asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 29, 2011

_klate trip..

in the name of Allah..
assalamualaikum wbt :)
mashaAllah..benarlah waktu sungguh pantas berlalu..kadang2 x sedar pun dia dok lalu depan kita, sampai kita buat derk ja.hehe Ramadhan pun nak mai dah..aisehmen..mari bersedia menyambut bulan yang mulia! ahakz~ (pasai tu tukar lagu.hihi)
sebulan cuti ini..banyak perkara berlaku..dan dalam banyak-banyak perkara tuh saya paling suka adalah masa bercuti dan berjalan-jalan p kelantan bersama rumet2 sekalian :)
seronok.alhamdulillah.
'maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?' (55:40)
dapat bertandang ke rumah senior..dia menikah alhamdulillah..kami berbahagia tengok dia gembira..hihi dulu saya kurang percaya makanan di kelantan tu manis walaupun pedas..ye ke? sekali dah rasa baru tau daaa..SANGAT manis bagi budak yang kurang makan manis macam saya.haha saya lebih suka makan yang masin2 atau yang xda rasa (pure).ntahla saya ni,pelik.satu benda manis ja saya suka..COKOLAT..i like~

dapat p wakaf che yeh untuk kali keduanya..hehe..x banyak berubah walaupun first time p tuh masa sem satu, 2009.hihi..ok lah..sesak dan memenatkan..saya ada tourist guide jugak di sini.haha sene nok beli bare~
dapat tgk orang main ular dan wau di Pantai Cahaya Bulan (PCB). tapi kami lebih tertarik dengan pantainya. indahnya alam terbentang. sungguh hebat Engkau ya Allah! :)
kata si pemandu pelancong kami A.K.A budak sekelas kami itu, dulu PCB ni namanya lain..skang namanya molek sket doh..Nik Aziz hok tuka tuh..kami hanya angguk2, sebab kami mana tau pun.haha

minum air kelapa dari buah kelapa yang baru kopak..wuuu fresh..cedap!
maghrib pun menjelang. kami jamak dan qasar..ya Allah, agamaMu memudahkan perjalanan kami..sungguh indah indah indah (macam terbang di awangan dah ni, bukan awan dania.heh)
by the way, pemandu pelancong kami tuh kata.......
'aii..doh hanta gi masjid baru reti nok die?' (OMG.hahaha..ok kami sangat bingit.mintak maaf ye.haha)
lepas je maghrib, kami terus bergerak ke stesyen bas..haha..baliklah kiranya tuh kan?
terima kasih ya Allah, sungguh banyak bantuan sampai masa dalam perjalanan..memudahkan inshaAllah :)
***
masa cuti2 nih, manfaatkan masa bersama insan sekeliling. hee..mana nak tau esok lusa giliran dia atau kita yang nak bertemu malaikat Izrail? inshaAllah..semua itu dengan keizinan Allah swt.. T_T
banyak hadis Nabi saw yang suh kita eratkan silaturrahim, elakkan perpecahan. mashaAllah..terutama dalam kita Muntakhab Ahadith bab Ikramul Muslimin..banyak pedoman dan nasihat yang patut diikuti. itulah jalan yang benar inshaAllah..dengan mengikuti sunnahnya kekasih Allah swt..
semoga hati kekal dalam agama Allah dan sunnah baginda saw..amin inshaAllah! :)

wassalam

Sunday, June 19, 2011

_buka mata hati..

