asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Saturday, December 25, 2010

_still a big 'question mark'..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..esok kak umu bakal melangsungkan majlis walimahnya insyaAllah...weee!!!



barakallahu lakuma...congratulations :)

gumbira melebih2,keh3..

saya pernah ditanya beberapa soalan yang agak besar dalam kehidupan saya
its a big QUESTION MARK..
in the life of a 'gadis bujang', for me lah...huhuhu

"baya, bila ko mau kahwin?"
"calon ada?"
"jadi,agak2 majlismu bila?"



i mean....
what????
okay2...mungkin saya dalam kejutan yang agak besar dan berat...
hello,saya baru 21 (insyaAllah,menjangkau 22)
dan saya masih mentah,saya masih dalam golongan triple Bs (budak baru belajar), saya masih xcukup ilmu...
saya masih...masih...masih...

alasan!

huhuhu....
its normal bila seseorang yang kurang fikir hal demikian ditanyakan soalan berkenaan hal demikian...
[dan hidung pinokio mula tumbuh dengan hebatnya]
ti........pu.......lah........
fine...
saya memang ada fikir,actually banyak kali fikir akannya...
cuma tidak pula terfikir bila hal tersebut menjadi kenyataan???
dan saya masih dalam fasa persediaan awal..
to be a part of hal mega mengalahkan petala kelapan macam nih..

saya tahu,
saya dah 21,insyaAllah menuju 22..
saya dah cukup lewat untuk mengikut jejak Siti 'Aisyah r.anhu..
saya dah terfikir bahawa insyaAllah,saya bakal bernikah juga kelak...

nikah,bukan macam beli nasi lemak di gerai mak jah...
pilih suami (soleh/mithali),bukan macam pilih ikan basong kat pasar...
jadi isteri(solehah),bukan macam makan roti+cheese semasa lapar...
its a big decision in life...
and i think i've found one,who....
okay...that's it baya...
have faith with him...

doa dan tawakkal...wanita yang baik untuk lelaki yang baik kan?insyaAllah...itu janji Allah...

'...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula...'
(an nur:26)

dan di dalam kesyahduan ku sering panjatkan sekeping doa berpintalkan harapan,yang penuh dengan kebergantungan hanya padaNya...100% hanya padaNya...

ehem...senyum sikit,dahi dah berkerut tuh...tak manislah..huhu

insyaAllah,jika ada khabar berita yang baik saya bakal khabarkannya...janganlah ditanya saja,doakan jugak ya...hehehe....doa antum semua sangat berharga buat saya,insyaAllah...

:D have faith~

wassalam..

Thursday, December 16, 2010

_karenah..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah duduk rumah ni rileks sangat...lengang dari urusan dunia...heee :D

semua (erk,takdelah semua kot) boleh buat dengan tenang..ketenangan yang sangat indah...kikikiki (jadi kat alor star nuu tak tenang la ye?ehehe)



well,rumahku syurgaku.. :)

duduk di rumah bersama adik2 yang banyak karenahnya.i mean SANGAT banyak karenahnya.ehehe..


wajah yang agak pelik..ehehe

time mengaji Quran lain karenahnya..
time taklim lain lagik karenahnya..
time tengok tibi (lagho...) makin lain karenahnya..
time makan pun lain macam jek karenahnya..
haha,bebudak..nakal lah sket..tau lah macam mana nak di handle budak2 dua orang nih..

5 bulan lebih saya tinggalkan mereka di sini..banyak sungguh perubahan..terutamanya ketinggian (alhamdulillah elok membesar...Allah bagi kesihatan yang baik,alhamdulillah) dan darjah kenakalan..ada jugaklah bertambah2..huhu bagai nak rak jugak mencari jalan nak menghandle kenakalan mereka nih..menguji tahap kesabaran saya yang sebenar..

time memasak paling diorang suka..yelah,kehadiran saya jer yang buat dapur tu berasap..walaupun masak takdelah pro mana.takat jerang air, masak nasi, goreng telur tuh (haha) bolehlah..ehhehe..takdelah..basically,masakan simple tuh bolehlah..sampai diorang bertambah dua kali jer,tak sampai tiga kali..hurmm..

hari nih ajak diorang puasa..semangat jugak masa bangun sahur tadi..ehehe,kesian saya tengok mata terkebil2 lagi malas2 nak buka tapi dah menuju ke dapur nuu..huhu..cian dan comel.. :D

ntah nak masak apa utk iftar karang..insyaAllah,nanti Allah bagi ilham ler tuh..

so moral of the story..ek?ini story ke?hihi..saja nak menaip,boring2..(adeh istighfarlah wahai gadis...)

k,till then..

wassalam

Monday, December 6, 2010

_1432H..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :)

saya nak ucap..

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KEPADA SELURUH UMMAT NABI SAW :)
semoga berada di bawah lindungan yang Maha Esa insyaAllah




jika kita lihat, secara officialnya, orang kita (muslim) lebih arif dan fasih menghafal tarikh2 keramat tahun masihi berbanding tahun Islam itu sendiri..kenapa?mungkin kerana negara kita yang mengamalkan penggunaan tahun masihi (yang saya kurang pasti asbab musabab perkara ini berlaku--->fail Malaysia's history)...T_T aduh salah saya juga ini..dan mungkin juga kerana kurang pendedahan kepada tahun hijrah,tahun islam kita..sob3

sungguh mendukacitakan bila mana kita bertanya dengan saudara islam kita,
"hari ini tanggal berapa?"
"6 Disember lah bro,itupun tak tau ke?"
cuba usha tahun hijrah, terkebil-kebil matanya tengok hangpa..huhu

ini bukan sindiran atau ingin mencari kesalahan orang kita..namun sesuatu kenyataan dan sebagai peringatan sesama kita, insyaAllah ada manfaatnya.Tahun baru azam baru..insyaAllah..kita berhijrah ke arah yang lebih baik,sebagai pemangkin kita untuk berjaya dunia akhirat..kalau bukan sekarang bila lagi kan?(aiseh...serius bebeno saya masa menaip nih,dahi pun berkerut nih..)

hijrah..mari kita islahkan diri kita bersama-sama..
kuatkan azam untuk mujahadah,menepis nafsu serakah untuk mendapatkan redhoNya..mentaati perintahNya.hijrah dengan keinginan hati dan hiijrah kerana kebaikan untuk diri sendiri, insan tersayang dan insan di sekeliling kita..

