asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 28, 2009

kembara ukhuwwah

Ana pernah berkunjung ke Tawau semata nak jumpa dengan sahabat lama yang amat dirindui. Ukhuwwah kami amat ana hargai, dan ana niatkan kembara ke Tawau ini adalah kerana Allah SWT. Kerana Allah telah menemukan ana dengan dia, jadi sahabat ana di KML dulu dan dia juga mengajak ana untuk join al-Irfaan. Allah memilih dia sebagai wasilah untuk ana sedar betapa Allah Maha Menyayangi diri ini. Terima kasih sahabat. Walaupun sedikit kecewa dan terkilan sebab seorang sahabat tidak dapat hadir ketika kami menjemput dengan penuh semangat sukacitawati (ape2 jelah). Dia punya masalah peribadi tersendirian berhad. So ana relakan saja, walaupun benar-benar ingin berjumpa dengan mereka berdua. Kenangan yang tak mungkin luput, sebab tak pernah set pun tarikh luput..huhu kamu masih berada dalam potret yang ana simpan dalam leptop. Hehe so takkan hilang pun..=)

Sepanjang keberadaan ana di tawau yang luas itu, ana dapat bezakan apa yang lain daripada tempat tinggal ana. Bandar tawau ini besar, dan complicated. Sebab sepatah haram pun ana tak tahu menahu pasal selok beloknya tawau. Huhu..sal kata kami nak ke Bandar. Tapi jalan macam nak ke kampung, dia ambil banyak shortcut (sal bawa keta). Pandai gak dia bawa keta nih, lau tak pandai takkan dapat lessen plak. Huu



Pernah tak korang dengar satu juadah yang bertajuk ‘ABC milo’ (milo boikot!)? ana baru tahu pasal kewujudan menatang tuh dan diorang gi pesankan untuk ana. Bila ana tanya ada tak perisa lain? Horlicks ke?? Diorang kata ada…wawawa bila nak tukar menu, pesanan dah sampai. Hampeh! Terpaksalah makan dan dibelanja pulak oleh seorang sahabat yang betul2 happy sebab dah beli leptop baru..heee (makan free lagi) bakal doktor yang still study kat USM Kelantan. Good Luck sahabat2ku!

Oleh kerana ana nih bukanlah seorang kaki jalan, jadi banyak masa ana habiskan di rumah sal dan lepak dengan sorang budak nakal yang digelar Cici. Kebetulan mak dia terpaksa O.T (overtime) satu malam dan bapa dia out station, so bertiduranlah dia dengan kami semua di rumah sal pada malam kedua ana berada di tawau. Dia bawa ana bersembang, actually dia jek yang banyak cakap. Kuat berceloteh betul budak nih..geram ana tengok.

Maghrib tuh dia tengok ana siap-siap nak solat, dia masuk dan tanya “kakak sudah sembahyang ka?” ana pun geleng tanda belum, ana tanyalah kenapa? Di kata, “aku lah sembahyang dulu kalau gitu. Kakak jangan tengok ya, aku mau sembahyang nih. Pusing belakang.” Terpaksalah jua ana turuti kehendak anak kecil nih. Selesai solat, dia kata “okay kak dah siap, kakak lah solat lagi” huhu sekejap jugak dia solat, tapi takpe, at least dia ada minat nak solat. Huhu~~

CICI, bila ana tanya apa nama betul dia, dia sengih-sengih dan kata; “kak, nama betulku kan syikin, hehe..” punyalah ana percaya bulat-bulat apa yang dia kata tuh. Sebab nama cici hamper2 gak ngan syikin. Pagi tuh sebelum berangkat pulang, mak sal sediakan sarapan untuk kami. Ada gak budak cici nih, punya awal dia bangun, pastue direct mandi plak tuh. Ingatkan dia ngigau ke hapa (biasanya dia bangun lewat gak), rupanya nak ikut hantar ana nek bas. Hee..terharu rasanya. Dan pagi itulah pecah segala tembelang si cici nih, dia bagitau kat ana nama dia syikin, pastu mak sal kata bukan. Rupanya nama dia yang sebenar adalah Refa Haziqa. Masya Allah, ana tertipu dek budak nih..wuu tym tu gak dia ketawa besar dan pandang ana semacam. Hehe tau gak segan..”oh..syikinlah nama cici ya?” sindiran ana padanya, bertambah lagi ketawanya, ana tau dia dah malu2. Hehe..sebelum bas ana sampai di taman sri indah tu, cici sempat bertanya; “kak, bila lagi kakak datang sini?” hmm..terdiam ana. Soalannya tu memang agak cepumas, sebab pulang sabah pun mungkin sukar, apatah lagi nak melancong ke tawau? “Entahlah..” ana jawab spontan, sejurus dia memukul ana. Budak nih suka sangat ambil gambar..”jom kak kita gambar?” dahlah guna HP ana, suke2 ati dia jek nak ambik gambar. Tapi apapun, ana bakal rindu gelagat budak nih. Huhu~~

1 comment:

Ameen Muslim said...

salam ziarah dan salam ukhuwah.

ukhti ni bekas sahabat irfan ya? batch yg ke berapa? sy batch 08/09 tapi 2 bulan jak duduk di sana pasal dpt twrn lain.

haha... lucu jgk bila fikirkan yg abc milo just ada di tawau. yime di labuan dulu sy pesan abc milo, org tu pelik? ingatkan abc milo ada di mana2... inilah namanya tawau. sy org tawau...

apa2 pun, smoga kenangan di tawau dpt mnjadi ingtan ukhti utk berkunjung lagi dgn mmbawa muatan dakwah islamiah!


wallahu 'alam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...