asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 22, 2008

MaLu???

Orang sekarang selalu salah ertikan sifat malu ini. Ada yang rasa meluat dengan orang yang pemalu, ada yang terjatuh hati hanya kerana sifat malu dan ada pula yang buat tak endah saja dengan sifat ini. Tapi betulkah kita faham sifat malu ni? Malu kita kerana apa?
Kita lihat situasi2 ini sebagai analogi malu zaman sekarang;

- Terasa malu mau jawab soalan cikgu di depan, sebab takut salah kena ejek pulak……(inikah malu?)
- Seorang gadis yang tersipu-sipu sebab ada seorang pemuda sedang memerhatinya daripada jauh……(inikah malu?)
- Malu untuk bertanya soalan sedangkan memang tak tau pun hal itu……(inikah malu?)
- Malu temankan ibu bapa ke Bandar, nanti orang kata anak mak pulak……(inikah malu?)

Cuba kita imbas balik adakah kita tergolong dalam mana2 situasi di atas ataupun yang sewaktu dengannya…malu itu baik tapi biarlah malu itu kena pada tempatnya. Ungkapan ini memang satu yang biasa kita dengar dan betulkah kita malu pada keadaan yang sepatutnya??? Meh bincang hal malu pada perspektif yang sepatutnya kita amalkan…

Dalam islam, malu itu dikaitkan dengan iman seseorang…if kita rasa kita ni beriman, adakah kita punya rasa malu??? Malu merupakan sifat dan akhlak yang mulia dan terpuji. Ia mendorong seseorang untuk menjauhkan diri manusia daripada perkara buruk dan menghalang dari cuai menunaikan mereka yang berhak.

Seperti sabda Nabi saw;
“ Iman mempunyai 60 lebih cabang. Malu adalah salah satu cabang iman.” (Riwayat al-Bukhari)

Malu dapat menyekat seseorang untuk melakukan maksiat. Malu ini bertindak seperti iman juga, di mana iman ini menghalang seseorang mukmin dengan maksiat. Maka sifat malu diiktiraf satu cabang iman, kerana ini mendorong seseorang untuk melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Secara mudahnya, apabila lahir pemberhentian daripada melakukan maksiat disebabkan kerana malu, maka ia adalah cabang iman.

Betapa mulianya sifat malu ini hingga Rasulullah sendiri berkali-kali menyebut tentang malu. Baginda menjadikan malu sebagai sifat istimewa dalam diri seseorang.

Baginda sendiri pernah bersabda;
Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak. Akhlak islam adalah malu.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dan Baginda juga bersabda;
“Malu tidak datang melainkan (membawa) kebaikan.” (Riwayat Al Bukhari)

Maka ringkasnya, keadaan malu di atas itu tak di iktiraf pun sebagai malu yang sepatutnya. Kita harus berfikir dalam sedalam-dalamnya sebelum kata kita malu akan sesuatu. Dalam asas islam, orang mukmin pertama sekali perlu manjaga perkara2 syariat dalam hidupnya. Maka malu ini dapat menahan seseorang dari melakukan perkara mungkar dan mengaibkan menurut syarak meskipun pada pandangan manusia perkara tersebut bukanlah aib pun. Contoh mudah apa yang terjadi sekarang nilah, pergaulan bebas antara bukan muhrim (lelaki dan wanita). Ada sesetengah orang merasakan ini perkara biasa namun kita sedia maklum pada agama ianya perbuatan mungkar dan haram. Juga dalam situasi di mana seseorang yang malu untuk menegur sahabatnya daripada melakukan kemungkaran sedangkan Allah menyuruh kita amar makruf nahi mungkar…dan ini tidak di anggap malu dalam skop agama islam. Bahkan kita di anggap pengecut dan lemah, indeed.




Malu ini terangkum dalam 4 ungkapan.

Daripada Abdullah Bin Mas’ud r.a., beliau berkata: Sabda Rasulullah s.a.w;
“Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu” kami bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami pemalu Alhamdulillah.” Sabda Nabi: “Bukan begitu (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah kamu menjaga kepala dan segala pancainderanya1, perut dan anggotanya2. Ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak3. Sesiapa yang inginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasaan dunia.4 Oleh itu sesiapa yang melakukan perkara tersebut, dia telah malu terhadap Allah dengan benar-benar malu. (Riwayat at-Tirmizi)
_________________________________________________________________________
1-Iaitu minda, mata, telinga, hidung dan lidah.
2-Iaitu kemaluan, tangan, kaki dan hati.
3-Badan yang hancur dan tulang belulang yang kering.

