in the name of Allah..
assalamualaikum wbt..
alhamdulillah wa syukurillah!
masih bernyawa insan ini.huhu.semoga diredhai penghidupan di dunia,amien ;)
"sebelum apa2,di sini ingin diisytiharkan bahawa,pemilik blog ini tidak akan membahasakan diri sebagai 'ANA' lagi..walaupun nama dalam IC ada kena mengena dengan 'ANA'..ini disebabkan oleh tiada sebab.so,sekadar di sini pengisytiharannya berlaku,wassalam.love and peace~"
lama benar ndak update blog kan?mau kata bizi,bizi body jak ada.hihi.saya segan nak update,sebab saya memang suka bercerita.eh?no point.sebab saya kurang ilmu,makin banyak di cakap,makin banyak silapnya,makin banyak silapnya,makin banyak dosanya jika tidak diperbetulkan.namun jika sebaliknya,kebaikan mendatang dengan izin Tuhan yang Esa,Allah SWT...amien
haa..lama ndak mengarang lagi dan lagi.masa itu lebih berharga dari sang emas permata dan berlian.kenapa?sebab nilainya bukan dalam RM atau dinar atau rupee,malah tidak ternilai harganya! wah,melebih2 pulak sang wanita ini.hehe
sebenarnya,saya ingin berkongsi sesuatu..tentang sesuatu..tentang..
saya sangat RINDU..
rindu pada mereka yang saya belum pernah bertemu..
bersua muka..
berkongsi kisah dan cerita..
yang bermanfaat pastinya!
yang membawa kesedaran..
yang membawa rasa cinta..
yang membawa kepada Allah..
mereka itulah masturoh!
yang kata-katanya berhikmah..
sekadar memuji Allah..
yakin pada Allah..
RasulNya..
dan usaha agama yang pasti!
ahh..betapa saya sangat tandus kering kontang..
memikul rasa rindu yang berat..
sungguh berat terasa di bahu..
cintanya mereka kepada usaha ini..
seperti cintanya mereka kepada Allah
kepada RasulNya..
dan kepada keluarganya..
aduhai masturat yang sangat ku idam dan rindui..
sangat ingin,
sangat perlu!
sangat cemburu mendengar kalkuzari mereka..
sehinggakan Rasulullah berkirim salam kepada mereka,Allahuakbar!
Allahumma solli 'ala Muhammad..
ya Allah..jika usaha agama ini (yang digelarkan tabligh) adalah jalan yang Engkau redhoi,maka dekatkanlah dan tetapkanlah hatiku serta kehidupanku padanya..
kerana hanya redhoMu tujuan hidup ini..
sungguh,saya lemah tanpaMu ya Robb..T_T
***
selepas solat jemaah isyak di surau asrama tadi,saya dibawa berbincang oleh sorang sahabat.sahabat yang baik dan sangat kuat pegangannya,insyaAllah...
perbincangan adalah secara tidak official,bilangnya sekadar perkongsian dan penerangan yang katanya seperti perlu untuk dia terangkan kepada saya tentang apa yang mungkin tidak saya fahami lagi.jangan terkejut,hehe.ia berkenaan usrah.haa...mana nak mula?
saya mengaku secara terangan bahawasanya..saya DAHULU adalah budak usrah..di bawah bimbingan ISMA yang lahir daripada ikhwanul muslimin.isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang..hmm..wallahu'alam..namun kini,saya sudah tidak lagi di dalam mana2 pakatan (eh?) ataupun gagasan usrah..Allah buka mata saya pada usaha agama ini..alhamdulillah!
subhanallah wal hamdulillah..kepadaNya saya panjatkan syukur yang tidak terhingga..T_T terharu di hati Dia saja yang tahu.huhu<-----sedih pulak.hmm..
ok2,berbalik pada kisah sahabat saya yang baru saya kenal beberapa bulan yang lalu.dia sangat cinta akan kekuatan satu ummah dalam usrahnya.dan dia tidak menolak usaha agama ini yang asyik2 disebutnya dengan nama 'tabligh'..haa..saya cuma senyum berpada-pada.tidak menolak kekuatan cintanya terhadap dakwah yang dia bawa.malah bisa menerima,namun lebih saya cintai usaha agama yang satu ini.adakah ini satu perbalahan?tidak..sekadar perkongsian,tegasnya.
saya memulakan perbincangan dengan mengatakan,sekadar mengatakan bahawa saya tidak menolak mana2 usrah kecuali yang tidak bertepatan dengan syarak agama.dan saya menyatakan bahawa saya hidup berlandaskan iman yakin hanya kepada Allah SWT,Allah kuasa makhluk tiada kuasa.makhluk tiada kuasa untuk mengubah sesuatu,kerana itu semua kuasa Allah,bukan manusia.oleh kerana itu,kita sekadar menyampaikan,bukan mengubah.saya sangat cinta akan usaha agama kerana ia adalah tugas semua manusia untuk menyampaikan.jika saya tersilap tolong perbetulkan saya yang lemah dan hina ini.
dan dia meyatakan dengan terang dan jelasnya.usrah bukan apa yang saya jangkakan.dakwah Rasulullah saw pada mulanya adalah kepada usrah dan secara usrah.usrah sangat penting untuk membentuk suatu jemaah yang kuat.tarbiyah adalah dalam keluarga.usrah adalah satu method dakwah yang membentuk jemaah yang besar dan bersatu..bla bla bla..lupa jugak apa yang dikatanya sebab semalam saya kurang sihat..:(
sampailah kepada satu perkara yang sangat menarik perhatian saya..
