asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

_tak cantik..?

in the name of Allah S.W.T

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah demam kebah sudah..sore throat tertinggal bersama2 batuk..peringatan tanpa henti itu belas dariNya..terima kasih Allah..dan terima kasih semua sebab doakan saya sembuh :)

back to the topic..huhu apa yang tak cantik?

cantik itu perkara yang bersifat subjektif..lain orang lain citarasanya..lain hal lain pendapatnya..dan mungkin pada dia,dialah yang paling 'cantik' dari sudut yang dia fikirkan..huhu

cantik..

saya cantik tak? <---- hahaha...soalan x bleh blah...*giggles*

sini saya xnak cakap pasal rupa,wajah,anatomy seseorang..kerana Allah sudah mencantikkannya sejak azali lagi..lengkap segala yang asasi itu sudah cukup cantik! huh..jadi yang tak lengkap x cantik lah baya? NOPE! yang tak lengkap itu Allah jadikan sempurna...sempurna kasih sayang dariNya...masyaAllah..fikirkan yang positif jadikan hati kita semakin cantik..hihi :D

ok..

pasal cantik yang saya mau cakap adalah berkenaan dengan penampilan yang ditampilkan di khalayak ramai..its about satu kecantikan yang wujud daripada sumber inspirasi yang berbeza-beza..ada yang dengan kehendak sendiri..ada yang mengekalkan ke'simple'an dalam dunia moden nih..ada jugak yang dengan bangga meniru gaya2 artis luar@dalam negara berpakaian..haaa..ini paling ramai zaman nih, macam2 rupa bentuk ada.hmm anak muda (macam dah tua sangat pulak kan..uhuk!)

saya sangat suka akan kecantikan..yalah,wanita (erk..masih gadis kot?) mana yang tak suka akan kecantikan?keindahan?kecomelan? semua itu naturally happened inside..dan saya sangat suka cantik..CUMA, saya tidak akan menjadi cantik pada pandangan orang ramai masa kini..with all those things like mekap2, gincu bibir, or whatever..huhu

terus terang saya langsung TIDAK PANDAI mengenakan sebarang alat solek menyolek molek2 nih kat lapisan epidermis saya..sungguh bendasing!

"nanti kawen ko pakai jugak tuh.." (somebody ever told me before)

SIYES? kena pakai ka? haisss....sediakan TISU BANYAK2 bikin lap! heee~

dan saya suka tengok muka orang yg free of those things.benar..mereka sangat indah tanpa 'those things'..for me lah :)

aik...sampai ke solek menyolek tergolek ka sudah?tadi pasal penampilan n pemakaian...ish3..melalut sungguh..huhu maafkan kami :P

kembali serius ---> pada saya, penampilan yang menawan (bagi wanita sahaja) adalah yang ikut syariat agama ISLAM..makin kurang kulit kelihatan,semakin indah pada mata saya :D


tak cantik? (gambar hiasan)

jika kamu tidak suka..terserah dong,hehe..saya ada sebab tersendiri kenapa saya suka akan jenis penampilan sebegini.sebab saya rasa ianya sangat CANTIK hee...i can see the fire inside! benar..sebab tidak ramai yang ada kekuatan untuk pakai sebegini..bertabir (purdah/niqab) mencontohi sahabiah..wahh indahnya...huhuhu~

let me see if i have the strength to do so..hmm...kinda..hmm..at least..hmmmm...hmmm....

