bahagianya mereka.senyum yang tiada salahnya. Ya ALLAH betapa ana rindu senyum dan tawa itu...
berpijak di bumi baru bagi ana ini,hati ana agak berkecamuk juga.rasanya tiada yang lebih istimewa jika dibanding dengan ketenangan di sana...walau masalah membalun ana namun ana tetap tenang di sisi roh insan tersayang...
dalam terik sang suria menyengat kulit ana...hmmm...rasa baju dah basah lencun dengan toksik yang meresap keluar dari kalenjar peluh ana... kaki melangkah menuju rumah ALLAH,hati ana rasa ada benda yang perlu ana sempurnakan. sepatutnya waktu ini ana bersama kak ina...round2 KK,centre point orang kata...tapi ana gelarnya 'cruel palace'..haha jahat pulak.tapi ada sebab kenapa ana cakap macam tu...ana tak suka dengan suasana sesak dan orang2 sekeliling yang...sendiri mau ingatlah...hehex payah mau describe lebih lanjut,nanti banyak dosa pulak...
"aku mau balik"
respon ringkas aku ajukan pada soalan kak ina
"tauka macam mana mau balik?"
"ndakpa aku boleh survive sendiri.boleh tanya orang jugak."
agak kurang ajar jawapan ana tu pada kak ina,satu2nya kakak yang banyak ana banyak pengajaran secara langsung ataupun tidak. sungguh waktu itu ana hanya fikir nak balik...hati ana meronta nak pulang ke U...kejam jugak ana tapi itulah ana dalam keadaan yang terdesak...ana cuma nak larikan diri dari susana bandar yang menyakitkan hati,mata dan merosakkan pikiran ana...pada fikiran ana,lebih baik tidur di masjid dari buang masa di pusat bandar macam tu.hati ana tak tenang langsung...hmmm..padanlah ana terus balik melulu.maaf kak ina,ana meragut kepercayaan kak ina saat itu.
penatnya ya Rabbi...ana terpaksa jalan dari luar pagar UMS sampai ke masjid sebab ana salah naik bas...huhu padan muka ana.dengan kudrat dan kekuatan serta keyakinan ana pada Qadar ILLAHI,terus jua ana melangkah dalam sengatan panasnya matahari...
hati bagai di curahkan air sejuk bersuhu 0'C (hehe) bila tiba di perkarangan masjid.inilah destinasi terbaik untuk ana menyendiri...hanya ada ana Allah dan makhluk ciptaanNYA di sekeliling ana...melihat damainya suasana hati ana luluh sendiri,betapa Agungnya Engkau ya Allah...
bagi ana ini cabarannya.kampung ana menetap jauh dari 'pusat ketenangan' nie.sukar untuk digambarkan keadaannya namun memang satu dugaan bagi ana sebagai sorang gadis biasa.
azan asar berkumandang,waktunya untuk bersiap bertemu denganNYA.namun parah juga bila ana sedar ana tak dapat turut serta jamaah asar dan tahiyatul masjid di sini.masalah perempuan betul....bukan satu keluhan tapi pasrah.petang itu ana tidur senyenyaknya berbantalkan lengan di tingkat satu masjid UMS.akibat lelah yang teramat sangat an,waktu asar itu jua ana santap.aduh...ana dah tak dapat tahan ngantuk dan penat ana...
tidur ana untuk rehat.memang lebih nikmat berbanding tidur beralas tilam empuk di hostel...inilah istimewanya.sungguh tahap ketenangan itu ana saja yang dapat describe untuk diri ana sendiri.ana terjaga saat perjumpaan EKSAH bermula..baru ana teringat,ana datang masjid ni ada satu tujuan.ada hal yang perlu ana buat,tapi kenapa ana boleh lupa ya??hmm khusyuk sangat nak ke masjid sampai lupa tujuan sebenar.astaghfirullahaladzim...
meeting selesai...santapan berjemaah dan ikatan ukhwah dikukuhkan.alhamdulillah ana dapat satu pengajaran hari ini...
'tiap-tiap satu kejadian itu ada makna tersendiri dan asbab musabab yang rasional...ALLAH menguji hambaNYA tepat dengan kemampuan hambaNYA itu...'
tapi...ana masih rasa asing di bumi UMS ini...rindu ana pada mereka di sana semakin menggunung...
wallahu'alamu
No comments:
Post a Comment