"daripada jarang-jarang kepada istiqomah,
daripada solat lewat kepada solat di awal waktu,
daripada khudu' kepada khusyuk + khudu',
daripada solat bersendirian, kepada solat berjemaah di surau atau masjid di mana azan diazankan,
daripada solat fardhu sahaja kepada solat fardhu + solat rawatib,
daripada mengaji selembar Quran sehari kepada dua lembar Quran sehari,
daripada taklim 15 minit kepada taklim 30 minit,
dan seterusnya..menambah amalan mengikut kemampuan kerana Allah swt semata..bukan riya',tapi kerana diri terlalu banyak ketinggalan berbanding para sahabat.."

alhamdulillah..ada juga yang sedar dan menggembar-gemburkan tahun baru islam di laman sosial paling popular skang nih..huhu muka-buku..namun sekadar gembar-gembur gendang-gendut tali kecapi pun tadak guna kalau tak masuk ke hati..uhuk3~
(semoga apa yang ditaip ini tidak menyakitkan hati sesiapapun..maafkan saya jika saya bergurau kasar.uhuhu~)

dan saya,
dari hati-gundah-kerana-banyak-dosa ini, ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya kepada antum semua sekiranya pada tahun 1431H dan tahun2 sebelumnya,saya pernah..
tersakitkan hati
tercakap kasar
terkutuk
tergelak
termengarut dalam tulisan2 saya..
berserta semua ter- yang tidak sempat disebutkan disini..
semoga Allah memuliakan kalian kerana memaafkan insan ini..amien :)
insyaAllah saya tak buat lagi (kalau terbuat,segera dimaafkan yek..hihihi)

dan kepada yang sedang khuruj,semoga antum berada dalam rahmatNya..insyaAllah..amien dan kepada yang bakal mendirikan mahligai kebahagiaan,semoga urusan kalian berjalan lancar dan mendapat redhoNya..insyaAllah..amien

jom hijrah! :D

wassalam..

[notakaki: post ini telah diedit dengan penambahan sedikit..huhu ilham baru mari]

Thursday, December 2, 2010

_waiting..

in the name of Allah..

assalamualaikum..

alhamdulillah..segala puji bagai Allah :)

skang dok kat KLIA.waiting for tomorrow's flight on 8.10am...ngantuk tapi mau tido pun mcm xdapat.mata terkebil2 sudah nih.huhuhu

Allahu Rabbi..tadi saya terjumpa dengan satu keluarga..yang isterinya full hijab,Subhanallah! suaminya ada gaya pak arab daa...hehe semoga dia juga buat usaha agama,semoga yang kutemui tadi itu adalah masturat..tapi kan sekarang ini tengah khuruj masturat geng2 family karkun?ngehehe~


(gambar hiasan semata2)

semoga dipermudahkan urusanku dalam cita2ku.huhu.amien.

menanti dan terus menanti.dalam flyt nak p KL tadi,duduk dekat tingkap.sit no 15A.best,tapi pening.ntah kenapa..dah lama tak nek flyt kot?huhu

departure time on 9.25pm dan...Subhanallah..indahnya bumi kedah ini di malam hari.dan Subhanallah...Allah kuasa makhluk tak kuasa.keciknya saya tengok kereta di bawah tuh..macam anak semut..heee

esok flyt kul 8.10am insyaAllah..huhu sampai sandakan 10.55am insyaAllah...please do pray for me.hehe

bah mau rehat2 kunun.huhu.

wassalam..

Sunday, November 28, 2010

_memujuk hati..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,segala puji bagi Allah..

wasyukurillah,dan bersyukur kepada Allah..

hidup yang penuh liku ini.perlu digagahkan dengan senyuman,walaupun ia hadir sebagai hiasan semata.jujurnya,senyuman itu pengubat hati yang lara,sedangkan terjunnya dirimu dalam medan kesengsaraan yang tiada ertinya,membuatkan kamu leka daripada untuk bersyukur kepada Allah..

bernarlah,Allah menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan mereka..(al-baqarah)

*senyum dalam tangisan*



sudahkah kamu bersyukur?
baya,tiada apa yang membezakan manusia melainkan iman dan amalnya.dan tiada yang bisa meleraikan kekusutan selain Allah SWT.Dialah zat yang Maha Kuasa,Maha Mengetahui.

daku melihat mereka bersenda gurau atas dasar kebahagiaan dengan hasil usaha mereka.sedangkan diriku sendiri..berkecamuk dengan perasaan dengki..astaghfirullah...dengki kah diriku pada pencapaian mereka?astaghfirullah..baya,ini dunia..berusahalah dalam amalmu..jangan kau tewas dengan dugaan ini..dan tetapkan yakinmu serta cita-citamu..aim utama dalam kehidupanmu..tepikan emosimu..Allahuakbar..

syukur atas nikmat dan beramal dengan nikmat demi redhoNya.seorang wanita itu lemah,dan Allah lah yang menggagahkan hatinya agar menjadi kuat dan solehah..maha Sucinya Engkau ya Robb ku..astaghfirullah..

kerana hati dan sanubari ini bukanlah milik mutlak..dan kerana hati ini,Dialah yang membolak balikkannya...dan kerana itu,bersyukurlah dengan segala ketentuan dariNya..Allahuakbar..

jangan bersedih,la tahzan..

wassalam..

Thursday, November 25, 2010

_kitab..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :) masih bernyawa insyaAllah

hari ni result dah ada.semua budak Tahun 2 Semester 2 LULUS final exam semester ini.

ALHAMDULILLAH..

dapat ranking pertama utk semester 4 daripada keempat2 kolej KKM,ALHAMDULILLAH..

seperti semester lalu juga..namun semester ini tiada yang dapat 4Flat lagi..xpa,Allah dah bagi yang terbaik insyaAllah! :D

***

ok..sebenarnya nak cerita pasal kitab fadhail 'aamal.bukan nak buat takleem di sini,tapi nak mengatakan sesuatu.huhu

baru jak tadi Allah telah takdirkan saya utk baca post kak aliaazuan pasal takleem watta'lum..alhamdulillah sangat bermanfaat bagi saya.hee dan alhamdulillah saya buat selama ini betul caranya,alhamdulillah..


(snap dan terus upload.hehe)

cuma terkadang sedih memikirkan cara yang salah sahabat sebilik saya yang juga memiliki kitab yang sama.dia kata kitab tuh best..alhamdulillah Allah buka pintu hati dia untuk beli,namun cara amal ada silap sedikit kot?mungkin dia tak tahu...SILAP SAYA! aduh...saya sudah tunjuk cara takleem yang betul,tapi mungkin pada dia saya cuma beradab..memang pun,huhu untuk dapatkan nur dari takleem bukan mudah..kena tawajjuh..subhanallah..semoga Allah pilih saya dalam usaha agama ini,kuatkan saya dalam usaha agama ini.amien~

mungkin saya perlu lebih kuat lagi utk menyampaikan sesuatu kebenaran walaupun pahit.pahit bagi saya untuk menunjukkan atau mengajarkan sesuatu kerana serasa saya,saya tidak punya walaupun sesuatu! manusia ini biasa2 saja..

yang penting adik di rumah,insyaAllah sudah mengalahkan saya dalam takleemnya.haha.MALU sendiri..dia sudah sampai ke fadhilat zikir,sedangkan saya masih lagi di fadhilat solat..huhu sadis,dek kerana kesibukan dunia..dunia2..astaghfirullah :(

doakan saya supaya lebih istiqomah dan tawajjuh insyaAllah..

wassalam

Wednesday, November 24, 2010

_result..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah..

