asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Sunday, June 28, 2009

'ilm


ana dapat sesuatu yang best time masuk wad (bukan sakit, tapi praktikal)..memang kenangan yang tak dapat ana nak lupakan..ada manisnya ada juga pahitnya. Ana suka usik-usik doktor dan staff nurses bila mereka rileks jek tak buat apa..huhu agak kejam di situ, tapi memang jadi hobi sebab kami tiada kerja pun masuk wad ni..dok rilek jek..huuu

pendapatan ana bukan dalam RM-Ringgit Malaysia, tapi dalam bentuk ilmu yang ana takkan lupa sampai bila-bila. Memandangkan kami ni sehijau daun jagung yang baru nak tumbuh, maka kami dapat tanya banyak benda dan buat-buat blurr..(walhal memang blurr pun, tak tau apa-apa..tau teori jek lah..)

tiba masa doktor wat I & D..wah..excited macam nak lompat-lompat jek..wee okay, apa itu I & D??? proses ini hanya di buat when diabetic patient punya luka ada pus (nanah) yang bertakungan dengan banyaknya..hmm adakah ia menggelikan? Tidak, malah buat kita rasa bertuah, sebab ia tak jadi pada kita dan rasa bersimpati pada insan yang terkena DM=diabetes mellitus.. I & D atau nama panjanganya Incision and Drainage. Apa kepentingan small surgery nih? Untuk buang pus lah..hehe doktor yang buat proses nih dikenali sebagai Dr. Fadhil yang sangat baik. Banyak mengajar apa yang dia rasa nak ajar jek,lau ye takda mood ye cakap jek “karang korang taulah tu bila dah belaja”..

mula-mula masukkan keju 2kg..hekhek..takdalah..gini proses bermula dengan memberi salam pada pesakit, kuang3..sebab kata doktor tu kena hormat ye baik2, senang kita nak wat keja nanti.
First, kena cuci luka guna cecair Iodine, Alcohol dan air suling. Pastu wat LA, local anesthesia around the wound supaya patient tak teriak nanti..LA menggunakan Lignocaine HCL (sejenis ubat bius), mesti kena pada saraf yang berdekatan baru berkesan, jangan suntik dalam2 sebab yang kebas kat bahagian dalam plak nanti buka bahagian wound tuh..then, toreh bahagian luka yang ada banyak pus tuh, pastu tekan bahagian sekeliling supaya pus kuar. Tapi jangan dikelirukan oleh fat sebab ye pun warna kuning gak..mesti pandai beza ar..sebab biasanya luka patient DM ni jadi kat bahagian kaki, tempat yang senang nak berlaku oedema (pembengkakan pada anggota badan akibat takungan lebihan cecair dalam badan) tapi ini bukan cecair badan tapi nanah yang ada sel mati dan bacteria hidup dan mati, so consider as dangerous. Buang semua pus yang ditemui dan try to recognize wound besar mana, dah infect sampai mana. Senang nak bagi drugs n wat report on patient chart. When pus dah habis, baru cuci lagi luka. If ada pendarahan berlaku, guna cecair Hydrogen Peroxide untuk stop bleeding. pastu doktor tu sumbat luka pakai gauze (kain kecil yang panjang) bersalut iodine supaya infection stop. Tak merebak..tapi tengok jugak if pus masih ada, takleh nak kata apa pun..last, balut luka. Nih nursing skills needed, sebab kami tak tau sepatah haram pun pasal bandaging and dressing (untuk sem1 lah..) best gak tengok doktor tuh wat, macam nak join wat sekali…hehe

Adakah ini membosankan? No! selain membantu patient kurangkan risiko luka merebak, kita dapat pengajaran yang besar, jaga kesihatan semahu-mahunya. DM ni tak kira umur dan pangkat kekayaan..when paras glucose dah over than normal, then tolong jangan luka. if tak, anggota tertentu kena buang…nauzubillah…so simple, jangan makan gula banyak sangat..sayangilah kesihatan yang Allah bagi percuma nih..insya Allah..

*Kepada doktor2 di luar sana, if ana ada tersalah info tolong betulkan ek..ana budak baru belaja..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...