asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 20, 2008


masjid UMS pada waktu malam....indah kan...???tenang jak hati tengoknya...tapi lebih tenang bila ramai yang mengunjunginya dan berjemaah bukan sahaj yang fardhu tapi juga solat sunat tarawikh dan qiam...sayang...ramai yang lebih tenang kenyangkan perut di bilik dari merasa manisnya solat jemaah...adakalanya ana jua termasuk golongan itu...asataghfirullahaladzim...
semoga bertemu lailatulQadar...hmmm...amal xseberapa tapi nak lebih dari ALLAH...aduh...manusia, sering lalai dan leka...subhanallah...betapa ALLAH itu maha pemurah dan penyayang...apa lagi yang kau minta ya ukhti????
bacalah dengan nama Tuhanmu....
sungguh kau akan dapat ketenangan yang tiada tandingnya...
walau sejauh mana kau lari
ia tetap jadi sumber ketenanganmu
bila hati cinta
bila rasa rindu
hati meminta pada yang Esa
agar dapat cinta hakiki yang sukar ditemui
dari kaca mata insan yang tidak paham erti cinta
pandulah hidupmu
ke arah yang benar
jangan biar kebenaran terungkap
saat kau terlewat sesaat untuk ketahuinya
sungguh kau tergolong dalam orang2 yang rugi...

Thursday, September 11, 2008

KoRidOr KeHiduPaN

cantik...sungguh menarik hati ana.....
melihat cantiknya gambar ni....ana teringat satu kisah hidup ana. baru dua hari lepas hal ini terjadi, 10 Ramadhan 1429H...kisahnya bukanlah satu yang menyayat hati atau yang menggembirakan...cuma ia buat ana berfikir panjang....
waktu tu ana lepak di koridor PPIB UMS...mengantuknya ya Allah....jam 4 pula ada Quiz Grammar in Context, subjek BI yang ana pilih tym pendaftaran kursus yang lalu.hmmm baru satu dua topik ana baca, yang lain tu...hehe usaha sendirilah nanti...buku yang menatap ana ni pun rasanya dah bosan tengok ana....
duduk, termenung, merenung masa depan....merenung??? ana terlihat sorang makcik. nak kata kakak tidak juga, sebab mungkin anaknya sebaya ana. datang dengan sebatang penyapu dan penyodok sampah. berbaju biru tua, uniform...asyik dia menyapu di kawasan berhampiran ana, ana bangun selamba mendekatinya...ana lontar satu senyum, bukan hambar tapi manis semanis buah kurma...opsss puasaaa...
"makcik, boleh aku sapu?"
"ei janganlah...belajarlah kau nak.."
"alah...ndak apa bah makcik..lama ni ndak sapu macam ni.."
ana cuba pujuk hati keras cleaner ni tapi dia menolak juga permintaan ana nak menyapu..gagal..
"ndakpalah nak...ini tugas saya jadi biar saya yang buat semua ni."
"alah makcik, kejap jak..kesian makcik. puasa lagi ni.."
"ndakpalah...belajarlah kau ya?"
perbualan kami tak terhenti di situ saja. ana melanjutkan bicara mesra bersama makcik yang sederhana ni. rancak juga dia bercerita tentang dirinya...tak penatkah ya??? agaknya sudah biasa...memang ini mungkin satu perkara yang remeh bagi mereka yang lalu lalang di sana. tugas ini dilabel sebagai kerja hina, ejekan dan jadi bahan lawak...adakah ia benar hina??? NO!
silap mata memandang
silap hati menilai
silap bibir berkata
apa salahnya jadi tukang sapu??? cleaner??? pembersih???
hatta vacuum cleaner sekalipun ada functionnya...apatah lagi insan yang sudi berkhidmat dengan cara demikian...
"makcik ada anak...SPM tahun nie.ada lagi dua orang kerja di 1Borneo sana. rajin diorang tu..."
bangga si ibu bercerita tentang anak-anaknya, tapi cuba kita fikir....sanggupkah si anak mengatakan...
........."ibu saya cleaner di UMS"..........
sanggup???
wallahu'alamu...kesian si ibu, anak dah besar and dah ada income tapi masih membanting tulang 4 keratnya di sini. mana cinta pada sorang ibu?? hati ini luluh menyaksi keadaan kudrat sorang ibu yang berhempas pulas mencari nafkah...mungkin juga dengan rela hati dan keredhaannya??? ya mungkin...
"makcik bosan bah ni nak...ndakda anak kecil kan mau jaga...jadi kerjalah di sini...sini aku banyak kawan..."
hmmmm....katanya itu mungkin meyakinkan tapi bagi ana, ana punya perspektif tersendiri...takkan pernah sorang ibu ana biarkan untuk lakukan kerja demikian. ya ianya mulia di sisi Allah, tapi mana mulia kita sebagai anak??? masih wujudkah rasa belas kasih dan cinta pada ibu??? mana masa kita untuk bersama insan yang membawa kita ke dunia???
Ya Rabbi, jika ana punya kesempatan pasti ana jadi anak yang terbaik untuk ibu....lindungi ibu Ya ALLAH...
pedihnya bila memikirkan hal macam ni...koridor itu takkan ana lupa, perbualan itu ana simpan di minda, hati dan sanubari ana..bukan mudah untuk menjadi insan tabah hadapi ujian ALLAH...empunya hati merasa kerdilnya diri ini, ana cuba menjauhkan diri dari tomahan dan cacian dunia. bukan satu yang senang bila mana ana jauhkan diri...inilah ana...cuma bijak berbicara di blog ini. apa kuasa ana untuk menegur mereka yang lagaknya lebih tahu??siapa ana?? ana yang kecil lagi kerdil di sisi Ilahi cuma memikirkan saat kematian yang bakal ana hadapi, ntah bila Allahu'alamu...
ana tinggalkan koridor itu dengan satu harapan agar pengajaran ini dapat mendidik ana jadi insan yang lebih bersyukur dan menghargai...kaki ana melangkah tenang ke surau PPIB...sebelum masuk waktu asar, subjek ana di surau tu mestilah rehat A.K.A tido...hehe quiz grammar...???

