Saturday, January 24, 2009
HmmmM....
Negeri jelapang padi
Datang kedah ni, rasa macam nightmare pun ada, tapi alhamduLillah…ana dapat satu pengajaran, ALLAH itu sangat adil…=)
Dalam kami orentasi, ana dapat belajar budaya orang di sini…ajaran kepada insan yang agak kurang ajar macam ana ni. Ana bukan tak nak ikut peraturan diorang, tapi ana punya pendirian sendiri. Lucu jugak bila di tanya kenapa pilih nak jadi MA? Selamba aja ana jawab, minat dan rezeki ALLAH…hmmm betullah tue, ana jawab sejujur mungkin…ada sorang senior pernah berkata,
“eh nanti korang kena pegang-pegang jugaklah, tak payahlah nak geli-geli, nak berjarak-jarak…mana kerjasama kamu ni sebagai satu keluarga? Satu kumpulan?”
Hmmm….pelik tak pelik ana pun tak dapat nak describe…bagi ana, bila kita lakukan sesuatu tue, mesti kena pada niatnya…biar bagi manusia tak kena pada tempatnya…mendengar pada ayat senior tu, ana terus teringat bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“innamal a’malu binniat…” hanyasanya (sah atau sempurna) amalan itu dengan niat…(riwayat al-bukhari dan muslim)
Ana datang sini untuk belajar,bukan bersosial…mungkin bagi orang lain semua itu biasa tapi bagi ana itu semua haram…berpegangan dan bersentuhan dan bermesra dengan bukan mahram (lelaki) adalah haram bagi ana…jika bukan kerana kerja yang memaksa, ana tak sanggup. Jika bukan kerana keluarga nun di sabah sana, ana tak hingin, tapi takdir ALLAH untuk mentarbiyah ana,kehidupan bukan sekadar bijak pada kata-kata tapi yakin dengan perbuatan sekali…tapi kat sini ana taklah alien sangat sebab pengamalan dan pengamatan islam di negeri ni boleh tahan jugak hebatnya. Alhamdullah….
Maaflah kepada insan yang menagih sesuatu yang ana tak dapat nak bagi sebaiknya…ana Cuma taknak jadi penyebab korang ni ingat ALLAH kerana manusia sahaja, bukan pada keikhlasan hati masing-masing…kita sama-sama belajar dan kita ada 6sem untuk ta’aruf…so, nothing to be worried on lah beb…mungkin pada kamu ana ini sombong semacam, tapi ada masanya ana bisa jadi friendly if niat kamu orang betullah…thus, in conclusion…there is no conclusion actually. For me, it’s not really a problem, and not me the person who started it….dahlah…malas mau crita hal macam ini lagi…
Macam-macam ana dapat study di sini…subjeknya sume ana minat dan insya ALLAh ana akan cuba sedaya upaya nak faham and hafal…huhu paling best anatomy and physiology…tapi had malangnya, susah nak ingat semua sekali..hehe takpelah…inilah namanya dugaan…=)
Roommateku…ana tersentuh hati dengan roommate ana bila dia confess yang dia nak belajar solat and mengaji Quran ngan ana…walaupun ana ni taklah pandai sangat, tapi at least ana nak ajar dia serba sebanyak tentang agama ini…insya ALLAH…dalam proses, doakan ana yek…hihi tapi betullah…perspektif orang pada orang macam ana ni…ustazah, alimah and so on…but I don’t care much..hehe ada gak yang kata ana ini ustazah garang, hmm whatever..at least dorang tau ana pentingkan batas dan adab.
k ar....ni bukan internet ana...hehe sayang ngan kedah...(konon)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
kasihan umat skang...kita kena bnyak istighfar kerana ada perkara yang susah nak elak dalam dunia ne...bkan bermakna kita nak ubah syariat...niat tidak menghalalkan cara
klu saya dgr dari ayah saya sana ada 12 madrasah karkun...bnyk org alim kat sana..
pelik..sekarang yang pelik tak pelik..yang wajar itu yang dianggap pelik..biasalah..terdidik dengan kehidupan yang dipengarhi yahudi dan nasara..
"kita sekarang kena open" katanya lah...tak open takkan maju..(konon)
adik ni sendiri takut, sbb kadang2 terjebak gak ngan perkara lagho ni..tapi taklah sampai pegang2..geli aku(hehe)..
betullah ape akak cakap..gitulah yang akan dicanangkan tiap kali kerja secara berkumpulan..kononnya kita tak bagi kerjasama..well.., besalah tuh..
"ISlam akan datang sebagai sesuatu yang asing, dan akan kembali asing" (lebih kurang maksudnya)..
wallahua'alam..
ada masa jmput datang blog..
salam
jd MA ek...hehehehe
pianed;
ya ramai orang alim sini...ada macam-macam pendapat dan cara...sini tak macam sabah, karkun memang ramai...purdah itu biasa...alhamdulillah...
kitakawan;
insya Allah....kamu ni adi dari ana ya?hmmm nanti ana try gi blog anta k?
pacik rith;
ya...MA...hehe
tapi seram jugak...doakan ana...
bha banyak pendapat xpa...ikut la yang hak...tp jgan lah nak berdebat...
insya ALLAH....heeee
abg yan...hehehehe
apa orang ne...sengeh2....salah ka aku cakap...
Post a Comment