asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 2, 2010

_mencari syurga Allah di dunia..


in the name of ALLAH...

hari ini...terlalu ramai yang bermadah puisi, berlagu indah di ulik mayang..kekeke...malahan ada yang terusan hanyut dibuai kecintaan pada keduniaan...

dunia oh dunia..betapa fananya dirimu..betapa sekejapnya kau untuk ana tumpangi...betapa dan betapa lagi..oh!

bagaimana nak mencari syurga di dunia?
adakah syurga di dunia?
adakah dunia itu syurga?
adakah itu, adakah ini?

terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiran ana untuk menafsirkan tajuk yang ana reka sendiri...dan ana nak menjadikan ia satu kepuasan dalam pencarian...

dunia ini indah khabar dari rupa, sedangkan syurga itu indah rupanya dari khabarannya! betul??? 1000%-ly betol!!! na'am...kerana manusia tidak akan dapat membayangkan syurga dan nikmat2 yang ALLAH sediakan untuk orang yang inginkannya...

siapa pula yang taknak syurga??? bod**lah lau taknak syurga beb...but for real....kini bagaikan ada yang 'mengatakan dengan perbuatan bahawasanya dia taknak syurga'...hang faham2 sendiri lah naaa....

ohhh syurga yang ana tersangat idamkan...untuk melangkah dan menetap dalamnya...selamanya...

plop!!! tiba2 jek datang satu penafsiran dari cerebellum ana yang tak berapa nak bijak bak cerdik pandai dan alim ulamak di luar sana...mencari syurga ALLAh di dunia...tidak mudah seperti makan kacang...tidak juga susah bagi yang mengerti cinta hakiki yang sebenar...memang terdapat syurga ALLAH di dunia ini (pada ana lah)...

apa dia??? syurga dalam kecintaan...ibarat insan yang sudah gila bayang...ibarat angau tak henti...TERLALU CINTA...cinta siapa?

CINTA PADA SANG PENCIPTA
CINTA KEPADA KEKASIHNYA
CINTA KEPADA KERJA KEKASIHNYA YANG SATU

...dan berusaha untuk 'menjebakkan diri' dalam usaha ini...
usaha agama yang satu..itulah sebahagian kenikmatan syurga...walaupun pada umumnya dan zahirnya pahit dan pedih..pedas bak berjuta2 cili padi di blender dan buat sambal...namun, indahnya tetap ada..pada JANJINYA DAN KEYAKINAN PADANYA...

itulah 'syurga dunia' pada ana...mendengar karguzari manusia berbondong-bondong mengerjakan kerja mulia ini...mencari titik pangkal kesan keimanan yang hakiki...bukan sekadar di bibir sahaja...

mencari syurga ALLAH adalah dengan taat perintah dan menjauhi laranganNya...
amar ma'ruf wal nahi munkar...
mencari redho ALLAH,
mencari redho Rasulullah,
mencari redho suami (untuk isteri lah..hehe)..
mengajak dan menggalakkan manusia melakukan kerja mulia ini...

inilah golongan2 yang sangat menginginkan syurga..bukan hanya pada keluarga, tapi pada seluruh alam...doa untuk menjadikan alQuran dan sunnah itu panduan ummat akhir zaman (kerana ramai yang mungkin terlupa hal penting ini...mari sama mengingatkan..)...dan inilah sahaja caranya dan laluannya untuk mencari syurga ALLAH di dunia...

bak kata pepatah (yang ana cilok entah dari mana)...menanam di dunia dan menuai di akhirat..biarlah hasil tuaian kita itu yang baik2..yg membawa manfaat kepada kita...yg menempah janji ALLAH yakni syurga...amien...

ana masih dalam pencarian_

pencarian syurga ALLAH di dunia..kerana pencarian ini takkan berakhir...hinggalah ana melihat, melangkah dan menetap dalam syurga hakiki itu sendiri...oh syurga!

keinginan kepada syurga itu datang kerana CINTA...dan cinta itu datang kerana rahmatNya...kerana segalanya dari ALLAH...pokok pangkalnya dari ALLAH...maka dengan CINTA ana mengenal syurga dan kenikmatannya..dan mendambakannya...! (..tamak sungguhlah kau..)

semoga ALLAH memilih ana untuk turut serta dalam usaha ini...
semoga ALLAH beri ana kesempatan merasai pencarian syurga melalui jalan ini...
AMIEN YA ALLAH...doaku dalam pencarianku...ohh syurgaMU...

wahai para pejuang ALLAH...majulah ke hadapan...tegakkan tiang agama dan sampaikan pada yang lain tentang agama ini, trough the way NABI SAW did it before...semoga ALLAH memudahkan...

*jun ini akan ada jhor Malaysia..setahu ana di melaka lau tak silap..if silap tolong perbetulkan..insyaALLAH..semoga antum semua mengambil kesempatan ini untuk mencari syurga ALLAH di dunia...amien..

wallahu'alam...

5 comments:

Alfarisi said...

benar!..jhor selatan di Merlimau, Melaka pd 20&21 Jun..

doa kn ana dipermudahkan segala urusan & dipilih utk keluar 4 bln IPB ms jhor tu..

Unknown said...

Salam.,

Jun ni di Melaka Jord Selatan dek. Jord tu dibahagikan kpd utara, tengah, selatan, timur. Tarikh pun dah ada tu...wallahuallam

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

insanlemah;
insyaALLAH...semoga ALLAH permudahkan semua umat islam tuk p jhor..termasuk antum...

ahlanman;

wassalam..
jazakallah~

SYUKRI ABDULLAH said...

Jhor Borneo pulak 31Mei - 3 Jun...keningau sekali lagi diberi mandat utk handle Ta'am Elders...alhamdulillah..semua amalan ulama,insyallah dapat..

p/s : untungnya kaum Hawa (lebih2 lagi empunya blog ni), dapat masuk syurga 500tahun lebih awal...tambah lagi dah ada fikir agama...

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

syukri;

insyaALLAH, amien..tapi ana cuma ada fikir, jadi masturat belum lagi...dan itulah cita-cita hidup..doakan ana...insyaALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...