asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 14, 2009

kiasan



Hukum ibarat lampu isyarat di jalan raya..ada yang patuh, ada yang tak patuh..ada yang patuh kerana Allah, ada yang patuh kerana ‘saman’, ada yang terpaksa patuh blindly tanpa fikir pun “kenapa aku nak patuh?” malah ada juga yang langsung tak patuh,main hentam jek..”kereta aku suka hati akulah…”..manusia, if nak describe satu-satu payah jugak..tapi if tak describe lagi payah, pandai pulak tanya itu ini, mengapa kenapa..’why the because?’ (istilah lama yang masih ana guna pakai..broken English)

Hukum itu undang-undang Allah, maka ia juga hak Allah untuk menentukan siapa benar siapa salah..kita kata see you in court, why not see you in Masyar??? Hari Hisab yang terlalu adil untuk dipertikaikan..berbalik pada lampu isyarat..

Simpulan dan ikatan yang dapat ana buat kat sini is..manusia, dalam mematuhi undang-undang lampu isyarat yang ditetapkan oleh JPJ terbahagi kepada 4 lapisan..

Pertama, mereka yang patuh kerana Allah..hairan???>>> patuh lampu isyarat kerana patuh Allah??? Secara simple, Allah memerintahkan kita untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran dan Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk menjadi hamba yang taat dan patuh pada perintahNya..lampu isyarat tidak diwujudkan untuk suka-suka namun ia adalah untuk tujuan kesejahteraan malah memanfaatkan manusia samada yang memandu/menunggang mahupun yang berjalan kaki sahaja..jalan raya boleh jadi medan perhimpunan organ-organ manusia dengan ketiadaan lampu isyarat..nauzubillah..meh fikir sama-sama..

Kedua, mereka yang patuh kerana ‘saman’..patuh kerana saman pun wujud juga ea??? Adedeh..di sini, niat dah lain..cuba if tiada denda/saman yang akan dikenakan kepada pesalah di jalan raya? Masih nak patuh? Tidak kan..cuba persoalkan pula, kita takut ‘saman’ atau takut Allah??? Saman, duit kita terbang tanpa alasan yang munsabah bagi kita..orang kata “setengah mati cari duit tue, tup tup kena saman sekali melayang 300++..waaa tak ke kurang siuman aku nak kena saman macam tu jek??” itu denda di dunia geng, akhirat macam pula? Okay, jom kita fikir balik kita takut kena saman ke takut pada Allah???

Ketiga, mereka yang patuh memb**i-buta..blindly follow the rules without asking why..well takkan nak patuh macam tu jek? Takkan langsung tak fikir pun hikmah ke, natijah ke..sedangkan Allah menjadikan manusia dengan akal dan pemikiran yang kreatif maka fikirlah berlandaskan Islam semahu-mahunya..huhu jangan nak menjahilkan diri sedangkan laqadkhalaqnal innsaana fi ahsani taqwim…(at-tiin:4) salah satu surah Makiyyah yang digunakan oleh Rasulullah untuk menimbulkan kesan iman dalam hati manusia..meh kita berubah kepada hamba yang menelusuri setiap lorong dan lohong perkara dalam kehidupan ni dan mengaitkannya dengan islam..barulah otak jalan dudes..

Keempat, orang yang berani mati..waa nih konon nak jadi orang yang paling berani atas jalan raya..raja dalam melanggar segala jenis lampu isyarat, orang yang ‘tak makan saman’..boleh pulak kata, “huh, aku tak ikut undang-undang tak mati pun..undang-undang yang ikut aku..” laaaaaa…….takkan sekritikal ini otak jadinya? Takpe..jangan risau, ada ubat…ubatnya macam biasa, taubat..

Okay, apake mende menatang yang ana cite nih? Pasal lampu isyarat ke pasal hukum? Hmm try to inverse kepada hukum pula, dan keadaan manusia yang sama dalam mengahadapi undang-undang Allah (yang ana kiaskan kepada lampu isyarat)..bukan ana tak berani cakap cuma ana ada mood pulak nak berkias-kias, hanya nak memperluaskan pemikiran yang kadang-kadang blocked by things that comes from unknown source.. wallahu’alam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...