asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 10, 2009

naek bas nak g lebri...

in the name of ALLAH...

terkejut beruk bila naik bas tadi, konduktor ba tuh menyapa...

'ko masih tinggal di lupak meluas lagi??'
dengan dahi bekerut n mata meliar ke luar tingkap...hmm....ana just angguk

'lama sudah aku ndak tengok kau...'

angguk lagi...

'kau pigi mana?'

rasa nak pasang signboard kat dahi jek...DND...(do not disturb), tapi...

'aku p kedah...belajar....'

jawab sekali dengan belajar supaya dia tak tanya lagi...but still he carry on with....

'hari tuh aku pigi rumah kawan...aku nampak gambarmu dengan kawanmu di kfc...ramai kamu di situ...masa tu kau masih sekolah...'

dahi ana berkerut lagi...yang terhambur...

'kfc?!' - rasa macam tak terbeliak mata, terpusing kepala dan leher...huhu otak cuba recall balik...bila? dengan siapa? kfc plak tuh...


'owh...gambar lama...' -tenang je...dalam hati, ish budak ni kenal sapa ana yang dulu...macam mana ana, dan gelagat aksi2 giler...aduh...malunyerrrrrr.........................sampai tak sudah!

sebelum turun, ana cuma ucapkan 'tengkiu...' sebab ana tak perlu tekan bell, dia bagitau pemandu ana nak turun lebri...and sebab dia bagi ana kesedaran, betapa teruk ana dahulu kala....menjadikan ana malu dengan ALLAH...terima kasih ya sahabat yang tidak ana kenal dengan namanya, mahupun sejarah hidupnya...

malu jygak...sebab sorang konduktor lelaki cakap macam tuh dengan ana yang dah 'pelik' di mata diorang kini...susahnya nak hadapi malu nih.....

*blushed!*


Thursday, December 3, 2009

dolu-dolu

In the name of ALLAH…

Balik ke rumah nih, bertapak kembali kenangan silam dengan budak2 sekolah zaman dolu-dolu…this song is dedicated to my old fellows…

Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are……

Bintang berkerlipan
Menerangi malam
Bintang, aku kesepian
Tolong aku yang kini suram

Aku ingin pergi
Bersama bintang jauh di sana
Aku kebosanan
Dengan dunia penuh dusta

Oh bintang… kau bawalah daku
Bersama kerlipan riangmu
Aku ingin gembira
Bersama bintang di sana…

(song & lyrics by : myself, got the idea of ‘bintang’ from a friend of mine)

Teringat zaman2 ana masih kenal dunia sekadar dunia..mencari kebahagiaan dengan cara sendiri, bagai melukut di tengah gantang. Kehkeh..bak orang kata “hidup ini aku yang punya”-underconsciousness bahawa ada TUHAN yang melihat di atas..well that’s me a couples of years back..being the most unpredictable person on whole wide world…idiopathic

