asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 28, 2010

_assalamualaikum..


in the name of ALLAH..

i hereby,wanted to say am SORRY for things ive done wrong,for sarcastic words ive said,for acts ive done annoyed...

memohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan sengaja @ tidak,

kepada nabi SAW..
malaikat a.s..
para sahabat wal sahabiah..
tabien..
alim ulamak..
ibu (my late)..
ayah..
abang..
adik2..
friends among me..
families out there..
karkun wal karkunah..
mujahid wal mujahidah..
mukminin dan mukminat..
muslimin dan muslimat..


kerana sentiasa terlupa, terpesong, terjahat, terkata, terbuat, terfikir, terkesima (eh?)...
janji2 manis dapat ku untaikan, tapi sukar benar menunaikan...MAAF sekali lagi...

doakan ana sempena final yang bakal melanda...seminggu 8 subjek power punya! ditambah amali starts from semester one's subject...wow...rilex aya, cool down...

tapi mohon doanya untuk ana selamat di akhirat nanti dan menetap di syurgaNya (itu yang lebih penting!) insyaALLAH...
may ALLAH bless you all...

=) wish me luck...
wassalam...

Tuesday, April 27, 2010

_not very well...

in the name of ALLAH...

thank you ALLAH, for giving me this.to reduce my sins before i take my final examination.its hard but worth it.



kafaratul dosa yang sangat bermakna.insyaALLAH...

wassalam...

Tuesday, April 20, 2010

_finals..

in the name of ALLAH..

terlalu banyak final di dunia ni kan?tapi FINAL yang pasti adalah penentu kehidupan kekal samada syurga mahupun neraka?wallahu'alam...

dan sebagai seorang pelatih MA,ana bakal menghadapi final jugak.yang jadi satu kiraan 'mereka' untuk qualifiedkan ana sebagai budak sem4 kelak ataupun tak...huish...nauzubillah...semoga ALLAH memudahkan.amien...

banyak dugaan betol dekat2 final nih.tapi dugaan terbesar untuk hadapi FINAL sebenar adalah NAFSU...aduh...sapa takda NAFSU?sila angkat kening semua! takda kan???semua ada nafsu kan...para malaikat jek takda nafsu.pasal itulah malaikat TAAT.manusia ni,oleh kerana ada nafsu,maka dugaannya besar untuk taat.makanya,org yg berjaya tawan nafsunya,dicemburui oleh malaikat.sebab HEBAT kan..huhu sapa dia??? junjungan besar SAW...insyaALLAH.semoga jadi huswatun hasanah dalam hidup kita dalam melawan nafsu2 mendatang.hehe

macam ana jugak,banyak nafsu.on9,makan,tido...pun nafsu jugak.hoh!dah dekat final ni! insyaALLAH...semoga ALLAH kuatkan dinding hati nih...amien =)







selamat bermujahadah buat semua!
wassalam.

Monday, April 12, 2010

_Alhamdulillah! ketemu..

in the name of ALLAH...

bayan Maulana Syamim kat Sri Petaling yang ana cari2 selama ni dah jumpa.Alhamdulillah! terima kasih ALLAH...hee...(senyum yang paling lebor atas dunio!)



sape2 yang berminat,ni link nya..


atau klik jek kat logo 'Rakan Blog' di bawah tuh..insyaALLAH..adalah serba sedikit manfaatnya.amien. =)

wallahu'alam.

Friday, April 9, 2010

_tanggungjawab wanita (masturat) dalam dakwah..

Pemimpin keluarga dalam satu rumahtangga adalah suami, tetapi guru yang unggul dalam rumahtangga adalah isteri atau ibu. Ibu adalah madrasah kepada anak-anak. Pangkuan ibu adalah Universiti terbesar bgi anak-anak. Sikap dan cara berfikir ibu sangat memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Oleh itu, sangatlah penting wanita mempunyai fikir agama. Apabila agama hanya ada pada suami, maka agama hanya sampai di depan pintu rumah sahaja. tetapi apabila isteri mempunyai fikir dan mengamalkan agama, maka agama akan dihayati kepada semua seisi rumah.