Di sini jelas Rasulullah menerangkan kepada kita hakikat malu sebenar dalam rupa paras yang unggul dan mithali. Ia merangkumi semua pancaindera yang zahir mahupun yang batin. Apatah lagi jika sensitivity iman mampu menguasai perlakuan seseorang muslim untuk meyempurnakan sifat malu dalam dirinya.

1.Menjaga kepala dan pancainderanya.

- Malu dapat direalisasikan dengan menjaga kepala daripada digunakan kepada perkara yang bukan berupa ketaatan kepada Allah. Janganlah bongkak atas kelebihan denganNya. Menjaga keseluruhan kepala juga bermaksud lidah, mata dan telinga daripada perkara maksiat. Ia juga merangkumi minda dan pemikiran seseorang. Sucikan fikiran dan anggota tubuh agar jauh dari murkaNya…

2.Menjaga perut dan anggotanya.

- Jagalah perut anda daripada dipenuhi dengan perkara yang haram. Zaman sekarang ni kita sukar sangta nak membezakan mana satu halal dan yang mana satu haram. Main bedal jak, adeh… tapi di sini bukan pada makanan semata. Rasulullah menyebut perkataan perut, adakalanya dengan maksud segala perkara yang batin lawan kepada perkara yang zahir. Dan adakalanya juga dengan maksud sisitem penghadaman manusia dan yang berkaitan dengannya. Perut juga menurut bangsa Arab merujuk kepada hati dan kemaluan. Hatta apapun maksud perut ini, dalam saat sekarang kita harus berhati-hati dan bijak memilih makanan kerana makanan yang membina tenaga untuk seluruh tubuh bertindak menjalankan kerja masing2, maka makanan ini amat penting untuk di nilai mutunya untuk dijadikan sebahagian daripada badan kita ni. Pandai2lah ya…

3.Mengingati mati dan jasad yang hancur.

- Ini boleh membuatkan kita untuk sentiasa berfikir akan tujuan sebenar kita bertapak di bumi sementara ini. Dengan mengingati mati juga boleh membuatkan kita menjadi seorang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya kematian saja sudah cukup untuk menjamin orang yang berakal terdorong untuk memperbaiki diri sendiri agar tidak lagi leka dengan dunia yang sangat menggoda manusia melakukan maksiat.

4.Meninggalkan perhiasan dunia.

- Pernyataan di atas bukanlah bermaksud Islam sama sekali mengharamkan perhiasan dunia yang telah dikeluarkan oleh Allah kepada para hambaNya. Namun ia bermaksud perhiasan yang diambil secara haram atau digunakan untuk tujuan haram.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda-benda yang baik lagi halaldari rezeki yang dikurniakanNya?” katakanlah: “semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beiman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula hanya tetentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat”. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatau dengan Allah sedangkan Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (al-‘Araf: 32 & 33)


Maka kita harus bijak membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Maksud di sini adalah mensyukuri kurniaan Allah dan tidak melakukan perkara yang haram dilakukan di samping tidak pula berlebihan dalam perkara yang harus. Kita perlu sentiasa memuji Allah atas anugerah dan nikamt yang dikurniaNya pada kita. Dan kita perlulah sentiasa mengingati akhirat bahawa kita akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Jelas dan nyata malu dalam islam itu sangat berbeza dengan malu yang diwar-warkan oleh manusia. Ini pembelajaran serta pemerhatian ana selama kehidupan dan pengalaman sendiri. Malu jangan disalah ertikan kerana pada agama konsep malu ini perlu dititikberatkan.

Sesungguhnya, dalam islam, orang yang pemalu itu merupakan antara manusia yang paling kuat kekangannya. Paling gagah berani membela kebenaran. Dia tidak gentar terhadap cercaan orang yang mencela dalam memperjuangkan kebenaran.


Wallahu’alamu….ana Cuma menyampaikan apa yang ana pelajari. Dan tidak semestinya apa yang ana sampaikan ini ana amalkan sepenuhnya kerana ini cuma peringatan buat kita semua hamba yang sentiasa leka dan lalai…dan kerana kesedaran ini ana cuba menyampaikan sesuatu dan harapannya semoga ini berguna buat semua yang membaca dan kita dapat improve from time to time to be better than before.
(rujukan; ISMA)

4 comments:

Unknown said...

aku malu melihat ramai umat muhammad yang tak tahu malu.....heh

PIANED said...

aku malu dgn diri ku yang x tau malu

hny said...

*blushed*

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ya...malu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...