asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 21, 2012

_new life..

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

subhanallah alhamdulillah Allahuakbar.

detik-detik kehidupan yang tidak terkisahkan lagi. huhu panjang ceritanya. hee.

segala puji pada Allah Tuhan sekalian alam. puji-pujian hanya buatNya, tiada sekutu tiada pembantu. 

segala nikmat, sungguh nikmat. :)

hari ini rasa rajin ingin mencoretkan beberapa kisah yang tertinggal selama beberapa bulan..hehe..perasan bizi lah tuh >_<"


..walimatul urus..

dup dap dup dap

pada 22 syawal 1433H yang lalu, saya telah selamat diijabkabulkan dengan hero hati saya, enchek Herman bin Mohd Nasir (seperti dalam gambar). itulah kali kedua kami bertemu setelah kali pertama pertemuan kami semasa hari pertunangan pada 2 syawal 1433H.

kini usia pernikahan sudah mencapai 2 bulan dan 11 hari. comel kan? kehkehkeh. perasan =_="

hanya selepas akad

alhamdulillah walimah hanya berlangsung sehari di rumah saya. hari itulah menikah, hari itulah kendurinya dan hari itulah siap semua aktiviti mengemas. simple saja. lepas menikah, makan-makan. lepas makan-makan orang ambik gambar, asing-asing pulak tu. haha. sebab suami malu bergambar dengan orang lain. >_<"

enchek suami melayan tetamu di bawah, saya melayan tetamu dalam rumah. kami terpisah antara tangga. haha. xda pelamin, xda band. semoga ada barakahnya. aamiin.


alhamdulillah..terima kasih kepada kak Umu dan suami yang sudi datang dari jauh..huhu dan menghadiri walimah saya yang tidak seberapa itu..hehe jazakumullah khairan kathira ya..alhamdulillah dapat ketemu dengan Asma'..COMEL SANGAT TAU!!! :D semoga berjumpa lagi :)

dan terima kasih buat Ummi sekeluarga kerana sudi datang menghadiri majlis saya dan suami. jazakumullah khair. alhamdulillah ummi suda selamat melahirkan cahaya mata yang kesembilan..hehe namanya Nur Sumayyah Syuhada..COMEL3!!! :)

dan terima kasih kepada semua yang membantu dalam perlaksanaan majlis, menghadiri dan yang mendoakan agar urusan kami dipermudahkan. jazakumullah khair :) inshaAllah, semoga Allah membalas dengan kebaikan ^_^


..3 hari..

alhamdulillah..setelah seminggu menikah, saya dan suami menyambut takaza keluar masturat 3 hari..

ada 7 pasangan dalam jemaah. semua yang 6 adalah pasangan berpengalaman dan otai2. hehe. saya ja budak baru yang tidak pernah langsung keluar sebelum nih. huhu. gementar juga sebab takut tidak dapat follow the flow dengan bagus.

dalam masa keluar tu, terasa hangatnya kasih sayang antara sesama jemaah. masing-masing berebut mau ikram. masing-masing suka membetulkan dan menegur apa yang salah. dan yang indahnya, masing-masing menerima teguran dengan hati terbuka dan tanpa ada rasa negatif dalam hati mereka.

indah, kan?

malah saya ni yang paling lemah dan mentah ni lah yang paling banyak belajar selama keluar nih. hehehe. macam-macam diorang ajar. hehehe. menelan dan menelaah dengan sehabis baik :)

banyak karkuzari yang mereka sampaikan pada saya. ada yang sudah ada pengalaman keluar IPB 40hari..huhu terus terasa hebatnya iman..sampai ke sana sudah mereka jejak..saya masih merangkak membetulkan tapak iman yang seringkali goyah..T_T

lemahnya..

hari-hari dorang tasykil supaya jangan mudah putus asa, dalam usaha ni cabaran memang berat. iman yakin tu kena kuat. itu yang kasi gerak kita. huu. sebak sebak.

sekarang saya rindu sudah sama ahli jemaah saya yang pertama. huu. semua baik-baik. and thanks a lot to Ummi (salah satu pasangan jemaah) dan kak Umu yang banyak bagi sokongan pada saya yang terkapai2 masa tuh. hehe. asbab kehadiran suami dan sahabat-sahabat yang tidak bosan tasykil, Allah pilih saya keluar 3 hari. huu. syukur sangat.

best2..mau keluar lagi..nanti boleh ajak suami keluar lagi..hehee~


..berpindah..

saya sekarang sudah pindah ke Hospital Kinabatangan atas panggilan tugas. saya dikekalkan di sini. dan yang bagi kekal tu Allah, bukan makhluk. ehe.