:)

RESULT FINAL YEAR 2

jeng3!

belum keluar lagi daa..hehe

hari ni pengarah kolej dalam perjalanan p KL, mau ambil result dari BPL (Bahagian Pengurusan Latihan).risau jugak.gementar.nebes kata kawan saya.huhu

doa dan terus doa.tapi kenapa saya doa lain macam jek?hehe xpa.tunggu dan lihat insyaAllah...haaa


skang ni bizi dgn kelas HSR, Health System Research.BOSAN tuh memang terasa lah.tapi lau tak p,dosa dan tak dapat ilmu.ngeeee amanah.

ingatkan lepas je exam there's no more class for us.yelah,cukup lah dengan 3 semester berturut2 dalam blok itu dan kelas itu.huhuhu sabo je lah.kata nak timba ilmu kan?hee

and how i miss the House.huhu.the place i used to lepaking with my boyfriends (siblings i mean,they are my boyfriends.haha) and to my own and myself.haaaa sabo jer.on 2dec u'll go back home insyaAllah.please pray for me :)

***

cherita pasal raya hari tuh.kami raya di dorm saja.haa...sedih ada,gembira ada.apa2pun,kami dapat jugak solat sunat hari raya insyaAllah :) bahagia.terus,imam di Masjid Sultanah Bahiyah tu tegur lah dalam khutbahnya...

"orang sekarang ni saye nampak agak pelik.hari raye 'aidiladha ni depa sambut sehari tu ja,sehari yang kita dok wat korban lembu tuh.hari keduo ketigo,xdak dah raye kite dengar.tapi nak dibandingkan dengan raye 'aidilfitri,atau yang biasa kite dengar depa dok kata raya puasa..elok jah depa raya sampai seminggu buat rumah terbuka...sedangkan Allah menetapkan raya 'aidiladha itu sampai 4 hari, bermula daripada 10 zulhijjah hinggalah 13 zulhijjah...yang mana lebih besar maknanya jika dibandingkan dengan raya puasa yang hanya sehari iaitu pada satu syawwal..bukanlah kita nak melarang depa raya sakan,tapi janganlah berlebihan...kita kena ingat,hari raya korban inilah masa kita nak menunjukkan kesediaan kita untuk berkorban demi agama..kita singkap kembali sejarah nabi Ibrahim a.s..."

ngaaa...khutbahnya panjang dan mesejnya sangat bermanfaat.alhamdulillah :) memang terharu jugaklah.patutlah saya di rumah jek lau raya puasa.haha.kawan2 len dok mengajak beraya pi sana sini,aduyai..pening kepala.bertaubat,ramadhan ditinggal tanpa amalan yang memberansangkan...huhu

stop.tutup cerita raya.

cerita apa lagi?iman?amal?baya2...kau bukanlah alimah mahupun ustazah.apa yang kau tahu?huhu (bermonolog)

doakan saya dapat result baik2 ya? (cerita raya dah lari tajuk dari result exam nih.huhu)

wassalam..

Tuesday, November 16, 2010

_eid mubarak!

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..terima kasih ya Allah..atas nikmat iman dan islam..heee :D

dan di sini,saya ingin mencuri kesempatan yang ada untuk mengucapkan kepada seluruh umat Nabi Muhammad saw..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA..EID MUBARAK..semoga Allah swt menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan insyaAllah..tahun ini saya beraya di sini..setahun ini tiada raya bersama family..haaa..musafir~



may Allah bless
wassalam..

Saturday, November 13, 2010

_buat kak Umu dan bakal suami..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt

alhamdulillah wa sykurillah..bersyukur saya ke hadrat Illahi..dikurniakan nikmat rezeki yang tidak ternilai harganya..huhu

dan alhamdulillah..kerana insyaAllah, kak Umu Anisah Mohd Nor bakal melangsungkan walimahnya pada 26 disember ini..bersamaan 20 Muharram 1432H..insyaAllah..amien ya Allah.. :)

bahagianya..huhu

tahniah diucapkan kepada kak Umu,mujahidah solehah insyaAllah..
dan karkunah yang bakal menyerikan medan usaha agama ini..
dengan semangat yang ada padanya..
subhanallah..
betapa suci dan indahnya seorang wanita solehah..
yang faham maksud usaha atas iman..
insyaAllah~

-kak umu dan keluarga-

ucapanku;

semoga Allah merahmati dan meredhoi kak Umu dan bakal suami,
semoga kak Umu bahagia dengan pernikahan ini,
semoga kak Umu tetap dipilih Allah untuk menjadi tulang belakang suami dalam usaha agama,
semoga kak Umu menjadi karkunah yang solehah,
semoga kita berjumpa suatu hari nanti dalam khuruj fisabilillah..amien..huuu
semoga dapat anak yang comel2,yang bakal menjadi karkun dan karkunah insyaAllah!
semoga kak Umu tetap memblog - hehe - tapi utamakan keluarganya :)
semoga kak Umu tidak lupakan saya..*love*
may Allah bless...
love you kak Umu Anisah Binti Mohd Nor..

wassalam..

Friday, November 12, 2010

_sendiri mau ingat..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah..

hari ini..badan ndak berapa sihat sebenarnya..demam yang tak jadi..hmm

astaghfirullah..mesti banyak dosa yang dah di invest! nauzubillah.. :(

***

baya,
mesti ada yang ko buat sampai gini jadinya..exam paper pertama pun dah out..haaa dosa2..dunia2..astaghfirullah..

ujian itu tanda kasih sayang dariNya..maka ingat,kau masih disayangiNya! insyaAllah~
subhanallah..terima kasih ya Allah..atas nikmat ujian ini..membuat diri hina ini sedar,dia tidak sehebat yang disangka..kerana kehebatan adalah MILIK MUTLAK MU..dan kerana hambaMu ini tiada kehebatan langsung!

allahuakbar...istighfarku dalam selubungan dosa2 dunia..

semua ini id semata..mana pergi ego terhadap dunia?dan mana pergi kewarasan yang semakin kelam?INGAT..dunia sementara,akhirat kekal selamanya!

i have no time to waste on....whatever....