in the name of Allah..
assalamualaikum wbt..
Allah maha kuasa, makhluk langsung tiada kuasa. semoga tetap dalam hati kalimah toyyibah Laa ilahaillallah..muhammadurrasulullah :)
saya membaca belog..post2 dekat group masturat dalam muka-buku..haa..terharu mashaAllah!
saya ingin juga berbicara berkenaan perkara yang sama dalam post anak pendang baru2 ini, "mereka mendahului kita"..
mereka yang dimaksudkan itu sudah lama bergiat aktif di kawasan borneo, sabah dan sarawak..terutamanya di kawasan pedalaman..pendakyah2 yang sangat kukuh dan sangat tinggi semangatnya sebarkan agama mereka dari daerah ke daerah, kampung ke kampung, pintu ke pintu..mereka tahu cara ini sangat berkesan..mereka tahu hanya dengan cara ini agama dapat disebarkan secara meluas ke seluruh dunia..namun silapnya mereka adalah agama yang mereka bawa..
pengalaman saya sendiri, sudah berjumpa dengan mereka di airport masa semester 4 (serius betul masa menaip nih, dahi berkerut)..mereka naik MAS (2nd time naik MAS but 1st time pakai duit sendiri,weeuu~), LCCT pun ada kot? wallahu'alam..
masa nak check in di kaunter, saya beratur di belakang 4 orang pendakyah..berkemeja putih lengan panjang, necktie hitam, seluar slack hitam dan berkasut hitam..ada name tag plak tuh yang ditulis nama Nabi Isa a.s dalam bahasa mereka..huhuhu..
mereka pandang saya semacam, atas ke bawah. ish, xjaga pandangan ya! ketuk kepala baru tahu! huh! (mungkin sebab saya women in black abaya hari tuh)


mungkin depa nampak saya macam nih kot?menakutkan hoho (tutup muka tu xda lah..)
saya x perasan pun dua daripada 4 mereka tuh satu flight dengan saya. tiba di sandakan bumi tercinta (rindu..huhu), saya beratur nak amik bagasi, ada jugak muka diorang tuh. siap senyum! pergh..beta dengan kuasa bulan..erk baya, xda maknanya..huhu~
begitulah mereka..meniru cara para daie kita..membawa bagasi ke sana sini..kitab di tangan, necktie di leher dan name tag tersergam di kemeja..cumanya mereka membawa agama yang berbeza..
kita bagaimana wahai kaum adam dan hawa? mashaAllah! semoga usaha kita diterima Allah dan dipermudahkan caranya untuk menyebarkan agama yang suci ini..kena tambah Qurban..inshaAllah!
membaca karkuzari dalam group masturat, ada yang TERberjumpa dengan pendakyah2 jenis itu juga..mereka mengajak kepada agama mereka from door to door..astaghfirullah..saya sangat lemah..semoga Allah pilih saya..semoga Allah pilih sekalian muslimin muslimat untuk sebarkan dakwah ikut sunnah Rasulullah saw..amin!
akhir zaman..
sama2 kita buka mata kita..adakah cara yang sedia ada (cara Nabi s.a.w) itu masih perlu diketepikan? adakah cara karkun2 buat dakwah itu salah? sedangkan pesaing kita meniru cara ini dan mereka mendahului kita..semoga Allah buka mata hati kita untuk melihat dengan cahaya iman..AMIN3 YA RABB..
ada mereka2 di luar sana yang berusaha untuk menghancurkan agama kita..kita pula masih terleka dan terlalai dengan hiburan dunia?
kan astro pernah cakap, macam-macam ada..program2 yang ada skarang ni, saya marah pun depa xkan berenti..tapi satu saya agak terkesima dan terkilan..Ustazah Pilihan..? kamonlah sis, i mean doctor. itu wanita not for display what? wallahu'alam..

'rupanya penonton di rumah xda kaum lelaki, baru saya tahu'
jangan terpedaya dengan tipuan dunia. jangan terleka dan terlupa adanya akhirat dan perhitungan. jangan biarkan pendakyah2 tuh lebih maju daripada kita! inshaAllah..~
semoga Allah buka mata hati kita untuk melihat dengan cahaya iman..semoga Allah sebarkan hidayahNya ke seluruh alam, amin amin amin ya Rabbal 'alamin..tingkatkan iman melalui amal..dan doa doa doa..inshaAllah may Allah bless..
moga ada manfaat..untuk semua..inshaAllah..

wassalam

Monday, June 13, 2011

_perantau..