saya mahu pindah mengikut suami, tapi ramai yang kata mustahil dapat pindah sebab masih belum matang lagi perkhidmatan di hospital nih.

dalam hati saya, kalau Allah kata boleh, pastinya boleh..Allah maha kuasa :)

ada juga kawan-kawan suruh saya merayu pada ketua PPP seluruh sabah untuk proses perpindahan mengikut suami ke tawau. buat surat rasmi untuk merayu. pergh. tercabar betol. kenapa mau merayu pada manusia? heran.

jadi saya padamkan niat untuk buat surat dan buat jalan biasa yang sepatutnya. doa banyak2 pada Allah, isi borang, hantar. ^_^

inshaAllah..doakan saya supaya dapat tinggal bersama suami ya. kesian suami saya terpaksa berulang alik ke kinabatangan. mohon doanya ya sahabat2 sekalian :)


..berisi..

hey its two lines!!!

Urine Pregnancy Test :)

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah :)

sekarang usianya sudah mencapai 5 weeks and 2 days..hehe..tapi belum daftar lagi di klinik. hihi. mau buat blood test sendiri dulu, baru proses booking tu cepat sikit. xpayahlah duduk sampai berjam-jam di klinik nanti. hee. bahagia.

mohon doanya sahabat2 sekalian.

itu saja dulu buat masa ni. banyak sudah ni. hehe. penat suda menaip. dari pagi bertangguh seja ni post. sampai sekarang barulah siap. berkarat suda otak xtau mau taip macam mana baru ayat cantik sikit. hehe.

dalam setiap hal, kena ada art-nya tersendiri. baru ada hasil. hehe :)



till then,

wassalam.

#husband mau baby girl. nanti lahir comel macam saya katanya. :P


Wednesday, September 5, 2012

_perkhabaran..


Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..


klik gambar untuk view lebih besar ^_^

alhamdulillah saya bakal bernikah 22 syawal 1433H bersamaan 9 september 2012, ahad ini. sesiapa yang berdekatan di jemput hadir inshaAllah :)

majlis inshaAllah akan berlangsung di rumah saya. nikah pada waktu pagi dan kenduri pada waktu petang inshaAllah.

mohon doanya majlis ini jadi majlis yang di redhai Allah. dalam redha Allah :)

jazakallah khairan kathiran.

*menghitung hari*

>_<



wassalam.





Thursday, July 19, 2012

_Ramadhan..

in the name of Allah..


assalamualaikum warahmatullah..


subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar!


ramadhan bakal membuka tirai semula. mari bercucuk tanam sebanyak2nya. ambillah peluang, anggap saja ini Ramadhan yang terakhir. kerana mati itu pasti, SANGAT pasti.


kan?


*geget jari lah begini*


hari ini ingin berkongsi sedikit kisah benar. tentang sudden death. pernah dengar? atau dimelayukan bahasa itu, mati tiba-tiba.


baru sahaja hari ini, saya digemparkan dengan satu kes di jabatan kecemasan.


pesakit sudah ditempatkan di observation bay untuk pemerhatian dan rawatan lanjut. tidak beberapa lama kemudian, pesakit mengadu sakit di bahagian dada semasa sang jururawat ingin membuat *pemeriksaan jantung.


*ECG namanya. taip di gugel boleh jumpa semacam graf2 yang menunjukkan apa jantung buat dalam badan kita. adakah dia berlari-lari atau berseronok atau sudah mahu pitam. masih boleh tahu punya.


jururawat itu pun berlari pecut mencari sang doktor untuk melihat keadaan pesakit, rupanya pesakit sudah pengsan. akhirnya mereka melakukan rawatan kecemasan di zon merah untuk memanfaatkan golden hours before the heart die.


TAPI..


di sebalik semua itu, saya cuma terdiam dan membuat kerja saya di bilik prosedur. berfikir-fikir. mati itu pasti. gentar. untuk saya bila lagi?


Allah :'|


yang termaktub sudah termaktub. manusia tidak bisa melawan takdirnya. rawatan demi rawatan mereka lakukan. CPR, adrenaline, and everything yang termampu sudah di usahakan. semuanya gagal. kerana Allah sudah tetapkan. kerana dia sudah bertemu dengan malaikat Izrail. bukan kerana rawatan terlambat. bukan kerana manusia. bukan kerana mahkluk lainnya. tapi kerana Allah sudah tetapkan semuanya. SEMUANYA.


dan mati itu pasti. percayalah. bersedia atau tidak, mati itu PASTI.


saya masih berfikir-fikir. sempatkah syahadah? sempatkah dia menyatakan kebesaran Allah semasa saat-saat sakaratul maut? astaghfirullah. merenung panjang, saya bila pula?


innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.


