asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 12, 2011

_sorry..

in the name of Allah..
assalamualaikum wbt..
akhir2 ni saya agak perasan busy..DUNIA..isk3..doakan saya supaya saya busy untuk AKHIRAT pulak amin inshaAllah T_T

busy sangat ke?
dan akhir2 ni saya hanya banyak membaca,tidak mengulas..sebab saya cetek ilmu untuk mengulas panjang tentang berita2 mutakhir..hmm..saya cuma rajin mencerna dengan pemikiran kuno saya ni ^^y
BERSYUKUR, atas nikmat Allah yang Maha Pengasih kepada semua manusia..dan Maha Penyayang kepada semua muslim serata dunia..sungguh Engkau Maha Hebat ya Allah!
macam-macam saya mau tulis..hmm..mula dari mana ya?
isu hangat sekarang pun pasal ijtimak..bukan ijtimak tonggi atau ijtimak malaysia..tapi ijtimak (perhimpunan) clean 2.0..mula-mula saya nak ambil tahu akan hal ini, tapi bila semua pihak saling menjatuhkan sesama sendiri, saya jadi hairan dan bosan. sorry to say, equal but in different ways.
saya bukan tidak kisah, malah saya rasa kasihan dan saya tidak pandai mengulas :)
9 July 2011, saya kerja di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis. xda masa nak fikir hal itu, sebab saya 'busy' fikirkan manusia yang memerlukan rawatan, sekaligus lupa akan hal itu. heh, saya perasan busy.
baya, berdoa untuk sesuatu yang lebih baik. manusia tidak sempurna, tapi perlu berusaha untuk menyempurnakan dirinya sekadar kemampuannya. Allah kuasa makhluk tiada kuasa.
inshaAllah :)
nisfu syaaban menghampiri. Ramadhan penuh syahdu mendekati. persediaan? mashaAllah!
kitab baru bakal dikurniakan. sempatkah saya merasainya? oh! doakan saya bertaubat sepanjang masa, sebelum kain putih menyelubungi tubuh yang sering berbuat dosa! kitab saya pasti banyak catatan dosa, TAUBATLAH!
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
sedarlah baya, kau tidak punya banyak masa.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)
mashaAllah!
get ready..segera!
di kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada semua. saya juga ada menyertakan gambar-gambar comel, semoga anda semua memaafkan khilaf saya :)

saya, baya, seorang pelupa yang teruk. huhu. maafkan saya atas memori yang tidak bertahan lama, saya pun tidak pasti mengapa..Allah, semua itu Engkau telah takdirkan kejadiannya..perlukah daku mempersoalkan? NO! be grateful! :)
jika saya terlupa untuk minta maaf atau berterima kasih, maka sentiasalah maafkan kesilapan saya. sesungguhnya saya insan lemah lagi dhaif..

jika saya terlupa untuk senyum pada anda, maafkanlah saya. mungkin saya bermasalah atau saya terlambat senyum. jadi saya senyum siap2 boleh? (^________________^)

fokus pada muka hamster yang bersungguh-sungguh itu, bukan warna :)
jika saya terlupa balas mesej anda, maknanya saya betul2 terlupa. dan bila sudah teringat akan mesej itu, saya lupakan pula. sebab sudah berlalu, basi orang bilang.huhu~

jika saya terlupa atau melupakan kebajikan anda sebagai teman/sahabat saya..maafkan saya..saya tidak sehebat junjungan mulia Nabi s.a.w serta shabah/sahabiah r.anhuma T_T

jika saya tidak angkat call anda, itu maknanya saya sudah tidur atau saya tidak dengar.hehe.atau saya sudah _______ (fill in the blank)
dan jika dan jika lagi..maafkan lah diri ini ya..jazakumullahu khairan kathiran! semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan memberi hidayah dan taufiqNya setiap masa. AMIN!

err..kuning itu tetap warna ciptaan Allah SWT :)
..dan terakhirnya..
jika esok bukan milik saya, maka doakanlah supaya saya bisa tersenyum dalam perhimpunan terBersih di padang Mahsyar dan kita bisa berjumpa di syurga! AMIN :)
-kerana diriku insan lemah-

wassalam..

2 comments:

Unknown said...

inshallah,akan bersma dgn org yg di kasihi...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

anak pendang:

jazakallah..inshaAllah..Allahumma amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...