OKAY, I ADMIT! saya tak dapat istiqomah 24/7 lagi dalam hal ini..doakan saya supaya Allah beri saya kekuatan ya..jazakumullah :D


tak cantik ke? (sekadar gambar hiasan)

so cantiknya penampilan adalah yang menepati sunnah..itu sudah terlebih cantik pada saya..sebab..hmm..hmm..hmm.....i have my own reasons :D kekeke~

mungkin ada yang bakal membuat debat @ bahas seantero dunia bahawa itu amalan orang arab sebab iklim di arab berbeza dengan tempat lain.siap bagi contoh lagik..kalau Nabi lahir zaman hang tuah,xkan kita mo pakai keris di pinggang? hmm...sebelum menjawab,saya juga ada satu persoalan...amacam kita mo sampai ke zaman hang tuah kalau Al-Quran plak Allah belum wahyukan pada Nabi saw? ce cite,ce cite! huhuhu..aiyaa..kalau ia sudah menghampiri cara NABI saw dan sahabat/sahabiah pakai, maka tunjukkan pada saya manakah yang lebih baik?ikut sunnah atau terus punah? ohho..apa kau cakap ni baya..buat rileks sudah..no controversy needed.peace no war..eceh!



pakai keris? (juga gambar hiasan)

sudah2..yang penting kau paham apa itu cantik baya..cantik yang sebenarnya pada pandangan Allah :))

so..sekali lagi..cantik tak saya? <---- haha..soalan berulang *more.giggles*

seperti yang saya cakap di awal perenggan tuh, CANTIK ITU SUBJEKTIF..anything on earth is beautiful to anyone..huhu NEVER JUDGE, but THINK..it is the better way :)

wassalam..

12 comments:

mhafiz_ydin said...

Yup, cantik - yang cantik perlu ditutup, dipelihara.. Tapi Bidadari lagi cantik ma.. yeah~
Hanyasanya Allah jua yang Maha Cantik, Maha Indah, Maha Sempurna.

Ismi Ijmi said...

awak cantik.... (dari segi penulisan) !

tapi pakai purdah bukan kerana cantik ya!,heh

seorangnenektua said...

asalamualaikum. semoga baya mendapat jodoh yang baik he he he dan melihat cantiknya baya bukan dari luaran tapi cantiknya hati budi baya...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

mhafiz_ydin:

ya,benar-benar...Allah jua yang MAHA CANTIK dan INDAH...huhuhu :)

bidadari sangat cantik,tiada cacat celanya...huhu mana sama ngan manusia..heee :)

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ibnu mutalib:

heh..cantik ke...huhuhu

pakai purdah sebab ikut sunnah insyaAllah..peringatan buat saya..jazakallah :)

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

seorangnenektua:

waalaikumussalam...

insyaALLAH...Allahumma amin...semoga Allah memakbulkan doanya :)

Hidayatullah said...

bhynye kalau org ckp Nabi kalau diturunkan kat Malaysia..dia akan pakai baju melayu.. samping keris ..tanjak.. aaaa..ape lg eh.. he2
bhy sbb..ble ckp mcm 2.. kita sbnrnye ckp nabi nih.. diturunkan ikut org..ikut pakaian mereka.. ikut pemikiran mereka.. ada ke patut nabi mcm nh?Nabi mesti la ikut apa yg ALLAH perintahkan..

WA

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

hidayatullah:

hmm...benar...nabi hanya ikut perintah Allah...

wallahu'alam...

penchacaiz said...

haha....

dulu time balik tusyen ade nampak bdk skola agame pki purdah kat busten.

aku ckp kat kwn aq (bdk skola agame)
"asl die pki purdah? mesti huduh kan..."

haha...member aq marah aku kaw2...

aq terus tak phm.

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

penchacaiz:

hang mmg nak kene kot masa tuh..hehe

xpa2..zaman budak sekolah lagi..hehe moga Allah bagi kefahaman..eceh..

pakai purdah bukan sebab huduh,tapi sebab sunnah kut? :)

dan wanita yg punya rupa menawan digalakkan pakai purdah..takut meruntun hati manusia bernama lelaki...ehe..

apapun, wallahu'alam~

Alfarisi said...

suka tengok gambar 'Tak cantik?' & 'Tak cantik ke?' sebab memang cantik..

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

alfarisi:

mmg cantik kan?

saya pun boleh terpikat..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...