Allah. hebat Allah. sekelip mata. kun fayakun. tanpa ada tanda-tanda. dan akhirnya. kembali ke rahmatullah, sebelum bertemu bulan termulia. Allah T_T


semoga sampai ke bulan ramadhan..Allahumma balighna Ramadhan. aamiin.





*sayu*

selamat menyambut bulan Ramadhan, 1433H.




wassalam.



Monday, June 25, 2012

_masih hidup..

bismillahirrahmanirrahim..


assalamualaikum..


uhuk2. bersawang tebal sudah rasanya blog ni. uhuk2. banyak habuk. batuk kejap. >_<


lama benor x menulis di sini. masih hidup lagi alhamdulillah. hmm. rindu. berceloteh. sekadar banyak membaca, tidak mampu menaip panjang2.


lupa untuk dinyatakan, kini hamba sudah bergelar Assisstant of Medical Officer @ dressa @ MA @ watever-u-call-it (malangnya bukan bergelar ISTERI. ahaha) berkerja di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent Sandakan. kerja yang sungguh memenatkan.....hati.


"takat kerja U29, apalah sangat.
HEI! sila bersyukur.
ada orang tiada kerja, makan main kais2 pagi petang.
kau dah gaji riban tidak tahu apa itu syukur?
baiklah.
terima kasih Tuhan, sentiasa menyedarkan."


oke, saya melihat orang-orang yang sakit, bila sudah sampai hujung2 nyawa, tinggal tunggu takdir, nyawa panjang atau tidak, masih ingat Allah. syukurlah. cuma terkadang hati sendiri menyahut, ilmu yang tidak beramal tiada gunanya. ibarat membawa sekarung pasir untuk dituang ke dalam laut. <--- hampehnya contoh.




kerja ini selalu menjadi asbab. asbab untuk lebih bersyukur. dalam banyak aspek. aspek yang tidak dilihat dari pandangan mata kasar.


BERSYUKURLAH. ALLAH SANGAT SAYANG PADAMU :)


tapi kerja sebegini tidak boleh ditandingi dengan kerja agama. kerja usaha atas iman. Allah Allah Allah. semoga semuanya berjalan lancar. T_T


ijtimak di LD sedang berlangsung...ijtimak is all about ummah, usaha atas iman. perhimpunan yang PALING BERSIH. penuh rahmah. penuh sunnah. penuh barokah. bebas dari perbalahan. bebas dari pertengkaran. bebas dari kecelaruan. bebas dari asappemedihmata? huh. tabah seja la.


sekadar menconteng secara rambang. perlukan waktu untuk sembuh. hati sedang sakit. doa doa doa.


(._.)


mencari hangat cinta dalam diri,
semakin keras menuju Ilahi.
astaghfirullah, kuatkanlah hati!
mencari hakiki menyeka sepi.




wassalam


Monday, May 21, 2012

in the name of Allah..


assalamualaikum wbt..


banyak sudah karkuzari tentang ijtimak. Allahu. mari tambah doa..inshaAllah..semoga Allah permudahkan ^^

terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini. huhu. semoga tidak alpa dengan dunia. semoga semua niat kembali kepada Allah. hanya kerana Allah.



mohon doanya sahabat2 sekalian. lemah benar hati dan perasaan. 3 bulan duduk di rumah rasa sangat selesa dan selamat. sebulan lebih kerja di hospital, sungguh terancam dengan fitnah dan salah sangka. semoga Allah pelihara hati saya dan anda sekalian..aamiin~


mari rajin2 puasa, dekat sudah ramadhan..hee..bulan untuk bermadu kasih! ^^ aamiin..semoga umur masih dipanjangkan untuk bertemu ramadhan tahun ini..aamiin inshaAllah :)

maaf sekadar coretan semata..>_<





wassalam..

Wednesday, May 9, 2012

_semakin jauh..

in the name of Allah..


assalamualaikum..


rindu benar.
dengan saat itu.
mohon dengan sangat,
semoga masih ada sekerat iman.
yang bisa ku perbesarkan,
hingga menjadi jisim yang memberat di hati.
kemudian ku utamakan segalanya tentangMu.
mohon. mohon. mohon.
sangat.


diri ini semakin jauh T_T




bagaimana kau berasa bangga, akan dunia yang sementara?
bagaimanakah bila semua, hilang dan pergi meninggalkan dirimu?
bagaimanakah bila saatnya, waktu terhenti tak kau sadari?
masihkah ada jalan bagimu, untuk kemblai mengulangkan masa lalu?
dunia dipenuhi dengan hiasan..
semua dan segala yang ada akan kembali pada-Nya.
bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah amal,
bila waktu telah terhenti teman sejati tinggallah sepi.