Tanggungjawab agama sebenarnya Allah telah beri kepada Kaum lelaki dan wanita. Firman Allah SWT dalm Surah At-Taubah ayat 71 bermaksud :
‘Orang mukmin lelaki dan mukmin wanita sebenarnya satu sama lain adalah saling ganding bahu menyeru kepada yang ma’ruf dan menegah yang mungkar, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itulah yang diberi rahmat oleh Allah kerana Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana’
Untuk memudahkan menghayati hokum Allah dan Sunnah SAW maka wanita perlu keluar di Jalan Allah SWT, di situ seseorang itu akan terlepas dari urusan dunia untuk seketika seperti memasak,mengemas rumah.menjaga anak-anak dan melayani suami. InsyAllah kefahaman dan fikir agama akan masuk ke dalam hati apabila dia mengikuti segala program yang diaturkan.

Apabila seseorang wanita pulang ke rumah setelah keluar ke Jalan Allah bersama suaminya, dia akan mempunyai kerisauan baru di mana fikir agama akan meningkat dan dia akan memikirkan bagaimana anak-anaknya,mahram dan kaum keluarganya dan jiran-jirannya dapat juga mengamalkan agama. Mereka mula berfikir maksud mereka dihantar ke dunia dan mula menggalakkan mahram keluar ke Jalan Allah. Mereka juga mulai mempunyai keazaman membina suasana agama dalam rumah dimana ada dakwah,taklim taklum,ibadat,didik anak cara sunnah,hidup sederhana dan galakkan mahram keluar ke jalan Allah.

Dengan lelaki membuat usaha di luar rumah dan wanita membuat usaha di dalam rumah, maka Allah akan memberi keberkatan dan kebaikan di luar dan Allah akan tukar mohor agama dalam rumah. Umumnya, kita tahu wanita tidak ada yang menjadi nabi tetapi Nabi lahir dari wanita. Orang pertama terima islam ialah wanita iaitu Saidatina Khadijah dan orang pertama menjadi syuhadah ialah wanita iaitu Sumaiyah r.ha. dengan dakwah wanita juga Allah beri hidayah kepada Saidina Umar r.a,Saidina Ali r.a dan Saidina Othman r.a.

Dari kisah nabi-nabi,dimana nabi-nabi yang isterinya tidak ada fikir agama atau mengamalkan agama, maka dakwah nabi tersebut seperti Nuh a.s sangat sedikit yang mengikuti nabi itu, iaitu seramai 83orang sahaja, sedangkan masa dakwah yang digunakan menjangkau 950 tahun. Sebaliknya Nabi Ibrahim a.s dimana kedua-dua isterinya ada fikir agama sehingga Allah lahirkan daripada keturunannya ramai yang menjadi Nabi, seperti Ishaq a.s, Nabi Yaakob a.s, Nabi Yusof a.s, mereka itu dari Siti Sarah dan daripada Siti Hajar, lahir Nabi Ismail a.s dan dari keturunannya lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi.
KELEBIHAN WANITA KELUAR DI JALAN ALLAH SWT

Wanita yang menggalakkan suaminya keluar di jalan Allah akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka dan jika dia sama-sama keluar di jalan Allah, dia akan masuk Syurga 1000 tahun dari suami mereka dan dihias dengan pakaian yang cantik-cantik sehingga suami tidak mengenali mereka.
Mafhum Hadis, Bidadari berbicara dengan wanita dunia “Siapakah yang lebih mulia dan akan dilantik menjadi ketua Bidadari antara kami dan wanita dunia, kami dicipta dari nur dan tidak pernah buat dosa”. Wanita dunia berkata,”Kami lebih mulia kerana kami di dunia bersusah-payah untuk agama, sebab itu kami menjadi ketua Bidadari dan bidadari menjadi dayang-dayang”. Allah mendengar percakapan kedua-dua mereka, lantas Allah berfirman, “Memang benar wanita dunia yang layak menjadi ketua Bidadari di Syurga Kelak.”

Sumber : Dipetik drpd Buku ‘Tertib Usaha Masturat’ Oleh Hj.Othman Sipol S.P

copy paste dari akhsyukri

Thursday, April 8, 2010

_nusrah ALLAH..

in the name of ALLAH..
pada pandangan anda, kenapakah ana pilih tajuk ini kali ini? (wah..bermadah swasta) ok.ok.ana pi direct sket..
its a very big pleasure to talk on this entry, because its about nusrah. apa itu nusrah? pertolongan...nusrah ALLAH pula pertolongan ALLAH. kasi jamak dalam bahasa arab (mcm terror..haha) jadilah nasrullah..sape nama anak dia Nasrullah??? cantek...hehe...oklah, banyaklah kau punya madah nih.baru intro, gagaga...
sesungguhnya nusrah ALLAH itu hanya akan datang pada mereka yang menolong agama ALLAH. tak kiralah dari sudut mana pun ianya mau datang. tetap datang jugak. bak kata ayat encik Tham Koon Long (TKL-pengajar farmakologi klinikal).he said in our class few days before, "Tuhan hanya tolong orang yang tolong dirinya sahaja." hehe..lebeyh kureng jugaklah ayat die.tapi slek sketlah.hee di mana ayat ana, "ALLAH hanya tolong mereka yang menolong agama ALLAH".


