anda, siapapun dan dimanapun dengan cara apapun. saya benar2 tidak sengaja, dan saya mintak maaf. khilaf saya. andai saja Allah tetapkan mati saya esok, maka jadilah!

jadi...SILA MAAFKAN SAYA (memaksa? huhu. maaf.)

^^

*laporan. karkuzari*

saya nampak ada dua anak dara pakai purdah di kampung saya. oh. ini yang saya JELES BEBENO!

doakan saya ya...PLEASE :')

ada keluarga karkun tinggal di bahagian bukit. jauhhhh jugaklah. tapi. ehmm. saya keluar rumah pun jarang, nak tahu bukit tu beso mana pun x dapek nak nolongnye. aha. jadi, saya pun tidaklah ketahuan. oh.

dan saya pun semakin jeles. grrr.

itu sahaja, sekian.

ehe.





wassalam.

p/s: sudah di edit. ehe. untuk membetulkan segala typo dan tambahan beberapa ayat. :)


Wednesday, February 8, 2012

_lagu ibu..


***


Lembut kukenang, kasihmu ibu

di dalam hati,ku kini menanggung rindu

engkau tabur kasih seumur masa

bergetar syahdu, oh di dalam hatiku

sembilan bulanku dalam rahimmu

bersusah payah oh ibu jaga diriku

sakit dan lelah tak kau hiraukan

demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu

hanyalah doa oh di setiap waktu

oh ibu tak henti kuharapkan doamu 2x

mengalir di setiap nafasku 2x

oh ibuuuuuuuu

ibuuuuuuuuuu

ibuuuuuuuuu


Lembut kukenang, kasihmu ibu

di dalam hati,ku kini menanggung rindu

engkau tabur kasih seumur masa

bergetar syahdu, oh di dalam hatiku

ku kan bercanda denganmu ibu

di dalam hati ku kini slalu merindu

sakit dan lelah tak kau hiraukan

demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu

hanyalah doa oh di setiap waktu

oh ibu tak henti kuharapkan doamu 2x

mengalir di setiap nafasku 2x

oh ibuuuuuuuu

ibuuuuuuuuuu

ibuuuuuuuuu



“Allahummafir lii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”



[by : Rafly ft Chantiq]


***

_life goes on..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

salam Maulid Rasulullah s.a.w..

semoga cara hidup Nabi s.a.w jadi cara hidup kita juga :)

ehe.

saja lama nda update, lagipun xdak idea. sekadar suka jadi silent reader buat masa ini. walaupun masa banyak terluang dengan...errmmm...ehe, adalah.. :P

sempena maulid Nabi s.a.w, saya buat brownies, untuk pertama kali dalam hidup. inshaAllah, Allah bagi sedap. ehe. dan petangnya, goreng french fries, hidang dekat adik beradik. wee. depa happy, saya pun makin happy. alhamdulillah.

nak mengajar adik-adik tentang agama, bukan mudah. payah ada. tapi kalau minta dekat Allah supaya dipermudah, inshaAllah Allah bagi mudah. huhu. cakap berbelit, pokoknya cuma Allah bagi mudah...

jadi saja buat spesyel, buat brownies french fries segala, nak bagitau depa Nabi s.a.w tu sungguh spesyel. uhuk3.

juga belikan depa kayu sugi, ajar cara nak guna. best guna kayu sugi, mulut jadi wangi. paling best, ia sunnah Nabi. orang mungkin nampak pelik, gosok gigi guna kayu, aha, but it worth it. to our health, and in the hereafter. inshaAllah.

cuti nampaknya semakin panjanggggggggggggg. entahlah. mau revise pasal medik pun, agak2 malas jugak. oh, penyakit hati yang paing dibenci! isk!

***

asyik teringat dekat mati. teringat dekat kubur. liang lahad. oh. sentap sungguh. mesti bersedia, kiamat kecil pasti menerpa setiap insan.

asyik fikir pasal dajjal, pasal kiamat, imam mahdi siapa, bila Nabi Isa a.s nak turun semula, dan kesesatan orang2 kafir terutama Yahudi. Allahuakbar..

as life goes on.. i need to prepare.. things.. everything..

so, mati itu pasti. just beware. cepat atau lambat, tetap mati. oh. sentap laju laju.




wassalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...