[opick-bila waktu telah berakhir]






wassalam


Monday, April 23, 2012

_kerja..

in the name of Allah.

assalamualaikum wbt

lalalalala hari-hari kerja..~~,

busy.

tiring.

marvellous experiences.

a nap is enough.

but when i do find a couch, there is where my soul got out.

heh.

niat biar betul. betulkan niat yang membetulkan iman. inshaAllah. kerana Allah. :)


it is tough. but i'll smile anyhow.

:)

*wanita berkerjaya yang berjaya adalah wanita yang berkerja di rumah untuk keluarga. oh!sentap~




wassalam.

Saturday, April 7, 2012

...

in the name of Allah

assalamualaikum


>_<

its tough.
too exhausted.

i can't really type too much.
like nothing is going on my head.
just wandering around this blog.

and say,
get a nap girl!

berkerjalah untuk mencari redha Allah SWT :)
aamiin, inshaAllah.

night.


wassalam.


Thursday, March 22, 2012

_ceghita..

in the name of Allah swt


assalamualaikum wbt..


hmm, kejap, mau buang sawang jap. heh ;p


lama benor x update belog ini. kesian dia kesunyian. hihi. bah, mari2 idea, datang pada saya. :)


alhamdulillah..dapat sudah surat lantikan dari KKM. bermulalah episod 'perasan busy' cik baya ni. adeh, dunia dunia T.T


perlu selalu muhasabah, hidup di dunia hanya sekali, kalau xcukup amal nanti, jangan nak mintak hidup dua kali. huk! kena sebijik.


#bermacam-macam emosi melanda. perlu lebih gagah. hiyahhh!

dapat surat, terus buat medical check up. tapi sampai skang belom siap2. haa. sabarlah wahai hati2 yang menjiwai perwatakan itu. apa saya merapu ni. huhu. maaf maaf maaf. dilambung emosi. eh? ;p

hari ini pi majlis akikah anak2 buah saya. ada 5 orang kenit2, siap ada yang berpakej sekali berkhatan. ehehe. seekor lembu menjadi korban, alhamdulillah. selamat majlisnya ^^


dalam pada itu, saya merupakan orang asing yang tampaknya turun dari planet namek, menyerang majlis tersebut. haha. metafora sungguh ayat. orang ramai mula bertanya, saya anak siapa? dari mana. errkk. terasa macam baru keluar dari sebuah gua pertapaan. sabarlah hati =_="

terima kasih atas komentar tersebut, sedar diri saya ni kurang betul berkomunikasi dengan dunia luar. fb adalah banyak2. (mau letak sikit2 macam menipu, heh)



***


lain ceghita.
(ceghita di atas kes tiada ceghita lain mau taip.huhu)


hari ini adik2 saya tidak balik rumah untuk taklim seperti biasa.


saya pun heran jugak. tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, bunyi tapak kaki pun xdengar. hmm. curiga tapi wajib bersangka baik. hehe. sesungguhnya mereka sukar untuk dijangka.


---selepas isyak---


adi: tok! tok! tok! baya...baya...


me: kenapa nda balik tadi? (soalan membunuh)


adi: ada taklim tadi di masjid! (dengan pantas dan suara bersemangat)


me: o.O? siapa yang buat?


adi: ada abang2 dari semenanjung. dia bercerita tadi.


me: ooo.. (cuba mencerna dengan baik, tapi masih ragu2)


imran: iya. dia bercerita tadi pasal mesti bersangka baik.


me: ada dia guna kitab ka?


adi: tiada. dia guna otaknya seja. dia hafal hadith baya!


me: nahh baguslah tuh. pakai baju apa diorang?


imran: jubah2. warna putih. ada tadi orang cina, tapi islam. sama2 diorang tadi. 3 hari dorang di sini. nanti pindah lagi.


me: oh..bagus2..jadi apa lah kamu dapat..


imran: dia bilang, kita mesti menyampaikan dakwah. seperti Nabi Ibrahim a.s. yang berdakwah meninggalkan anak dan isterinya.

me: ooo..begitu..



adi: tapi diorang becakap lain. saye saye, kite kite.


me: HAHA. (adik siapalah ni =_=")


*sedikit karkuzari. ada jemaah 3 hari di masjid seberang kampung. alhamdulillah. ^_^




***


ok. mari belajar semula. mau kerja sudah, ilmu mesti ada. hehe. inshaAllah :)


banyak urusan belum siap, tapi inshaAllah, yakin Allah pasti bantu setiap kesulitan, jika hamba itu sentiasa dekat denganNya. aamiin. semoga saya juga salah satu hamba itu. aamiin. =)


#berdoalah. sesungguhnya Allah sentiasa mendengar.



believe..have faith.
*smile*
*heart*

wassalam.