ana telah menghadiri Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) pada 03/04/10 untuk memperingati hal kezaliman regim zionis yang bertapak di palestin dan kini semakin galak menempati Gaza pulak doh.punyalah tamak...now,there are no Palestine dalam map dunia terbaru.tapi ada satu negara yang sedang gagah dibangunkan oleh pihak Yahudi yakni Israel (laknatullah)...uik sedap2 plak cakap laknatullah..mimang pun...


palestine yang semakin 'menipis'
kenapa durang nak sangat palestin nih arr? begini ceritanya..cheh..macam jak apa..ehe, just nak menyampaikan fakta yang diberitahu oleh seorang pemegang PhD hal history dan civilization of Islam di Jerusalem nih.Dalam tahun 1897, sorang secularism yg jugak dikenal sebagai bapa kepada Zionism, iaitu Theodor Herzl mencetuskan hal zionist movement.knp?sebab durang dah busan kena pijak2 oleh orang2 Eropah.terutamanya oleh suku Nazi yang pada ketika itu sangatlah berkuasa dan kejam,di negara2 besar seperti Germane, Ukraine, Argentina, Russia dan beberapa lagi negara yang turut menjadikan golongan yahudi ni sebagai hamba abdi.Sehinggalah diorang rasa diorang tak patut di buat macam tuh,dan tertindas sangat2.Maka diorang pun memberontak.Mencari kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan tapak permulaan membalas dendam.Dan mereka pun menemui Palestine yg menjadi pilihan utama atas asbab kedudukan geografi dan kebencian pada umat islam yang menjadi tradisi turun temurun mereka si bangsa Yahudi.It’s a fact ok.Ana tak reka2.Maka kerana itu,sampai sekarang dah makin menjadi-jadi pulak dah kan..kita pun lihat berapa banyak nyawa lesap begitu sahaja,tanpa ada sebab musabab yang boleh masuk kepala hotak orang yang ada perikemanusiaan dalam hatinya.
hingga KINI,mereka semakin menyeksa.Membandingkan kematian beberapa askar diorang dengan beribu kematian yang disebabkan oleh bom membabi buta.Kasaqnye ayat but that’s the truth.
anak2 mati, jadi yatim piatu, ibu2 hilang suami, begitu pula suami, hilang isteri dan keluarganya.Berapa banyak nyawa yang kita lihat ditelan oleh kejahatan sedemikian rupa?apa usaha kita?pandang sebelah mata?dan buat hal masing2?
DOA…senjata utama seorang mukmin itu adalah doa.Kenapa sudah begitu lama,Palestine masih tertindas hingga sekarang?mana p Nusrah ALLAH? Dan mulalah cerebellum tercinta ini meneka-nekakan hal ini. Ada tak mereka mementingkan hal agama?adakah usaha agama yang dibuat secara istiqomah di sana?Mungkin ada, dan mestilah ada (insyaALLAH).kita lihat mereka membaling2 batu, sibuk pergi mempertahankan sesuatu yang menjadi milik mereka layaknya, yakni tanah Palestine itu sendiri…SEGALA AMALAN BERMULA DENGAN NIATNYA…apa niat mereka membalas balik serangan? Sekadar mempertahankan tanah mereka atau berjihad fisabilillah?(amien) Persoalan demi persoalan, ana cuba mencari jawapan pasti.tanya sana,tanya sini. Dan akhirnya ana jelas nampak, insyaALLAH..
Ana sedar,mereka menderita dan hidup dalam keadaan yang sangat dhoif.Hinggakan segala keperluan hanya bergantung pada bantuan luar,samada secara on the spot atau underground.Seorang medical doctor yang merupakan warga Gaza,lahir dan menetap di sana,kini melanjutkan PhD nya di Malaysia, menceritakan dalam KBAZ ini serba ringkas kehidupan dan keinginan mereka.nampak, mereka nak tanah kembali dan hidup aman.dan dia berkata yang mereka yakin ALLAH pasti tolong hamba-Nya dan kemenangan pasti berpihak pada mereka.semuanya dari ALLAH katanya.Subhanallah, mengalir jugak airmata ana melihat penderitaan mereka dan ana hanya mampu doa dari kejauhan ini.Tapi…ana mula berfikir lagi dan lagi.
