asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 8, 2008

HiJab

59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Al Ahzab: 59)


Seperti yang terkandung dalam ayat di atas, ana ingin memperbincangkan hal jilbab A.K.A tudung…bila dikatakan tudung, ana musykil dengan keadaan muslimah sekarang…tudung berperingkat-peringkat saiznya…dari yang besar hingga yang ke saiz paling ‘comel’…apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku??? Terang2 dalam Al Quran ALLAH dah menerangkan cara yang sepatutnya seorang gadis atau muslimah untuk menutup aurat sebaik-baiknya. Namun sayang, ramai yang tidak mengendahkan dan ramai yang cuba melarikan diri darinya. Sampai bila keadaan runcing ini berlarutan? Ana sedih dan pilu. Ana tidak mau ketengahkan sesiapa pun di sini, cuma ingin membincangkan tentangnya.

Hijab bukanlah sesuatu yang digunakan untuk peragaan ataupun bergaya, tapi tujuannya adalah untuk menyempurnakan perintah Allah SWT dan menutup aurat wanita yang sepatutnya. Batas aurat wanita sudah memang sesuatu yang rasanya semua insan pun tahu, yakni hanya bisa menampakkan telapak tangan dan bahagian wajah. Dan bagi yang sangat menitik beratkan tentang aurat ini, ada yang mengenakan purdah/tabir pada wajah. Baju hendaklah longgar dan tidak menzahirkan bentuk tubuh dan berusaha untuk menutup semua yang patut. Ada hikmah suruhan Allah ini dan tidak sia-sia bagi mereka yang memahami. Tapi, tidak semua yang sanggup dan tidak semua yang rela. Yang rela itulah yang istimewa kerana mereka itu di kalangan hamba yang mengabdikan diri (insya Allah)… keistimewaan ini bukan saja dikasihi Allah, tapi juga memberi penghormatan pada bakal suami seorang muslimah di mana hanya si suami saja yang berhak melihat aurat si isteri, rahsia agung rumahtangga. Betapa cantik islam itu Allah ciptakan…cuma tidak semua yang dapat lihat kecantikkan sebenarnya…
Bila mana topik ini dikemukakan, bijak benar mereka-mereka itu menjawab dengan lantang dan mudah melontarkan kata ikut sedap hati, kenapa tak ikut sedap agama? Kenapa tak fikir natijah?

“Alah, bertudung kah ndak bertudung kah, sama jak…buka tudung rambut ber-dye…so apa guna pakai tudung?”
“Orang pakai tudung ni bukan semua baik. Ada lagi yang lebih teruk dari yang ndak pakai tudung. Bagus dorang buka jak tudung tu, bikin malu jak.”

Kenapa harus timbul tomahan serupa ini di kalangan wanita islam sendiri? Bukankah seharusnya kita yang mempertahankan agama? Sebaliknya mengkeji atau menghina. Saling memakan daging saudara sendiri……Ya Allah, jauhkan ana dari golongan seperti itu, Ya Allah selamatkan hamba-hamba Mu yang masih terlupa hakikat dunia yang sebenar.


Bila seorang muslimah itu memakai hijab yang agak labuh, mulalah keluar komen-komen yang agak tidak bernas dan adakalanya membuatkan orang lain pandang serong pada mereka yang berjilbab labuh ini. Extremist… Tiada kehidupan sosial, melebihkan akhirat dan tidak bertolak ansur akan hal dunia… Apa sebenarnya yang betul dan siapa sebenarnya yang salah? Semua ini dari kita sendiri, kita saja yang dapat mengubah diri kerana kita saja ynag kenal kita ini siapa sebenarnya.

53. (siksaan) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah tidak mencabut nikmat yang Telah dilimpahkan-Nya kepada sesuatu kaum, selama kaum itu tetap taat dan bersyukur kepada Allah. (Al Anfaal:53)

Betapa mulia seorang gadis yang cuba memelihara maruahnya dengan berhijab. Tidak semestinya labuh seperti telekung (jilbab khas untuk solat), tapi biarlah menutupi aurat yang telah ditetapkan. Bukanlah susah kerana islam ini agama yang tersangat mudah dan menyayangi penganutnya. Allah sangat menyayangi hambaNya yang setia dengan perintah dan jauh dari larangan.

Pengaruhnya sangat luas di kalangan manusia. Tak perlulah keluar negara, dalam bumi Malaysia ni juga ramai yang mungkin kurang tahu cara sebenar-benarnya untuk bertudung (wallahu’alamu). Hinggakan terpapar gaya-gaya busana yang kononnya mengikut trend semasa…kenapa nak sesuaikan agama dengan trend? Seharusnya sesuaikan trend dengan agama. Mungkin itu yang mereka cuba nak buat, tapi sayang bagi pandangan ana masih ada yang kurang. Jika di buat banci, berapa ramai wanita islam yang memakai hijab dengan betul pada masa kini? Mungkin peratusannya sangat kurang memberansangkan dan itu sangat mendukacitakan.

Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)

Nauzubillahi minzaliq…

Ana ini seorang yang sangatlah teruk…ana tidak mampu untuk menegur dan menegakkan tentang hal ini pada sahabat lain. Ana hamba lemah ya Allah…ampunkan ana atas rintihan ini, ana tidak berani tunjuk pandai sedangkan mereka menentang dengan kata-kata yang bisa menyakitkan hati ana, walaupun mungkin dalam ketidaksengajaan… berikan ana kekuatan ya Allah…selamatkan muslimah-muslimah di dunia ini ya Rabb…apa yang ana mampu ialah mengekalkan sesuatu yang ana mulai di KML dulu dan menjaganya sebaik mungkin walaupun orang sekeliling sering menegur dan mempersoalkan imej ini. kuatkan ana ya Allah, ana hidup untuk Mu, bukan dengan kata-kata mereka… sungguhpun sakit ana terima ya Allah, asal bukan murkaMU yang ana peroleh…Subahanallah…


Ana sudah merasai saat-saat jauh dariMu, detik ketika ana hanyut dengan tipuan dunia……jangan biar ana jauh lagi Ya Allah…ana tidak sanggup merasa neraka jahannam Mu ya Allah…beri ana peluang memperbetulakn niat dan memperbanyakkan amal…amiin…jauhkan kami umat islam dari godaan syaitan durjana ya Allah…

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.” (hadith ke 34: Hadith40 Imam Nawawi)

firman ALLAh...