Saturday, September 6, 2008

aMiR??

ana tertarik dengan picture ni......
pelik tapi indah....
simple dan menarik....
ntah sapa pelakon dalam gambar ni..huhu
boleh jadi model buah kurma gak nih...hehe
sapa ya dua orang ni??
lau kenal ana nak kirim salam sikit ngan kopiahnya...

sebab...nak suami macam ni....huhu

RamAdhaN MubaRaK

salam ramadhan...

dalam bulan mulia ni ana berseorangan...dia tiada dalam hidup ana.
ini buka kali pertama namun terasa pedih jua atas kurangnya kasih dari insan tercinta dan tersayang. ana bukan ingin bermanja tapi rasa kehilangan tu besar sangat dalam hati ana ni......sungguh ini kali ketiga ramadhan ana tanpanya, dan memang tidak dapat disangkal bahawa dia sangat penting dalam hidup ni....
Allah saja yang tau sapa dia....


ana terus terang pada awal puasa, 1 Ramadhan ana masih dalam keadaan yang dibolehkan untuk tidak mengerjakan ibadah mulia ni..(uzur...hehe)
masa tu ana di tawau.kak ina ajak pi tengok kakaknya bertunang, kak teng. ana turut saja sebab tiada halangan yang besar bagi ana. jadi, dipendekkan cerita ana sampai UMS, 2 Ramadhan dan ana dah boleh puasa atas berkat doa permintaan pada Dia...huhu

gembira hati rasanya bila sampai UMS. xtaulah kenapa...nak kata rumah bukan jua, but maybe better than tawau kot??? not to say that tawau is bad, but it was my first tym being there and im not going anywhere but kak ina's house, so....hope no one would blame me on this...crita pasal tawau...ana sedih dengar satu khabar tentang kazen kak ina...

dulunya dia ni budak yang aktif dalam menunaikan Hak Allah...dia ikut jemaah tabligh di kawasan perumahannya, Balung...sayangnya sekarang dah tak lagi...adik ni nak SPM tahun ni, baru 17 tahun...tapi insyaAllah dia ada kesedaran dalam hati tentang kepentingan agama dalam hidup...cuma ntah apa yang meragut keinginannya untuk kekal dalam suasana tu....sungguhpun begitu...nampak muka budak ni masih ada aura2 nak berdakwah...suci jer...ndakpalah, ana cuma dapat doa supaya Allah buka balik pintu hatinya kembali ke pangkuan amalan mulia tu...huhu

yang peliknya dia tersipu malu dengan ana...ana x tipu...dia macam perhatikan perlakuan ana....ntahlah, kekok juga even dia ni adik 2 tahun dari ana...huhu mungkin dia pelik kan???kenapa ada pompuan berbungkus kat perumahan dia ni...(...hehe...) tapi itulah hakikat...bila mana perempuan atau wanita menunaikan perintah ALLAH dalam surah An Nur ayat 31, ada saja pandangan yang tak sesuai...extremelah...itulah inilah...hmmmm
manusia akhir zaman, yang baik di anggap pelik dan yang sebaliknya itu jadi sanjungan....
(ehem...sapa makan cili terasa pedas ya...ana xcakap yang adik ni buat macam tu...mugkin orang lain lah agaknya....astaghfirullah...ini cuma pendapat ana...)

eh...crita balik pasal ramadhan ana...

sekarang dah 6 Ramadhan...tapi puasa ana kurang satu...ana yakin Allah redha jua...hmmmm dalam ramadhan ni ana usaha nak jaga segalanya...zahir dan batin, tapi benar2 rasa lemah bila ada jua kesempatan ana bermain dengan dunia...aduh....sedih hati ni bila ana terlalu sibuk dengan dunia....apa xnya...disitulah assignment, mid term, quiz, tutorial, usrah.....hmmmm xtaulah macam mana nak handle semua dalam satu masa...assobur minal iman....

ramadhan ni juga buat ana sentiasa pikir, syaitan diikat jadi inilah masanya kita tengok sapa diri sahabat2 kita yang sebenar...sapa yang dapat lawan nafsu dalam diri sendiri....macam ana...ana masih banyak kelemahan....cuma mungkin bagi siapa2 yang sedar, ana kurang bercakap kebelakangan ini....ntah macam ada aura yang halang ana untuk banyak bercakap....tapi bagus jua....

semoga Ramadhan ini dapat jadi satu asbab ana lebih dekat pada Ilahi, walau dalam kesibukan dunia....ana tetap tekad nak lebih fokuskan iman ana....Insya Allah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...