ada banyak cara ALLAH nak tegur hamba2-Nya...dari berbagai sudut, jalan dan kaedah..penuh hikmah tersembunyi bagi mereka yang memahami dan mereka yang ingin menafsir hal kehidupan seharian sebagai dakwah ke jalan ALLAH SWT...
dan sesungguhnya...dah beberapa kali, i mean, banyak sangat kalinya ALLAH menegur ana atas kesilapan2 yang ana lakukan dalam kehidupan sehari2...ALLAH mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi pada hamba-Nya dan hamba-Nya lah yang membelah bagikan kasih
sayang itu kepada keduniaan dan macam2 lagi...apa yang salah dan silap nih?
sesekali ana merenung panjang sesuatu kisah dalam hidup nih, baru jugak ana nak tersedar berapa banyak kali ana dah menjatuhkan iman sendiri? dan ALLAH tidak jua putus2 dengan rahmat dan kurniaNYA..betapa Pemurahnya Engkau ya Rahman!
..............................................
bermula kesedaran yang telah lama hilang sewaktu di matrik dahulu...dalam menimba ilmu dan mencari diri yang sebenar....dalam menjangkaui saat2 gemilang umur sosial. dalam menepis segala godaan2 dunia dan dalam menangung beban tersarat di hati..di manasepatutnya ana mencari kepastian...dan ana berjumpa dengan satu sinar cahaya yang pasti..yang bakal menyinari kubur ana esok...
sesungguhnya Engkau maha Pemurah ya Rahman!
saat itu ana sudah mula terasa di tegur dan dekat dengannya...memandangkan ana tidak punya siapa2 untuk mengadu dan berbicara..siapalah ana untuk menumpang kasih insan2 lain yang juga memerlukan kasih seperti ana? malah mungkin juga lebih perlu???
ya ALLAH, Engkaulah Tuhan yang Satu..tiada sekutu mahupun pembantu...
hambaMu ini ingin sekali dekat denganMu dan berbicara di sudut hati ini untuk sentiasa kembali padaMu..terima kasih Ya ALLAH...Kaulah segala-galanya buat hamba....untuk ke akhirnya...
perjalanan hidup ini kian jauh dan menjauhi zaman2 gelap dan jahil dahulu...dalam perjalanan yang panjang, ALLAH jua menjadi tempat pengaduan...ketika diri ini terlena, ALLAH jua yang mengingatkan dan membangkitkan kembali semangat juang seorang gadis malang dan hina...
"pernah sekali ana kata ana benci sangat dengan warna merah sebab warna tuh menyerlah sangat dan nampak garang sangat...dan akhirnya ALLAH menegur dengan penuh hikmah dan indah...bermula dengan kain solat ana (kain batik) yang berwarna merah peninggalan mak untuk ana, tafsir Quran ana yang berwarna merah...kemudian ke leptop merah, henpon merah...jaket sejuk pun merah...pendek kata, dalam banyak2 barang yang ana selalu and kerap guna semuanya warna merah..hmm...tengok, ALLAH nak tegur...~boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu tuh, tapi ia baik untukmu~ (lebih kurang maksud firman ALLAH, Al-baqarah 216) dan kerana ini ana sedar...tidak semua benda yang kita tak suka, kita takkan suka sampai bila2...dan di sini ana sedar, bahawa manusia akan di uji dengan apa yang mereka pernah katakan terdahulu...macam kisah terbaru dalam hidup ana...ana kata, ana takkan beli broadband..mana mampu, nak bayar itu ini...sekarang, ambek kau...huhu sebulan 50, kira ok lah...ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA..."
dan kerana itu, ana semakin sedar dan semakin ingin dekat padaNya...pada ana, hanya ALLAH yang bisa men'judge' setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. kita nak judge orang bakpe? banyak lagi kena amal dan tunaikan...hak ALLAH, hak kehidupan dan hak keluarga...dan ALLAH yang maha sangat pemurah telah menganugerahkan ana pelbagai jenis teguran yang ana rasa bersykur sangat ALLAH masih ingat pada hambaNya yang hina ini....
Ya ALLAH, padaMU ana serhakan kehidupan dan ketentuanMu ana nantikan dalam setiap perkara yang dirancang dan tak di rancang...sesugguhnya Engkau telah menetapkan kehidupan ini dan Engkau telah memberi hidayah kepada setiap manusia, cuma manusia itulah yang tidak ingin menyahut seruan hidayah yang hanya Engkau yang memiliki...
terima kasih ya ALLAH...
wallahu'alam bissawab...
No comments:
Post a Comment