asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Saturday, October 31, 2009

exam...mujahadah...


salam exam buat yang exam, salam cuti buat yang cuti...tapi cuti tak bererti tanpa usaha agama...salam buat semua..doakan ana lulus dalam keredhaan-Nya...=)

*nota pembedahan yang ringkas untuk exam hari ni...jam8.30 pagi tadi..

Thursday, October 8, 2009

ni lagi...satu....

08 Okt 09'

Nik Aziz setuju haram purdah

KOTA BHARU 7 Okt. – Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju langkah Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi yang merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan memakai purdah atas alasan keselamatan.
Malah beliau yang juga Menteri Bersar Kelantan menegaskan, langkah yang serupa tentunya akan dilakukan di negeri ini sekiranya keadaan memaksa.
Beliau berkata, pemakaian purdah menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menyembunyikan identiti bagi melakukan aktiviti haram.
Katanya, Islam hanya mewajibkan perempuan menutup aurat dari kepala sehingga ke kaki tetapi tidak termasuk muka.
“Saya sudah lama sebut bahawa Islam hanya minta perempuan tutup aurat dan saya tak pernah sebut tutup aurat tutup muka, macam kita sembahyang, pakai telekung,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

*wa..tak faham (sambil geleng2 pale)..kuikui

biar betul??


RKIB : 07/10/2009

Syeikh Tantawi haramkan purdah ke Universiti al-Azhar

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.
Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.
Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.
Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.
Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.
Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.
Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.
Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.
Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya.
Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.
"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.
Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.
Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan.
Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.
Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.
Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan. - AP

komen ana;
ape nak jadi dah~~~BLURR VISION~~~

Sunday, October 4, 2009

kisah di hari raya...


juadah kedua di hari raya...(sebab juadah pertama tak sempat nak tangkap gambar, trus lahap jek...tapi baca Bismillah gak lah..heee...)
mula2...letak ketupat dalam pinggan...


kemudian..letak kuah kacangnye..hee dah bleh makan...
lemang yang best...huhu
lama mengidam coklat nih, huhu...akhirnya terbeli gak coklat kegemaran...

laksa yang sedap...siap tambah bihun goreng kat tepi..tuan rumah hidang sekali, takkan nak amik dua kali plak..hehe cover sket...
first time makan rendan kerbau masakan pineng, pedas giler!!!
makan sampai terbatuk..huhu
ni plak ayyad...atau nama full ye, mohd fayyadh syamil...hee
bahan-bahan yang diperlukan untuk buat pizza...
jeng3..
setelah siap....
pizza buatan Long Bah alif...sedap gak...hee walaupun tak gune oven...hehe

alif yang mengantuk berbaring di ribaan...manja tol anak nih...

jeruk buah yang sedap...huhu

ni alif...rindu ngan dia..budak pendiam tapi nakal gak..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...