asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Friday, October 24, 2008

Abi Burdah r.a pernah melihat Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf keliling Ka’bah. Lelaki tersebut sedang ,mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.” Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?” Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafanya (yakni ketika ibunya melahirkannya).”
(sanad sahih: al-Bukhari)

“Salam sayang buat ibunda tercinta….
Salam kasih buatmu insan teristimewa….
Salam manis dari anak manja…
Anakmu ini ingin meluahkan rasa cinta padamu walau agak telat untuk ana berubah…

Saat ini aku sendirian……aku tatap wajah mak yang tengah tidur nyenyak, sedap mak tidur. Tapi aku tak boleh tidur……….aku kena jaga mak jugak…Dua minggu mak terbaring di hospital…hati ni rasa pilu jak…dalam dua minggu itu juga aku yang jaga mak siang malam. Cuma terkadang aku ganti dengan kazenku atas sebab2 tertentu. Itu pun mak tak sudi aku balik rumah.aduh, pedih rasa hati...

Mak berkeras nak balik rumah.nak sangat dok di rumah even penyakit mak agak parah jugak…doctor kata baik buat pembedahan dan buang bahagian yang infected. Tapi malang mak ni degil sangat…n terkadang aku termenung kejap, aku juga degil macam mak.hmm mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan??? Ok, mak tetap suruh kitorang kuarkan dia dari spital tue.nak jadi anak dengar cakap, trus jak buat.daripada mak marah2 tak tentu pasal.tapi sampai sekarang aku jugak yang rasa bersalah yang teramat sangat…

Mak dalam keadaan tenat.darah asyik kuar jak.ntahlah, berketul-ketul pulak tu…aku ni bukanlah bodoh sangat tapi aku tau keadaan tak normal. Satu kampong heboh mak sakit tenat, suma nak datang berziarah..sakit jugak hati bila ada yang datang tym mak nak rehat2.tapi mak kata tamu tak boleh tolak, mesti layan baik2.dah sakit tapi masih nak layan orang. Adeh, aku pun tak paham..

‘mak…dah siap ni…jomlah makan…jom???’
‘malas mau makan, kau makanlah sendiri…’
‘Eh, orang masak untuk mak,mana boleh aku yang makan.mak, makanlah..nanti mak tiada tenaga…ya?’
‘sinilah kau suap aku…’

Mak memang malas makan n malas berjalan…ntah kenapa. Aku taulah aku masak tak pro macam mak, tapi aku usaha jugak..aku tak salahkan mak, aku yang tak pandai pujuk. Bila aku mengantuk aku baring di sebelah mak…bau mak memang sedap, best sangat. Rasa manja sangat dalam dakapan mak..hehe. mak selalu tegur, macam budak-budak aku ni tapi aku tak kisah. Memang aku budak-budak depan mak.

Hari ni aku rasa gerun, hati aku memang rasa tak sedap sangat. Makcik sebelah mak dah lama berkampung di rumah ni..rumah pun selalu sesak dengan orang…apa ni???
hei!!! Mak sihatlah…!!! Mak tak apa2…!! Apsal korang datang datang macam mak ni teruk sangat sakitnya??? Please give her a break…and she breaks for……………….

Mak kata tak dapat bernafas lancar. Pergerakannya pun terbatas, dari sini aku nampak mak lemah sangat. Kenapa ni mak? Apa yang tak kena?

Malam tu mak tak dapat baring dan mak kena duduk if nak bernafas baik2. Aku sanggup jadi tempat mak bersandar, bagi mak baring di bahu aku dan aku menangis tengok mak macam tu…mak suruh aku diam, jangan menangis. Aku tetap menangis jugak…….tapi aku kecilkan suara, aku sembunyikan segala kepedihan hati ni buat mak gembira. Malam itu aku tak tidur, aku asyik pikirkan keadaan mak. Aku diam jak. Ketenangan aku hilang seketika…

Aku sibuk melayan sepupu2 yang betandang ke rumah..aku Cuma dapat tengok mak dari jauh. Asyik2 makcik2 jak yang duduk sebelah mak yang terbaring tenat tu. Aku pun nak. Tapi diorang kata sekejap and sekejap and sekejap.

Maghrib tu mak dah tak bercakap, kenapa? Aduh aku pun bingung. Mak diam sepanjang baringnya. Nafas mak tiba2 sesak, mak pun bernafas perlahan sangat. Aku duduk sebelah mak dengan cucuran airmata…..makcik sebelah kanan dan kiri kata jangan nangis, sebut Laailahaillallah…..aduh, aku tetap menangis jugak. Datang sorang lelaki berjubah putih, berkopiah dan berjanggut. Dalam bisikan hatiku, sapa pulak ni??? Dia datang dekat mak….

‘Insya ALLAH jam 7 dia jalan nie…’

Hah!!!!!!!!
Tidak!!!!
Mustahil!!!!

Aku makin sebak, mak……………kenapa ni??? Makcik2 sume halang aku dari duduk sebelah mak sebab aku asyik nangis jak…tapi…………….