Thursday, March 1, 2012

_oh, semakin bertambah..

in the name of Allah swt..


assalamualaikum wbt :)

sekadar ingin mengutarakan sesuatu. teehee. ^^

***


saya sudah bertambah usia lagi.

maksudnya bertambah banyak tanggungjawab.

bertambah-tambah nak taubat.

bertambah dekat dengan ajal.

bertambah dekat dengan kiamat.

bertambah KG di badan.

eh?

semuanya perlu bertambah..

terutama IMAN dan AMAL..

kerana kasih sayang dan rahmat Allah bertambah-tambah kepada hambaNya yang beriman dan beramal..

dan kerana rahmat Allah juga kita bisa masuk syurga..

oh!

aamiin..

aamiin..

aamiin..

***

semakin tua rupanya diriku. sudah 23 tahun rupanya. kalau ikut hijrah, akan masuk 24. oh. sentap!

doakan saya..semoga sempat menikah khidmat sebaiknya untuk family saya..aamiin..before saya bertemu Pencipta kita..ohhhhhhhhh..

sesungguhnya kematian itu indah, bagi yang merindukan Tuhannya. dan kematian itu dahsyat bagi mereka yang sentiasa rindukan dunia.

semoga tergolong dalam hamba yang soleh solehah, pergi dalam husnul khatimah, dan bertemu dengan kecintaan kita, Rasulullah s.a.w ^^

aamiin :)


chomel kan? macam saya :P


kalau mau bagi hadiah, nanti saya bagi alamat :P

haha.



wassalam.

Tuesday, February 21, 2012

_random..?

in the name of Allah.

assalamualaikum wbt

hmm.

terasa ingin menulis.

tapi apa ya?

hati terasa sesuatu.

tapi apa ya?

memandangkan mood agak x berapa cool.

tapi kenapa ya?

perlu mencari puncanya.

tapi apa ya?

apa ya?

apa?

***

saya suka bila hati kencang saat mendengar/membaca kisah-kisah para sahabat. kencang untuk lebih mencontohi.

sepenuhnya itu tidak mustahil, tapi perlu pengorbanan yang lebih. malah, mungkin lebih dari kemampuan. oh. sanggup? *aamiin*

sepertinya kisah sahabat yang punya sifat ithar yang tinggi. oh. saya jadi kagum. mata bersinar-sinar seperti spongebob makan krabi patty. pergh. besarnya cinta mereka pada sesama saudara!

kisah melayan tetamu. memberi makan tetamu. sanggup padam lampu supaya tidak kelihatan bahawa mereka tidak ikut makan. hanya tetamu yang makan, dengan tujuan supaya tetamu kenyang. walhal, hanya makanan itu yang ada pada masa itu. oh!

sekarang bagaimana? pergh. beli makanan masuk dalam plastik hitam supaya orang x tau itu makanan. nanti kena minta!

PERGH. *sentapsendiri*

--_--"

law kana bainana..

kalau boleh saya nak jadi pokok. atau rumput (tapi sakit kena pijak manusia..errr) atau batu, atau anything. sebab tidak buat dosa. tidak akan di hisab.

seperti fikirnya hazrat Abu Bakar as-Siddiq r.a., salah seorang sahabat yang dijanji syurga juga masih takut untuk berbuat dosa. terasa bebeno.

malah beliau mengorbankan seluruh hartanya masa perang Tabuk. oh.

'apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?'

'aku tinggalkan Allah swt dan RasulNya untuk mereka.'

see..!

besar sungguh cinta mereka pada agama. kefahaman mereka seperti kefahaman Nabi. korban mereka melebihi kemampuan mereka. Allahuakbar.

mereka berlumba untuk menderma. hazrat 'Umar r.a. mahu mengalahkan hazrat Abu Bakar r.a.. ternyata dia tidak dapat menandingi hazrat Abu Bakar r.a. sebab dia hanya ambil separuh daripada hartanya. SEPARUH tuan-tuan. itupun jumlah yang sudah cukup besar.

orang sekarang, kalau ada RM100, guna separuh untuk agama tinggal RM50 untuk family. cukup untuk beli beras, garam, telur, dan mungkin gandum. x ada ikan, ayam, daging..

mampooo?

sekarang apa? manusia berlumba-lumba mengumpul harta. cerita bab zakat harta entah ke mana. oh, nauzubillah min zalik. semoga dijauhkan inshaAllah. aamiin.


