asma ul husna :)

ALLAH KUASA MAKHLUK TIADA KUASA
Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 21, 2010

_salah siapa?

in the name of ALLAH..

semalam baru baca n3 kak inas yang menyentuh sedikit tentang world cup nih..and tadi pagi baru baca plak n3 tujuh kaki dalam yang memang pasal tuh pun..huhu

persoalan pokok; siapa yang silap?

pemimpin? rakyat? tapi,cuba kita fikir pemimpin itu siapa dan rakyat itu siapa pula? tentulah manusia kan? dan manusia ini content penting dia bukan sekadar paru-paru, jantung, ginjal, kulit, hati dan organ2 lain..itu secara zahirnya..cuba tengok segi rohani, content utama adalah Iman Yakin..mana pi bersepah content nih ek? wallahu'alam..

kita lihat promosi world cup di sana sini.alhamdulillah, nasib baiklah kat rumah nih takda channel sport. tapi, kalau ada pun,tak penting bagi ana. sebab ana pun tak faham kenapa game nih wujud (sebenarnya sangat buta sports game..huhu) promosi depa bukan calang2.kenapa pulak?yelah iklan kat TV banyak sangat pasal bola, yang susah betul ana nak faham apakah tujuan sebenar..yang depa sibuk2 nak p promote buat apa?takda untung kat akhirat pun? wallahu'alam..

cuba kita lihat pulak di sebalik perlawanan demi perlawanan, boleh tak kita yakinkan diri kita dan huznus zhon bahawa tidak akan berlaku pertaruhan untuk meneka siapa menang dan siapa kalah? jika tidak, maka terbitlah pula satu dosa pula di sebalik hal yang besar ini...judi...hukum ALLAH tentang hal judi dalam al-Quran..

90. "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. "(surah Al-Maaidah)

91. "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)." (surah Al-Maaidah)

dalam ayat di atas ada juga menyebut tentang zikrullah dan solat..aduhai kelalaian yang ber-double2...malah kini bukan sekadar lelaki yang meminati bola,wanita (T_T) juga ada yang bersungguh2 meminati bola.maka terjadilah pula pergaulan bebas dan percampuran antara dua gender yang berbeza...dan...dan...dan...macam-macam...naudzubillahimin zalik...

di mana2 pun orang dah cerita pasal perlawanan nih..everywhere..dan terutamanya buku-muka yang dulunya masa bantuan ke israel dibom oleh tentera israel,bising pasal anti-israel dan profile picture berubah pi bendera palestin lah, gaza..tapi bila world cup muncul, many of those gaza-profile-pictures turn into jerseys? huhu..betul kata kak inas in her entry, that was 'fast'! where have all those anti-israel been?semangat yang berkobar mengikut musim.hoho,anti-israel rupanya ikut musim..lalala..not saying anybody,but for me this is not right.israel is a 'new-evil-developing-country',and those who Allah wanted us to be careful with are Yahudist and Nasranist..

betul kata encik azharjaafar dalam n3nya..kita masih berada di alam fantasi..golongan yahudi dan nasrani merupakan acuan al-Quran (maksudnya menepati ciri-ciri mereka yang ALLAH gambarkan dalam al-Quran, memusuhi islam,menyekutukan ALLAH dan etc).depa memang yahudi dan nasrani (kristian) yang sejati...tapi jika kita bandingkan dengan orang islam masa kini...bukan ingin mengatakan depa lebih baik dari kita,dari segi kepatuhan ya,dan dari segi kebutaan mereka memang buta islam..tapi sebenarnya kita lagi buta dan berada di landasan yang tak jelas basementnya. kita mengakui keislaman diri kita,tapi masih jugak terikut2 dengan budaya bukan islam.makanya kita masih berada di alam fantasi.salah siapa?

jangan salahkan ibu mengandung...

individu terhasil dengan perkongsian,dan coraknya individu itu hasil didikan yang juga merupakan perkongsian..siapa plak yang berkongsi,mak bapa lah..and the kids were developed the way the parents treated them...(kecualilah Allah bagi hidayah, macam ana...T_T) ada hadith nabi saw yang sebut pasal hal ini tapi ana lupa perawinya. maksudnya yang lebih kurang, anak-anak itu ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkan anaknya samada untuk menjadi yahudi,nasrani,majusi ataupun islam...(kalau silap tolong betulkan ana) jadi nak salahkan bapa yang mengandungkan ibu?ke?salah siapa?




tak perlulah kita menuding jari ke arah satu sama lain...marilah kita sama2 istighfar dan muhasabah diri..mujahadah melawan nafsu (nak tengok bola dan etc)..ALLAH tidak menzalimi manusia,tapi manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.mungkin salah diri ini jugak sebab nampak kesalahan demi kesalahan.tapi lumrahnya,manusia itu cenderung untuk membuat pembaikan.bagaimana untuk menjadi baik jika tidak pernah ter-buat/lihat salah?

so,salah siapa?

wallahu'alam..sama2 perbetul niat..

wassalam~

4 comments:

Umma-ali said...

Salam,
Ada dgr karkuzari di negara eropah, bila gereja dijadikan masjid, pemuka2 nasrani kata, yg pergi masjid hanya org2 tua, biarkan mereka tak lama lagi akan mati...kita usahakan agar pemuda2 jgn pergi masjid, sibukkan mereka dgn 3S - sex, songs and sport...
Maka sebiji bola yg ditendang ke udara, berjuta mata yg tak tidur malam semata2 untuk melihat bola yg sebijik tu...
Org kafir ni lebih hina dari haiwan kerana haiwan pun kenal tuannya, tapi kita jadikan mereka tuntunan atau ikutan kita...
Bayangkan jika org islam di ketuai oleh kambing...sedangkan kambing itu lebih baik dari org kafir...
Hanya satu generasi org Islam dirosakkan maka rosaklah Islam hingga qiamat...nauzubillah!

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

wassalam ummi,

nauzubillahiminzalik!

jazakillahu khair atas perkongsian ummi...sungguh tak sangka ummat kini makin buta,semoga ALLAH beri hidayat seluruh alam...amien...insyaALLAH..

doakan ana jugak untuk istiqomah n mujahadah...huhu

jazakillah,sayang ummi =)

nz said...

:-(

mekasih atas perkongsian ummi.. (eh mcm aku ni blog owner lak)

ramai yg tido lps dinner sbb nak bgn lewat mlm utk tgk bola...

..and kes palestine, mmg diorg dah malas nak pikir, pikir sape jaring gol lg best.. (sbb world cup 4 thn sekali - ye ke 4 thn?, while palestine issue continue je x abis2..)

Ummi Nur Syakirin (ahliaHerman) said...

to kak inas;

huhu..pelik..dulu zaman sahabat tak tido sebab tahajjud,zaman sekarang tak tido kerana....wallahu'alam...sendiri mo ingat.huhu

for me,isu plaestin mesti tengok akar,bukan tengok daun yang dah layu...huhu...thats why people dont understand why the war seems to be 'never-stop'...sadis jugak lah...but the point is by doing dakwah iman yakin,insyaALLAH...sebab dah ramai yang lalai...

pasti sesak dada para ulamak andai stadium bola di africa tu ada umat islam bertempik bersorak,sedangkan masjid di biar kosong aje.tak payah tengok jauh2 la kot,dekat sini pun ramai dok lepak di warung2 mamak or bukan-mamak yg sanggup pulak sewa channel sports di astro semata2 nak tarik pelanggan untuk tengok bola dan mengaut untung,rezeki kot...oh...dunia2...

minta ampun dan maaf jika ada tersilap kata...kerana hamba ini insan yang biasa2 saja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...