asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 28, 2009

kembara ukhuwwah

Ana pernah berkunjung ke Tawau semata nak jumpa dengan sahabat lama yang amat dirindui. Ukhuwwah kami amat ana hargai, dan ana niatkan kembara ke Tawau ini adalah kerana Allah SWT. Kerana Allah telah menemukan ana dengan dia, jadi sahabat ana di KML dulu dan dia juga mengajak ana untuk join al-Irfaan. Allah memilih dia sebagai wasilah untuk ana sedar betapa Allah Maha Menyayangi diri ini. Terima kasih sahabat. Walaupun sedikit kecewa dan terkilan sebab seorang sahabat tidak dapat hadir ketika kami menjemput dengan penuh semangat sukacitawati (ape2 jelah). Dia punya masalah peribadi tersendirian berhad. So ana relakan saja, walaupun benar-benar ingin berjumpa dengan mereka berdua. Kenangan yang tak mungkin luput, sebab tak pernah set pun tarikh luput..huhu kamu masih berada dalam potret yang ana simpan dalam leptop. Hehe so takkan hilang pun..=)

Sepanjang keberadaan ana di tawau yang luas itu, ana dapat bezakan apa yang lain daripada tempat tinggal ana. Bandar tawau ini besar, dan complicated. Sebab sepatah haram pun ana tak tahu menahu pasal selok beloknya tawau. Huhu..sal kata kami nak ke Bandar. Tapi jalan macam nak ke kampung, dia ambil banyak shortcut (sal bawa keta). Pandai gak dia bawa keta nih, lau tak pandai takkan dapat lessen plak. Huu



Pernah tak korang dengar satu juadah yang bertajuk ‘ABC milo’ (milo boikot!)? ana baru tahu pasal kewujudan menatang tuh dan diorang gi pesankan untuk ana. Bila ana tanya ada tak perisa lain? Horlicks ke?? Diorang kata ada…wawawa bila nak tukar menu, pesanan dah sampai. Hampeh! Terpaksalah makan dan dibelanja pulak oleh seorang sahabat yang betul2 happy sebab dah beli leptop baru..heee (makan free lagi) bakal doktor yang still study kat USM Kelantan. Good Luck sahabat2ku!

Oleh kerana ana nih bukanlah seorang kaki jalan, jadi banyak masa ana habiskan di rumah sal dan lepak dengan sorang budak nakal yang digelar Cici. Kebetulan mak dia terpaksa O.T (overtime) satu malam dan bapa dia out station, so bertiduranlah dia dengan kami semua di rumah sal pada malam kedua ana berada di tawau. Dia bawa ana bersembang, actually dia jek yang banyak cakap. Kuat berceloteh betul budak nih..geram ana tengok.

Maghrib tuh dia tengok ana siap-siap nak solat, dia masuk dan tanya “kakak sudah sembahyang ka?” ana pun geleng tanda belum, ana tanyalah kenapa? Di kata, “aku lah sembahyang dulu kalau gitu. Kakak jangan tengok ya, aku mau sembahyang nih. Pusing belakang.” Terpaksalah jua ana turuti kehendak anak kecil nih. Selesai solat, dia kata “okay kak dah siap, kakak lah solat lagi” huhu sekejap jugak dia solat, tapi takpe, at least dia ada minat nak solat. Huhu~~