'saya tahu,tabligh tidak masuk campur dalam urusan politik,walhal pada zaman Rasulullah saw,politik adalah sangat penting.tunggak kerajaan di bina.p** adalah satu aliran politik yang berlandaskan agama,namun saya tidak menyokong p**.kerana,ada di kalangan ahli politiknya yang bukan dari kalangan alim ulamak.jadi,pada saya,tidak ada lagi mana-mana jemaah yang sempurna,mahupun p** itu sendiri.untuk pengetahuan awak,dakwah yang mula-mula masuk dalam Malaysia adalah daripada Ikhwanul Muslimin (ndak ingat dengan jelas apa yang disebutnya,tapi memang di bawah ikhwanul muslimin).mereka menubuhkan satu medan dakwah yang besar.untuk pengetahuan awak,JIM,ABIM,tabligh, dan macam-macam jemaah lagi keluar daripada p** kerana satu sebab sahaja,tiada persetujuan.[dahiku mula berkerut,tp masih diam].contohnya tabligh yang tidak mahu masuk campur dalam urusan politik,oleh sebab itu keluar daripada p** dan menubuhkan method dakwah mereka berdasarkan sunnah Rasulullah saw.[ok..then?] maka kita perlu satukan semua ini dalam satu jemaah agar kita kuat seperti dahulu,seperti zaman Rasulullah saw.' <----tidaklah sebijik sangat dengan apa yang dikatanya,namun hampir sama dan tiada pertambahan ayat berlaku.hanya memperbaiki ayat kerana perbincangan adalah non-official.
saya menjawab dengan tenang dan senyuman..:)
'hmm..apa yang saya tahu setakat kehidupan saya sekarang nih.saya hidup berlandaskan keyakinan kepada Allah SWT.dan apa yang saya tahu,tabligh ini bukanlah daripada p** kerana ia ditubuhkan lama dahulu oleh Maulana Muhammad Ilyas yakni pengasas usaha agama ini,di Nizamuddin,India.bukanlah di Malaysia dan p**..saya lupa sudah tahun berapa,namun bukan pada masa p** itu muncul.'
dia terdiam sejenak.'owh..hmm..saya akan baca lebih lanjut tentang tabligh ni insyaAllah..jadi kamu sekarang guna buku apa?silibus apa?'
':),saya sekarang masih buat taklim perseorangan dan bertanya kepada yang lebih pakar.berkongsi dengan adik2 usrah yang mahukan usrah tapi saya guna kitab Fadhail 'amaal untuk menarik minat mereka dalam menambahkan lagi keseronokan untuk beibadah.insyaAllah,namun sekarang saya agak jauh dari mereka,jadi mereka buat taklim biasa,melalui artikel dan buku yang saya pinjamkan..'
..'owh,kami berkonsepkan sistematik.kami menggunakan buku karangan Fatih Yakan,mengapa saya menganut agama islam?.dengan cara bersistematik ke arah kebaikan insyaAllah dapat menghapuskan kebatilan.jadi awak sekarang memang tak guna mana-mana silibus dan tak bersistem?hanya menggunakan kitab itu sebagai pengisian rohani?'
[sekadar tersenyum-semoga Allah bagi saya faham dan dia faham..amien]
':)..saya masih kurang ilmu dalam hal2 yang kamu ketahui.insyaAllah,saya akan belajar lagi.saya guna kitab Fadhail 'amaal..[dan ada lagi yang saya tak mention dengan dia.saya masih dalam proses belajar,saya tiada kepandaian dan serasa diri tiada kelebihan pun.aduhai..] insyaAllah'
-TAMAT-
semoga Allah bagi hidayah kepada saya dan dia.semoga Allah menetapkan ukhuwwah kami hingga ke akhirat dan ke jannahNya,AMIEN.
saya yang hina dan lemah ini tiada ilmu melainkan yang dipinjamkanNya kepada saya.hidup cumalah sementara..dan dalam kesementaraan itu,saya juga masih bisa berada di bawah.iman turun naik,astaghfirullah.semoga di ampunkan..amien ya Allah..tetapkanlah hatiku dan kehidupanku dalam usaha agama ini ya Rabb..dan ampunkanlah dosa-dosaku yang tidak mungkin terkirakan olehku dan tidak sesekali dapat kutanggung di akhirat nanti.Allahuakbar..
"jika saya terlupa,maka ingatkanlah..jika saya tersalah tingkah dan bicara,maka tegurlah..dan jika saya jauh daripada Allah SWT,pimpinlah saya kearahNya,doakanlah saya mendapat hidayah dan taufiqNya..saya ini insan biasa2 saja.."
wallahu'alam..
5 comments:
huh, kes lebih kurang same dgn kes aku...
hmm..sama2 fikirkan dan ambil iktibar~
As-Syakirin~ kahwin cepat2,....
kalau perlu usulkan pada saya jika dah bersedia.
Masthuroh yang bersemangat amat diperlukan!,heh
ibnu mutalib:
ngaaa (nganga...isk tutup mulut,nnt lalat masuk.huhu)
erk...Allah kuasa makhluk tak kuasa...
Post a Comment