asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 22, 2008

Ana suka part ni, sebagai peringatan semata…

Di zaman ini terdapat kemerosotan cinta kepada agama. Bantahan atau tentangan terhadap iman yang tulin bukanlah sahaja dibangkitkan oleh para kafirin bahakan oleh orang-orang Islam juga. Ibadah-ibadah yang wajib adalah dicuaikan bukan sahaja oleh mereka yang mengaku beragama Islam bahkan juga oleh mereka yang bermegah-megah mengaku bahawa merekalah yang alim lagi warak.

Berjuta-juta umat Islam telah jatuh ke lembah syirik yang nyata apatah lagi hendak dikatakan tentang mencuaikan solat fardhu dan puasa. Itupun mereka tidak sedar akan amalan-amalan yang menjatuhkan mereka ke dalam jurang atau lembah syirik. Melanggari batasan-batasan agama adalah perkara biasa sahaja dan mencemuh dasar-dasar agama adalah amalan di hari ini. itulah sebabnya para alim ulama juga telah mulai membenci dan menjauhkan diri dari masyarakat. Akibatnya, kejahilan tentang ajaran-ajaran agama semakin meningkat sehari demi sehari. Masyarakat memberi helah bahawa tidak ada siapa pun yang mahu mengajar agama Islam kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Para alim ulama pula berhelah bahawa tidak seorang pun yang benar-benar mahu menerima ajaran-ajaran mereka. Tetapi tidak satu pun helah-helah itu sah di sisi Allah(swt). sebenarnya, Allah(swt) tidak akan menerima helah-helah makhluk-Nya yang mengatakan mereka jahil dalam hal agama kerana adalah wajib bagi setiap Muslim mempelajari serta memperdalamkan pengetahuan tentang ajaran-ajaran Islam.

Bagi mana-mana pemerintah pun, kejahilan undang-undang bukan dapat memaafkan kesalahan, maka mengapa kejahilan agama seharusnya dimaafkan oleh Allah(swt)?

Sebagaimana kejahilan dalam sesuatu itu lebih buruk akibatnya, maka tidaklah ada maknanya yang para alim ulama mengatakan bahwa tidak ada orang yang mahu mendengar ajaran-ajaran mereka. Para ulama membangga-banggakan menjadi Khalifah Tuhan tetapi mereka itu tidak pun pernah memikirkan betapa benyak kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh khalifah-khalifah kerana tabligh agama yang benar. Bukankah mereka pernah dilontar dengan batu-batu? Bukankah mereka pernah dimaki hamun dan ditindas dengan sekejam-kejamnya? Bahkan demi rintangan-rintangan serta kerumitan-kerumitan ini pun mereka telah menunaikan kewajipan-kewajipan mereka mengenai tabligh dan menyebarkan ajaran-ajaran islam tanpa menghiraukan tentangan.

Pada umumnya, orang-orang islam membatasi tabligh kepada alim ulama sahaja. Padahal setiap Muslim dan Muslimat adalah diperintah oleh Allah(swt) supaya mencegah manusia daripada membuat maksiat.
Walaupun diakui bahawa tabligh merupakan tugas para alim ulama sahaja, amaka adalah juga menjadi tugas seorang Islam biasa mentabligh ajaran-ajaran Islam dengan lebih giat lagi. Ketegasan yang telah ditegaskan oleh Al-Quran Al-Karim dan hadith-hadith Rasulullah (saw). Oleh itu tabligh tidaklah dapat dikatakan kewajipan para alim ulama sahaja dan tidaklah juga boleh dimaafkan jika diabaikan.

Saya menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat supaya menumpukan masa dan tenaga mereka seberapa daya terhadapa tabligh. Tidaklah mustahak seseorang itu harus bergelar alim baru boleh dia mentablighkan agama dan akhlak-akhlak yang baik kepada manusia. Apa sahaja sesuatu yang salah atau yang terlarang di sisi agama yang dilakukan di hadapan seorang Islam, maka adalah menjadi kewajipannya untuk menegur orang yang melakukan kesalahan itu.

55. Dan tetaplah memberi peringatan (tabligh), kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.(Az Zariyat;55)

Para mufassir mentafsirkan bahawa tabligh bermakna mengajar para mukmin ayat-ayat Al-Quran kerana ayat-ayat Al-Quran itu akan memimpin mereka ke jalan yang benar.

Dipetik daripada;
Fadhailul a’mal – bahagian Fadhilat Tabligh (muqaddimah)
Maulana Muhammad Zakariya Kandahlawi
Syeikh Al-Hadith
Madrasah Mazahir ‘Ulum
Saharanpur.

5 comments:

PIANED said...

Raisul muhaddithin allama maulana muhammad zakariyya khandahlawi rah. syeikhul hadith mazahirul 'ulum

رضاءالدين صالح said...

kitab fadhilat amal yg plg cun adalah terbitan era ilmu n KBC..
ada kitab fadilat yg diterbitkan oleh...aku lupa oleh penerbit mana.n syura s.petaling kata kitab 2 xble pkai,coz pnerbit ubahsuai dan tokok tambah keterangan hadis...wallahualam

Anonymous said...

Salam ziarah..

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

salam ziarah jugak

Tujuh Kaki Dalam said...

sesungguhnya yakin selain dari Allah Ta'ala adalah syirik.

Ummat hari ini (termasuk saya) telah meremeh temehkan amal agama.

padahal janji Allah dalam amal agama adalah kejayaan.

dan tiada jalan amal agama yang Allah akan terima melainkan cara yang telah di tunjukkan oleh Baginda Rasululullah Sallallahu 'alaihi wasalllam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...