CICI, bila ana tanya apa nama betul dia, dia sengih-sengih dan kata; “kak, nama betulku kan syikin, hehe..” punyalah ana percaya bulat-bulat apa yang dia kata tuh. Sebab nama cici hamper2 gak ngan syikin. Pagi tuh sebelum berangkat pulang, mak sal sediakan sarapan untuk kami. Ada gak budak cici nih, punya awal dia bangun, pastue direct mandi plak tuh. Ingatkan dia ngigau ke hapa (biasanya dia bangun lewat gak), rupanya nak ikut hantar ana nek bas. Hee..terharu rasanya. Dan pagi itulah pecah segala tembelang si cici nih, dia bagitau kat ana nama dia syikin, pastu mak sal kata bukan. Rupanya nama dia yang sebenar adalah Refa Haziqa. Masya Allah, ana tertipu dek budak nih..wuu tym tu gak dia ketawa besar dan pandang ana semacam. Hehe tau gak segan..”oh..syikinlah nama cici ya?” sindiran ana padanya, bertambah lagi ketawanya, ana tau dia dah malu2. Hehe..sebelum bas ana sampai di taman sri indah tu, cici sempat bertanya; “kak, bila lagi kakak datang sini?” hmm..terdiam ana. Soalannya tu memang agak cepumas, sebab pulang sabah pun mungkin sukar, apatah lagi nak melancong ke tawau? “Entahlah..” ana jawab spontan, sejurus dia memukul ana. Budak nih suka sangat ambil gambar..”jom kak kita gambar?” dahlah guna HP ana, suke2 ati dia jek nak ambik gambar. Tapi apapun, ana bakal rindu gelagat budak nih. Huhu~~

'ilm


ana dapat sesuatu yang best time masuk wad (bukan sakit, tapi praktikal)..memang kenangan yang tak dapat ana nak lupakan..ada manisnya ada juga pahitnya. Ana suka usik-usik doktor dan staff nurses bila mereka rileks jek tak buat apa..huhu agak kejam di situ, tapi memang jadi hobi sebab kami tiada kerja pun masuk wad ni..dok rilek jek..huuu

pendapatan ana bukan dalam RM-Ringgit Malaysia, tapi dalam bentuk ilmu yang ana takkan lupa sampai bila-bila. Memandangkan kami ni sehijau daun jagung yang baru nak tumbuh, maka kami dapat tanya banyak benda dan buat-buat blurr..(walhal memang blurr pun, tak tau apa-apa..tau teori jek lah..)

tiba masa doktor wat I & D..wah..excited macam nak lompat-lompat jek..wee okay, apa itu I & D??? proses ini hanya di buat when diabetic patient punya luka ada pus (nanah) yang bertakungan dengan banyaknya..hmm adakah ia menggelikan? Tidak, malah buat kita rasa bertuah, sebab ia tak jadi pada kita dan rasa bersimpati pada insan yang terkena DM=diabetes mellitus.. I & D atau nama panjanganya Incision and Drainage. Apa kepentingan small surgery nih? Untuk buang pus lah..hehe doktor yang buat proses nih dikenali sebagai Dr. Fadhil yang sangat baik. Banyak mengajar apa yang dia rasa nak ajar jek,lau ye takda mood ye cakap jek “karang korang taulah tu bila dah belaja”..

mula-mula masukkan keju 2kg..hekhek..takdalah..gini proses bermula dengan memberi salam pada pesakit, kuang3..sebab kata doktor tu kena hormat ye baik2, senang kita nak wat keja nanti.
First, kena cuci luka guna cecair Iodine, Alcohol dan air suling. Pastu wat LA, local anesthesia around the wound supaya patient tak teriak nanti..LA menggunakan Lignocaine HCL (sejenis ubat bius), mesti kena pada saraf yang berdekatan baru berkesan, jangan suntik dalam2 sebab yang kebas kat bahagian dalam plak nanti buka bahagian wound tuh..then, toreh bahagian luka yang ada banyak pus tuh, pastu tekan bahagian sekeliling supaya pus kuar. Tapi jangan dikelirukan oleh fat sebab ye pun warna kuning gak..mesti pandai beza ar..sebab biasanya luka patient DM ni jadi kat bahagian kaki, tempat yang senang nak berlaku oedema (pembengkakan pada anggota badan akibat takungan lebihan cecair dalam badan) tapi ini bukan cecair badan tapi nanah yang ada sel mati dan bacteria hidup dan mati, so consider as dangerous. Buang semua pus yang ditemui dan try to recognize wound besar mana, dah infect sampai mana. Senang nak bagi drugs n wat report on patient chart. When pus dah habis, baru cuci lagi luka. If ada pendarahan berlaku, guna cecair Hydrogen Peroxide untuk stop bleeding. pastu doktor tu sumbat luka pakai gauze (kain kecil yang panjang) bersalut iodine supaya infection stop. Tak merebak..tapi tengok jugak if pus masih ada, takleh nak kata apa pun..last, balut luka. Nih nursing skills needed, sebab kami tak tau sepatah haram pun pasal bandaging and dressing (untuk sem1 lah..) best gak tengok doktor tuh wat, macam nak join wat sekali…hehe

