asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 29, 2011

_heran..

in the name of Allah..

assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..

alhamdulillah wa syukurillah..besar nikmat kesihatan..alhamdulillah..

saya mahu berkongsi sebuah kisah..kisah yang..hmm..wallahu'alam..

***

masa hantar patient p XRay, saya terjumpa dengan seorang uncle yang agak2 berusia dan mancung hidungnya..muka ala2 bangla-ntah-dari-mana..duduk di kerusi bersama isterinya,menunggu giliran untuk masuk bilik XRay..

tiba-tiba..


'assalamualaikum...ini bilik XRay?'

'waalaikumussalam..ya insyaAllah..kena duduk di sini tunggu giliran ye uncle..'

'owh..ok2..'

ZzZzZz.....(bukan bererti tidur,tapi senyap seketika...)

'adik sudah lama kirja?'

terkejut lalu menjawab dengan tenang..'saya kah?tak kerja lagi..saya masih study uncle..'

'owh..birapa lama lagi tamat?'

'insyaAllah,hujung tahun ini..'

'adik asal mana?'

'saya asal sandakan sabah..uncle bukan orang sini ya?'

'alhamdulillah! sandakan! (penekanan di sini,dia sangat gumbira mendengar perkataan itu, SANDAKAN)..uncle sudah pirgi sana..alhamdulillah sandakan sangat cantik..saya suka pirgi sandakan..masyaAllah..'

erk???.......'uncle bukan orang sini?' <-----mengulangi soalan sebelumnya..happy sangat ke jumpa orang sandakan yang pendek ini? (huhu)

'saya urang pakistan..tapi sudah jadi warga milazia (Malaysia)..saya kawin sama ini istri saya..'(tersenyum lebar dan bahagia)

'owh..saya mahu lihat pakistan itu macam mana..(kerana perkhabaran dari karkuzari sungguh hebat..) saya mahu lihat macam mana kehidupan di india,pakistan...'

belum habis ayat saya,sudah dipotongnya...
'maksud adik?'

'saya mahu pergi sana..'

'buat apa?'

(menyembunyikan keinginan sebenar..) 'hmm..jalan-jalan2?lihat kehidupan di sana bagaimana..'

'jangan! jangan pirgi sana..bahaya..sana bukan seperti milazia..sana hidup susah..susah mahu cari kirja..'

'erk..? (saya cuma diamkan diri..kebetulan pesakit yang saya hantar sudah habis buat XRay..jadi saya beransur pergi tanpa menyambung kata2 lagi..) ok, assalamualaikum uncle..'

dengan dahi berkerut,saya meneruskan perjalanan tanpa berkalih ke belakang sedikit pun..teringat pulak satu ayat yang selalu saya terdengar di radio semasa dalam perjalanan pegi keja..

"bagaimana kita nak maju, kalau fikiran kita masih mundur?"

heran...

apapun,


SELAMAT BERJUANG PADA MEREKA YANG KELUAR IPB 4BULAN FEBRUARI INI
semoga Allah memilih kalian dan memudahkan perjalanan...insyaAllah...selamat mencontohi role model terkemuka dunia,Rasulullah saw...may Allah bless...

wassalam

2 comments:

Alfarisi said...

Assalamu'alaikum..

Sandakan rupanya bha..tanggungjawab markaz ana..insyaAllah, azam ke sana 1 ms nnt

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

waalaikumussalam..

insyaAllah iya..semoga Allah ikram kamu bagi mudahkan segala urusan...insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...