asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 19, 2012

_Ramadhan..

in the name of Allah..


assalamualaikum warahmatullah..


subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar!


ramadhan bakal membuka tirai semula. mari bercucuk tanam sebanyak2nya. ambillah peluang, anggap saja ini Ramadhan yang terakhir. kerana mati itu pasti, SANGAT pasti.


kan?


*geget jari lah begini*


hari ini ingin berkongsi sedikit kisah benar. tentang sudden death. pernah dengar? atau dimelayukan bahasa itu, mati tiba-tiba.


baru sahaja hari ini, saya digemparkan dengan satu kes di jabatan kecemasan.


pesakit sudah ditempatkan di observation bay untuk pemerhatian dan rawatan lanjut. tidak beberapa lama kemudian, pesakit mengadu sakit di bahagian dada semasa sang jururawat ingin membuat *pemeriksaan jantung.


*ECG namanya. taip di gugel boleh jumpa semacam graf2 yang menunjukkan apa jantung buat dalam badan kita. adakah dia berlari-lari atau berseronok atau sudah mahu pitam. masih boleh tahu punya.


jururawat itu pun berlari pecut mencari sang doktor untuk melihat keadaan pesakit, rupanya pesakit sudah pengsan. akhirnya mereka melakukan rawatan kecemasan di zon merah untuk memanfaatkan golden hours before the heart die.


TAPI..


di sebalik semua itu, saya cuma terdiam dan membuat kerja saya di bilik prosedur. berfikir-fikir. mati itu pasti. gentar. untuk saya bila lagi?


Allah :'|


yang termaktub sudah termaktub. manusia tidak bisa melawan takdirnya. rawatan demi rawatan mereka lakukan. CPR, adrenaline, and everything yang termampu sudah di usahakan. semuanya gagal. kerana Allah sudah tetapkan. kerana dia sudah bertemu dengan malaikat Izrail. bukan kerana rawatan terlambat. bukan kerana manusia. bukan kerana mahkluk lainnya. tapi kerana Allah sudah tetapkan semuanya. SEMUANYA.


dan mati itu pasti. percayalah. bersedia atau tidak, mati itu PASTI.


saya masih berfikir-fikir. sempatkah syahadah? sempatkah dia menyatakan kebesaran Allah semasa saat-saat sakaratul maut? astaghfirullah. merenung panjang, saya bila pula?


innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.


Allah. hebat Allah. sekelip mata. kun fayakun. tanpa ada tanda-tanda. dan akhirnya. kembali ke rahmatullah, sebelum bertemu bulan termulia. Allah T_T


semoga sampai ke bulan ramadhan..Allahumma balighna Ramadhan. aamiin.





*sayu*

selamat menyambut bulan Ramadhan, 1433H.




wassalam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...