in the name of Allah..
insyaALLAH hari ini nak kongsi fa cai sket..hehe maaflah agak terlambat..dah 10 ramadhan baru nak post..huhu
Adab-adab puasa Ramadhan
1. Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.
Nabi saw bersabda;
"Makanlah sahur, sesungguhnya pada sahur itu ada berkat." (Riwayat Bukhari)
Zaid Bin Thabit pula menceritakan,
"Kami pernah bersahur bersama Nabi saw, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh)." Kemudian Zaid Bin Thabit disoal, "Berapa lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan dan solat Subuh)?" Berkata Zaid. " Sekadar membaca 50 ayat al-Quran." (Riwayat Bukhari)
2. Bersikap dermawan.
Abdullah Ibn Abbas melaporkan,
"Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan di bulan Ramadhan." (Riwayat Bukhari)
3. Bertadarus al-Quran secara konsisten.
Abdullah Ibn Abbas melaporkan,
"Jibril menemui Nabi saw pada setiap malam Ramadhan untuk bertadarus al-Quran, dan Rasulullah saw ketika itu lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat dari angin yang berhembus." (Riwayat Bukhari)
4. Melaksanakan solat tarawih.
Nabi saw berkata,
"Sesiapa yang menghidupkan malam-malam Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni dosanya yang telah lalu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
dari Aisyah r.ha, katanya:
"Sesungguhnya Rasulullah pada suatu malam solat di masjid, lalu para sahabat solat baginda. Kemudian, baginda solat pada malam berikutnya (malam keuda) dengan diikuti para sahabat yang lebih ramai. Kemudian, para sahabat berkumpul pada malam ketiga atau malam keempat, tetapi Rasulullah saw tidak keluar. Lalu pada keesokan baginda berkata, 'Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kalian lakukan dan tidak ada yang mencegahku keluar keluar kepada kalian kecuali aku khuatir akan diwaijbkan pada kalian dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan.' " (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan.
Aisyah r.ha berkata,
"Adalah Rasulullah saw mengamalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan sehingga baginda wafat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Mengawal nafsu, mengelokkan perangai dan memelihara lidah.
Nabi berkata,
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum." (Riwayat Bukhari)
7. Menggalakkan keluarga beramal soleh.
Aisyah r.ha melaporkan,
"Sesungguhnya Nabi saw apabila memasuki sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan, benar-benar menghidupkan malam bagi beribadah dan membangunkan isteri-isteri baginda supaya beribadah dan baginda menguatkan ikatan sarungnya (iaitu tidak menggauli isteri-isteri baginda)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
(dipetik dan dicilok daripada buku yang bertajuk adab ramadan...semoga ada manfaatnya)
Serba sedikit yang boleh dikongsi dalam bulan mulia ini, jika ada kesilapan harap ditegur dan dimaafkan.empunya diri ini insan biasa2 aja dan baru belajar, sila beri tunjuk ajar insyaALLAH...sama-sama kita menghidupkan bulan keberkatan ini, insyaAllah...semoga dipermudahkan olehNya...jom cari redha Allah! insyaALLAH! :)
betapa empunya diri mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...dan betapa empunya diri meminta belas bahawa Ramadhan kali ini bukanlah yang terakhir...Allahu'alam bi sawab~
renung-renungkan dan selamat beramal! ( ----> macham kenal jek ayat nih kan? ehe :p )
wassalam..