in the name of Allah..
assalamualaikum w.b.t :)
saya bukan mau buat iklan free..hehe tapi saya mau cakap pasal iklan-iklan melalui TV dan redio (radio) di Malaysia.
saya mencari-cari iklan yang boleh buat yaqin kita pada Allah meningkat. setakat penghidupan saya di dunia ni, belum ada kot? (kalau ada, sila roger saya di ruangan komen, TQ)
timbul konspirasi bising dalam otak saya bahawa, iklan macam ni buat manusia fikir benda tuh yang buat dia jadi macam tuh..bla..bla..bla..
kenapa?
cuba fikirkan..satu iklan dipetik daripada radio fm yang agak popular dengan ke-retro-annya. lebih kurang begini :
"malah pelangganlah yang memberi keuntungan kepada anda.." (kononnya nasihat untuk para penjual agar tidak bermasam muka kepada pelanggannya..hoho)*
perlu diingat, yang memberi keuntungan itu Allah, bukan makhluk..hmm..
dalam TV macam-macam jenis iklan ada..iklan produk kecantikan paling mudah ditemui. manusia kan suka kelihatan cantik? maka yang paling laris tentu saja produk macam tuh..wallahu'alam..
contohnya:
"mencerahkan kulit dalam masa 7 hari.." (biasanya iklan fair & lovely kot? haha..mujur daku tidak tertipu..iklan semata-mata..)**
kalau takat kulit muka cerah, kulit leher masih gelap xde makne kak..heh~
perlu diingat, yang bagi cantik itu Allah, bukan makhluk :)
tidak kurang pula dengan iklan-iklan makanan..dahlah fast-food, iklan mengalahkan fresh food yang sedap2..hihi~
"sarapan yang mengenyangkan dengan harga terendah!" (iklan ntah sape ntah.hehe.kepsi kot?)***
itu dia..sedang Allah yang bagi kenyang, bukan makhluk..
tapi kita hanya mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa..malah boleh tidur lena sambil berliur basi..ZzZzZzz..(sayalah tuh! =.=")
haa..
(pada saya)**** iklan-iklan ini merosak akidah..memesong yaqin..kita akan lebih yaqin atas produk berbanding Tuhan..kita akan lebih yaqin kepada makhluk berbanding Allah..NAUZUBILLAH! mintak dijauhkan! huhu
wallahu'alam..
mungkin ada yang mengatakan..
'terpulanglah pada individu masing-masing untuk terima iklan tuh macam mana..boleh pengaruh akidah ke tidak..'
wallahu'alam..
jarang sekali saya dengar..
"kalau sakit makan ubat, minta doa pada Allah supaya sembuh..solat dua rakaat..mungkin ada silap kita Allah nak tegur..mungkin ada dosa kita Allah nak hapus.."
saya selalu sangat dengar..
"kalau sakit, makanlah ubat..biar cepat sembuh..kalau x sembuh jugak pi hospital jumpa doktor..tengok ada masalah apa-apa ke.."
erkk..mari berfikir sama2 :)
selama saya berpraktikal di jabatan kecemasan..saya banyak berfikir dan menilai diri sendiri..semoga Allah ampun dosa-dosa saya yang hina ni =.="
saya bukan doktor, cuma pembantu saja..tapi saya harap manusia tidak mencari doktor atau saya semata-mata bila sakit..malah lebih mencari Allah dan minta pertolongan..
benar Allah suruh kita berusaha..tapi jangan sampai yaqin kita bertukar arah..nauzubillah..wallahu'alam :)
semoga bermanfaat..teguhkan yaqin hanya pada Allah! inshaAllah..
wassalam
p/s:
* saya dengar iklan ni di radio setiap hari dalam perjalanan dari alor star ke kangar untuk berpraktikal -_-"
** kalau salah, maaf, saya jarang tengok TV.
*** minta maaf peminat kepsi.peace ^^y
**** pendapat dari diri yang hina semata-mata :)
8 comments:
yep...tepat sekali, sukar nak lihat iklan hari ini yang membawa keyakinan kepada Allah.
Sekurang-kurangnya perlulah ada "insyaAllah" atau "dengan izin Allah".....tapi sayang, sukar sekali untuk dapati ini di iklan-iklan.
Moga Allah ampunkan kita dan ummat, Allah masih sayang ummat ini dgn beri usaha agama.....amin~
adik hamdi:
inshaAllah tuan...azam...huhu semoga Allah kurnia kefahaman dalam usaha agama...amin inshaAllah~
mashaAllah ,doakan saya penulis...
anak pendang:
inshaAllah..doakan saya jugak inshaAllah..
iklan yang berulang2 akan memberi kesan dalam hati.
macam iklan colgate. hari2 iklan colgate. sampai orang terkesan bila tak gosok gigi dgn ubat gigi colgate. hingga nak beli ubat gigi pon sebut colgate. padahal beli kodomo lion. huhu..
cam tu jugak kebesaran Allah lagi la kne diulang2. wallahualam
*anyway...yg kuning sebelah sosej tu durian ke? hihi
farid faisal:
mashaAllah..benar..kena ulang2 sebut tentang kebesaran Allah inshaALLAH..
semoga hati sentiasa hidup dengan nama Allah di tangga teratas..bukan makhluk..inshaAllah..
btw, yg warna kuning sebelah sosej itu adalah telor dadar...saya tahu sebab saya pernah makan masa di KLIA..huh, susah benor cari sumber makanan yang murah di sana.huhu
wallahu'alam..~
Assalamualaikum Baya..
MasyaAllah, bila baya ulang2 balik iklan2 tu kan baru akak sedar dah lamaaaaa akak x tengok tv mahupun mendengar radio..hehee. InsyaAllah, boleh jadi asbab yaqin pada makhluk beransur hilang.
Oleh kerana kita dah tahu kesan apabila diperdengarkan lagi dan lagi sejak dari kecil akan kehebatan makhluk dan kita yaqin dengan makhluk.. Jadi, baby yang bakal lahir ni kelak bila dah lahir akak akan ulang2 kehebatan Allah sahaja..
Kelak moga Allah jadikannya yaqin segala kebergantungan hanya pada Allah swt :)
Minta doakan akak :)
kak umu:
inshaAllah..kita tingkatkan yakin pada Allah dengan mengulang2 baca Quran dan hidupkan majlis taklim.saya lemah lagi kak..huhu..semoga Allah permudahkan..
baby bakal lahir kena banyak dengar bacaan alquran dan hadis..semoga jadi hafiz/hafizah Quran dan alhadis..AMIN! :)
inshaALlah kak, mintak doakan saya yang lemah jugak :)
Post a Comment