asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 17, 2012

_bertemu cinta..

in the name of Allah

assalamualaikum wbt :)

cinta itu indah.

alhamdulillah. Allah beri saya kekuatan mencintai hamba-hambaNya.

nikmat sekali!

***

#cintaku

saat ini ta'lim dijalankan. tiba-tiba Imran, 15, (si adik) minta diri kejap ke dapur, rupanya nasi sudah masak. dia matikan gasnya.

dalam pada itu, adi, 11 (jugak si adik), tiba-tiba duduk merapat dan pegang kedua-dua lutut saya. kening saya meninggi menunjukkan satu persoalan timbul di benak saya. dia faham dan mula menjawab.

'supaya setan nda ikut masuk dalam ta'lim..'

dia dan saya senyum sampai nampak gigi. imran pun muncul semula, kemudian ta'lim disambung seperti biasa.

***

#cintaku2

pukul 10pm (kot? or lebih?) kami sedang menonton televisyen, channel 114, TValhijrah.

tengok katun. tajuknya 'Muhammad the last Prophet'.

sempena Maulid Rasulullah saw, TValhijrah menayangkan katun ini. siuk!

masa itu, adi sudah tidur. cuma saya dan imran sahaja. dan mulalh perbualan kami.

'aik, mana muka Rasulullah saw?' <--- selawat penuh jo. ehe.

'mana boleh lukis muka Nabi saw, tidak dibenarkan tau. begitu jugak para sahabat r.a.' <--- berusaha menjadi contoh baik, padahal seorang yang sangat jahat. aha. (sayalah tuh! --_--")

'oh...kesian dorang di siksa kan...'


'tapi masuk syurga..'


'iya, untung!'


'mestilah!'

dan kami fokus sekali lagi. adi terbangun dari tidur, dan mula bertanyakan banyak soalan pasai katun tersebut. apa itu perang Badar? siapa yang mati? syahid tuh sebab berperang, kan?

oke. saya menjawab dengan muka sentap dan bersemangat. aha.



***

#cintaku3

hari ini, Jumaat, 24 Rabiul awal 1433 H, 17 Feb 2012.

adi berlari masuk ke rumah dengan tenang. dan dari luar saya terdengar salam. saya kool saja. mesti ada sesuatu berlaku. adi sesungguhnya suka menyampaikan berita sensasi.

'assalamualaikum.'

sudah di jawab.

'baya, baya. selipar imran hilang di curi.'


'aik, sekali lagi?'


'iya...kata imran beli selipar jepun seja lah nanti.'


'bah. iyalah.'


'dua kali suda selipar imran di curi di masjid.'


'jadi, doa, minta sama Allah supaya selipar tu dijumpa nanti.'


'iya..macam dulu seliparku hilang. sekali aku doa minta balek sama Allah, terus aku jumpa balik seliparku di masjid. hehehe.'


'alhamdulillah!'


###


siapa yang bagi kita makanan? Allah.
siapa yang bagi kita kesihatan? Allah.
siapa yang bagi kita duit? Allah.
siapa yang bagi hidup kita? Allah.
siapa yang bagi mati kita? Allah.

jadi, mesti yakin pada Allah. hanya pada Allah. dan saya cinta Allah, dan Allah beri saya cinta kepada kamu, cintaku!


:)

saya temukan rasa cinta itu bukan dalam TV, bukan dalam rumah, bukan dalam peti sejuk (eh?) tapi saya bertemu cinta dalam agama yang dicintai.

mengajar adik-adik untuk mencintai agama bukan sesuatu yang mudah. dugaan di sana-sini.  keduniaan ada di mana-mana. setan pun berterabur merata memegang janji meraka pada Tuhan. oh.

sedang setan pegang janjinya pada Allah, kita bagaimana? setiap hari sebut kalimah syahadah itu merupakan satu janji dan menjadi amanah kepada kita. inshaAllah. siapkan diri untuk akhirat.

^^

bertemu cinta dalam agama, sungguh indah dan nikmat! hati mula lebur dengan janji-janji Allah, melted in His love, of course!

salam jumaat penuh barokah. mari mencintai Allah dan hambaNya yang cinta padaNya serta kekasihNya.

aamiin.

mencintai sesama manusia itu perlu. terutama sang keluarga, cintailah!


berusaha dengan tabligh (menyampaikan)
bersabar dengan doa (senjata mukmin)
berserah kepada Allah swt (yaqin)



wassalam.

p/s: jangan sentap-sentap.


6 comments:

penchacaiz said...

sebenarnya bkn dicuri seliparnya bha..cuma rezkinya sampai situ aja..

teringat sedara2 di masjid sri petaling yg berkaki ayam ke sana sini. ingatkan mereka dah fanak, rupa2nya seliparnya dipinjam org barangkali.

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

penchacaiz:

hmm..ya jugak..

dan begitulah adik saya balik dari masjid seberang kampung..

inshaAllah, sentiasa huznus zhon. yosh!

RuMaH TuA said...

<3 diz post... (^-^)y

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

rumah tua @ baitil atiqa:

hihi ^^

semua post2 d rumah tua, saya sangat suka..hee~

doakan semoga mereka cinta Allah dan Nabi saw melebihi segalanya, aamiin :)

jazakillahu khairan kathira..

رضاءالدين صالح said...

semoga Allah ambik dan terima kerja agama daripada kita :)

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

serulingsenja:

inshaAllah, aamiin ya Rabbal 'alamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...