***
kalut dan mencarut.itu semua kerja kau baya.
-hiba-

puas hati?

menyambung kisah makhluk...huhu

***

demam...batuk...selsema...

ini semua makhluk Allah..
yang dihantar oleh Allah..
untuk kena pada sesiapa pun yang diarahkan olehNya..
mengulangi ayat yang pernah digunakan oleh tuan punya blog ini,
makhluk menyahut suruhan Allah maybe dengan berkata ROGER BOSS!
huhu..dah2..

kita batuk..demam..selsema..kita minta siapa yang sembuhkan?
Allah..
jawapan itu sudah pasti..
tapi sejauh mana keyakinan kita padaNya?
[oh...siapalah diri ini ingin menilai keyakinan orang lain pada Allah? -khilaf empunya diri-]
seperti juga bila kita sembelit..sakit perut..cirit-birit dan sebagainya..
kita minta siapa yang sembuhkan?
Allah pastinya..
ya,dan beberapa ketika kemudiannya..
kita usaha..
makan ubat sebagai usaha menyembuhkan sakit..
usaha untuk sembuh dan meminta untuk sembuh..
dan kita doa..
doanya bagaimana?
beginikah?
"dengan namaMu ya Allah, moga dengan Panadol Actifast ini, aku sembuh dari demam ya Allah.."
gulp,telan 2bijik panadol..

-salah satu makhluk-


atau beginikah caranya?
"ya Robb, sesungguhnya dengan memakan Piriton ini,aku sembuh seperti sedia kala..amin ya Allah.."
gulp..telan 2 bijik piriton..

-makhluk jugak-
tapi..
kenapa tak doa macam ni..?

"ya Allah,jika sakit ini membuatkan aku lebih beriman dan membuatkan aku sedar akan kesilapan ku,maka aku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang telah aku lakukan,maka aku juga sanggup ya Allah..dan engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu (bukan dengan panadol atau piriton)..dan ampunilah dosa2 hamba ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa.."
sambil nangis2..sebak..


-pinjam gambar album Sakti A.K.A Salman-
T_T <---huhuhu...

terkenangkan dosa sendiri yang melambak..ini sekadar untuk mengingatkan diri sendiri (dan bagus juga jika ada yang juga terkesan).keyakinan itu hanya kepada Allah semata..bukan kepada makhluk..dan keseronokan datang apabila yakin itu benar2 HANYA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA"ALA..

maka kerana itu baya,yakinlah..Allah kuasa makhluk tak kuasa..

moral of the writing; kalau nak sembuh,perbetulkan keyakinan dan minta supaya disembuhkan oleh Allah semata...tak perlu minta dengan bantuan makhluk ini itu bla bla bla..

istighfar baya..ko pun banyak dosa...T_T

wallahu'alam..

Sunday, November 7, 2010

_saya kenal sayang saya :)

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :)

saya suka tajuk ini,jadi buat tajuk ini.saja jak.huhu.

'saya kenal sayang saya..'

siapakah sayang saya dalam hidup saya?
sebagai makhluk biasa yang diciptakan olehNya..
saya punya perasaan sayang yang sangat BESAR..hehe
sangat besar hingga saya sanggup jadi 'cik sanggup' untuk berusaha capai impian mereka
haaa...
panjang ceritanya

*senyum*

dia sangat baik..
sayang saya bagai menatang minyak yang penuh,
bahkan hingga tertumpah melimpah2! huhu
besar kan sayangnya dia pada saya?
kamu tak jeles?
suap saya makan
bila sakit dia jaga saya..
sampaikan tidur di sebelah saya lagi
huu bestnya kena sayang oleh si dia..
tapi kini,sayang itu pergi
pergi menemui Maha Penyayang
tinggallah saya dengan sayang yang tergantung
dan saya sangat rindu sayangnya dia
ibu,sayangmu tiada bandingan!
--> saya kenal sayang saya~

*sepi*

bila fikir2..
saya sangat terharu
saya sememangnya sangat mengerti
dia tidak dapat menyatakan sayangnya
tapi bisa saja dia menunjukkannya
walaupun bukan di bibir
agaknya saya perlu belajar body language? ehe
kadang2,sukar jugak untuk saya faham..
tapi bila sudah biasa
saya semakin hari semakin sayang
berbunga di hati
hoho saya berjiwang pulak melebih2
kemudian dan kemudian lagi
hehe
dia sanggup beri apa saja
bahagianya dunia terasa
bapa,jangan pernah bosan sayang saya!
kerana saya tidak pernah bosan denganmu
please be there..i need u
-->saya kenal sayang saya~

*sengih*

dulu saya selalu bertengkar dengannya!
huh,bosan hidup ada dia!
menyampah!
tapi.....................
bila dia tiada
hati terasa kosong saja
rindu!
haa..ke mana ingin ku sampaikan rindu ini?
angin pun takkan faham
uhuk uhuk uhuk
sapa suruh sombong sangat?
bila sudah dewasa,saya disayangi
malah diberi perhatian
yang saya suka
hehe
nakal tak saya?
tapi dia tetap sayang saya..
jangan jeles
saya satu2nya perempuan CANTEK dalam hidupnya
saya faham..
kerana saya saja satu2nya perempuan dalam rumah itu
saya tahu dia sayang saya
abang, (selalunya panggil nama dia jek)
sayang saya selalu k?
-->saya kenal sayang saya~

*gelak*

mulanya saya tidak suka dia ada!
sebab saya mesti tak diendah lagi
habislah masa keseronokan riang gembira saya
tapi bila sudah dewasa
percaturan hidup semakin sengit,
saya sudah tidak kisah sayang itu pergi ke mana
asalkan sayangnya dia pergi ke saya
eh?
saya sayang adik..adik tahu tak?
huu..saya bagitau
saya akan jaga adik
sampai saya mati [insyaAllah]
dan adik angguk..kenapa setuju?
peliklah adik nih..
tapi saya tetap sayang adik
sebab adik sayang saya jugak!
-->saya kenal sayang saya~

*lega*

awak....
si kecik
yang paling nakal
dan membawa keceriaan
gelak dalam tangisku..
huhu
kecik,awak hebat!
thumbs up!
hehe
i love you si kecik
the smallest guy in the house,
you've always act like u are mature already
but still,
you are kecik!
SMALL
hehe
i love you so much
and the misses starts to grow again and again
without the 'full stop'
then you ever said
'aku sayang kakak baya..'
wow! impressive!
saya jugak sayang awak kecik..ehe
-->saya kenal sayang saya~

*giggles*

buat apa dicerita?
bahgia kita rasa
biar tak dipercaya
peduli orang kata
baju ronyok tak apa
asal pakai selesa
berkilau tak bermakna
kalau hati tak ada...

-like-

saya kenal sayang saya~

wassalam.. [time to study] :)

Friday, November 5, 2010

_makhluk Allah..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :)

masih diberi kesempatan untuk perbetul mana yang silap,alhamdulillah!



ampaian baju,jadi swimming pool..


hoho,macam mano nak masok nih?? seblah gas nih adalah mesin basuh yang tgh menyelamatkan diri dari air..padahal kalau teda air,dia takbleh berfungsi..hoho~


dari pintu depan asrama (inspin)..dah masuk kat kaunter naa..


tangki air yang bermutasi menjadi sampan asing berwarna hitam..


tinggal beberapa inci lagi nak naik tangga masuk ke asrama...nak join study sekali lah tuh.hehe


macam best plak main air kan?hihi


beg junior2 tinggal d ground floor..huhuhu mcm org nak p khuruj plak,hehe


saya kat aras 2..hee..alhamdulillah,no sweat!


