asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 23, 2009

ceritha ceritho cerithi (ramadhan lalu)

macam tak percaya pulak rasanya sekarang ini dah masuk 21 Ramadhan…apa?! raya?? ana tak balik… T_T …akhirnya merempat jua ana ke rumah orang dan menompang kaseh dan sayang…wuwuwu (asingnya terasa hidup ini..oh…)

minta ampun dan maaf dari awal penghidupan hingga kini, segala dosa tak terhitung oleh jari tangan dan kaki..ana bukanlah insan yang sesempurna kalian..

fadhail ‘amal
satu hari tuh…terbaca satu artikel…
“kita beramal bukan sekadar nak mengejar ganjaran sahaja, tapi demi mencari redho Allah..”
betullah..fadhail ‘amal hanyalah bertindak sebagai catalyst untuk kuat amal, bukannya matlamat untuk beramal..maka, beramal biar ikhlas kerana Allah..sesungguhnya amal itu dari niat…

dan niat adalah..

simple manifestation of life..
begin with a simple thing..
making life as simple as I wanted to..
trying to understand the meaning of life with my own words..
but people doesn’t like it..sometimes..or just an ignore?
or..irritating..blur..trouble..
but me, is always be me..
moving forward to be better
and better..
better than past
better..aim..that’s my..
okay, full stop!

kesederhanaan itu adalah sesuatu yang indah..walaupun tak semua orang bakal setuju, tapi ana tetap dengan pernyataan ini..simple is successful..even what I’ve got today is not what I expected to be..life’s like that! Idiopathic and unpredictable

severe disease of our heart upon these era..not hepatomegaly or cirrhosis..tapi..okay..kadang2 orang kata kita buruk, tapi apa yang lebih buruk dalah memburukkan keburukan…waaaa…burukkah ana ini? ceh..takdelah..rileks..keburukan adalah kelemahan bukanlah kekal jika punya usaha untuk upgrade being better than the ‘buruk’..(tajuk madah-hanya aku yang paham)

hari tuh..duduk dalam bilik..menung, walhal rumet dok kat katil dia..port utama ana adalah depan leptop atau tepi tingkap (sebab takleyh gi pantry makan, pose beb…hehe)
depan leptop macam biasa..kalau dah bosan tahap gaban, dok depan tepi tingkap plak, kemudian menyusurlah rumet dan menempel sambil mata berkelip-kelip menandakan…
’nak maen game??? ngee..’ – okay..
merenung keluar jendela yang menjadi teman..menyampaikan salam buat…bla bla bla…
[……..hormone tak stabil…………..]

Friday, September 18, 2009

nota untuk sahabat yang disayang

fatigue....
dah dekat nak syawal..tapi apa yang ana dapat adalah...letih...
melayan karenah kehidupan yang selalunya buat ana kata satu perkataan...
"astaghfirullah..."

adakalanya sedar...dan selalunya lupa plak...kawan sekeliling kadang2 tak faham kenapa dan mengapa...tapi persoalan itu bukan untuk dorang sebenarnya...kerana ana juga yang salah...salahkan diri lagi...lagi dan lagi....!

sudahlah...off....back off...
im tired of you...but ALLAh takkan bagi kita jumpa dan mesra kalau bukan kerana dakwah dan agama...dan ana sedar Allah nak ana bawa kau ke jalan benar...cuma....setiap lafaz yang ana ucap bukanlah satu concern untuk kau....dan.....

never mind..ana tetap sayang kau,walaupun kita punya mind yang sedikit berbeza...dalam medan kehidupan kita yang sempit kini,ana cuba juga untuk perbetulkan keadaan...dan selalunya kita okay...cuma bila sampai satu part yang menjengkelkan...maka....ana kena diam...sebab kau bahagia dengan part yang menjengkelkan bagi ana tuh...so....whats the point?

semoga Allah bekalkan kita dengan kehidupan yang lebih indah dalam bulan2 mendatang...salam aidil fitri buatmu...sekeluarga...semoga bahagia...

dan ana....masih dalam kehidupan ana lagi...mencari kesilapan dan kesalahan diri sebab tak sampaikan sesuatu...bila ana suarakan...muka mereka pelik...pelik...ntahlah...salah ana kah berkata yang benar??

dan kerana itulah blog ini dinamakan suara bisu...suara yang tidak didengari...

benarlah...'kebenaran tak disukai ramai orang...'
jadi sampai bila nak tipu diri sendiri?????

salam lebaran dari ana dan keluarga....semoga antum semua berbahagia di bulan mulia...
tinggalkan Ramadhan dengan tangisan, kerana mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir...wallahu'alam....