***

kenapa saya macam ni?

saya pun x tahu.

maafkan saya kalau ada yang marah, terasa, benci.. oh, saya tidak berniat. cuma hati saya sepertinya..hmm..

apa ya?

entahlah.

sekadar ingin menaip. mungkin.





wassalam..

p/s: jangan sentap-sentap baya. aha.


Friday, February 17, 2012

_bertemu cinta..

in the name of Allah

assalamualaikum wbt :)

cinta itu indah.

alhamdulillah. Allah beri saya kekuatan mencintai hamba-hambaNya.

nikmat sekali!

***

#cintaku

saat ini ta'lim dijalankan. tiba-tiba Imran, 15, (si adik) minta diri kejap ke dapur, rupanya nasi sudah masak. dia matikan gasnya.

dalam pada itu, adi, 11 (jugak si adik), tiba-tiba duduk merapat dan pegang kedua-dua lutut saya. kening saya meninggi menunjukkan satu persoalan timbul di benak saya. dia faham dan mula menjawab.

'supaya setan nda ikut masuk dalam ta'lim..'

dia dan saya senyum sampai nampak gigi. imran pun muncul semula, kemudian ta'lim disambung seperti biasa.

***

#cintaku2

pukul 10pm (kot? or lebih?) kami sedang menonton televisyen, channel 114, TValhijrah.

tengok katun. tajuknya 'Muhammad the last Prophet'.

sempena Maulid Rasulullah saw, TValhijrah menayangkan katun ini. siuk!

masa itu, adi sudah tidur. cuma saya dan imran sahaja. dan mulalh perbualan kami.

'aik, mana muka Rasulullah saw?' <--- selawat penuh jo. ehe.

'mana boleh lukis muka Nabi saw, tidak dibenarkan tau. begitu jugak para sahabat r.a.' <--- berusaha menjadi contoh baik, padahal seorang yang sangat jahat. aha. (sayalah tuh! --_--")

'oh...kesian dorang di siksa kan...'


'tapi masuk syurga..'


'iya, untung!'


'mestilah!'

dan kami fokus sekali lagi. adi terbangun dari tidur, dan mula bertanyakan banyak soalan pasai katun tersebut. apa itu perang Badar? siapa yang mati? syahid tuh sebab berperang, kan?

oke. saya menjawab dengan muka sentap dan bersemangat. aha.



***

#cintaku3

hari ini, Jumaat, 24 Rabiul awal 1433 H, 17 Feb 2012.

adi berlari masuk ke rumah dengan tenang. dan dari luar saya terdengar salam. saya kool saja. mesti ada sesuatu berlaku. adi sesungguhnya suka menyampaikan berita sensasi.

'assalamualaikum.'

sudah di jawab.

'baya, baya. selipar imran hilang di curi.'


'aik, sekali lagi?'


'iya...kata imran beli selipar jepun seja lah nanti.'


'bah. iyalah.'


'dua kali suda selipar imran di curi di masjid.'


'jadi, doa, minta sama Allah supaya selipar tu dijumpa nanti.'


'iya..macam dulu seliparku hilang. sekali aku doa minta balek sama Allah, terus aku jumpa balik seliparku di masjid. hehehe.'


'alhamdulillah!'


###


siapa yang bagi kita makanan? Allah.
siapa yang bagi kita kesihatan? Allah.
siapa yang bagi kita duit? Allah.
siapa yang bagi hidup kita? Allah.
siapa yang bagi mati kita? Allah.

jadi, mesti yakin pada Allah. hanya pada Allah. dan saya cinta Allah, dan Allah beri saya cinta kepada kamu, cintaku!


:)

saya temukan rasa cinta itu bukan dalam TV, bukan dalam rumah, bukan dalam peti sejuk (eh?) tapi saya bertemu cinta dalam agama yang dicintai.

mengajar adik-adik untuk mencintai agama bukan sesuatu yang mudah. dugaan di sana-sini.  keduniaan ada di mana-mana. setan pun berterabur merata memegang janji meraka pada Tuhan. oh.

sedang setan pegang janjinya pada Allah, kita bagaimana? setiap hari sebut kalimah syahadah itu merupakan satu janji dan menjadi amanah kepada kita. inshaAllah. siapkan diri untuk akhirat.

