asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Saturday, November 29, 2008

BaLeK kAmPoNG...

Alhamdulillah….
My town!!! I’m back…seems like I’m dreaming of coming back to my hometown…huhu still cannot believe it, on the spot I finished my exam, trus naik bas balik umah…wah…penat memang penat tapi…dah sampai…hehe. No much changes here…just the renovation of road along the Hospital’s area…hurm miss everything here, nothing special actually, no surprise but still I’m happy enough with my town…small town having something but nothing…huhu ??? Standard la perasaan ni, tapi betul2 happy…sangat hepi…yelah sapa tak hepi dah sebulan lebih tinggalkan umah…lebih2 lagi pompuan, tapi ana tak homesick sangatlah. Jumpa adik2 yang makin besar…sorang tak lama lagi nak bersunat, Alhamdulillah…sorang pulak demam hri ni…aduh risau ana, hurmmm…

Kampong???
Teringat tempoh hari masa jumpa bapa kat KK, bapa gitau something yang ana pun surprised when I’ve heard it…

“Dulu berapa tahun kita tinggal di sipitang,lama jugaklah…sanalah ko membesar, kan ko lahir di beaufort?…ko ndak ingatkah??”

Dhaaa~~~ macam ana dapat ingat semua benda time kecik dulu, yang ana ingat pun masa ana gi umah jiran sampai mak marah ana sebab kacau dorang…huhuhu aik…bapa tak mention pulak pasal hal ni dulu…adeh rugi tak ikut kembara amal gi beaufort yang dorang wat dulu waktu di KML…kalau tak bolehlah lawat kampong kelahiran ana…huhu satu hari nanti, insya Allah jika diberi peluang ana nak p sipitang…tengok tempat membesarnya ana…dan pegi beaufort, tempat tumpahnya darah mak ana melahirkan ana ke dunia….jazakallahu khairon ya ummi…ana bahat bakyawi…=)

Ana cuba nak jalankan ‘kerja’ dalam umah ni…permulaannya dengan adik2 yang masih tak tau apa2 ni…kewajipan ana mesti di buat, lau tak sapa lagi??? Hmmm semoga Allah beri kemudahan dan adik2 cepat paham…hanya Allah yang dapat buka hati dorang dan doa itu takkan tinggal…insya Allah…doakan ana jugak bagi sesiapa yang tengah baca ni..huhu (kalau ada yang sudi nak bacalah…ana banyak melalut ja ni, isi waktu…)

Di rumah ni sunyi betul…adalah adik2 ni yang wat bising, tapi ana tetap merasa bahang kesunyian tu…hmmm…teringat pulak dengan seseorang. Ana punya sorang junior, yang ana kenal waktu jadi wakil sekolah dalam public speaking competition time form 5 dulu, dia ni memang agak pintar budaknya. Walaupun kitorang lain sekolah tapi dia ni peramah jugak orangnya. Sungguh ana terkesima waktu ana jadi fasi masa MPPB KML dulu, dia boleh ingat lagi dengan ana. Menyapa dengan penuh sopan. Banyak kali ana asif padanya, yelah terlupa…Alhamdulillah…dah jadi budak ex-KML sebab sekarang dia dah jauh…kat Alex, Egypt…jeles gila masa dia gitau ana dulu dia nak ke bumi anbiya’ tu. Ana pun ada gak hati mau p, tapi tengok keadaan ana jugak yang tak berapa nak mengizinkan ni. Hmmm assobru minal imann…mentang-mentang dia tau ana suka kat course medic, suka dia cerita hal budak medic di sana. Adeh…hampeh punya adik…

“xpe r kak..bkn sng gak bnde medic ni..minat je x ckup..tp stil bleh study..mdik ni kena stdy setiap struktur n fungsi smua jenis sel,tisu,organ,system,tulang,otot..jgk perubahan yg berlaku dlm bdn apabila bdn normaldan bla perubahan bdn xnormal (bila perubahan bdn xnormal kita bg bdn drugs yg bersesuaian)..yg fhm 2 xsusah,hafal 2 yg ssh giler..hehe..radiu ulnar joint,ulnar tuberosity,pleureal cavity,syndesmosis..mcm2..”