Adakah ini membosankan? No! selain membantu patient kurangkan risiko luka merebak, kita dapat pengajaran yang besar, jaga kesihatan semahu-mahunya. DM ni tak kira umur dan pangkat kekayaan..when paras glucose dah over than normal, then tolong jangan luka. if tak, anggota tertentu kena buang…nauzubillah…so simple, jangan makan gula banyak sangat..sayangilah kesihatan yang Allah bagi percuma nih..insya Allah..

*Kepada doktor2 di luar sana, if ana ada tersalah info tolong betulkan ek..ana budak baru belaja..
(background sound..syeikh masyari rashid al-afaasi..dalam kejiwangan*)
Mata meliar melihat pada foto-foto lama..kerana foto-foto ini ana menjadi sayu. Hinggakan terbit mata air yang harusnya disimpan untuk keadaan memerlukan..bukankah keadaan ini juga memerlukan? Rasanya tidak pula..mungkin ayunya** keadaan membuat hati kian di mamah sebak.

Foto satu..ok lagi..
Foto dua..senyum juga..
……………………………………
Seterusnya..
Seterusnya..
Dan seterusnya
Ketika lambaian ukhuwwah (kira majlis perpisahan la)
Walau tak nampak keadaan melambai tapi ana merasa ‘lambaian’ yang mereka lontarkan pada hati-hati anak kecil itu..
Semakin sebak, hingga sampai ke foto ini..


June 14, 2009

Melihat pada anak kecil yang menutup matanya
Menahan tangis agaknya?
Pasti sakit di dada
Sadis..



Dan yang satu ini, ana benar jatuh..tewas juga akhirnya
Anak yang tidak punya ayah..
Mahupun ibu..
Adik-beradik jauh sekali
Jika punya pun, masih terasa kehilangan
Ia sedang menahan ‘sakitnya’ di hati
Menagih kasih yang entah di mana ia bisa jumpa?
Mengelap airmata bercucuran dengan baju sekeping itu..
AJK2 yang cuba menenangkan anak-anak
Tapi ada juga turut serta
Menahan sebak
Juga terduduk dalam kesedihan
Tak dapat terima perpisahan?
Pada ukhuwwah yang baru berusia 3 hari?
Tapi terpahat di hati hingga ke mati
Ya Allah..ini merobek
Ana semakin jatuh..

(lawatan ke rumah anak yatim di beaufort..al-irfaan batch 07/08)

Semoga Allah menjadikan mereka lebih tabah dan sabar..anak yatim piatu yang tiada salahnya..apatah lagi jika dipandu ke jalan kebenaran..masya Allah..

*jiwang tak semestinya yang berkarat tu eh..jiwang orang berkilat oo..hee (A.K.A) jiwang=sayu
**memang ayu, tak salah eja..

Sunday, June 14, 2009

kiasan



Hukum ibarat lampu isyarat di jalan raya..ada yang patuh, ada yang tak patuh..ada yang patuh kerana Allah, ada yang patuh kerana ‘saman’, ada yang terpaksa patuh blindly tanpa fikir pun “kenapa aku nak patuh?” malah ada juga yang langsung tak patuh,main hentam jek..”kereta aku suka hati akulah…”..manusia, if nak describe satu-satu payah jugak..tapi if tak describe lagi payah, pandai pulak tanya itu ini, mengapa kenapa..’why the because?’ (istilah lama yang masih ana guna pakai..broken English)

Hukum itu undang-undang Allah, maka ia juga hak Allah untuk menentukan siapa benar siapa salah..kita kata see you in court, why not see you in Masyar??? Hari Hisab yang terlalu adil untuk dipertikaikan..berbalik pada lampu isyarat..

