asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 22, 2008

Ana suka part ni, sebagai peringatan semata…

Di zaman ini terdapat kemerosotan cinta kepada agama. Bantahan atau tentangan terhadap iman yang tulin bukanlah sahaja dibangkitkan oleh para kafirin bahakan oleh orang-orang Islam juga. Ibadah-ibadah yang wajib adalah dicuaikan bukan sahaja oleh mereka yang mengaku beragama Islam bahkan juga oleh mereka yang bermegah-megah mengaku bahawa merekalah yang alim lagi warak.

Berjuta-juta umat Islam telah jatuh ke lembah syirik yang nyata apatah lagi hendak dikatakan tentang mencuaikan solat fardhu dan puasa. Itupun mereka tidak sedar akan amalan-amalan yang menjatuhkan mereka ke dalam jurang atau lembah syirik. Melanggari batasan-batasan agama adalah perkara biasa sahaja dan mencemuh dasar-dasar agama adalah amalan di hari ini. itulah sebabnya para alim ulama juga telah mulai membenci dan menjauhkan diri dari masyarakat. Akibatnya, kejahilan tentang ajaran-ajaran agama semakin meningkat sehari demi sehari. Masyarakat memberi helah bahawa tidak ada siapa pun yang mahu mengajar agama Islam kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Para alim ulama pula berhelah bahawa tidak seorang pun yang benar-benar mahu menerima ajaran-ajaran mereka. Tetapi tidak satu pun helah-helah itu sah di sisi Allah(swt). sebenarnya, Allah(swt) tidak akan menerima helah-helah makhluk-Nya yang mengatakan mereka jahil dalam hal agama kerana adalah wajib bagi setiap Muslim mempelajari serta memperdalamkan pengetahuan tentang ajaran-ajaran Islam.

Bagi mana-mana pemerintah pun, kejahilan undang-undang bukan dapat memaafkan kesalahan, maka mengapa kejahilan agama seharusnya dimaafkan oleh Allah(swt)?

Sebagaimana kejahilan dalam sesuatu itu lebih buruk akibatnya, maka tidaklah ada maknanya yang para alim ulama mengatakan bahwa tidak ada orang yang mahu mendengar ajaran-ajaran mereka. Para ulama membangga-banggakan menjadi Khalifah Tuhan tetapi mereka itu tidak pun pernah memikirkan betapa benyak kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh khalifah-khalifah kerana tabligh agama yang benar. Bukankah mereka pernah dilontar dengan batu-batu? Bukankah mereka pernah dimaki hamun dan ditindas dengan sekejam-kejamnya? Bahkan demi rintangan-rintangan serta kerumitan-kerumitan ini pun mereka telah menunaikan kewajipan-kewajipan mereka mengenai tabligh dan menyebarkan ajaran-ajaran islam tanpa menghiraukan tentangan.

Pada umumnya, orang-orang islam membatasi tabligh kepada alim ulama sahaja. Padahal setiap Muslim dan Muslimat adalah diperintah oleh Allah(swt) supaya mencegah manusia daripada membuat maksiat.
Walaupun diakui bahawa tabligh merupakan tugas para alim ulama sahaja, amaka adalah juga menjadi tugas seorang Islam biasa mentabligh ajaran-ajaran Islam dengan lebih giat lagi. Ketegasan yang telah ditegaskan oleh Al-Quran Al-Karim dan hadith-hadith Rasulullah (saw). Oleh itu tabligh tidaklah dapat dikatakan kewajipan para alim ulama sahaja dan tidaklah juga boleh dimaafkan jika diabaikan.

Saya menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat supaya menumpukan masa dan tenaga mereka seberapa daya terhadapa tabligh. Tidaklah mustahak seseorang itu harus bergelar alim baru boleh dia mentablighkan agama dan akhlak-akhlak yang baik kepada manusia. Apa sahaja sesuatu yang salah atau yang terlarang di sisi agama yang dilakukan di hadapan seorang Islam, maka adalah menjadi kewajipannya untuk menegur orang yang melakukan kesalahan itu.

55. Dan tetaplah memberi peringatan (tabligh), kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.(Az Zariyat;55)

Para mufassir mentafsirkan bahawa tabligh bermakna mengajar para mukmin ayat-ayat Al-Quran kerana ayat-ayat Al-Quran itu akan memimpin mereka ke jalan yang benar.