30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (An Nur:30 & 31)

Allah dengan sempurna menetapkan segalanya untuk kita, muslimin serta muslimah…cuma tinggal kita untuk belajar, mengamal serta menyampaikan sesuatu ilmu Allah untuk menjalankan tanggungjawab bersama. Hak Allah dan hak manusia kerana hablum minallah wa hablum minannas…wahai kaum hawa, cubalah untuk lebih menjadi sesuatu yang mahal dipandangan masyarakat dan bukan dengan mudah mendedahkan itu ini buat tatapan umum. Kecatikanmu bukan untuk peragaan, tapi nikmat sementara untuk disyukuri dan untuk suamimu semata. Wahai kaum adam, kamu insan yang diharapkan untuk menghidupkan dan menyambung dakwah fisabilillah (mengikut cara Nabi), jangan kerana godaan dunia yang satu ini kamu leka…sungguh ia sangat merugikanmu. Jadilah penyebab penegakan islam yang satu masa dulu pernah dibanggakan. Jagalah saudara-saudara perempuanmu agar mereka lebih menghargai nikmat Allah dengan cara yang sepatutnya…dan semoga ana juga tergolong dalam golongan demikian. Insya Allah…

Semua ini adalah yang biasa kita dengari, ana cuma ingin memperingatkan kembali kot-kot mungkin ada yang lupa? Dan peringatan keras juga buat ana untuk lebih menjaga…semoga Allah permudahkan urusan dan melapangkan dada insan yang mengharap belas kasihnya…amiin..wallahu’alamu…

15 comments:

PIANED said...

4 peringkat menutup aurat:
1. menutup segalanya kecuali muka dan tapak tangan
2. menutup segalanya kecuali mata
3. menutup segalanya
4. tidak keluar dari rumah

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ya...benar...jazakallah...

رضاءالدين صالح said...

aku nak istri peringkat kedua kot..hehehe
peringkat ketiga,takut t'ambil istri org..hahah

PIANED said...

aku nak peringkat 4....peringkat hokage...hehehe...tp slow dlu....dpt yg besa pun xpa....bleh ubah.....

PIANED said...
This comment has been removed by the author.
PIANED said...

“Dan apabila kamu meminta (bertanya) sesuatu kepada mereka (kaum wanita), maka mintalah (bertanyalah) kepada mereka dari balik hijab.”(Qs. Al-ahzab (33) ayat 53)

PIANED said...

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw. Bersabda: “dua golongan manusia termasuk penghuni neraka, aku tidak mau melihat keduanya, iaitu: (1) orang-orang yang membawa cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia; (2) wanita-wanita yang berpakaian tetapi (hakikatnya) telanjang yang berjalan lenggang-lenggok, di atas kepala mereka ada sanggul seperti punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium harum syurga, padahal harum syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.”(Hr. Muslim dan yang lainnya)


Imam Nawawi rah.a berkata,”adapun kata’berpakaian tetapi telanjang’,hal itu memiliki empat maksud:
1. menggunakan nikmat-nikmat Allah tetapi tidak pernah mensyukurinya.
2. Wanita yang memakai pakaian tetapi tidak pernah mau melakukan amal-amal kebaikan dan tidak mengutamakan amal-amal akhirat dan ketaatan.
3. Wanita yang membuka sebahagian badannya untuk memperlihatkan kecantikan dan keindahan tubuhnya.
4. Wanita yang berpakaian mini dan ketat sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya.

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ana nak jadi peringkat....tut....
biar Allah jak tau...
supaya suami nanti puas hati insya ALlah...hanya untuk dia...

touchskill til die said...

bab aurat ni memang strict... perempuan bukan bahan display macam hanpone display dalam cermin.. pompuan ni tinggi!! tapi di merendahkan martabatnya... 1 orang wanita keluarkan muka dari jendela nescaya 1000 fitnah dah masuk.. ramai orang bincang pasal syariat tutup aurat.. memang ikut syariat boleh nampak muka n tpak tangan... tapi wanita taqwa adalah wanita yang tutup aurat cara isteri nabi dan isteri para sahabat setelah haji wida" .. perempuan taqwa tutup 100% aurat termasuk muka dan tangan hanya dengan kain hitam...wanita taqwa hnya akan keluar rumah ketika btul2 perlu..bukan macam pempuan melayu islam usrah di malaysia nih..ape kelas usrah-usrah..?? sezarah taqwa pun takda.. kumpul laki pempuan buat perkemahan amal tepi laut ..tarik tali laki pempuannn hahaha..lawak lah ajaran usrah ni.. hah!!! hambik so..moralnya jangan ikut usrah..tapi ikut masturat o.k... memang true waypc

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

ikut masturat??? ana memang nak...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

tiada lelaki di kalangan ahli ketika berhalaqah...itulah yang di impikan...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

aman jak suasana if macam tue..hehe

PIANED said...

bha bynk 2 ta'lim masturat d setiap halkah....

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

di manalah nak cari pian??

PIANED said...

ada 2......suruhlah mahram awak tnya karkun2 kat masjid kat kawasan awak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...