Ntah, line terakhir tu ana langsung tak paham. Apa benda lah ulnar-ulnar tu..yang ana paham pun, yelah perubahan tu is sickness and the subject must be more detail than biology that I’ve learned in here. Yang pastinya, dia nak kata yang medic ni susah..hehe pelik-pelik…ana pun dengan selamba jak jawab…

’klu mcm ni, nanti akak kawin dgn doctor lah..akak kan xdpt jd doctor?hehe…’

Tapi pikir-pikir balik….manada doctor nak dengan gadis kampungan macam ana ni??? Takpa…ana yakin pada kalam Allah dalam ayat 26 surah An Nuur…kalau jodoh bukan doctor pun, tak mati rasanya…huhu..khabarannya sekarang cuaca di sana agak sejuk,siap pakai jaket lagi adik ni. Sejuk sangatkah ya? Musim berubah, itulah kuasa Allah…kesian diorang cuti seminggu walhal di Malaysia ni cutinya sebulan. Tapi kan kursus ndak sama, waima university pun berbeza. Budak pintar macam dia, Alhamdulillah…sebelum pergi sana pun, balik-balik minta pendapat, pegi ka ndak…silap orang adik ni tanya. Ana mestilah suruh pegi, yelah dah ana pun minat tinggi, walau tak dapatlah merasa apa tu Egypt, cukuplah sebagai pembakar semangat. Dan ana tersentuh masa sebelum dia mau berangkat dari KLIA dulu, dia sempat call just gitau dia dah nak jalan and minta nasihat. What? Rasa macam ana ni kakak kandung pun ada. Huhu. Cuti ni katanya nak pegi Cairo..mana-manalah yang penting agama bawa sekali.

Bercakap pasal agama, ana nak crita sikit hal UMS…sikit jak…hehe
Ana punya satu sahabat lama…dia sebenarnya sahabat abang ana, sekarang menuntut di UMS juga tapi senior lah and rasanya tahun dua kot.…? Dulunya dia cuma insan biasa, tapi sekarang bagi ana dia agak luarbiasa…hari tu ana nampak dia pakai jubah putih, ana kagum…hmmm baguslah, ada perubahan positif (fikir ana)


Ana ternampak dia buat kali kedua dalam dia tengah berjalan dengan beberapa sahabatnya yang lain di belakang blok asrama, kampung E…(ternampak dari tingkap je lah…) yang peliknya, dorang semua pun pakai jubah and kopiah pun hampir sama….Subhanallah…. rupanya sekarang dia dah berkecimpung dalam dunia dakwah…inilah tarbiyah dari Allah….ana pernah terserempak dia dengan dua biji mata ni bertembung dengannya, terus ana tertunduk…segan pulak sebab dulu pernah lagi ana panggil dia dengan nama bapanya yang terlampau unik tu…hehe astaghfirullahaladzim….(jangan marah ya anak kacukan cina) syukurlah dia nak sambung perjuangan Rasulullah saw, pergi ketuk2 pintu orang nak bagi peringatan…alhamdulillah….harapannya dia tak tinggalkan pun keja ni, dalam dia sibuk nak habiskan degreenya….insya Allah…


7. Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(Suratul Muhammad : 7)

Sesungguhnya hanya mereka yang terpilih dan punya kesedaran yang akan peroleh tarbiyah…sudah disebut berkali-kali dalam AlQuran…maka jangan pernah putus2 untuk kita berdoa supaya tergolong dalam hambaNya yang terpilih menerima Nur dariNya…sungguh, rugi benar jika kita buang peluang taubat semata untuk meraih keenakan sejenak di dunia…nauzubillahiminzalik… sama2lah kita beringat-ingat…

Selamat bercuti dan salam perjuangan bagi yang tengah nak muta’lim dan mu’allim k…? ada apa2 ilmu jangan lokek mau post kat blog korang, and ana pasti sangat korang semua pun memang murah hati…insya Allah…=)
wassalam

2 comments:

PIANED said...

abg hanif ka yg ko maksudkan?

ukhti said...

bukanlah...
dia stdnt pnddkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...