asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 22, 2009

salam Ramadhan...


sistem hidup yang kurang sempurna…tapi ana tetap berpuas hati akannya..kerana ini pemberian ALLAH, ini semua dari ALLAH…maka ya ALLAH…terima kasih kerana masih MELIHAT ana ini, hanya padaMu tempat bersujud dan memohon keampunan…




seusai tazkirah ringkas malam 1 Ramadhan yang ana sampaikan kepada sahabat-sahabat muslimat di surau semalam, ana masih ingat lagi wajah-wajah kuyu dan layu…mungkin kepenatan dengan tarawih 16 rakaat diikuti witir 3 rakaat..mungkin kesugulan itu juga kerana ana telah menegur diri sendiri dan kami semua dengan satu peringatan ringkas…


dengan suara yang dilembutkan dan penuh ketegasan pula…


“di sini, saya nak membuat satu teguranlah kepada diri saya sendiri dan kita semua…kalau dah sampai waktu untuk bersolat tuh kan, apa salahnya kita awalkan bersiap nak pergi solat..lebih-lebih lagi ada tarawih pertama pada malam ni, yang dah di ingatkan pula berkali-kali…bukan saya nak memaksa kamu semua, tapi fikir sendirilah kan…kenapa hal dunia kita laju nak buat, bergegas pula..tapi hal untuk akhirat kita lengahkan..tangguh dan malas-malas..fikir sendirilah kan…kita tak hidup selamanya..”


(lebih kureng ginilah ana sampakan…sampai ada yang tertunduk..diam…mungkin dia tengah fikir? Atau mengantuk? Heeee wallahu’alam)


ana rasa bersalah juga..mungkin ada yang terasa hati dan mungkin ada yang mula tak senang dengan ana…ana dah ikut rentak kehidupan mereka yang ana ubah suai sendiri untuk kesusaian rutin harian ana…pada mereka ana ini kadang-kadang terlalu extreme..entahlah kenapa plak macam tuh, takpalah.semoga kesalahan ana, ana nampak…tak tertutup oleh penglihatan secetek ilmu yang dimiliki…betullah…Allah yang bagi faham, bukan manusia…manusia hanya dapat mentabligh dengan penuh tertib…=)


selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, karkun dan karkunah, masturat sekalian alam…semoga ramadhan kali ini kita gandakan lagi amal ikhlas, atas asbab usia dah semakin meningkat dan perjanjian dengan Allah bila2 masa boleh terjadi…salam’alaik…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...