in the name of Allah..
assalamualaikum wbt..
disuatu petang yang sunyi sepi, burung2 tidak berkicauan, hanya bunyi broommm brooommm kereta berderum kedengaran..
ada yang tido, ada yang online..
sedang sibuk saya membelek-belek isi hard disk, jumpa satu lagu yang best..
TERIMALAH..(bukan saya yang nyanyi oke :D)



perantau musafir perjuangan
tabahkanlah hatimu
berjuang di rantau orang
sedih pilu hanya engkau yang tahu

ingatan anak dan isteri
janganlah menghiris hatimu
kerinduan desa nan permai
janganlah melemahkan semangat juangmu

di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
terus memburu menuntut janji
pastilah Islam gemilang lagi
tapi pejuang kembara perjuangan
ujian bukan batu penghalang
kerana itulah syarat dalam berjuang

oh pejuang di mana pun ada ketenangan
di mana pun ada kebahagiaan
bila insan kenal pada Tuhan
kasih sayang pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
jiwa dan raga, anak dan isteri
kepada Allah

(The Zikr - Perantau)

special tribute to those yang keluar/khuruj di jalan Allah samada setahun, 4bulan, 40hari, 10hari, 3hari or any numbers days..may Allah bless you all :)

wassalam..

Monday, June 6, 2011

_dunia VS akhirat..

in the name of Allah..
assalamualaikum wbt..
mashaAllah..bulan Rejab dah masuk rupanya, alhamdulillah..masih berpeluang lagi saya hidup di bulan Rejab :)
mari, perbanyakkan amal..sebanyaknya! inshaAllah ^^,
dunia ini ladang akhirat, akhirat pula tempat menuai..begitulah sepotong ayat yang boleh menggambarkan secara keseluruhan untuk dunia dan akhirat.

means, buat 'nakal' di dunia, maka busuk dan buruklah tuaian. malah mungkin ada yang kering dan layu..buat baik inshaAllah dapat berkah. hasil tuaian sihat2, gemuk2, dan sedap2. mudah saja gambarannya kan?
ramai yang tahu akan hal ini, namun dalam yang ramai2 tuh ada jugak yang buat2 tak tahu. kenapa? sebab dunia nih indah, menggiurkan, best?
yalah. sapa kata emas, berlian, intan, permata, kekayaan di dunia tuh tak indah? sapa kata rumah mewah, kereta besar2 (bukan lori & yang sewaktu dengannya naa..), perempuan/lelaki cantik2/ensem2, makanan sedap2 tuh tak menggiurkan? sapa kata henpon, leptop, internet, games, social networks, komik, dan segala yang sewaktu dengannya tuh tak best?
mak aih, banyaknya..mestilah BEST!
tapi kawan-kawan, ikutkan nafsu, badan binasa wakatasamalu. memang indah, best, menggiurkan di dunia. tapi if the things make you forget there is Allah, then benda2 tuh semua menjadi sia-sia dengan sewenang-wenangnya.
semua tuh boleh dimanfaatkan di jalan Allah. SEMUA. jangan gunakan semua tuh untuk kesenangan semata-mata. malah lebih susah kalau banyak harta nih, tatau nak campak mana, kan? kalau sedeqah fakir miskin, anak-anak yatim atau pada orang-orang yang pi khuruj kan bagus..ehehehehehehe :)
jadilah hamba yang bijak (nasihat untuk cik baya). bijak dalam mempergunakan gifts from Allah. terlalu banyak sebenarnya, cuma kita (more to saya actually) kadang2 lupa.
kita semua akan mati dan jumpa di akhirat kelak (T_T). kita semua akan dihisab. ditanya setiap penggunaan masa, hidup, harta, keluarga..macam-macam..tapi on top of all those questions, soalan memula sekali ditanya adalah pasal solat. NGERI.
selingan: jangan lalaikan solat kerana dunia, itu HAK ALLAH pada kita :)
jadi, fikirkan mana satu hangpa nak sebenaqnya. dunia ni semata2 atau dunia dan akhirat? inshaAllah, semoga Allah permudahkan diriku dan diri kamu2 semua. amin inshaAllah.

hadis ini sangat besar maknyanya. mari berfikir :)

wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...