Tepat pukul tujuh mak diam selamanya…
aku pun terus diam, aku tak dapat terima kenyataan ini……….
mak dah berhadapan dengan sakaratul maut………..
mak dah pergi jauh dari aku…………
aku peluk bapa, and pastu aku duduk dalam dapur…aku diam dalam tangisan….. MAK………………………………………..!!!!!!!
aku meraung dalam hati, aku taknak bapa tambah sedih….
aku tengok pula adik2 yang tak tau apa2….
rasa bahu ni berat, tanggungjawab aku makin berat……

Aku kucup dahi mak, dan ucapkan selamat tinggal buat insan yang sangat mengasihiku….
Kasih ini mustahil terganti
Insan yang beriku kehidupan
Yang beriku kebahagiaan
Yang cintai aku kerana sayang mendalam
Dan
Walau aku khianat, mak tetap sayang……………………………………..

Aku sayang mak………..al fatihah……………”






Tertanam naluri keibuan
Amat mendalam di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu dibahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakap ibu penuh girang
Masih kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Bertapa ku merindu lembutnya belaian ibu
Membawa ku ke syurga
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Diwajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakap ibu penuh girang
Masih kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhtah dikau di jiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa ku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawa ku ke syurga
Bersemi
Belaian kasih sayang
yang berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan
Anak-anakmu
Oh ibu…

13 comments:

An-Nurul Harir said...

as a roomate..Al-Fatihah for ur mother ukhti ya akhwat..you never told me abt this story..

ukhti said...

asif
but its not an interesting story to be shared...

touch_skill said...

aku anti bida"ah... usrah adalah bida"ah... kullu bidda'ati dholalah..kulu dholalatunfinnar... semua bidaah itu sesat..semua yang sesat masuk NERAKA... nak kamu masuk neraka?.. saya tak nak.. adik2 pun tak nak kan? dan saya pun taknak adik2 dan seluruh umat ni masuk neraka... moral dari cerita itu.. JAUHI USRAH...

ukhti said...

hmmm

PIANED said...

joshnya pak cik jemaah tasykil ne..........jgnlah ckp smpai mcm 2 skali........hbs kita solat tarawih di bwh 1 imam 2 umar yang buat,yg kumpul al-quran pun sama.....wpun x stuju jgnlah smpai g2 skali....................saya pun sama x stuju dgn diaorang...tp jgn lah sampai masuk nerakalah.....kita ne buat jak usaha yang betul tp x pandai betul2 gak diri kita ne......tambah korban......cari ilmu dan zikir....kata maulana ilyas ilmu dan zikir 2 umpama sayap dan tanpa ke2 sayap kamu tidak akan dapat terbang.......

ukhti said...

ana sekarang ni agak sakit jiwa jugak dengan keadaan ana sendiri...di kawasan ana ni pun, depan rumah memang ada sekumpulan jemaah tabligh yang stay kat surau tue...masalahnya nak tanya pun...malu...diorang ajak ana gi surau tuh ngan orang kampung(wanita) untuk imarahkan surau..ana pun ada rasa pelik...nak pegi tapi ana tak berteman. kampung ana tue bukanlah kampung islami sangat even pnduduknya semua islam...entahlah...parah ni parah...

ukhti said...

oh ya..dorang ajak ana gi jumaat ni...solat jumaat sama2.ana suh adik jak jinak2 ke surau, pastu kata adik dorang ada bagi bayan jugak...masalahnya, sorang pompuan pun ana tak penah tengok jejak surau tu melainkan hari jumaat...ada pandangan???

PIANED said...

jemaah masturat yang diadakan di rumah2......aktiviti ta'lim,bayan....klu bayan lelaki akan bagi bayan dari sebalik tabir di rumah yang telah di putuskan....dan masturat2 bleh datang ke rumah tersebut.....saya syorkan suruhlah adik ikut ziarah2....pas 2 suruhlah dia tanya di mana ada majlis masturat....dan adik awak bleh la bawa awak ke sana.....

PIANED said...

datang bersama mahram

PIANED said...

di rumah bleh lah amalkan baca ta'lim samada kitab fadail amal o munthakab ahadith.....tetapkan 1 waktu dan baca tiap hari...

PIANED said...

itu kitab2 yang ulama usulkan untuk islah....targhib wa tarhib

PIANED said...

yang saya maksudkan dengan umar itu adalh bid'ah hasanah.....tp yang bnyk skang ne bid'ah yang menyesatkan bukan seperti umar...bid'ah hasanah tidak bolehlah di buat sewenang2nya...kerana kita perlu kaji dengan mendalam dan ini adalah kerja alim ulama dan kita bleh ikut mana2 alim ulama yang haq asal jangan melencong kiri o kanan....straight way jak...

PIANED said...

sapa yang ajak kamu???(klu bleh jawab kat post ysng terkini xpun lebih senang jawab kat blog saya hnya cadangan)...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...