Wanita pakai burqa mungkin dikenakan denda RM3,500
PARIS: Wanita Muslim yang menutup sepenuhnya anggota badan berkemungkinan didenda 750 euro (RM3,500) berdasarkan satu draf rang undang-undang yang dibentangkan pemimpin majoriti Parlimen negara itu, Jean-Francois Cope, di sini semalam.
Cope yang memimpin parti pemerintah UMP memberitahu majalah mingguan Le Figaro bahawa wanita yang memaksa isteri mereka memakai burqa atau niqab boleh dikenakan denda lebih berat.
“Undang-undang itu adalah mengenai isu keselamatan. Langkah dicadangkan melarang seseorang menutup muka di tempat awam dan di tepi jalan kecuali ketika majlis kebudayaan atau pesta khas,” kata Cope kepada majalah itu.

Draf undang-undang itu akan dibentangkan dua minggu lagi dan akan dibahaskan di Parlimen selepas pilihan raya wilayah selepas Mac depan, katanya lagi.
Cope yang ketika ini berkempen untuk menggantikan Nicolas Sarkozy sebagai calon berhaluan kanan untuk jawatan presiden pada 2017, berkata burqa mesti diharamkan sebagai mempertahankan hak wanita.
“Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita,” katanya.

Pada masa ini, kalangan politik Perancis berbelah bagi sama ada mengharamkan burqa dengan parti Sosialis menentangnya tetapi pada masa sama tidak menggalakkan wanita Muslim menutup anggota badan sepenuhnya.
Kementerian Dalam Negeri berkata, hanya 1,900 wanita memakai burqa di Perancis. - AFP

sumber-berita harian
No comments:
Post a Comment