sebelum mengatakan lebih lanjut hal ini, ana juga ingin mempersoalkan, adakah islam sahaja yang tindas wanita? (pada pandangan umumlah)...kita berbalik pada perundangan tamadun terdahulu yang mungkin dapat buka mata kita tentang kedudukan wanita dalam masyarakat tertentu.
PERUNDANGAN INGGERIS
- dalam tamadun Inggeris, undang2 yang digubal pada tahun 1805M menyatakan bahawa:
- suami diharuskan menjual isteri dengan harga minima 6 sen sahaja. tapi kemudiannya undang2 ini dimansuhkan.
- dalam tamadun Perancis, Sivil Perancis (code napoleon) perkara 217 mencatatkan bahawa:
- perempuan yang telah berkahwin harus mendapat kebenaran bertulis daripada suami apabila ingin melakukan sesuatu perkara.
PERUNDANGAN GREEK
- wanita dikurung dalam rumah, tidak diberi peluang langsung untuk belajar dan dihina malah dianggap khadam yang najis.
- wanita boleh di jual beli seperti barang dagangan, tidak punya hak untuk membantah. tiada hak lain kecuali minum, makan, tempat tinggal dan pakaian.
- dalam kemuncak tamadun Greek, wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu lelaki. model-model perempuan bogel (astaghfirullah..ini fakta ya) dipopularkan hingga menyebabkan keruntuhan moral dan mengakibatkan keruntuhan tamadun ini.
PERUNDANGAN YAHUDI
Talmud (tafsiran taurat) mencatatkan bahawa:
- "tidak boleh seorang wanita yahudi mengadu kepada sesiapa jika didapati suaminya melakukan hubungan seks/sulit dengan wanita lain walaupun di dalam rumahnya sendiri. ini dianggap satu dosa bagi agama mereka"
lihatlah kedudukan wanita dalam beberapa tamadun yang ana boleh berikan di sini. sangat berbeza dan bertentangan dengan islam. wanita dari perspektif pelbagai tamadun tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya. wanita lagaknya menjadi bahan yang dicipta untuk memenuhi kehendak lelaki. mereka tidak mempunyai hak untuk memiliki seperti golongan lelaki pada masa itu dan dalam agama tertentu.
amat berbeza perspektif islam terhadap kaum wanita yakni muslimah. ana bangga menjadi ukhti yang beragama islam dan mencintai agama kerana betapa wanita amat dihargai, dihormati serta disayangi.bermula dari perutusan Nabi SAW yang menganjurkan suruhan Allah yang menyatakan bahawa semua manusia adalah sama taraf. namun dalam beberapa perkara wanita diberi kelebihan khusus. contohnya islam meletakkan wanita khususnya para ummi ke suatu tempat yang lebih mulia berbanding seorang walid di mana kedudukan ummi adalah 3:1 berbanding walid. sebagaimana yang disebut dalam hadith Rasulullah yang masyur ini "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." jelas dan nyata wanita amat dikasihi. dalam perkahwinan pula, wanita punya banyak keistimewaan yang sangat setimpal dengan keadaan rohani wanita yang bersifat lemah lembut dan ingin dikasihi serta perhatian dari suaminya. contoh mudah adalah dalam keadaan bila mana dalam satu rumah tangga itu, suami dan isteri mempunyai pekerjaan masing2. dalam islam, hasil gaji daripada pihak isteri adalah diharamkan sama sekali untuk si suami menggunakannya kecuali dengan keizinan isterinya...ini untuk menjaga kebajikan si isteri dan menampakkan bahawa dalam rumah tangga, suami yang wajib memberi nafkah untuk keluarga, bukannya isteri dan ini juga memuliakan pihak kaum wanita. dan yang istimewanya, pihak isteri boleh menggunakan duit suami walaupun tanpa keizinan suaminya kerana itu adalah nafkah dalam islam.
begitulah lebih kurang keistimewaan wanita. bukan ingin terlalu memuji wanita di dunia ini, namun jika wanita itu faham akan kelebihan yang diberikan Allah, tentu dia faham kenapa Allah mensyariatkan fiqh wanita yang wajib dipatuhi jika ingin lebih disayangi oleh Allah SWT serta orang2 yang beriman di sekeliling dunia. itulah wanita dalam pandangan islam. ana bukan ingin memburukkan tamadun lain namun ini kenyataan dan fakta dunia di mana seluruh dunia menganggapnya sejarah silam, tapi jika didalami dengan lebih lanjut, tanpa yang silam tiadalah yang masa kini. cuba fikir2kan bukan sejenak tapi biar berjenak-jenak...hehehe
maka sayangi diri anda bagi wanita dan sayangi wanita bagi para lelaki yang baca post ana ini..
wallhu'alamu...
7 comments:
uiiina...kenapa ko guna gambar favourite ku tu...lawa kan kalau perempuan pakai purdah. kalau di ums ni, nda dibenarkan bepurdah..kan ukhti ya akhwat??mesti ko teringin kan pakai purdah..macam aisha ayat2 cinta..lawa siot
hmmm
ingin tu tersangatlah...tapi ana masih perlu pengukuhan akidah dulu untuk bawa contoh muslimah.ana masih hamba lemah tapi keinginan tu besar sangat...huhu
islam lah yang menjaga wanita dgn cara terbaik.....tp hr ini org xnak trima...................
itulah masalah orang...bila lihat yang baik dianggap pelik, yang luarbiasa dianggap hebat dan menarik...wallahua'alam
entahlah...
cam kene je timing dengan fenomena AAC..
anyway..salam ta'aruf buat sis berdua..
aku juga mencari bekal seperti kalian..
salam ta'aruf juga...
bekal?maksudnya?
Post a Comment