asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 30, 2009

Sayangi Ibu Anda...............

> Ketika berusia 1 tahun , ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapakn terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
> Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain..kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
> Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang..kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
> Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucap terima kasih dengan menconteng dinding.
> Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
> Setelah berusia 6 tahun , ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "Tak nak ! Taknak !"
> Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola.cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.
> Menjelang usia 8 tahun , ibu belikan ais krim , kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
> Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
> Berusia 10 tahun , ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja..kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
> Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah..kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
> Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat..kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
> Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama , kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk suratpun.
> Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman..kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
> Menjelang usia 18 tahun , ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
> Ketika berusia 19 tahun , ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama.kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
> Berusia 20 tahun , ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. "Itu bukan urusan ibu".
> Setelah berusia 21 tahun , ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.kita kata " saya tidak mahu jadi seperti ibu".
> Ketika berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan.. "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"
> Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. "ibu , tooooolongglah.."
> Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
> Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi..kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden..".
> Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung.. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"
> Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal ! Khabar itu bagaikan petir !! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
> Beginikah kita???? NO!!! We are not….we love our beloved mother. Aren’t we?
> Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung….
‘Innassolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi robbil a’lamin’
> "sesungguhnya ibadahku, amalanku, hidupku, matiku, adalah semata-mata kerana Alllah SWT"
> p/s: ingat syurga itu dibawah tapak kaki ibu......

3 comments:

abu wahap said...

sesungguhnya saya amat menyayangi ibu saya walaupun saya byk kali lukakan hatinya.maafkan saya ya ibu!saya sayang ibu..
:)

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

bagitahulah depan ibu kamu...hehe

Unknown said...

Salam...tuan melawat blog saya untuk tujuan muzakarah...add my blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...