Dipetik daripada;
Fadhailul a’mal – bahagian Fadhilat Tabligh (muqaddimah)
Maulana Muhammad Zakariya Kandahlawi
Syeikh Al-Hadith
Madrasah Mazahir ‘Ulum
Saharanpur.

c0nFusEd

result exam dah kuar...menggeletar gak ana tengok result yang tak seberapa tuh...huhu adeh, nak terus pun rasa makin payah langkah kaki nih...esok ada taklimat SPA, ana dalam kebingungan...bapa suruh ambil spa tu,ana....ntahlah...ana dapat jawatan pembantu perubatan, dan muingkin praktikal di kuching srwk, waduh parah...memang runsing sekarang ni...ntah apa nak buat. nak daftar kuar dari ums and amik spa tuh or...what?if anybody can give suggestion(s)? confuse dah ni...=(

Monday, December 15, 2008

sWeeT sToRy



Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.
Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.
Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

Ana tak pasti dari mana sumber kisah ini tapi ana tetap nak kongsi dengan semua sebab ana tertarik dengan kisah yang betul-betul meruntun hati ana tatkala membacanya…hehe jiwang sikit plak…

NaBi Musa a.s & PeNziNa

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang Wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam Menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel ditubuhnya. bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merosakkan hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa e***** menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah e***** tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya

Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina" Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat dengan khusuk

Untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.
(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH AbdurrahmanArroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, Membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat pada awal waktu dengan istiqomah.

Wednesday, December 3, 2008

cUba cEk...

Di sini ana nak mengutarakan sesuatu yang ana jumpa dalam leptop ana…huhu mungkin ada yang dah baca, tapi baca dua atau tiga kali pun taka pa. ia agak menyedarkan bagi yang sedar dan semoga ia bisa buka minda kita dengan amalan yang kita lakukan seharian…untuk ana juga…

Amalan-amalan manusia kini yang jelas bertentangan dengan saranan Rasulullah saw…sama-sama kita fikir untuk berjenak-jenak…(sebab kalau sejenak takut kita fikir sekali aja..hehe)

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Wallahu’alam

PuRdaH



In the lands of India the actual translation of the word purdah is screen or veil. Purdah is the practice that includes the seclusion of women from public observation by wearing concealing clothing from head to toe and by the use of high walls, curtains, and screens erected within the home. Purdah is practiced by Muslims and by various Hindus, especially in India. The limits imposed by this practice vary according to different countries and class levels. Generally, those women in the upper and middle class are more likely to practice all aspects of purdah because they can afford to not work outside the home.

Purdah probably developed in Persia and later spread to Middle Eastern lands. Purdah flourished in ancient Babylon. No woman could go outside unless masked and chaperoned by a male from the family. Even parts of the household were separated as a practice of segregation. The ancient Assyrian women also had to remain inside behind curtains where darkness and little breeze prevailed. In the 7th century A.D., during the Arab conquest of what is now Iran, the Muslims probably adapted the idea of purdah to their religion. The Prophet Muhammad reintroduced the custom as part of the Islamic tenets of faith. As time went by the laws associated with purdah became more severe. During the British domination in India, the observance of purdah was very strictly adhered to and widespread among the Muslims.

Some critics see purdah as an evil influence that has only suffocated the rights of women and perpetuated male chauvinism. They point towards the Muslims in India who have shut off women from the outside world in order to make them ignorant of the practicalities of life. To them it has deprived the woman of economic independence and forces these females to produce chauvinistic boys and submissive girls. In order to keep females submissive, women know only what their fathers, husbands, and sons want them to know. Critics see women who practice purdah as having no voice or free will.

Others, mostly believers in Islam, see purdah as a very positive and respectful practice that actually liberates women. It is viewed as liberating because it brings about an aura of respect. Women are looked at as individuals who are judged not by their physical beauty but by their inner beauty and mind. By covering themselves, women are not looked at as sex objects that can be dominated. For the Muslims, purdah is an act of faith that entails the acts of honor, respect, and dignity. Islam exalts the status of women by commanding that women should enjoy equal rights with men and remain on the same footing as them. When a woman covers herself she places herself on a higher level and allows men to see and respect her for her intellect, faith, and personality. The physical person is to play no role in social interaction.

The role of purdah in any culture has become more controversial since the rise of the women's movement. Purdah has almost disappeared in the Hindu practice and is practiced to greater and lesser degrees in many of the Islamic countries. Either way the practice of purdah is looked at, whether in a negative or positive light, it stills remains an integral part of everyday life for some peoples and marks a part of their culture.

I’m proud of the Muslim women, wherever they are, who did cover themselves underneath the purdah. Sometimes, it is hard to explain about this type of appearance, and when it comes to critics, people keep on judging it but still nothings happen due to that. That is the power of Allah SWT. And me, hoping that someday and somewhere, I can follow up the practice of Purdah and behaves like our Prophet’s wives did before. Isolating me as Allah did mention that, Al fitnatul ashadu minal qadh (fitnah itu lebih teruk daripada membunuh). Having a simple life throughout the world and be extraordinary in front of Allah. That’s a dream to be done now and until whenever. Do’akan ana…insya Allah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...