in the name of Allah..
assalamualaikum..
Dalam medical, hati (liver) nih terletak di bahagian kanan dada manusia, di bawah pari-paru kanan. Hati adalah antara organ dalaman yang sangat penting kepada manusia. Fungsi hati (liver) adalah untuk detoksifikasi ubatan, sintesis protein, dan membantu dalam sistem penghadaman manusia.
elakkan penyakit hati..
hmm..cuba bayangkan kalau hati rosak? Macam mana nak dapat badan yang sihat? Toksin menari-nari dalam badan, badan mestilah jadi tak sihat kan? Otak pun makin runsing fikirkan pasal penyakit dekat hati..
Macam tu lah jugak hati nurani manusia. Hati yang tidak kelihatan, namun terasa kewujudannya. Hati yang punya perasaan, yang boleh merasakan perasaan-perasaan di sekelilingnya. Hati yang dapat melahirkan atau menyembunyikan mood empunya hati..
Hati kena pandai jaga..jangan biar dia immersed dalam negativities. Pasal tuh lah Nabi saw suruh kita bersangka baik dalam apa-apa hal. Bersangka baik pada Allah..bersangka baik pada manusia dan makhluk yang lain..
walaupun kita dah rasa dia tuh memang manusia yang xbleh blah (wow! kasaQ ayat hang)..manusia yang tidak bertimbang rasa, tapi bersangka baiklah pada dia. Mana nak tau Allah bagi dia hidayah sepuluh hari sebelum dia meninggal dunia nanti? Mana nak tau dekat akhirat darjat dia lebih tinggi banding hang? Mana nak tau kan? sebab Allah sahaja yang tau..
ingat senang nak bersangka baik???
senang...inshaAllah...jika kita yakin bahawasanya Allah sahaja yang boleh menilai dan menghukum, maka kita boleh ja bersangka baik pada sesiapa pun..kan kan kan? inshaAllah~
Hati jangan dibiarkan..bajalah ia, jagalah ia..kerana Allah sudah beri amanah untuk menjaga hati. untuk buat hati tuh full-tank dengan sifat-sifat mahmudah.kerana keseluruhan badan rohani dan jasmani itu amanah dari Allah.inshaAllah..
penyakit hati bukan sekadar boleh merosakkan akhlak, malah juga boleh merosakkan ibadah..maka berjaga-jagalah..!
sentiasalah merendahkan diri
malu dengan dosa-dosa, bersyukur dengan pahala
tanamkan sifat sabar ketika bersedih mahupun marah
tidak terlalu demand sewenang-wenangnya
mintalah yang munasabah, yang secocok dengan diri
(bukan pasal jodoh semata-mata okey, hehe)
sentiasalah yakin dan bersangka baik pada Allah,
jangan angkuh dan riak kepada Allah dan makhluk di dunia, kelak merana buruk padahnya
(kalau ada yang terkurang sila tambahkan ya, saya nih serba kekurangan ^^)
mashaAllah, Allah juga yang memegang hati-hati manusia untuk berubah, untuk menangisi dosa, untuk mencintai agama, untuk mencari cintaNya, untuk jatuh cinta (eh?)...untuk segalanya...
YAKIN! ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MERUBAH SEGALANYA, inshaAllah!
***
sedikit copy-paste untuk pengisian yang baik inshaAllah:
Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;
1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.
3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.
(mana satukah hatimu?huhuhu..)
jagalah hati, jangan kau kotori... (:
***
p/s: ingatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang terkesan ada baiknya. inshaAllah..
wassalam
No comments:
Post a Comment