assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.
sudah 9bulan lebih x update belog ini. oh, usangnya sudah. kesian dia. berkepul2 habuk, bersawang2, labah2 pun gemuk2 suda semuanya besarang di sini. hihi.
okelah, mari menaip. macam rajin siiiiiiikit hari nih.
:)
..rezeki..
alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam.
saya dan suami telah dikurniakan rezeki seorang cahaya mata perempuan
dan alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik buatnya. kesempurnaan fizikalnya. dan perkembangan yang baik. Alhamdulillah!
setelah memerah otak dan buntu memikirkan nama, akhirnya suami buat keputusan bagi nama Nur Syakirin. sempena kesyukuran yang tidak terhingga atas kelahirannya kedunia.
Nur Syakirin Binti Herman kini berusia 34hari ^__^
Allah.
bukan mudah melahirkan seorang bayi. sakitnya tiada tandingan. mashaAllah. terutama anak pertama.
19 Ramadhan, menanti suami datang dari tawau, saya bersendirian di bilik Bunga Raya menahan sakit. sebelum masuk labor room suami sampai, dalam hati hanya mampu memuji2 nama Allah dan baca doa Nabi Yunus berulang-ulang.
di dalam labor room, saya mengalami kesukaran untuk melahirkan bayi saya. hingga berlanjutan ke setengah jam meneran, tapi baby xmau keluar. saya kurang tenaga kerana menahan sakit dan masa tu tengah berpuasa. dalam otak hanya pikir mau melahirkan saja. ndada nafsu sudah mau makan atau minum akibat sakit contraction yang amat sangat.
oleh kerana saya staff hospital itu, kawan-kawan nurse benarkan suami saya masuk untuk bagi semangat. lepas suami masuk mungkin x sampai 20 minit, bayi saya lahir kedunia pada pukul 2.16pm dengan berat 3.16kg.
alhamdulillah baby Ramadhan :)
baby saya x menangis semasa lahir. hanya batuk dan bersin saja. saya mula risau dan akhirnya bertanya dengan cemas, *aprgar score? dan kawan terus cakap, baby kamu oke, pink suda. lepas potong **umbilical cord, terus diorang letak baby saya dalam pelukan saya. sayalah orang pertama yang bersentuh kulit dengannya. mashaAllah, baby buka mata dengan muka hairan. matanya melilau-lilau. ntah apa yang difikirnya masa tuh. hehe.
comel! err, hehe. lepas baby dibersihkan, suami gendong dan azankan. kata suami baby senyum masa diazankan.
mashaAllah. alhamdulillah.
nah, kepada insan2 di luar sana, sila cintai ibu yang melahirkan anda dengan bersusah payah hingga dibasahi keringat.
semalam, 22 Syawal 1434H, genap setahun usia pernikahan saya dan suami.
alhamdulillah..tahun pertama ini dikurniakan juga anak sulung kami. besar sungguh nikmat yang Allah bagi pada kami. alhamdulillah. terima kasih Allah.
semoga Allah sentiasa redha. semoga kekal hingga jannahNya. dan semoga hati kami Allah tetapkan di jalan yang benar dalam agama serta melaksanakan perintah Allah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w inshaAllah..aamiin :)
***
terima kasih kepada sahabat yang mendoakan kebahagiaan kami. terima kasih. semoga tidak bosan untuk terus berdoa untuk seluruh umat Nabi saw :)
dan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin muslimat yang dirahmati Allah. maaf zahir dan batin. hihi. lambat siiiikit ucap :D
untuk * dan ** sila rujuk pacik gugel :)
wassalam
No comments:
Post a Comment