^^

bertemu cinta dalam agama, sungguh indah dan nikmat! hati mula lebur dengan janji-janji Allah, melted in His love, of course!

salam jumaat penuh barokah. mari mencintai Allah dan hambaNya yang cinta padaNya serta kekasihNya.

aamiin.

mencintai sesama manusia itu perlu. terutama sang keluarga, cintailah!


berusaha dengan tabligh (menyampaikan)
bersabar dengan doa (senjata mukmin)
berserah kepada Allah swt (yaqin)



wassalam.

p/s: jangan sentap-sentap.


Monday, February 13, 2012

_flashback dan pandangan saya..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt

;)

tiba2 TER-flashback kisah-kisah lama masa masih menuntut di kolej. ehe.

rindu, ada jugak. dengan sahabat2 semua.

saya bukanlah golongan manusia yang digemari ramai. sebab saya ni garang orangnya. strict SIKIT. haha. itu di kalangan kaum adam sajalah. KOT? (mana tau ada kaum hawa yang turut tidak menggemari saya, haha. wallahu'alam. mari bersangka baik! yosh!)


yeah, just STOP.

lucu..

bila terkenang zaman2 saya josh gila. tengok lelaki pun x sudi. apalagi mau becakap, haha. sanggup pandang dinding. aha. kemudian Allah uji. dengan hadirnya seorang insan yang ingin bersahabat, seperti adik saya rasakan. tapi dia merasakan sebaliknya.

astaghfirullah..

runtuh hati saya tatkala saya menghadap denganNya buat kesekian kalinya. menuntun taubat. hati yang mudah lupa, di uji sedemikian rupa. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. ryt?

dan..

kemudian itu, kembali kepada keadaan yang sepatutnya. malah joshnya bertambah2..

saya kalau tidak, maka tidak. tiada tapi. kalau suka, terlalu suka. tiada tapi. memang agak teruk. dan saya bertemu dengan rakan-rakan yang agamanya bagus dan juga disukai semua orang. i mean, SEMUA. ehe. jeles? tidak juga, sebab saya memang macam tuh. haha. EGO bebeno!

akhirnya, saya beransur-ansur berlembut. dan mengatakan kepada diri sendiri..

"kau sendiri tidak faham, begitu juga mereka. maka doakan mereka dan dirimu supaya Allah beri kefahaman dalam beragama.."

Allah T_T

semoga Allah SWT beri faham. aamiin.

tapi bukanlah saya terus mesra bagai dengan depa. still, kalau salah itu tetap salah. haha. dan sememangnya saya kurang sahabat lelaki, berbanding perempuan. dan saya tidak cool dalam persahabatan melebih-lebih sebegitu. bagi saya biar berpada-pada. gurauan ada batasannya. kalau sekadar perbincangan yang tidak mendatangkan fitnah, yah silakan saja. :)

mungkin ada yang berpandangan lain. dari kita jugak mo jadikan persahabatan tuh macam mana kan? ukhuwwah fillah katanya. hmm.. lelaki perempuan tetap ada batasnya. kan Allah swt yang pegang hati? jika di uji dan tersungkur? Allahuakbar. jadi pasal itulah kena jaga, SEMUANYA. dari segi perbualan, perbuatan..pokoknya semuanyalah (semenjak tengok muvi HSD tu, gue jadi indonesia gitu lho. hehe).

kerana wanita itu FITNAH TERBESAR. astaghfirullah.

ini cuma pandangan saya yang lemah. saya memang lemah. lemah iman. :(


'kadang-kadang kita ego, tapi kita tidak sedar.'

selalu cek. hati ni bermasalah ni, perlu di rawat sebetulnya dan secepatnya! hmm..semoga tidak ego kepada Allah swt. nanti rugi di akhirat kelak. percayalah!

dan saya mintak maaf kiranya saya pernah menyinggung perasaan anda, siapapun dan dimanapun dengan cara apapun. saya benar2 tidak sengaja, dan saya mintak maaf. khilaf saya. andai saja Allah tetapkan mati saya esok, maka jadilah!

jadi...SILA MAAFKAN SAYA (memaksa? huhu. maaf.)

^^

*laporan. karkuzari*

saya nampak ada dua anak dara pakai purdah di kampung saya. oh. ini yang saya JELES BEBENO!

doakan saya ya...PLEASE :')

ada keluarga karkun tinggal di bahagian bukit. jauhhhh jugaklah. tapi. ehmm. saya keluar rumah pun jarang, nak tahu bukit tu beso mana pun x dapek nak nolongnye. aha. jadi, saya pun tidaklah ketahuan. oh.

dan saya pun semakin jeles. grrr.

itu sahaja, sekian.

ehe.





wassalam.

p/s: sudah di edit. ehe. untuk membetulkan segala typo dan tambahan beberapa ayat. :)


Wednesday, February 8, 2012

_lagu ibu..


