asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 22, 2011

_kehidupan diteruskan..

in the name of Allah..assalamualaikum wbt..

:)

lama beno nda update mera bloggy hei..mera matlab..err..okay, saya fail bahasa urdu, hehe :P

alhamdulillah, living as a slave of my Rabb, a daughter, a sister, a friend and even as a super senior in college..alhamdulillah..smiling over and over again, its a big bless!

inshaAllah kini, masih menyambung praktikal untuk tahun tiga, tahun terakhir pengajian dalam latihan untuk bergelar seorang Medical Assistant. di negara luar orang panggil paramedic. sekarang masih berpraktikal di Klinik Kesihatan Kota Sarang Semut, Kota Setar, Kedah.


berjumpa dengan orang-orang kampung..senyuman tertebar luas saat menjejaki klinik untuk bertugas..dipanggil dokter..ohhh..hehe..tumpang sekaki title doktor walhal pembantu perubatan PELATIH saja.. :P

"assalamualaikum..sakit pa haghi nih?"

soalan rutin yang tidak lekang dari bibir setiap hari..tapi kalau non-muslim ucapkan selamat saja. depa pun paham. hee.

ok..sudah2la pasal kerja..sekarang bercerita sesuatu..mari cerita pasal kerja yang lebih utama..hati sudah beku sebeku iceberg yang kapal Titanic langgar hingga karam di lautan! urgh!i need a break dowh..

***

saya ada terbaca satu entry di blog ini berkenaan jemaah yang menghidupkan usaha atas iman. mashaAllah. hidayah itu milik Allah. sungguh terkesima dan kagum dengan usaha agama ini or people rather call it as jemaah tabligh.

ndapa..gelarlah apapun..asalkan pokok pangkalnya benar..asalkan caranya betul dan mengikut sunnahnya Nabiullah..peredaran zaman tidak patut dijadikan alasan untuk ketepikan sunnah Nabi s.a.w yang mulia ini..kerana kejadian manusia tetap sama, fitrahnya tetap sama, maka cara untuk mengajak manusia ke jalan yang benar juga perlu sama seperti yang telah diajarkan Nabi s.a.w kepada kita..

inshaAllah semoga hidayah Allah tersebar seluruh alam asbab jemaah keluar berkorban kehidupan di jalan Allah..bukan mudah nak mujahadah tahu, tambah2 yang sudah berkeluarga. membaca karkuzari dari blog2 karkun buat saya terkesima sendiri. mampukah diri ini melawan nafsu dunia untuk akhirat? ingat..wanita juga perlu berkorban hati dan perasaan demi agama Allah..yelah nanti suami (in future?) bagitau mau p khuruj lepas menikah dua hari, x ke naya hati tuh. kalau bukan kerana cinta, yakin pada Allah dan dengan izin Allah, semuanya pasti berantakan. inshaAllah, Allah bagi mudah.mudah.mudah. amin! :)

amboiiiii..kesitu pulak cik baya ni songeh sorang-sorang. hehe. sebagai peringatan kepada diri yang lemah ini. Allah...semoga Allah beri saya kekuatan untuk sentiasa mujahadah dalam dunia yang fana, inshaAllah (please aminkan. hee)

***

mencari ketenangan dalam dakapan iman. sedang berusaha meneruskan pembacaan kitab dan menghabiskan pembacaan novel Isabella. huhu. best novel ni. perbandingan agama Islam dan kristian, nukilan Maulana Muhammad Saeed Dehlvi (terjemahan sasterawan negara, bukan A. Samad Said) alhamdulillah, baru beli semalam (jiah yang belikan,main kirim2 jak.haha), sudah separuh cerita dibaca. aikkk novel ni lah novel pertama yang saya baca paling sekejap seumur hidup saya. hahaha biasanya memakan masa hingga seminggu atau berbulan untuk sebuah novel. haha



bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran..ingatlah sesungguhnya hati akan tenang mengingati Allah..

bapa sedang sakit lagi di sana, mohon doanya sekalian pembaca (kiranya ada). jazakaAllah khairan kathiran!

hati penuh duka, wajah dihias senyuman. hanya mahu bersendirian, tidak perlu disebarkan. sekadar titik di dalam kalbu yang bisa memendam segala yang pahit bukan untuk ditelan, namun perlu disulam dengan ingatan dan berdoa pada Tuhan. inshaAllah hati bisa tenang. ku tahu ikramul muslimin memainkan peranan yang penting dalam kehidupan, kerana itu dukaku bukan untuk santapan sahabat2ku. pasti mereka juga punya beribu kedukaan yang tidak diketahui aku. ahh..bisa saja aku membuang segalanya, namun kerana Tuhan dan kasih sayang, ku suburkan hubungan yang akarnya persahabatan, Lillahi ta'ala.

STOP?



wassalam..


4 comments:

~PENCHENTA~ said...

Meh belajar Urdu sama2. :)

Saya baru tahu pasal tabligh ni sem lepas kak. Dalam tempoh tu baru dapat belajar pasal mereka.

Some says, orang Tabligh ni tak bagus. Bangga diri. Tapi sebenarnya bila kenal betul2 mereka ni, kita akan belajar positive in every ways.

Mungkin yang mereka lihat tu cuma seorang dari mereka. Yang merasakan setelah keluar 40 hari, mereka adalah lebih baik dari yang lain. Merasa puas dengan amal.

Tapi macam mana pula dengan mereka yang menginjak umur 80 pun masih khuruj lagi? Samakah mereka?

Hmm. Seronoknya dapat hidupkan sunnah Baginda. :')

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

PENCHENTA:

mari3!! :D

hajat di hati ingin sangat belajar bahasa arab dan urdu. huhu. inshaAllah :)

sepanjang Allah bagi akak kenal dengan usaha agama ni, akak masih belum nampak mereka yang jenis itu. wal nauzubillah, semoga tak ada. amin3.

semoga hidayah milik Allah itu menusuk kesetiap relung hati yang rapuh, terutama akak...wuwuwuwu T_T

inshaAllah, doa supaya Allah bagi faham mereka yang tak faham dan menajamkan kefahaman setiap yang ingin memahaminya. inshaAllah yang benar itu hanya di jalan Allah mengikut sunnahnya Nabi s.a.w..

sungguh seronok kan..mari azam untuk terjun dalam medan ini suatu hari kelak inshaAllah..amin3!

:')

Hidayatullah said...

Maulana Ilyas penah bagi tau..ak tidak risau org luar rosakkan usaha ni..tp risau org yg bwat usaha sendri yg rosakan usaha nih.. n sy la yg spoilkan usaha nih.. smpai org pandang buruk.. sy la puncanya

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

hidayatullah:

Allahuakbar..semoga Allah permudah urusan..usaha ini sungguh mulia..semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah..

inshaAllah Dia lebih tahu yang berlaku dan apa yang terbaik untuk semua..Allah kuasa makhluk x kuasa..

inshaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...