NOTIS! kan dah gtau awal2,skang kota setar kering dah..ngee

***

banjir..
ada apa dengan banjir nih?
banjir itu makhluk..seperti jugak yang lainnya..
ia cuma mengikut arahan Tuhannya
untuk menimpa mana2 kawasan yang diarahkan kepadanya
mungkin bilangnya, ROGER BOSS!
huhu
kita pulak?
ketakutan?sedih?menangis?seram?palpitasi?jadi tachy plak?
huuu
makhluk Allah ini datang..
yang hanya bertindak mengikut arahan,
kita takut pulak..
berusaha untuk tidak kena banjir
naik ke tempat tinggi
bersembunyi bawah katil (hehe)
dan macam2 lagi..
sedangkan maksud Allah hanya untuk beri peringatan
kenapa takut pada makhluk?
Allah itu yang lebih besar dan berKuasa,kenapa tak takut?
heran heran heran..
terpana di hati bila kawan mula cemas
resah gelisah melihat keadaan
istighfar
pasti banyak silapnya kita ini..

dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik banjirMu ini..
Kau redho..mengampuni dosaku..(editing lagu yuna,hehe)

mulanya saya jugak takut,
takut di bawa dek air ke siam!
huhu
sebab saya pernah hampir lemas
ini bukan takut makhluk,
tapi fobia..huhu
atasinya dengan bermain air selalu,yeah!

manzil..
kita elak bencana..
seorang hamba yang yakin pada Tuhannya
pasti takut akan kemurkaanNya
bukan pada banjir itu sendiri..
baya2..istighfarlah T_T
tapi,kalau bencana itu lebih baik untuk kita
dan jalan untuk mendapat keredhoaanNya
maka ikhlaskan hati dan sanubari
terima seadanya..insyaAllah!
kau akan dapat rasa nikmat ketenangan hati
daripada gundah yang tak sudah!

oh..diriku yang semakin hanyut
bukan di bawa arus banjir
tapi dibawa oleh kesedihan meratap dosa2 yang telah ku lakukan
astaghfirullah..insaflah wahai manusia..
kembalilah kepada Allah..
sob..sob..sob

-Allah kuasa makhluk tak kuasa-

pesanan penaja: maaf gambo tak cantik,camera-bukan-canon kan..hehe
wassalam..

Thursday, November 4, 2010

_final exam year2..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa sykurillah :)

10/11/10 : 8.00am-5pm : osce (amali)
11/11/10 : 8.30am-10.30am : mamd (medical)
13/11/10 : 2.30pm-4.30pm : mabs (psychology)
15/11/10 : 8.30am-10.30pm : mach (kesihatan komuniti)
16/11/10 : 10.30am-12.30pm : mags (surgical)
17/11/10 : Hari Raya Qurban! <----cuti 4 hari insyaAllah..

mintak doanya ya sahabat2 sekalian alam...semoga Allah membalas jasa kalian dengan yang lebih baik lagi :)

hmm..apa yg penting,doakan saya untuk dapat jadi masturat..hee insyaAllah..jazakumullah hu khair..

disamping exam nih,saya rasa ndak berbaloi tanpa melaksanakan keperluan rohani..hihi memanglah,itu yang fardhu.insyaAllah..semoga hati ini kekal dalam perasaan sebegini.saya mesti mujahadah!kuat daripada sebelumnya.insyaAllah! huhu (josh sangat nih..)

pengisian rohani setiap hariku..yang diwajibkan ke atas diri sendiri,dengan kerelaan hati [tapi bila geng2 jin dan syaitan mengaggu,maka hati dimarah dan bagi amaran]..huhu kerana saya insan yang lemah..biasa2 saja..



doakan saya ya..may Allah bless.. :)

wassalam..

Sunday, October 31, 2010

^^,

in the name of Allah..

assalamualaikum..

alhamdulillah wa syukurillah :)

hari ini saya gembira..gembira sebab?hmm..ntahlah..walaupun saya penat,tapi saya masih gembira..weee~

saya dapat bungkusan daripada sabah,daripada seseorang..maka kenyanglah saya dengan kuih cincin atau nama lainnya penganan,dan disertakan dengan amplang dan blinjo..hohoho..(^.^)

dan hari ini saya gembira kerana hasrat saya tercapai..hehe..saya sudah lama mau makan RFC..sedap hingga menjilat jari..ikut sunnah,hoho~



saya gembira sebab tak lama lagi exam nak mula (doakan saya),maksudnya cuti pun mendatang dan sabah melambai2 dengan seyuman manis seperti cekelat Vochelle yang ada kacang almond...huuu ndak sabar mo balik sabah bah...;)

kemudian,saya gembira sebab seorang sahabat saya yang sudah hampir sebulan menikah, Nur Solehah...tapi bila mau kontek saya nih?hehe bizi honeymoon ke sahabatku?hehehe

dan saya jugak tersangatlah gembira bila seorang lagi kakak yang saya hormati, Kak Umu bakal melangsungkan ijab kabul...Alhamdulillah! :)

haa...betapa Allah beri saya banyak perkara yang membuatkan saya gembira..dan semestinya saya gembira tiap2 hari kerana Allah beri saya nikmat Iman dan Islam! Alhamdulillah! heee~

saya pohon doa2 sahabat sekalian yang membaca post ini,
semoga saya hidup dan mati dalam keadaan saya gembira berada dalam pelukan Iman dan Islam..dalam usaha agama ini,insyaAllah..jazakallahu khair..

insyaAllah..saya akan bagitahu bila saya dah dapat jadi masturat...Amien! insyaAllah semuanya dalam perancangan saya dan dia,dan Allah yang menentukan segalanya..doakan saya..weee~

gembira2 jugak..fikir dan risau jangan dilupakan..kepada diri sendiri dan ummat..sesungguhnya tiada kegembiraan melainkan redho Allah dan kejayaan dalam agama..Allahuakbar..insyaAllah~

dan..sudah dekat masa untuk iftar ini,saya chow dulu..buat baik selalu itu payah,tapi kerana niat untuk redho Illahi,maka diringankan..insyaAllah JOM! hehe

wassalam..:)