Simpulan dan ikatan yang dapat ana buat kat sini is..manusia, dalam mematuhi undang-undang lampu isyarat yang ditetapkan oleh JPJ terbahagi kepada 4 lapisan..

Pertama, mereka yang patuh kerana Allah..hairan???>>> patuh lampu isyarat kerana patuh Allah??? Secara simple, Allah memerintahkan kita untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk menjadi hamba yang taat dan patuh pada perintahNya..lampu isyarat tidak diwujudkan untuk suka-suka namun ia adalah untuk tujuan kesejahteraan malah memanfaatkan manusia samada yang memandu/menunggang mahupun yang berjalan kaki sahaja..jalan raya boleh jadi medan perhimpunan organ-organ manusia dengan ketiadaan lampu isyarat..nauzubillah..meh fikir sama-sama..

Kedua, mereka yang patuh kerana ‘saman’..patuh kerana saman pun wujud juga ea??? Adedeh..di sini, niat dah lain..cuba if tiada denda/saman yang akan dikenakan kepada pesalah di jalan raya? Masih nak patuh? Tidak kan..cuba persoalkan pula, kita takut ‘saman’ atau takut Allah??? Saman, duit kita terbang tanpa alasan yang munsabah bagi kita..orang kata “setengah mati cari duit tue, tup tup kena saman sekali melayang 300++..waaa tak ke kurang siuman aku nak kena saman macam tu jek??” itu denda di dunia geng, akhirat macam pula? Okay, jom kita fikir balik kita takut kena saman ke takut pada Allah???

Ketiga, mereka yang patuh memb**i-buta..blindly follow the rules without asking why..well takkan nak patuh macam tu jek? Takkan langsung tak fikir pun hikmah ke, natijah ke..sedangkan Allah menjadikan manusia dengan akal dan pemikiran yang kreatif maka fikirlah berlandaskan Islam semahu-mahunya..huhu jangan nak menjahilkan diri sedangkan laqadkhalaqnal innsaana fi ahsani taqwim…(at-tiin:4) salah satu surah Makiyyah yang digunakan oleh Rasulullah untuk menimbulkan kesan iman dalam hati manusia..meh kita berubah kepada hamba yang menelusuri setiap lorong dan lohong perkara dalam kehidupan ni dan mengaitkannya dengan islam..barulah otak jalan dudes..

Keempat, orang yang berani mati..waa nih konon nak jadi orang yang paling berani atas jalan raya..raja dalam melanggar segala jenis lampu isyarat, orang yang ‘tak makan saman’..boleh pulak kata, “huh, aku tak ikut undang-undang tak mati pun..undang-undang yang ikut aku..” laaaaaa…….takkan sekritikal ini otak jadinya? Takpe..jangan risau, ada ubat…ubatnya macam biasa, taubat..

Okay, apake mende menatang yang ana cite nih? Pasal lampu isyarat ke pasal hukum? Hmm try to inverse kepada hukum pula, dan keadaan manusia yang sama dalam mengahadapi undang-undang Allah (yang ana kiaskan kepada lampu isyarat)..bukan ana tak berani cakap cuma ana ada mood pulak nak berkias-kias, hanya nak memperluaskan pemikiran yang kadang-kadang blocked by things that comes from unknown source.. wallahu’alam..

Wednesday, June 3, 2009

apa dah jadi????




hmmm....semalam ana tengok berita dengan sorang sahabat sambil makan mee segera (jangan ikut amalan tak sihat nih...akibat lapar sangat, terpaksa jugak makan mee sebab tak boleh kuar hostel after 7:00pm.....)

kandungan berita antaranya....