***
baju kurung orang lain warna putih cerah, tapi baju kurung dia warna biru nila..adake patut nila baju sekolah sampai terang macam tu…sesedap ati jek..tapi tu lah dia budak nakal 5 amanah yang sorang nih..ikutkan nama kelas, kelas harapan, tapi dajal jugak..besar kepala jugak..nak kata sopan, ye..memanglah sopan. Bagi salam gak kat cikgu2 sumer..tapi pernah gak kena denda berdiri dalam kelas, sebab tak bawak buku teks sejarah yang teramatlah penting bagi encik Awang..huh nasib baik tak pegang apa2 jawatan dalam kelas atau sekolah, kalau tak, nayalah...muka seposen jek, takdelah cantik pun. Tapi banyak gak dapat surat2 layang yang tah pape. banyak gak cikgu2 senang kat dia, sebab budak ni taklah kosong sangat otaknya. Ada gak piker nak study. Especially in English class, dia paling ligat and gatal mulut bersuara. Pemalu? Nope! Pernah tengking budak lelaki sebab budak tuh dah melampau taknak bagi kerjasama dalam pembersihan kelas, tu kira pemalu? Haha..still dia ngan style dia..budak2 junior and kelas2 sebelah semua gerun kat dia, tak penah pun membunuh. Tak penah pun ada kes nak rosakkan keta cikgu ke hapa..just pernah sekongkol dengan pengawas kelas sebelah kenakan sorang budak kelas hujung sebab budak tuh cari pasal dulu. Hahaha..still its not that hard…budak tu yang perasan sangat..jeles kot dengan budak nakal sekor nih. Hei…am not! Last2 kena panggil dek guru kelas. “kamu ada musuh dengan siapa2 ke ni?” soalan yang diaju lepas dapat tau nama dia tertulis di tandas perempuan dengan ayat2 yang tak senonoh dan tak sedap nak di baca. Dia geleng selamba. “hmm…ada pernah gaduh dengan mana2 budak ka sebelum ni?” “ndak pernahlah cekgu..tapi ada satu budak yang memang ndak suka dengan aku cekgu (ambek kau! Pecah gak tembelang)” *** akhirnya budak tu mengaku dia yang buat..kes budak2 jek…jeles punya pasal..haha orang kata mulut dia bisa gak..cakap men suke suki jek hambur ayat without any further thinks..lantak lah..tak makan saman tol..patutlah kuar kes, nasib tak saman, heh! Tu lah dia..budak selamba 06’ batch dajal yang bawa sinar kat sekolah. Haha jahat dan dajal mana pun budak nih, dia tetap amik bahagian dalam aktivitis kat sekolah. Takdelah ikut lari pecut 360meter plak…just ikut pertandingan pantun, sebab cikgu dah suruh..haha jadi pelakon utama dalam pertandingan drama antara kelas. Insaf tajuknya…juara…jadi kebanggaan cikgu…”hei..baik kamu tukar nama pegi samirah je lah, padan plak dengan kamu tuh…S.A.M ke?” si cekgu azmi menyakat peril..adeh, dah penat lelah acting terjatuh kat lantai pentas, kena tampar oleh si ahmadi depan public sebab kononnya dajal sangatdalam drama tu (walaupun sememangnya dajal haha), itu je pujian? Hee..tapi budak ni tetap senyum tanda dia rilek and tak kisah pun ayat membunuh cikgu tuh..lantaklah..this is my nice stupid playground, I’ll do what I want to..31 august, main bedal lagu patriotic..lagu A.C.A.B (the youth) ditukar lirik oleh budak ni jadi patriot sket untuk dapat tempat kedua dalam pertandingan lagu2 patriot dalam bulan merdeka. Apa da…dapat pujian oleh budak2 nakal jek..tapi bukan tu yang dia nak…dia nak kepuasan dalam ciptaannya. Jadi penyanyi solo wa kata sama lu! Sebab takde sapa yang nak jadi…semua sebab volunteer terpaksa…wakil sekolah dalam public speaking competition inter school. Lawan banyak budak pandai2. Gerun gak dia, rasa nak jadi turtle pun ada…nak sembunyi dalam benda warna hijau tuh..huh..seram sejuk lutut seih! Tapi ditempuh gak dengan penuh selamba, lagak pandai gak walaupun berderau darah ke muka..impromptu yang hancus..dapat fourth place jer? Hmmm..takpe..next time cuba lagi..kot! sudahlah…sebanyak mana pun ko ikut dalam aktivitis nis, dapat sijils and hadiahs..ko tetap dajal gak..di mata cekgu disiplin, ko tetap budak nakal…sebab ko pernah lawan cakap head-prefect yang masa tuh is your upper-six senior. “sabar bah! Aku turun jugak nih!” hah..nasib baik budak tuh minat sikit kat kau, kalau tak naya dengan cekgu disiplin kesayangannya..sementara exam mendatang..kau dengan budak2 lepak study maut gak..membunuh gak paper2 spm nih. But then…..after all the disasters around, habis jugak spm. Babai sekolahku…tempat menapaknya segala kenangan pahit dan manis bersamamu..kau membesarkan aku dengan penuh kasih sayang……
***