Saturday, October 30, 2010

_like..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah.. :)

huhu,ALHAMDULILLAH...segala puji bagi Allah SWT...blog saya dah bagus,hehe...ntah apa yang bagus sangat pun saya ndak dapat describe..hihi

ok2..cantik tak view baru blog saya?walaupun saya ni berjiwa simple dan slamba,tiada dalam hati saya kebunga-bungaan,namun saya pilih background bunga...kerana saya rasa saya perlu suka bunga,huhuhu...dan saya suka -like-



rumet saya bagitau pasal video the arrivals..apa istimewa sangat video tuh?membongkar misteri?hehe...ntahlah.saya tiada minat pun mau tengok..so,saya ndak tengoklah.abis crita.kan?hihihi..bukan berniat untuk mempertikai,tapi tidak suka ikut campur hal2 sedemikian,kerana yakinlah HANYA ALLAH YANG BERKUASA,MAKHLUK NEHI HOTA HE..chewah..mari belajar bahasa urdu..!heee XD

dan hari ini,saya bersendirian lagi dalam taklim..bila ya dapat berdua?hohohoh bila kejiwangan melanda hati yang kusut..ngaa <----jangan muntah,saya sudah masuk 21 tahun yer...hehehe~

bahh...sudah2,saya perlukan rehat..terima kasih Allah sebab ciptakan waktu malam untuk kami berehat dan mencari redhoMu..alhamdulillah!

wassalam..:)

_reconstruction..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah..:)

hmm...this blog is under construction..lau ada nampak kejelekan atau ketidaksesuaian kejadiannya,maka dibiarkan saja dulu ya..huhu..sebab,saya pun jadi bingung kenapa blog post jadi double nih..hihi



anyway,insyaAllah saya perbetulkan...minta maaf ya blog..:(

setakat itu saja yang mau bagitau pun,hehe

wassalam..

Friday, October 22, 2010

_perbincangan dan perkongsian antara kami..

in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah!

masih bernyawa insan ini.huhu.semoga diredhai penghidupan di dunia,amien ;)

"sebelum apa2,di sini ingin diisytiharkan bahawa,pemilik blog ini tidak akan membahasakan diri sebagai 'ANA' lagi..walaupun nama dalam IC ada kena mengena dengan 'ANA'..ini disebabkan oleh tiada sebab.so,sekadar di sini pengisytiharannya berlaku,wassalam.love and peace~"

lama benar ndak update blog kan?mau kata bizi,bizi body jak ada.hihi.saya segan nak update,sebab saya memang suka bercerita.eh?no point.sebab saya kurang ilmu,makin banyak di cakap,makin banyak silapnya,makin banyak silapnya,makin banyak dosanya jika tidak diperbetulkan.namun jika sebaliknya,kebaikan mendatang dengan izin Tuhan yang Esa,Allah SWT...amien

haa..lama ndak mengarang lagi dan lagi.masa itu lebih berharga dari sang emas permata dan berlian.kenapa?sebab nilainya bukan dalam RM atau dinar atau rupee,malah tidak ternilai harganya! wah,melebih2 pulak sang wanita ini.hehe

sebenarnya,saya ingin berkongsi sesuatu..tentang sesuatu..tentang..

saya sangat RINDU..
rindu pada mereka yang saya belum pernah bertemu..
bersua muka..
berkongsi kisah dan cerita..
yang bermanfaat pastinya!
yang membawa kesedaran..
yang membawa rasa cinta..
yang membawa kepada Allah..
mereka itulah masturoh!
yang kata-katanya berhikmah..
sekadar memuji Allah..
yakin pada Allah..
RasulNya..
dan usaha agama yang pasti!
ahh..betapa saya sangat tandus kering kontang..
memikul rasa rindu yang berat..
sungguh berat terasa di bahu..
cintanya mereka kepada usaha ini..
seperti cintanya mereka kepada Allah
kepada RasulNya..
dan kepada keluarganya..
aduhai masturat yang sangat ku idam dan rindui..
sangat ingin,
sangat perlu!
sangat cemburu mendengar kalkuzari mereka..
sehinggakan Rasulullah berkirim salam kepada mereka,Allahuakbar!
Allahumma solli 'ala Muhammad..

ya Allah..jika usaha agama ini (yang digelarkan tabligh) adalah jalan yang Engkau redhoi,maka dekatkanlah dan tetapkanlah hatiku serta kehidupanku padanya..
kerana hanya redhoMu tujuan hidup ini..
sungguh,saya lemah tanpaMu ya Robb..T_T



***

selepas solat jemaah isyak di surau asrama tadi,saya dibawa berbincang oleh sorang sahabat.sahabat yang baik dan sangat kuat pegangannya,insyaAllah...

perbincangan adalah secara tidak official,bilangnya sekadar perkongsian dan penerangan yang katanya seperti perlu untuk dia terangkan kepada saya tentang apa yang mungkin tidak saya fahami lagi.jangan terkejut,hehe.ia berkenaan usrah.haa...mana nak mula?

saya mengaku secara terangan bahawasanya..saya DAHULU adalah budak usrah..di bawah bimbingan ISMA yang lahir daripada ikhwanul muslimin.isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang..hmm..wallahu'alam..namun kini,saya sudah tidak lagi di dalam mana2 pakatan (eh?) ataupun gagasan usrah..Allah buka mata saya pada usaha agama ini..alhamdulillah!

subhanallah wal hamdulillah..kepadaNya saya panjatkan syukur yang tidak terhingga..T_T terharu di hati Dia saja yang tahu.huhu<-----sedih pulak.hmm..

ok2,berbalik pada kisah sahabat saya yang baru saya kenal beberapa bulan yang lalu.dia sangat cinta akan kekuatan satu ummah dalam usrahnya.dan dia tidak menolak usaha agama ini yang asyik2 disebutnya dengan nama 'tabligh'..haa..saya cuma senyum berpada-pada.tidak menolak kekuatan cintanya terhadap dakwah yang dia bawa.malah bisa menerima,namun lebih saya cintai usaha agama yang satu ini.adakah ini satu perbalahan?tidak..sekadar perkongsian,tegasnya.

saya memulakan perbincangan dengan mengatakan,sekadar mengatakan bahawa saya tidak menolak mana2 usrah kecuali yang tidak bertepatan dengan syarak agama.dan saya menyatakan bahawa saya hidup berlandaskan iman yakin hanya kepada Allah SWT,Allah kuasa makhluk tiada kuasa.makhluk tiada kuasa untuk mengubah sesuatu,kerana itu semua kuasa Allah,bukan manusia.oleh kerana itu,kita sekadar menyampaikan,bukan mengubah.saya sangat cinta akan usaha agama kerana ia adalah tugas semua manusia untuk menyampaikan.jika saya tersilap tolong perbetulkan saya yang lemah dan hina ini.