“…kekuatan seorang mukmin itu terletak pada Qiamnya dan ketidak-bergantunganya pada orang lain.” (lebih kurang maksud hadis_Al Hakim)
ALLAH KUASA, MAKHLUK TAK KUASA.
Itulah kunci utamanya.jika kita yakin pada Nusrah ALLAH, kita pasti menang dengan mudahnya. Tapi sekarang sukar benar nak capai kemenangan itu..KENAPA??? kerana ada segelintir bijak pandai, ahli2 sejarahwan dan ramai lagi mereka yang arif tentang hal ini,mereka YAKIN BAHAWA KUASA2 BESAR MENENTUKAN HALATUJU SESEBUAH NEGARA ITU,MAJU ATAU TAK.Dengan hujah, jika dunia dah dikuasai oleh kuasa2 besar dunia, maka takda apa lagi yang dapat diubah.SILAP KO GENG!!! Kerana hanya ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALANYA.cuba yakin tanpa was-was, pasti menang! Sampai boleh pulak mereka memberi contoh seperti AS. Malah, kehadiran Israel itu disokong berat oleh AS, making people around the world segan dan tutup mulut atas penindasan terang2an SALAH. Ini dunia dong…manusia hanya dapat tunjuk kuasa sementara,dan ALLAH MAHA KUASA tetap KUASA yang terbesar dan kekal selamanya.Then think about yakin kepada ALLAH, kuasa yang satu. nusrahNya hanya pada mereka yang benar2 menginginkannya.Kita lihat pula keadaan mereka di Palestine sana.Jika benar mereka jihad kerana ALLAH, kita pasti lihat jemaah2 solat yang besar dan panjang yang memohon pertolongan ALLAH, di mana pun mereka. Bukan sekadar membaling2 batu dan berteriak, meminta pertolongan pada manusia. Semua itu memang patut dan wajar terjadi dan kerana ia fitrah manusia…tapi if diseratai keyakinan besar pada ALLAH, maka semuanya jadi mudah. Jika tak menang secara zahir, pasti menang di sisi ALLAH sebagai mujahid/mujahidah, yg lebih besar pahalanya!
LIHAT, buka mata anda luas2. Betapa kesatuan ummat itu penting dalam mencapai nusrah ALLAH. Nusrah yang hanya datang pada mereka yang benar menginginkannya. MAKA BETAPA PENTING USAHA AGAMA INI, bagi menyedarkan mereka2 yang yakin pada dunia, untuk kembali meyakini ALLAH YANG MAHA KUASA. Sedangkan salah seorang pemimpin Yahudi pernah berkata,
“orang islam, jangan kamu bermimpi untuk menang selagi bilangan jemaah yang solat subuh tidak menyamai bilangan jemaah yang solat Jumaat. Selagi itu kami akan mudah untuk memijak-mijak kamu.”-Rohan
BENAR…jemaah yang besar diperlukan untuk melawan kezaliman sedemikian. Inilah kuncinya. Mari tingkatkan josh untuk buat usaha agama dan tabligh agama ALLAH ikut cara Nabi. Itulah yang terbaik. Kerana nusrah ALLAH hanya pada hambaNya yang mengingatiNya setiap saat dalam hidupnya.
MARI semua(josh giler)..kita bangkit menyampaikan kepada semua insan, bahawa ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA. Mungkin mereka lupa, maka perlu kita ingatkan kembali. Niat ikhlas dan benar2 ingin buat kerja Nabi secara rela tanpa paksaan. Kerana pertolongan ALLAH sampai pada mereka yang taat perintah. Negara2 yang dijajah pasti dapat kemenangan bila ada fikir iman, ummat dan agama. kerana itulah asbab kehidupan manusia yang sebenarnya. Amal ibadah ila ALLAH…
Wallahu’alam..(peace no war-boycott ISRAEL and THE PRODUCTS) insyaALLAH..

