dengan nama ALLAH...
Thursday, January 28, 2010
dugaan...istighfar...menyampah?
dengan nama ALLAH...
Tuesday, January 26, 2010
ALLAH menegurku...
Sunday, January 24, 2010
dalam kesempitan wang dan keterluangan masa...
Thursday, January 21, 2010
kenyataan rasmi MANHAL PMRAM; isu pemakaian niqab/purdah
- Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif
- Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar
- Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan
- Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
- Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.
- Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:
- Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)
- Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai
- Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.
- Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.
Sunday, January 17, 2010
courting before MARRIAGE
Tuesday, January 12, 2010
tengah cari masa...
Friday, January 8, 2010
dunia...
Majlis Ulama Indonesia haram program gosip TV
Rancangan Infotainmen papar maklumat berunsur negatif
JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengemukakan fatwa mengharamkan Infotainmen, rancangan hiburan yang ditayangkan di televisyen Indonesia dan ditonton berjuta peminat terutama wanita, berikutan kandungannya yang tidak membangun minda dan tidak mendidik.
MUI melalui ketuanya, yang juga Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (NU), Hasyim Muzadi memberi beberapa alasan mengapa Infotainmen diharamkan.
"Kami membuat penilaian ke atas Infotainmen berdasarkan kandungan dan pengisian rancangannya. Jika kandungan rancangan dipenuhi gosip, melaga-lagakan antara satu sama lain, menghancurkan kebahagiaan rumah tangga orang lain seperti yang dilakukan Infotainmen, ia amat dilarang agama," katanya.
Hasyim turut merujuk hasil Mesyuarat Kebangsaan Alim Ulama NU di Surabaya pada 2006 yang sudah mengharamkan Infotainmen berikutan kandungannya dipenuhi gosip, fitnah dan khabar angin.
"Kes pertelagahan antara aktres Indonesia, Luna Maya dengan Infotainmen wajar dijadikan contoh bagaimana program yang berunsur negatif, tidak mendidik akhirnya menimbulkan lebih banyak keburukan dalam masyarakat," katanya.
Beliau berkata kebebasan Infotainmen bukanlah kebebasan mutlak tetapi perlu diiringi tanggungjawab, bukan penulisan sebarangan sehingga menjejaskan kehidupan orang lain.
Katanya, tayangan Infotainmen tidak seharusnya menceritakan gosip perce
raian dan kehidupan peribadi artis tetapi sepatutnya memberi tumpuan kepada kejayaan dan prestasi kerjaya yang dicapai.
"Alangkah baiknya jika program Infotainmen diisi dengan pendidikan keluarga sakinah, pendidikan patriotik yang dapat membangunkan bangsa. Malangnya media hiburan seakan tidak berminat dengan perkara ini," katanya.
Hasyim berkata NU akan membincangkan isu kesan negatif Infotainmen terhadap perilaku masyarakat dalam Muktamar ke-32 pertubuhan itu di Makassar dari 22 hingga 27 Mac depan.
"Perbincangan tidak rasmi di antara ulama, pemimpin agama, tokoh pendidikan, budayawan dan cendikiawan negara juga akan diadakan beberapa hari menjelang muktamar," katanya.
Sementara itu, penganalisis media dari Universiti Airlangga Surabaya, Suko Widodo berkata berkata wartawan Infotainmen perlu dididik agar dapat menyediakan bahan berkualiti untuk masyarakat.
"Apa yang berlaku di Infotainmen Indonesia berbeza dengan negara lain. Tayangan di luar negara membicarakan semua prestasi dan karya yang dihasilkan artis atau pelakon, tetapi di negara ini mereka lebih suka membicarakan kehidupan peribadi, gosip dan khabar angin dikalangan mereka," katanya. � Agensi
huh...malas betullah...
Wanita pakai burqa mungkin dikenakan denda RM3,500
Cope yang memimpin parti pemerintah UMP memberitahu majalah mingguan Le Figaro bahawa wanita yang memaksa isteri mereka memakai burqa atau niqab boleh dikenakan denda lebih berat.
“Undang-undang itu adalah mengenai isu keselamatan. Langkah dicadangkan melarang seseorang menutup muka di tempat awam dan di tepi jalan kecuali ketika majlis kebudayaan atau pesta khas,” kata Cope kepada majalah itu.
Cope yang ketika ini berkempen untuk menggantikan Nicolas Sarkozy sebagai calon berhaluan kanan untuk jawatan presiden pada 2017, berkata burqa mesti diharamkan sebagai mempertahankan hak wanita.
“Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita,” katanya.
Kementerian Dalam Negeri berkata, hanya 1,900 wanita memakai burqa di Perancis. - AFP