siapalah budak dajal nih..kesian..insaflah

Sedingin untaian kata-kata hikmah dari kalbu yang menusuk jiwa, kadang2 ana terfikir sejenak, layakkah ana menafsir kata2 itu…..sedangkan dulu….dulu ana bukanlah muslimah yang indah di pandangan para da’ie. Malah di anggap kotor dan sampah kat tepi longkang tu lebih mulia dari ana…(ni phrase yang ana buat sendiri-takde kena mengena antara yang hidup ataupun yang mati)..huhu tapi ana jumpa ayat ini;
160. kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al Baqarah)
Akhirnya ana dapat rasa hikmah yang ALLAH nak beri pada kehidupan ana…kesyukuran selepas terhumban dalam jurang kejahilan yang membelenggu kehidupan. Astaghfirullah..baru tersedar selama kejahilan itu, ana diperhati dan di amati dari atas. Dengan pandangan KASIH yang paling sukar di cari…hingga dipilih-Nya untuk menerima sebuah amanah berbentuk CINTA yang perlu dijaga hingga……akhir nafas……nanti…

….dan demi nafas yang telah KAU hembuskan dalam kehidupanku, ku berjanji ku akan menjadi yang terbaik…. (UNGU-dengan nafasMu)

serba serbi kehidupan

Dengan asma-Mu ya ALLAH…

Alhamdulillah..finally exam dah habis..nebes gak tunggu result in two weeks nih. Tempoh hari ana dah praktik prosidur suntikan secara IM (intramascular) secara real, and ana pun jadi ‘mangsa suntikan’ bagi teman sekelas. Kami dapat vaksinasi Hepatitis dos ketiga. Ana suntik kak wendy, juga selaku rumet ana. Best sangat, macam nak buat lagi tapi takda dah yang nak kena suntik, semua gian nak menyuntik jek. Haha.. minggu ni nak masuk wad untuk praktikal. Masa ni lah nak praktik apa yang dah study mati2 kat kelas dulu..takla mati pun, separuh nyawa jek..huhu 15hb ni dah mula nak praktikal dengan patient betul, ori punya…kena kat wad surgery. So nak timba ilmu dengan lebih extreme dengan dokter2 yang bakal membuli kami dan ‘dibuli’ oleh ana..hehe best gak bila dapat tanya macam2 dengan dokter, sebab diorang ada macam2 jawapan. Jawapan paling best pernah dengar is…

”itupun korang tak tau ke?”
Kalau tak belajar lagi memang lah tak tau dokter..takkan kami nak tanya kalau dah tau plak..huhu menjadilah kami insan2 bodoh sombong kejap dengan pertanyaan macam tuh..panas telinga tapi takpe..hee hakikatnya kami memang tak tau kan…so kenalah buat cara nak tau…

Berpaling dari topic sebelumnya..entah ape2..

Nak geleng kepala tengok dunia sekarang, tapi ana sendiri pun macam tak betul lagi. Study tak habes agi, hidup tak keruan agi…nak rileks pun orang taknak tengok kite rileks jek..ade je tak kena ngan apa yang kite nak wat..hmmm hidup2…hari tuh bapa ada kol lepas ye kim kan kedit gi henpon ana (wuhuu)…ye kata macam nih…

“nak, nanti belikan lagi bapa topi macam hari tu yang ko belikan ya..?”

