asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Wednesday, July 23, 2008

nukilanku

pertemuan ibarat satu perpisahan
bezanya cuma senda dan tangis
yang mendamba kasih perlukan pedoman
yang mencari harta perlukan bimbingan
kasihnya Rabbi bukan pada zahir
segalanya terungkap tiba saatnya nanti
siapa pun kita di mana pun kita
tetap jua tunduk padaNYA
para hati yang tawadduk membingkis rindu
menyanjung agungnya kebesaran Tuhannya
mencari damai ukhrawi
dalam rentetan hidup pertembungan waktu
tiada yang sia-sia untuk akhirat
dijanjikan syurga pada ketaqwaan
jahannam untuk yang lalai terleka
sungguh di mana pun melangkah
pertemuan iti pasti ada
perpisahan bukan penentu
tika nyawa di hujung hembusan nafas
urusan kini untuk DIA
segalanya kita yang pilih
usahakan hidayat bayan-bayan perjuangan
jihad,syahid satu rebutan
yang terpilih itu bertuah
cuma harapan
harapan dan keyakinan
cinta Tuhan itu pada hambaNYA
cuma perlu iman pada ad-deen NYA
benarlah kata mereka
iman itu pokok pangkal segala keimanan
maka ikhlaslah hati pada cinta itu
ketentuan pasti ada jua
wallahu'alamu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...