>> lelaki dihukum bunuh kerana membunuh dua wanita dan seorang kanak2 (3 oranglah..) pada hari yang sama...tidak dibenarkan diikat jamin...
-------ini baru hukuman dunia....bagaimana nak jawab kat akhirat???

>> stadium terengganu yang baru setahun dibina runtuh dan menyebabkan beberapa orang maut???
-------sapa salah sapa betul??? hati2 semasa ke stadium ek....(takde kena ngena plak)

>> lawatan mengejut ke terminal bas ekpress KL oleh menteri di jabatan perdana menteri...datuk...ntah, lupa plak nama ye..kang salah type, kena saman plak...huhu ribut wei...kalut...
-------ni menteri...kenapa tak kalut dengan hukuman Allah???

>> isteri sorang ustaz yang agak2 terkenal minta cerai akibat suami...tutt....no komen....
-------talak adalah perkara halal yang paling tidak disukai Allah...nauzubillah...


dunia...dunia...dunia...apa nak jadi dengan manusia??? ana juga rasa bahang salahnya, ana juga merasakan silapnya namun ana masih tidak berdaya...semoga Allah sentiasa mengampuni dan melindungi hamba-hambaNya yang masih punya akal waras dan keimanan yang kukuh (insya Allah).............amiiiiiiiinnnnnnnnn.........

sedarlah dunia ini fana, yang kekal di sana jua....

ensiklopedia???








dua buku yang masih dicari....ni buku senior kat kolej....

travelog seorang da'i




ana sedang (dalam proses) membaca buku karangan sorang ustaz dari singapura yang diberi nama Ust. Abdul Rahman Mohamed...buku ni simple dan mengisahkan kisah hidupnya dari kecil hingga dewasa...nak tau lebih lanjut, carilah bukunya kat book store yang berdekatan..hehe

apa yang menarik dengan buku ni eh??? kisahnya hampir sama dengan kisah ana, tapi beliau lebih terduga dan teruji...sangat diakui...Allah itu indah dan cara untuk menguji hamba-Nya sangat berbeza namun hikmah di sebalik itu ada satu pengajaran yang jitu, yakni....islam itu agama yang mudah....satu ayat yang ana suka...

"Jangan takut menyampaikan kebenaran. Apabila ramai yang datang belajar denganmu dan mereka suka kepadamu, ketahuilah ketika itu kamu sebenarnya tidak menyampaikan kebenaran, sebaliknya kamu menyampaikan apa yang disukai orang ramai...sedangkan Allah SWT berfirman...'kebanyakan manusia tidak suka kepada kebenaran dan apabila hanya sedikit yang datang kepadamu jangan kamu berputus asa kerana kebenaran disenangi sedikit orang...' "

wallahu'alam....



penat...
letih...
keluhan...
sinis...
pilu...
sebak...
rindu...
sepi...
kalut...
sedih...

semuanya ingin ana tepis dengan kekuatan sekerat ini, dan cuma itu yang ana punya...
siapalah yang mengerti pahit perit hidup sendiri...berteman keyakinan dan kecintaan pada-Nya...dan dari situlah kekuatan itu muncul, walau sekerat cuma...

hati
perasaan
jiwa
kusam
kosong???

tidak....ana tidak sendiri kerana ana punya cinta berat pada-Nya...beri ana rasa cinta tanpa sempadan ya Khalik...amin...


hazrat abu hurairah ra melaporkan bahawa Nabi saw bersabda;
"apabila salah seorang dari kamu melihat seseorang yang lebih tinggi kedudukannya dari segi harta dan rupa, ia haruslah melihat kepada orang yang lebih bawah daripadanya."
(bukhari dan muslim)

thanks to someone...dia banyak bantu dalam menenangkan hati dalam berbicara soal agama....salam ukhuwah buatnya...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...