Oh bapaku yang retro…..rindu banget dengan beliau..huhu sebenarnya nak jugak ana terketawa dengar ayat ye..sebab topi sebelum tu ana tak beli pun, dah namanye topi kolej..huhu masalahnya sekarang, nak cari kat mana topi macam tu agi? Pusing2 pekan ngan rumet, ana terjumpa satu topi yang simple tapi insya ALLAH bapa suka..lau anak dah belikan mesti beliau suka…hehe dengan harga RM44.90, ana belikan topi hitam tuh untuk bapa tersayang. Sayang bapa…

Dalam pusing2 pekan tuh, terjumpa dua akhwat yang simple dan tertutup..satu pakai jubah biru bertudung biru, and satu lagi jubah hitam bertudung hitam…dengan purdah masing2…ya ALLAH jelesnya hati nih….nak sangat, kepingin sangat…entahlah……cemas and malu jugak bila diorang tengok ana nih renung diorang semacam..pandailah ana sengih sipu2..hihi segan…segan pada diorang, malu pada ALLAH..kemampuan kudrat ana belum sampai tahap macam tu lagi..insya ALLAH…doakan ana……

Ana sekarang baru beberapa langkah untuk nak mencapai target kehidupan ana yang jauh di depan..pointer sem lepas tak meletup, orang pertengahan jek..nak kata lembab, otak ana nih taklah kering sangat..tapi nak di kata bijak gile, tak jugak sebab ada masanya ana nih bleh blank sendiri..huhu ana pelatih simple jek kat kelas..aktif pun macam tu jek..tak aktif sampai terloncat2 girang plak..hehe ana sebenarnya taknak keje nih, tapi minat sangat dengan medic sampai sanggup wat keputusan nak tinggalkan degree amik dip..haha betul2 lah..sampai dah amik nih, rasa berat plak..berat nak tanggung beban antara keinginan hati, minat dan keinginan untuk bahagiakan bapa..hati nak jadi wanita solehah di rumah, untuk da’ie tercinta, untuk khidmat dengan suami dan keluarga, untuk didik anak2 jadi da’ie penggerak ummah, sampaikan tabligh agama hingga ke akhirnya..minat pada medic yang macam takde batasan nih, semua kena bersikap terbuka and open se-open2nya…walhal agama ana punya adab dan batasnya. Dan keinginan bapa pulak, nak ana jadi anak yang berkerjaya..dan punya pendapatan sendiri, jangan susahkan orang lain..kalaulah bapa fikir macam yang ana fikir..analah anak yang paling bahagia atas muka bumi. ALLAH itu adil kan..pasti ada hikmah di sebalik semua nih…sabar…dan kerja ana, mnegungkap semua hikmah2 yang tersembunyi nih dengan otak yang diberi kehidupan bergama..

LiFe’s like that, idiopathic…tu yang ana faham dalam ana menjalani kehidupan yang semakin sukar nih..nak kata bosan, tak…itulah hidup..kalau senang sangat tak thrill lah plak..huhu sabar pasti membuahkan hasil, semoga suatu hari nanti ana dapat petik buah kesabaran yang jadi dambaan ana selama nih..umur dah semakin lewat..insya ALLAH, awal 23tahun nanti ana dah habis dip and keja kat sabah secara tetap. 4 tahun kotrek dengan kerajaan..dalam masa tuh jugak ana kena timba pengalaman hidup kat luar cukup2, secara terbuka dan open. Then, nak habiskan kontrek cepat2, nak tinggalkan keje tuh cepat2, dan jadi isteri kat rumah. Berkati hamba ya Rahman ar-Rahim.. sabar, ada 7tahun lagi untuk tu semua...selagi ALLAH amsih beri peluang untuk benafas dalam agamaNya..amin..

Hidup bukan untuk kerja dunia, tapi untuk wat kerja NABI, khidmat dan amal dengan ikhlas.. bagi seorang wanita macam ana, jadi pendukung suami itulah keinginan hati dan adalah menjadi kebanggaan untuk lihat suami berhempas pulas menjulang agama ALLAH hingga akhir hidupnya……inysa ALLAH..izinkan ana ya ALLAH..amin..

wallahu’alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...