dan dia meyatakan dengan terang dan jelasnya.usrah bukan apa yang saya jangkakan.dakwah Rasulullah saw pada mulanya adalah kepada usrah dan secara usrah.usrah sangat penting untuk membentuk suatu jemaah yang kuat.tarbiyah adalah dalam keluarga.usrah adalah satu method dakwah yang membentuk jemaah yang besar dan bersatu..bla bla bla..lupa jugak apa yang dikatanya sebab semalam saya kurang sihat..:(

sampailah kepada satu perkara yang sangat menarik perhatian saya..
'saya tahu,tabligh tidak masuk campur dalam urusan politik,walhal pada zaman Rasulullah saw,politik adalah sangat penting.tunggak kerajaan di bina.p** adalah satu aliran politik yang berlandaskan agama,namun saya tidak menyokong p**.kerana,ada di kalangan ahli politiknya yang bukan dari kalangan alim ulamak.jadi,pada saya,tidak ada lagi mana-mana jemaah yang sempurna,mahupun p** itu sendiri.untuk pengetahuan awak,dakwah yang mula-mula masuk dalam Malaysia adalah daripada Ikhwanul Muslimin (ndak ingat dengan jelas apa yang disebutnya,tapi memang di bawah ikhwanul muslimin).mereka menubuhkan satu medan dakwah yang besar.untuk pengetahuan awak,JIM,ABIM,tabligh, dan macam-macam jemaah lagi keluar daripada p** kerana satu sebab sahaja,tiada persetujuan.[dahiku mula berkerut,tp masih diam].contohnya tabligh yang tidak mahu masuk campur dalam urusan politik,oleh sebab itu keluar daripada p** dan menubuhkan method dakwah mereka berdasarkan sunnah Rasulullah saw.[ok..then?] maka kita perlu satukan semua ini dalam satu jemaah agar kita kuat seperti dahulu,seperti zaman Rasulullah saw.' <----tidaklah sebijik sangat dengan apa yang dikatanya,namun hampir sama dan tiada pertambahan ayat berlaku.hanya memperbaiki ayat kerana perbincangan adalah non-official.

saya menjawab dengan tenang dan senyuman..:)

'hmm..apa yang saya tahu setakat kehidupan saya sekarang nih.saya hidup berlandaskan keyakinan kepada Allah SWT.dan apa yang saya tahu,tabligh ini bukanlah daripada p** kerana ia ditubuhkan lama dahulu oleh Maulana Muhammad Ilyas yakni pengasas usaha agama ini,di Nizamuddin,India.bukanlah di Malaysia dan p**..saya lupa sudah tahun berapa,namun bukan pada masa p** itu muncul.'

dia terdiam sejenak.'owh..hmm..saya akan baca lebih lanjut tentang tabligh ni insyaAllah..jadi kamu sekarang guna buku apa?silibus apa?'

':),saya sekarang masih buat taklim perseorangan dan bertanya kepada yang lebih pakar.berkongsi dengan adik2 usrah yang mahukan usrah tapi saya guna kitab Fadhail 'amaal untuk menarik minat mereka dalam menambahkan lagi keseronokan untuk beibadah.insyaAllah,namun sekarang saya agak jauh dari mereka,jadi mereka buat taklim biasa,melalui artikel dan buku yang saya pinjamkan..'

..'owh,kami berkonsepkan sistematik.kami menggunakan buku karangan Fatih Yakan,mengapa saya menganut agama islam?.dengan cara bersistematik ke arah kebaikan insyaAllah dapat menghapuskan kebatilan.jadi awak sekarang memang tak guna mana-mana silibus dan tak bersistem?hanya menggunakan kitab itu sebagai pengisian rohani?'

[sekadar tersenyum-semoga Allah bagi saya faham dan dia faham..amien]
':)..saya masih kurang ilmu dalam hal2 yang kamu ketahui.insyaAllah,saya akan belajar lagi.saya guna kitab Fadhail 'amaal..[dan ada lagi yang saya tak mention dengan dia.saya masih dalam proses belajar,saya tiada kepandaian dan serasa diri tiada kelebihan pun.aduhai..] insyaAllah'

-TAMAT-

semoga Allah bagi hidayah kepada saya dan dia.semoga Allah menetapkan ukhuwwah kami hingga ke akhirat dan ke jannahNya,AMIEN.

saya yang hina dan lemah ini tiada ilmu melainkan yang dipinjamkanNya kepada saya.hidup cumalah sementara..dan dalam kesementaraan itu,saya juga masih bisa berada di bawah.iman turun naik,astaghfirullah.semoga di ampunkan..amien ya Allah..tetapkanlah hatiku dan kehidupanku dalam usaha agama ini ya Rabb..dan ampunkanlah dosa-dosaku yang tidak mungkin terkirakan olehku dan tidak sesekali dapat kutanggung di akhirat nanti.Allahuakbar..

"jika saya terlupa,maka ingatkanlah..jika saya tersalah tingkah dan bicara,maka tegurlah..dan jika saya jauh daripada Allah SWT,pimpinlah saya kearahNya,doakanlah saya mendapat hidayah dan taufiqNya..saya ini insan biasa2 saja.."

wallahu'alam..

Tuesday, September 21, 2010

_kehidupan kini..

in the name of Allah..

assalamualaikum

alhamdulillah wa syukurillah..

masih lagi diberikan nyawa dan masa untuk sentiasa bertaubat insyaAllah...amien...amien ya Rabb...

good life starts with good practices...apa dia good practices baya? insyaAllah, all the amalan fardhu and addition with your own effort...and good practices comes with a package of faithful and loyalty in the person itself...

haa.mencarut jer bahasa inggeris.hihi.paham2 sendiri lah,ada makna gak tuh.huhu

insyaAllah,ana sudah bertemu dengan seseorang.siapalah seseorang yang malang tuh,dan malangnya dia yang nak memalangkan diri bertemu ana..hehe hais...no komen...bila dah official,ana bincang lebih dalam...hoho~

kisah lainnya..kini hidup musafir (layak ke jadi musafir nih? hehe) menumpang di kolej jururawat sungai petani, dan sambung praktikal di sini HSAH sampailah ke hujung bulan oktober...dan exam pada bulan november,insyaAllah =) doakan ana diberkati Allah..huhu

la ni ana dok kat wad perubatan perempuan,aras 6 Kenanga 8.hihi sapa dekat2 sini datanglah melawat ek.haha.sini banyak...nope bukan banyak,tapi ramai...ramai pelatih...huuuu..

pelatih x-ray ada, JTMP ada, fisio ada, jururawat (wajib ada), MA (kami) ada, HO ada...macam2 ada...hehehe dari diploma sampailah ke ijazah dan ke master..pHD jek takdak..rasanyalah..huhu

working with them is like a funny things going around here.you know.the word PELATIH.sometimes,ana pun jadi blank..haha..but as usual,practice makes perfect ryt?then kami kena practice sehabis baik punya kat sini.patient dont give a damn,they'll let u do anything but dont molest them lah.its HARAM.huhu

ana paling rapat pun ngan HO dan jururawat pelatih...because kitorang semua pelatih.and at times,ana pulak kena mengajar dan di ajar habis2.haha.balance jugaklah.HO,they are good when they ask,but not very good when they follow nothing to do anything.bila ada MO,depa gelabah.kami macam tunggul pun ada.haha.adei,samalah kami.bila ada CI,kami mencarut..depa gelak.haha.best belajar ngan HO,sebab depa banyak tau,tapi practice more on skills.as we are oppositely different with them.huhu.kami kena mintak ajar ngan depa,pasal banyak benda on medical n medicine.and surely kami kongsi2.huhu.depa akan mintak tolong baik punya senyum,sampai depa kata,THANKS arr dik..hihi..they are good human being.but most of them are chinese and indian..mana p budak2 islam?hihi...maybe khuruj fisabilillah kot?amien ya Rabb! =)

