asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA

Thursday, December 3, 2009

serba serbi kehidupan

Dengan asma-Mu ya ALLAH…

Alhamdulillah..finally exam dah habis..nebes gak tunggu result in two weeks nih. Tempoh hari ana dah praktik prosidur suntikan secara IM (intramascular) secara real, and ana pun jadi ‘mangsa suntikan’ bagi teman sekelas. Kami dapat vaksinasi Hepatitis dos ketiga. Ana suntik kak wendy, juga selaku rumet ana. Best sangat, macam nak buat lagi tapi takda dah yang nak kena suntik, semua gian nak menyuntik jek. Haha.. minggu ni nak masuk wad untuk praktikal. Masa ni lah nak praktik apa yang dah study mati2 kat kelas dulu..takla mati pun, separuh nyawa jek..huhu 15hb ni dah mula nak praktikal dengan patient betul, ori punya…kena kat wad surgery. So nak timba ilmu dengan lebih extreme dengan dokter2 yang bakal membuli kami dan ‘dibuli’ oleh ana..hehe best gak bila dapat tanya macam2 dengan dokter, sebab diorang ada macam2 jawapan. Jawapan paling best pernah dengar is…

”itupun korang tak tau ke?”
Kalau tak belajar lagi memang lah tak tau dokter..takkan kami nak tanya kalau dah tau plak..huhu menjadilah kami insan2 bodoh sombong kejap dengan pertanyaan macam tuh..panas telinga tapi takpe..hee hakikatnya kami memang tak tau kan…so kenalah buat cara nak tau…

Berpaling dari topic sebelumnya..entah ape2..

Nak geleng kepala tengok dunia sekarang, tapi ana sendiri pun macam tak betul lagi. Study tak habes agi, hidup tak keruan agi…nak rileks pun orang taknak tengok kite rileks jek..ade je tak kena ngan apa yang kite nak wat..hmmm hidup2…hari tuh bapa ada kol lepas ye kim kan kedit gi henpon ana (wuhuu)…ye kata macam nih…

“nak, nanti belikan lagi bapa topi macam hari tu yang ko belikan ya..?”

Oh bapaku yang retro…..rindu banget dengan beliau..huhu sebenarnya nak jugak ana terketawa dengar ayat ye..sebab topi sebelum tu ana tak beli pun, dah namanye topi kolej..huhu masalahnya sekarang, nak cari kat mana topi macam tu agi? Pusing2 pekan ngan rumet, ana terjumpa satu topi yang simple tapi insya ALLAH bapa suka..lau anak dah belikan mesti beliau suka…hehe dengan harga RM44.90, ana belikan topi hitam tuh untuk bapa tersayang. Sayang bapa…

Dalam pusing2 pekan tuh, terjumpa dua akhwat yang simple dan tertutup..satu pakai jubah biru bertudung biru, and satu lagi jubah hitam bertudung hitam…dengan purdah masing2…ya ALLAH jelesnya hati nih….nak sangat, kepingin sangat…entahlah……cemas and malu jugak bila diorang tengok ana nih renung diorang semacam..pandailah ana sengih sipu2..hihi segan…segan pada diorang, malu pada ALLAH..kemampuan kudrat ana belum sampai tahap macam tu lagi..insya ALLAH…doakan ana……

Ana sekarang baru beberapa langkah untuk nak mencapai target kehidupan ana yang jauh di depan..pointer sem lepas tak meletup, orang pertengahan jek..nak kata lembab, otak ana nih taklah kering sangat..tapi nak di kata bijak gile, tak jugak sebab ada masanya ana nih bleh blank sendiri..huhu ana pelatih simple jek kat kelas..aktif pun macam tu jek..tak aktif sampai terloncat2 girang plak..hehe ana sebenarnya taknak keje nih, tapi minat sangat dengan medic sampai sanggup wat keputusan nak tinggalkan degree amik dip..haha betul2 lah..sampai dah amik nih, rasa berat plak..berat nak tanggung beban antara keinginan hati, minat dan keinginan untuk bahagiakan bapa..hati nak jadi wanita solehah di rumah, untuk da’ie tercinta, untuk khidmat dengan suami dan keluarga, untuk didik anak2 jadi da’ie penggerak ummah, sampaikan tabligh agama hingga ke akhirnya..minat pada medic yang macam takde batasan nih, semua kena bersikap terbuka and open se-open2nya…walhal agama ana punya adab dan batasnya. Dan keinginan bapa pulak, nak ana jadi anak yang berkerjaya..dan punya pendapatan sendiri, jangan susahkan orang lain..kalaulah bapa fikir macam yang ana fikir..analah anak yang paling bahagia atas muka bumi. ALLAH itu adil kan..pasti ada hikmah di sebalik semua nih…sabar…dan kerja ana, mnegungkap semua hikmah2 yang tersembunyi nih dengan otak yang diberi kehidupan bergama..

LiFe’s like that, idiopathic…tu yang ana faham dalam ana menjalani kehidupan yang semakin sukar nih..nak kata bosan, tak…itulah hidup..kalau senang sangat tak thrill lah plak..huhu sabar pasti membuahkan hasil, semoga suatu hari nanti ana dapat petik buah kesabaran yang jadi dambaan ana selama nih..umur dah semakin lewat..insya ALLAH, awal 23tahun nanti ana dah habis dip and keja kat sabah secara tetap. 4 tahun kotrek dengan kerajaan..dalam masa tuh jugak ana kena timba pengalaman hidup kat luar cukup2, secara terbuka dan open. Then, nak habiskan kontrek cepat2, nak tinggalkan keje tuh cepat2, dan jadi isteri kat rumah. Berkati hamba ya Rahman ar-Rahim.. sabar, ada 7tahun lagi untuk tu semua...selagi ALLAH amsih beri peluang untuk benafas dalam agamaNya..amin..

Hidup bukan untuk kerja dunia, tapi untuk wat kerja NABI, khidmat dan amal dengan ikhlas.. bagi seorang wanita macam ana, jadi pendukung suami itulah keinginan hati dan adalah menjadi kebanggaan untuk lihat suami berhempas pulas menjulang agama ALLAH hingga akhir hidupnya……inysa ALLAH..izinkan ana ya ALLAH..amin..

wallahu’alam

1 comment:

nur-iman said...

kakak macam dh pat sesuaikan diri..mcm seronok jek..jeles ila.. ila mkin hari mkin tension..dlm kpla ni..xsuka,susah,tension...hr tu senang hati ayah bg greenlight tukar p HRD,tetiba esoknya dia call kata jgn tukar..baru je nak senyum sepanjang hari..tetiba menangis..dhtu air mata x henti2 lg kuar..at last tertido.. smpi skrg msh pikir,cmna leh jd budak engine ni..truk kn..x bersyukur lgsung..tp betul2 susah.. Redhanya sekejap jek..bila pikir byk2 still xpt trima..skjp ok,kjp x ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...