mungkin mereka ini ini dikatakan sufi? atau orang yang kurang siuman? bermacam-macam andaian sama ada itu benar atau tidak, kita belum pasti. tetapi apa yang boleh dibayangkan secara zahirnya bahawa mereka berusaha untuk hidup ala kadar...apa yang penting adalah amalan mereka di sisi ALLAH SWT...
apabila kita menyentuh persoalan ini maka suka sekali kita menjelaskan pengertian sebenar 'zuhud' itu. Ia berhubung rapat dalam kehidupan darrpada apa yang dipaparkan tadi. namun apakah sebenarnya atau cara yang betul untuk menampilkan zuhud???
melalui kitab-kitab tasawwuf bahawa zuhud itu adalah cara hidup yang dipilih oleh orang2 yang cenderung mendekati ALLAH SWT atau zuhud bererti kurang kemahuan tentang sesuatu. dalam istilah pula ada beberapa pengertian yang dikemukakan:
- benci pada dunia dan berpaling daripadanya
- membuang kesenangan dunia untuk mencapai kesenangan di akhirat
- hati tidak memperdulikan kekosongan tangan (hidup yang tidak kaya tidak pula miskin papa kedana)
- membelanjakan apa yang dimiliki dan tidak mengharapkan apa yang didapati (dimiliki)
- tidak menyesal atas apa yang tidak ada dan tidak gembira dengan apa yang ada (kekayaan; kerana ia bisa melalaikan namun bukan bereti tidak bersyukur)
Sabda Rasulullah saw:
"zuhud di dunia tidak dengan mengharamkan yang halal dan tidak membuang harta, tetapi zuhud di dunia ialah bahawa engkau lebih percaya kepada apa yang ada di pegangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu dan apabila engkau kena bahaya dunia, engkau lebih senang dia (bahaya) kekal padamu supaya engkau dapat ganjarannya."
(Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibn Majah)
maka zuhud lah kerana ALLAH SWT...insya Allah...
3 comments:
salam ukhti,
Apa khabar?
waalaikumussalam...
alhamdulillah..sihat walafiat...
ummi??
khaifa haluki??
Post a Comment