huhu.ana tertarik dengan kehidupan HO.yelah.busy mengalahkan PM! hihi.ngamlah ayat tuh.and ada gak HO yang ana jumpa,sampai mintak tolong kami jaga patient dia (yg baru masuk) sebab dia nak p Solat sat..huhu baguslah HO nih..sanggup kena teriak dek MO,daripada dapat dosa.hihi and its a SHE.hekhek.dekat sini,HO kena clerk new case,full examination on patient.kami pun apa lagi,menyebok gak kat situ nak wat ECG lah,vital sign lah..hoo..best.MO datang,done2 jek HO tuh balik dari solat.huhu.and the MO is a chinese women.ngaaa...kami pun belajar something dengan HO sebab dia buat full physical examination.sebab macik tuh macam bell's palsy tapi bukan.half of her face could not be moved.huhu ana pun ngok gak medic nih.hihi.

ana dah assist MO wat IFC kot..intrafemoral catheter.utk cuci darah for ESRF(patient tu lah).and best gak wat tuh.hmm for who do understand what i say,alhamdulillah..huhu..and ana dah gak assist wat IJC,intrajugular catheter.hemodialysis.sedih.teringat ngan Muhammad Ammar,anak ahlia azharjaafar. T_T may Allah bless him and his family.

ok2.dah lah tuh.asyik citer bab medic jek,best sangat ke?banyak lagi ana kena belajar bab ilmu agama.adui.terasa diri hamba hina betul.hmm.doakan ana dapat taufik from ar-Rahim.amien.=) sepatutnya seorang hamba meletakkan anatomy tubuhnya seperti gambar di bawah,insyaAllah...

klik gambar if mo nampak jelas.hihi =)

may Allah bless..penat menaip.nak p rest2 before menghadap ngan empunya diri ini,the Creator.insyaAllah...=))

wassalam


Sunday, September 19, 2010

Isu Pembakaran Al-Quran Kaitan Ramadhan antara Kita dan Barat


Di dalam kesibukan Umat Islam menyambut Ramadhan dan Syawal maka ketika itu juga Amerika Syarikat dan Barat cuba mengambil kesempatan menghasut bagi mengujudkan satu lagi perang baru melawan Islam. Ianya melalui penghinaan terhadap Al-Quran dengan slogan “Burn A Quranday 11/9/2010”. Mengikut sesetengah pandangan beberapa orang pengkaji politik Timur Tengah bahawa dalang di sebalik pembakaran Al-Quran adalah Zionis Yahudi. Miski pun slogan ini di utarakan oleh Pederi Evangelist dari Gainesville, Terry Jones dari Dove World Outreach Center.

Mengikut pandangan seorang penulis Perancis terkemuka, Thierry Meyssan mengatakan bahawa “Pemimpin-pemimpin Barat tidak takut kepada Islam kerana Barat memerlukan peperangan sebagaimana manusia memerlukan udara untuk bernafas”. Katanya lagi bahawa “Kenyataan Presiden Barack Obama mengenai peningkatan hubungan baik dengan Dunia Islam adalah sesuatu yang dirancang.” Kenyataan itu semata-mata untuk mengelabui Dunia Islam agar penentangan terhadap Islam melalui Islamophobia meningkat di Barat. Buktinya bebrapa hari sebelum slogan “Burn A Quranday 11/9/2010” dilaungkan, Conselor German, Angel Merkel telah menganugerahkan anugerah khusus untuk kartunis yang menghina Nabi Muhammad saw.


Malah sesetengah pemimpin Amerika sendiri menghina Islam di dalam kenyataan mereka terkini. Ada sesetengah vetren perang Amerika seperti Leftenan Jenderal William Boykin Mantan Angkatan Darat, mengatakan bahawa Islam di Amerika merugikan Amerika sendiri. Mereka juga menilai Al-Quran dan syariah adalah satu Doktrin Sosial yang membawa kepada “Politik Totalitarian”. Malah bagi mereka perancangan memerangi Islam perlu dibuat sebagaimana mereka memerangi Kominis suatu waktu dahulu. ( Sumber Dengan Olahan Dari :Chicago Breaking News ,The Washington Times : Arrahmah.Com)

Komentar :
Di Barat dan Amerika :

Ketika Ramadhan yang lalu, Umat Islam seluroh dunia berpuasa dan dalam waktu yang sama kita disibukan dengan Al-Quran, bukan sahaja di Dunia Islam malah di Barat dan Amerika Syarikat juga suasana bacaan Al-Quran bergema di masjid-masjid dan juga di “Islamic Centres” yang mana sudah cukup untuk menarik mereka-mereka yang dahaga kepada hidayat untuk datang kepada Islam. Ini terbukti di Kanada bagaimana wanita muda yang bukan Islam ikut sama-sama berpuasa dan berbuka dengan masyarakat Islam di sana dan akhirnya tertarik kepada Islam.

Ianya bukan setakat menambah kadar peratus bilangan orang-orang Islam malah sudah cukup merubah suasana kepada suasana yang lebih Islamik. Kita juga dapati ketika bulan Ramadhan, ada Sinagong, Yahudi yang disewakan kepada masyarakat Islam setempat untuk acara solat Terawikh serta aktiviti bulan Ramadhan.

Selain itu, masjid-masjid dan “Islamic Centres” memberi ruang kepada tetamu yang bukan Islam untuk berkunjung serta menerangkan keindahan Islam. Maknanya usaha-usaha dakwah telah ditingkatkan secara tidak lansung dan hasilnya ramai yang meminati Islam serta memeluk Islam.

Penghayatan Islam melalui Ramadhan sudah cukup untuk merubah suasana di temapat mereka. Malah apa sahaja slogan yang menentang Islam tidak sedikit pun menggugat mereka.
Di Malaysia Bumi Bertuah :

Di tempat kita pula terbalik, antara Ogos/September sahaja sejumlah 27 bayi luar nikah dibuang. Ini berlaku di bulan Ramadhan. Sejumlah mereka-mereka yang ditangkap khalwat pada malam Kemerdekaan juga berbetulan malam ke 21 Ramadhan begitu ramai yang kebanyakkannya adalah pelajar IPT. Itu belum lagi yang hadir di Pub,Kaorake dan Kelab Malam serta yang makan di warong mamak di siang hari. Malah paling dasyat, pembunuhan trajis pun berlaku di bulan Ramadhan di tempat kita.

Apa yang kita dapat rumuskan bahawa Ramadhan di tempat kita tidak cukup merubah dan menabah suasana ketakwaan yang sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan. Bayangkalah bagaimana pula bulan selain Ramadhan.

Sama-samalah kita renungkan. Wallahualam.

dikopi n pes dari al-alostari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...