asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 6, 2010

_1432H..


in the name of Allah..

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukurillah :)

saya nak ucap..

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KEPADA SELURUH UMMAT NABI SAW :)
semoga berada di bawah lindungan yang Maha Esa insyaAllah




jika kita lihat, secara officialnya, orang kita (muslim) lebih arif dan fasih menghafal tarikh2 keramat tahun masihi berbanding tahun Islam itu sendiri..kenapa?mungkin kerana negara kita yang mengamalkan penggunaan tahun masihi (yang saya kurang pasti asbab musabab perkara ini berlaku--->fail Malaysia's history)...T_T aduh salah saya juga ini..dan mungkin juga kerana kurang pendedahan kepada tahun hijrah,tahun islam kita..sob3

sungguh mendukacitakan bila mana kita bertanya dengan saudara islam kita,
"hari ini tanggal berapa?"
"6 Disember lah bro,itupun tak tau ke?"
cuba usha tahun hijrah, terkebil-kebil matanya tengok hangpa..huhu

ini bukan sindiran atau ingin mencari kesalahan orang kita..namun sesuatu kenyataan dan sebagai peringatan sesama kita, insyaAllah ada manfaatnya.Tahun baru azam baru..insyaAllah..kita berhijrah ke arah yang lebih baik,sebagai pemangkin kita untuk berjaya dunia akhirat..kalau bukan sekarang bila lagi kan?(aiseh...serius bebeno saya masa menaip nih,dahi pun berkerut nih..)

hijrah..mari kita islahkan diri kita bersama-sama..
kuatkan azam untuk mujahadah,menepis nafsu serakah untuk mendapatkan redhoNya..mentaati perintahNya.hijrah dengan keinginan hati dan hiijrah kerana kebaikan untuk diri sendiri, insan tersayang dan insan di sekeliling kita..

"daripada jarang-jarang kepada istiqomah,
daripada solat lewat kepada solat di awal waktu,
daripada khudu' kepada khusyuk + khudu',
daripada solat bersendirian, kepada solat berjemaah di surau atau masjid di mana azan diazankan,
daripada solat fardhu sahaja kepada solat fardhu + solat rawatib,
daripada mengaji selembar Quran sehari kepada dua lembar Quran sehari,
daripada taklim 15 minit kepada taklim 30 minit,
dan seterusnya..menambah amalan mengikut kemampuan kerana Allah swt semata..bukan riya',tapi kerana diri terlalu banyak ketinggalan berbanding para sahabat.."

alhamdulillah..ada juga yang sedar dan menggembar-gemburkan tahun baru islam di laman sosial paling popular skang nih..huhu muka-buku..namun sekadar gembar-gembur gendang-gendut tali kecapi pun tadak guna kalau tak masuk ke hati..uhuk3~
(semoga apa yang ditaip ini tidak menyakitkan hati sesiapapun..maafkan saya jika saya bergurau kasar.uhuhu~)

dan saya,
dari hati-gundah-kerana-banyak-dosa ini, ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya kepada antum semua sekiranya pada tahun 1431H dan tahun2 sebelumnya,saya pernah..
tersakitkan hati
tercakap kasar
terkutuk
tergelak
termengarut dalam tulisan2 saya..
berserta semua ter- yang tidak sempat disebutkan disini..
semoga Allah memuliakan kalian kerana memaafkan insan ini..amien :)
insyaAllah saya tak buat lagi (kalau terbuat,segera dimaafkan yek..hihihi)

dan kepada yang sedang khuruj,semoga antum berada dalam rahmatNya..insyaAllah..amien dan kepada yang bakal mendirikan mahligai kebahagiaan,semoga urusan kalian berjalan lancar dan mendapat redhoNya..insyaAllah..amien

jom hijrah! :D

wassalam..

[notakaki: post ini telah diedit dengan penambahan sedikit..huhu ilham baru mari]

2 comments:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

salam...
Dkwh belum smpurna, tklim taklum masih lemah, amal belum mantop, khidmat agak kurang...huhuhu, lemah sgguh diri ni.

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

wassalam...

sy lagi lemah kak... T_T

masih ada keduniaan di dalam hati gadis ini, astaghfirullah...

:(

insyaAllah semoga Allah beri kita hidayat dan taufiqNya...amien...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...