***


Lembut kukenang, kasihmu ibu

di dalam hati,ku kini menanggung rindu

engkau tabur kasih seumur masa

bergetar syahdu, oh di dalam hatiku

sembilan bulanku dalam rahimmu

bersusah payah oh ibu jaga diriku

sakit dan lelah tak kau hiraukan

demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu

hanyalah doa oh di setiap waktu

oh ibu tak henti kuharapkan doamu 2x

mengalir di setiap nafasku 2x

oh ibuuuuuuuu

ibuuuuuuuuuu

ibuuuuuuuuu


Lembut kukenang, kasihmu ibu

di dalam hati,ku kini menanggung rindu

engkau tabur kasih seumur masa

bergetar syahdu, oh di dalam hatiku

ku kan bercanda denganmu ibu

di dalam hati ku kini slalu merindu

sakit dan lelah tak kau hiraukan

demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu

hanyalah doa oh di setiap waktu

oh ibu tak henti kuharapkan doamu 2x

mengalir di setiap nafasku 2x

oh ibuuuuuuuu

ibuuuuuuuuuu

ibuuuuuuuuu



“Allahummafir lii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa”



[by : Rafly ft Chantiq]


***

_life goes on..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

salam Maulid Rasulullah s.a.w..

semoga cara hidup Nabi s.a.w jadi cara hidup kita juga :)

ehe.

saja lama nda update, lagipun xdak idea. sekadar suka jadi silent reader buat masa ini. walaupun masa banyak terluang dengan...errmmm...ehe, adalah.. :P

sempena maulid Nabi s.a.w, saya buat brownies, untuk pertama kali dalam hidup. inshaAllah, Allah bagi sedap. ehe. dan petangnya, goreng french fries, hidang dekat adik beradik. wee. depa happy, saya pun makin happy. alhamdulillah.

nak mengajar adik-adik tentang agama, bukan mudah. payah ada. tapi kalau minta dekat Allah supaya dipermudah, inshaAllah Allah bagi mudah. huhu. cakap berbelit, pokoknya cuma Allah bagi mudah...

jadi saja buat spesyel, buat brownies french fries segala, nak bagitau depa Nabi s.a.w tu sungguh spesyel. uhuk3.

juga belikan depa kayu sugi, ajar cara nak guna. best guna kayu sugi, mulut jadi wangi. paling best, ia sunnah Nabi. orang mungkin nampak pelik, gosok gigi guna kayu, aha, but it worth it. to our health, and in the hereafter. inshaAllah.

cuti nampaknya semakin panjanggggggggggggg. entahlah. mau revise pasal medik pun, agak2 malas jugak. oh, penyakit hati yang paing dibenci! isk!

***

asyik teringat dekat mati. teringat dekat kubur. liang lahad. oh. sentap sungguh. mesti bersedia, kiamat kecil pasti menerpa setiap insan.

asyik fikir pasal dajjal, pasal kiamat, imam mahdi siapa, bila Nabi Isa a.s nak turun semula, dan kesesatan orang2 kafir terutama Yahudi. Allahuakbar..

as life goes on.. i need to prepare.. things.. everything..

so, mati itu pasti. just beware. cepat atau lambat, tetap mati. oh. sentap laju laju.




wassalam..

Thursday, January 19, 2012

_revise..!

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt :D



"apa kuasa Nabi Musa?"

"kalau Nabi Idris?"

"ohh........siapa Nabi yang buat kapal paling besar tuh?"

"ermmm...Nabi apa yang kena makan ulat?"

"adakan Nabi ditelan ikan paus? Nabi mana?"




revise, revise, revise!


saya di terpa dengan soalan-soalan yang banyak ini!

hehe..

perlu revise pasal sirah an-nabawiyyah.

anak-anak (adik-adik) saya bertanya tidak henti soal sirah nabi dahulu kala.

kelu jugak lidah mau cerita semua.

cukup dengan muka puas hati itu, daku berbahagia!

mau beli buku sirah untuk mereka, belum diberi kemampuan.

rezeki belum ada.

inshaAllah. bermohon tidak henti :)

mari cari dulu dalam internet!

kopi pes dan hafal.

pastu cerita balik semuaaaaaaa...

dan bergembira dengan wajah mereka yang puas hati.


^^


anak-anak kenit yang sungguh nakal tapi berakal.

alhamdulillah.



-terima.kasih.Allah-



wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...