=) 'senyuman tetap ku ukir walaupun hatiku menangis...'

Wednesday, September 2, 2009

pagi 12 Ramadhan..


terkesan dengan syarah hadith ke sembilan dalam Fadhilah Ramadhan pagi ini..hinggakan hati terasa nak tercabut, siapa ana selama ini di pandangan Allah???

dalam taklem bersendirian, mengenangkan diri yang selalu hanyut dalam keduniaan..malah dalam bulan mulia ini juga terkadang terleka dengan tipuan nafsu sendiri…aduh..

“Wahai Allah manakah penyakit yang tidak ada pada diriku?
Sembuhilah daku dari setiap penyakit,
Dan tunaikanlah segala hajatku,
Sesungguhnya daku mempunyai hati yang berpenyakit,
Sesungguhnya Dikaulah penyembuh si sakit.”

yakni diri ini sendiri…

‘oh aku yang sentiasa lupa..
mana pergi kekhusyukan hatimu?
jangan pernah lupa Dia sentiasa Melihatmu
dalam keadaan apa pun kau dalam hidupmu
apakah yang sering meragut kekayaan hati dengan kerendahan?
kenapa mesti kau lupa sedangkan kau dah berkali-kali diingatkan?
oh aku yang sentiasa lalai
apalah ertinya hidupmu jika kau sering lupa..!!’

astaghfirullah..

wacana hidup yang entah apa-apa..

celaru..
04 Ramadhan, nombor matrik ana disebut oleh Erlyne (penghuluwati yang selamba tapi karas…kehkeh) sebagai nombor matrik pelatih yang dapat markah rendah dalam MCQ untuk exam surgery baru-baru ni..

‘DBMA090298’
“hah?! Nombor aku ka?” – tanda tak dapat terima kenyataan..

saat itu ana rasa kalut sangat..apa dah jadi nih? tak penah2 lagi dapat macam nih, sampai nombor matrik dah kena sebut nih..parah-parah..ana geleng kepala sendiri..mulut dah kumat-kamit..minta ampun pada ALLAH…astaghfirullah..

‘saye nak kamu semua nih, salin balik semua note saye dalam buku panjang, hantar selepas cuti seminggu nih..ada faham???’

kemarahan en.nadarajah memuncak..

‘kamu tau tak kalau jawab semua, salah boleh potong markah??? Atau kamu semua nih tak ade bace note2 saya?’

ok…ana dah baca, siap kurang tido agi..jadual exam yang pack memaksa kami semua untuk stay up, even certain times kami tak stay up pown..sedap agi tido2..ngeh2..

tapi kalau Allah kata tidak, maka tidaklah..inilah kuasa ALLAH..dan ana terima semuanya dengan penuh ikhlas dan redho..tarbiyah..
maka seminggu ini, analah budak paling syok menulis dalam bilik nih..huhu hampeh..

10 Ramadhan, keluar ke pekan..nak beli barang keperluan..oat..susu fernleaf kuat..campbells..buah-buahan..dan sebagainya..tapi ada juga ke’malang’an yang berlaku. redho..itu sajalah yang ana dapat katakan di sini..sesungguhnya ini semua dari Allah, maka ana harus dan wajib redho..walaupun ada juga telinga hamba tertentu yang menjadi tempat mendengar keluh kesah ana dalam kehidupan yang entah apa-apa..

taklem…….tetap ana buat..walaupun hanya secara infradi..sabarlah..insya Allah suatu hari nanti ana buat jamai’e…tapi entah dengan siapalah dan di manalah..bagaimana dan bla..bla..bla..

kebahagiaan~~bila pelatih wanita diberi kemudahan memasak di hostel..weeuu!! hepi giler..ana adalah tukang makan..hekhek setakat nih, belum lagi menyumbang keringat untuk meng’asap’kan dapur tuh..tak pandai sangat nak masak, tapi insya Allah tau sket2 lah..tak pro macam nak masak gulai segala..hukhuk

satu cherita yang tak berkesudahan..apalah kesudahannya kelak??? fikir punya fikir..zZzZzZzZ..oh indahnya hidup dalam lena..lena dalam dakapan iman..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...