Friday, April 2, 2010

_mencari syurga Allah di dunia..


in the name of ALLAH...

hari ini...terlalu ramai yang bermadah puisi, berlagu indah di ulik mayang..kekeke...malahan ada yang terusan hanyut dibuai kecintaan pada keduniaan...

dunia oh dunia..betapa fananya dirimu..betapa sekejapnya kau untuk ana tumpangi...betapa dan betapa lagi..oh!

bagaimana nak mencari syurga di dunia?
adakah syurga di dunia?
adakah dunia itu syurga?
adakah itu, adakah ini?

terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiran ana untuk menafsirkan tajuk yang ana reka sendiri...dan ana nak menjadikan ia satu kepuasan dalam pencarian...

dunia ini indah khabar dari rupa, sedangkan syurga itu indah rupanya dari khabarannya! betul??? 1000%-ly betol!!! na'am...kerana manusia tidak akan dapat membayangkan syurga dan nikmat2 yang ALLAH sediakan untuk orang yang inginkannya...

siapa pula yang taknak syurga??? bod**lah lau taknak syurga beb...but for real....kini bagaikan ada yang 'mengatakan dengan perbuatan bahawasanya dia taknak syurga'...hang faham2 sendiri lah naaa....

ohhh syurga yang ana tersangat idamkan...untuk melangkah dan menetap dalamnya...selamanya...

plop!!! tiba2 jek datang satu penafsiran dari cerebellum ana yang tak berapa nak bijak bak cerdik pandai dan alim ulamak di luar sana...mencari syurga ALLAh di dunia...tidak mudah seperti makan kacang...tidak juga susah bagi yang mengerti cinta hakiki yang sebenar...memang terdapat syurga ALLAH di dunia ini (pada ana lah)...

apa dia??? syurga dalam kecintaan...ibarat insan yang sudah gila bayang...ibarat angau tak henti...TERLALU CINTA...cinta siapa?

CINTA PADA SANG PENCIPTA
CINTA KEPADA KEKASIHNYA
CINTA KEPADA KERJA KEKASIHNYA YANG SATU

...dan berusaha untuk 'menjebakkan diri' dalam usaha ini...
usaha agama yang satu..itulah sebahagian kenikmatan syurga...walaupun pada umumnya dan zahirnya pahit dan pedih..pedas bak berjuta2 cili padi di blender dan buat sambal...namun, indahnya tetap ada..pada JANJINYA DAN KEYAKINAN PADANYA...

itulah 'syurga dunia' pada ana...mendengar karguzari manusia berbondong-bondong mengerjakan kerja mulia ini...mencari titik pangkal kesan keimanan yang hakiki...bukan sekadar di bibir sahaja...

mencari syurga ALLAH adalah dengan taat perintah dan menjauhi laranganNya...
amar ma'ruf wal nahi munkar...
mencari redho ALLAH,
mencari redho Rasulullah,
mencari redho suami (untuk isteri lah..hehe)..
mengajak dan menggalakkan manusia melakukan kerja mulia ini...

inilah golongan2 yang sangat menginginkan syurga..bukan hanya pada keluarga, tapi pada seluruh alam...doa untuk menjadikan alQuran dan sunnah itu panduan ummat akhir zaman (kerana ramai yang mungkin terlupa hal penting ini...mari sama mengingatkan..)...dan inilah sahaja caranya dan laluannya untuk mencari syurga ALLAH di dunia...

bak kata pepatah (yang ana cilok entah dari mana)...menanam di dunia dan menuai di akhirat..biarlah hasil tuaian kita itu yang baik2..yg membawa manfaat kepada kita...yg menempah janji ALLAH yakni syurga...amien...

ana masih dalam pencarian_

pencarian syurga ALLAH di dunia..kerana pencarian ini takkan berakhir...hinggalah ana melihat, melangkah dan menetap dalam syurga hakiki itu sendiri...oh syurga!

keinginan kepada syurga itu datang kerana CINTA...dan cinta itu datang kerana rahmatNya...kerana segalanya dari ALLAH...pokok pangkalnya dari ALLAH...maka dengan CINTA ana mengenal syurga dan kenikmatannya..dan mendambakannya...! (..tamak sungguhlah kau..)

semoga ALLAH memilih ana untuk turut serta dalam usaha ini...
semoga ALLAH beri ana kesempatan merasai pencarian syurga melalui jalan ini...
AMIEN YA ALLAH...doaku dalam pencarianku...ohh syurgaMU...

wahai para pejuang ALLAH...majulah ke hadapan...tegakkan tiang agama dan sampaikan pada yang lain tentang agama ini, trough the way NABI SAW did it before...semoga ALLAH memudahkan...

*jun ini akan ada jhor Malaysia..setahu ana di melaka lau tak silap..if silap tolong perbetulkan..insyaALLAH..semoga antum semua mengambil kesempatan ini untuk mencari syurga ALLAH di dunia...amien..

wallahu'alam...

Thursday, April 1, 2010

_Allahuakbar..



Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...